Naluri dan fitrah
Saturday, 20 October 2007
'hei hei kamu. kamulah!! apa yang kamu menungkan?' aku merosakkan khayalanmu saat mata kamu redup memandang skrin komputer. kamu memberitahu aku 'tak adalah. aku sedang berfikir.'
oohh.. aku tahu. tentang cinta. cinta yang telah terpesong menjadi fitrah. aku masih ingat lagi, saat itu kamu sedang menatap helaian 573, kitab fikah mazhab Syafi'e(jilid4), yang membincangkan bab undang2 kekeluargaan. kamu membaca..
perkahwinan mempunyai banyak faedah dan hikmah, antaranya;
1. Menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah.
Allah telah mencipta manusia serta membekalkan mereka dengan keinginan seksual dan keinginan kepada wanita. fitrah ini juga dibekalkan kepada wanita-wanita.
oleh kerana Islam merupakan agama fitrah, Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk menyahut seruan fitrah yang terpahat di jiwa manusia. Islam menjadikan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan yang boleh memenuhi tuntutan itu.
fitrah....'
kamu menyelak helaian 574, dan kamu membaca lagi....
'Islam tidak menyekat naluri ini. ia tidak menghancurkan kehidupan manusia dengan mengharamkan perkahwinan. ia juga tidak menyeru manusia agar membujang dan hidup seperti seorang rahib.
naluri.....'
lagi kamu membaca....
'Islam tidak membiarkan naluri manusia tidak dipenuhi. Islam juga tidak memberikan manusia kebebasan sepenuhnya untuk memenuhi keinginan seksual sehingga boleh merosakkan diri, orang lain, akhlak, meruntuhkan keluarga dan rumahtangga serta membuka pintu yang luas kepada godaan syaitan. sebaliknya Islam berpendirian sederhana dengan memenuhi keinginan fitrah manusia serta mengaturnya supaya dapat berperanan dengan baik dalam melahirkan keturunan manusia serta memastikan kesinambungan kehidupan manusia.'
kamu berfikir sejenak tentang fitrah dan naluri. apakah dia fitrah dan naluri bagi manusia? segera kamu berpindah ke halaman 573 untuk mendapatkan jawapan.
jawapannya ialah seksual dan keinginan kepada wanita. dan fitrah ini juga dibekalkan kepada wanita-wanita. ini adalah nafsu..
kamu berfikir lagi. cinta itu fitrah, fitrah itu seksual dan keinginan kepada wanita. seksual dan keinginan kepada wanita adalah nafsu. mengikut ajakan nafsu yang bukan pada tempatnya adalah berdosa. jadi, cinta itu nafsu. dan cinta sebelum kahwen adalah berdosa... yah..
tapi... cinta itu fitrah. dan semua orang bercinta. ustaz dan ustazah pun bercinta. budak2 yang belajar agama pun bercinta. penasyid2 pun ada yang menyanyikan lagu cinta sedang mereka juga bercinta. lagi pula mereka yang hidup tidak berpedomankan Islam. ya, cinta itu fitrah. tak ada siapa yang boleh menolaknya. semua pun memerlukannya.'
aku lalu menyampuk. 'itu adalah fitnah kamu. bukan fitrah. cuba kamu baca balik, Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk menyahut seruan fitrah iaitu seksual dan keinginan kepada wanita2 yang terpahat dalam jiwa manusia. bukannya dengan percintaan kamu. jika disyariatkan percintaan, pastinya menyalahi arahan supaya menjauhi bibit2 zina. kalau menyalahi, bermaksud, menyamai...
cuba kamu renung balik sejarah Nabi berurus niaga dengan Khadijah yang akhirnya mereka ke jinjang pelamin. pastinya Nabi juga meminati Khadijah. cuma Nabi tidak meluahkannya dan menahan dirinya dari bercinta. inilah dia perlambangan yang tercatit dalam helaian 573 ini. lagi pula tidak pernah terjumpa kisah2 percintaan para ulama silam seperti al-Ghazali, imam Syafi'e, imam Muslim yang kaya, dan lain2 lagi.'
kamu membaca lagi di helaian 578..
'Abdullah bin Mas'ud r.a berkata;
'ketika kami muda, kami berada bersama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa2 harta. Baginda berkata kepada kami: "wahai para pemuda! jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana puasa itu adalah pendinding baginya."
aku menyampuk lagi. 'maksudnya.. sesiapa yang mampu menyediakan mas kahwin, menyara anak, bakal isteri dan diri sendiri, hendaklah dia berkahwin. sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa. bukan bercouple. itulah jalan penyelesaian fitrah....
jadi sebenarnya kamu telah melakukan dosa. tapi kamu tidak sedari kerana akal yang merasionalkan kehendak nafsu dengan ayat 'cinta itu fitrah'. dan kamu juga sejuk hati bila ustaz2 dan ustazah2, pelajar2 agama mengiakan tindakan kamu. bahkan menasihati kamu dan memberi tip2 supaya cinta kamu berdua tetap mekar diredhoi Allah.
aahh karut semuanya itu..' hamburku pada kamu.
kamu persoal 'tapi kenapa para penasyid pun menyanyikan lagu cinta. macam lirik ni..
tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya
hanyalah cintaNya
yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri...
Tak akan ku persia
limpah rahmat Yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya
moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Illahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia..
dan banyak lagi lirik2 cinta dalam lagu2 nasyid... cinta itukan kurniaan Tuhan mengapa harus kita pertikaikan. wajarkah ia dikatakan dosa? sepatutnya kita bersyukur...'
aku menambah.. 'wah wah kamu.. pandainya bercakap.. memang cinta itu kurniaan Tuhan. bersyukurlah atas nikmat itu. jangan kamu cemarkan ia dengan maksiat dosa bercinta. tak semua yang menyanyi lagu nasyid dari kalangan yang faham agama. mereka hanya menyanyikan lirik yang dituliskan untuk album mereka sahaja tanpa fahaman agama. yang menulis lirik itu pun bukan dari kalangan yang faham agama. tapi sama sahaja dari kalangan yang menyanyikannya juga.
tapi cuba kamu hayati lirik2 nasyid dari album Raihan, tiada satu lirik pun yang memfitrahkan cinta.'
kamu termenung. sedang hati kamu tidak dapat menerima hakikat bahawa cinta itu fitnah. tidak, cinta itu fitrah, tiada siapa yang dapat menghindarkannya. sedang kita lahir juga atas nama cinta..
aku menyampuk 'hidayah memang tidak akan masuk pada hati yang keras hitam dengan dosa.'
keras kamu menyanggah 'siapa???!!"
'kamulah!!'
http://mashitahjuki.blogspot.com/
0 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)