Hantaran perkahwinan tinggi: Apakah penyelesaiannya?

Thursday, 25 October 2007

Assalamualaikum wbt.

‘Duit hantaran? Ish, mana lagi nak cari duit sebanyak itu. Kita ni pun gaji hanya cukup-cukup makan..’

‘Pinjam daripada ceti, tak pun daripada ah long, mungkin boleh selesaikan masalah aku ni,’

Itu antara dialog-dialog yang mungkin kita akan dengar daripada mulut sang lelaki yang sedang berkira-kira untuk melangsungkan perkahwinan. Seringkali juga kita dengar bermacam-macam gaya keluhan lelaki ini, menunjukkan betapa susahnya mendirikan rumah tangga pada masa kini. Apakah yang menyebabkan hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi ini? Ada yang berpendapat, kos sara hidup kini yang semakin meningkat, menyebabkan ayah dan ibu pihak perempuan memikirkan soal ini. Namun, apakah itu benar? Adakah Islam pernah menyuruh penganutnya meletakkan hantaran yang tinggi?

Islam hanya mewajibkan pembayaran mas kahwin sebagai syarat wajib seseorang lelaki untuk menikahi perempuan. Mas kahwin di Malaysia tidaklah terlalu membebankan. Ini kerana setiap negeri di Malaysia telah pun menetapkan nilai mas kahwin tersebut. Ini tidak lagi menjadi persoalannya. Masalahnya ketika ini, mampukah pihak lelaki untuk menyediakan wang hantaran yang tinggi itu? Kebanyakan lelaki akan menjawab tidak kerana mereka tidak mampu. Bagi yang mampu, itu tidak menjadi masalah besar.

Purata gaji di Malaysia ini atau dalam kadar kehidupan sederhana di Malaysia ini antara RM1000-RM3000 sebulan. Jumlah wang hantaran kebanyakannya berjumlah antara RM4000-RM10000. Rasionalkah jumlah ini? Itu baru sahaja wang hantaran. Belum dicampur dengan urusan kenduri kendara. Mungkin nilai sehingga RM10000 itu dicampur dengan nilai urusan kenduri, tetapi melalui pengamatan yang saya lihat, tidak banyak urusan kenduri dicampur dengan jumlah wang hantaran. Duit urusan kenduri selalunya dikira kemudian. Tidakkah ini semakin membebankan pihak lelaki?

Tujuan Islam mengalakkan pengikutnya berkahwin adalah untuk melahirkan zuriat yang dapat membantu agama Islam berkembang dan mengharmonikan bumi ini. Jika hantaran yang terlalu tinggi dan menyebabkan orang lelaki tidak dapat menyediakannya, tidakkah ini akan mengalakkan gejala sosial yang lebih teruk berlaku? Ibu bapa sering menyalahkan anak mereka kerana terlibat dalam masalah sosial, tetapi bagaimana pula dengan membuat hantaran yang tinggi? Tidakkah perkara ini akan menyebabkan perzinaan berlaku, kahwin lari, dan sebagainya?

Hayatilah nilai-nilai murni dalam Islam. Islam tidak membebankan penganutnya, malah membuatkan kehidupan bertambah selesa jika kita mengikuti apa yang telah ditetapkan dalam Islam. Pesan saya kepada ibu bapa pihak perempuan, tidaklah salah untuk meletakkan hantaran, tetapi biarlah berpada-pada dan tidak terlalu membebankan pihak lelaki. Apa yang penting adalah mas kahwinnya, bukan pada hantaran. Kenapa kita perlu menganggu pembinaan ‘masjid’ sedangkan pembinaan ‘masjid’ itu dapat diselesaikan dengan cara yang mudah? Fikir-fikirkanlah…

Sokong garis panduan elak hantaran tinggi

SEREMBAN: Sikap sebahagian besar masyarakat hari ini yang mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran untuk menunjuk-nunjuk walaupun ia menyimpang daripada tuntutan agama menjadi punca wang hantaran perkahwinan tinggi.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Mohd Zaidi Ramli, berkata sikap itu sukar dikikis sekali pun ia bukan tuntutan Islam.

Beliau berkata, satu garis panduan wajar diwujudkan bagi menangani masalah hantaran perkahwinan tinggi, namun hakikatnya terpulang kepada perbincangan dan kemampuan pasangan pengantin.

“Masalah wang hantaran perkahwinan tinggi tidak timbul di negeri ini kerana sistem adat yang diamalkan menekankan kepada perbincangan dan permuafakatan antara kedua-dua pihak sebelum ditentukan,” katanya.

Beliau berkata, penentuan wang hantaran harus bersesuaian dengan keadaan hari ini kerana perkahwinan di kawasan bandar sudah tentu berbeza dengan di kampung.

Mohd Zaidi berkata, beliau amat bersetuju dengan pandangan mufti lain untuk mengadakan garis panduan mengenai wang hantaran bagi mengelak pelbagai masalah.

“Apa yang penting memahami prinsip perkahwinan itu sendiri iaitu untuk melahirkan zuriat,” katanya mengulas pandangan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Mohamad Yusof Hussain supaya Jabatan Agama Islam Negeri mewujudkan garis panduan berhubung hantaran perkahwinan tinggi.

Sumber: Harian Metro Online


http://almarbawi.wordpress.com/

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

4 comments:

Mas kawin wajib, hadiah untuk suami kepada isteri tetapi tidak bagi wang hantaran.

Wang hantaran sebetulnya untuk siapa eh? Erm … ekceli hantaran kegunaan mempelai selepas nikah kan? Beli furniture bilik tidor gunakan duit hantaran, betul? nak pegi honeymoon gunakan duit tu pun bolehkan? rasanya lebih afdhal pegi umrah pakai duit tu huhu buat pegi belajar pun boleh ;). Berapa mahal pun hantaran terpulang pada sebelah lelaki dan ikot kemurahan hati sang suami kerana akhirnya pun duit tu tak lari kemana, kegunaan untuk mereka juga. Yg belah pompuan pun takyah lah nak naik kan tinggi2 pun bukan untuk mak bapak tapi untuk dorang jugak ..duit hantaran pusing2 pat tangan mempelai jugak...

Bab majlis nak buat besar2an pun rasanya tak perlu kerana keserhanaan kan membawa berkat, yg penting kita dapat tewaskan syaitan dan membuat si syaitan2 ni menangis melihat sebuah hubungan dihalalkan.

Anonymous said...
26 October 2007 at 2:47 pm  

alhamdulillah wa syukurillah! sungguh! sejuk hati bila tau masih ada ibu bapa yang berfikiran sedemikian.

yang telah mengadu kepada ana tentang masalah ini, telah ana beri hujah ana. dan ana turut simpati. tapi nah lihat. masih ada sinar harapan buat antum semua! ana sarankan antum terus maju kehadapan menjalankan dakwah ini. hapuskan gelisah dan tangisan airmata kalian.

ya ikhwah wa akhwat fillah yang dikasihi sangat-sangat, doa ana terus bersamamu! antum lah harapan!

Allahu akbar!

26 October 2007 at 3:08 pm  

salam, sy tgh wat feature tajuk "bila hantaran jadi taruhan".. sy harap awk boleh tolong sy..
syukran

cutefinger said...
15 March 2009 at 8:59 pm  

Salam, memang benar sekali apabila wang hantaran menjadi taruhan. Cukup membebankan bagi sang suami yang terpaksa menanggung hutang hanya untuk memenuhi kehendak duniawi semata-mata.

Mungkin ada pro & kon. Alangkah baik sekiranya ia dipermudahkan dan tidak membebankan sangat kepada pihak lelaki. Andai semua orang faham apakah tuntutan agama dalam menjalin hubungan silaturrahim dunia dan akhirat.

Terima kasih kerana info ini.

Arie said...
18 February 2012 at 8:02 pm  

Post a Comment