Sleeping vs. Prayer

Thursday, 31 January 2008



spiderman_pink: oh jangan lupa untuk tonton semua videonya kalau ada masa >_<

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Jangan Optimis Meskipun Dalam Ketaatan

Wednesday, 30 January 2008

Oleh: Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Di antara hasrat dan cita-cita orang-orang yang beriman itu tidak lain ialah untuk menjadi hamba Allah yang taat, melaksanakan segala kewajiban dan kefarduan, agar menjadi orang yang soleh dan bertaqwa. Menghindari segala yang dilarang oleh Allah SWT, serta menghindari sifat-sifat keji, seperti yang diajar oleh Rasul SAW dan berusaha mencari keredaan Allah Ta’ala berpandukan wahyu-Nya.

Bagaimana untuk mencapai hasrat dan cita-cita tersebut amatlah sukar bagi manusia yang lemah ini, meskipun seseorang itu telah mendapat hidayah sehingga pada zahirnya dia menjadi orang yang taat, namun Allah mempunyai kuasa mutlak untuk merubah keadaan itu menjadi sebaliknya, kerana kehendak Allah SWT tidak siapa yang dapat memaksa Dia. Meskipun manusia berusaha untuk berdiri teguh di atas keimanannya, namun terserah kepada kemahuan Allah SWT, dan natijah kepada segala perbuatan manusia itu sesungguhnya masih ghaib dan hanya dalam ilmu Allah Azza wa Jalla.

Justeru, tidak boleh bagi seseorang yang telah melakukan ketaatan kepada Allah Ta’ala, merasa senang hati di atas segala qurbah atau usaha mendamping diri kepada-Nya, melalui ibadahnya seperti solat, puasa, zakat, haji, jihad dan sebagainya. Walaupun segala usaha ketaatan telah dilakukan sekuat tenaga sedaya mungkin, tetapi oleh kerana ibarat cerita yang masih dipertengahan, belum diketahui apakah kesudahannya, maka atas alasan apakah sesorang itu boleh merasa senang hati?

Sejak mula kejadian manusia lagi, apabila Allah menciptakan Adam dan mengumumkan untuk menajdi khalifah Allah di muka bumu, sedangkan sebelum itu makhluq ciptaan Allah bernama Iblis yang telah beribadah kepada Allah sepuluh ribu tahun, merasa sangsi di atas kewibawaan manusia untuk menjadi khalifah di bumi.

Kesangsian iblis menyebabkan dia tidak bersedia untuk sujud kepada Adam sekalipun Allah SWT menyuruh golongan iblis dan malaikat berbuat demikian. Iblis bukan sahaja enggan malah berdendam kepada Adam AS dan keturunannya, apabila Allah Ta’ala melaknat iblis di atas keangkuhannya. Iblis yang tersisih kerana keingkarannya dan ditaqdirkan bakal menjadi penghuni neraka, mereka berazam untuk terus memusuhi keturunan Adam, agar dia tidak keseorangan di dalam neraka, tetapi turut ditemani oleh anak cucu Adam yang dapat dipengaruhinya.

Bertaruh dengan musuh secara berdepan adakalanya manusia tertewas, tidakkah manusia akan lebih sulit apabila bertarung dengan musuh yang tidak dapat dilihat? Iblis yang menubuhkan pasukan tenteranya akan terus-terusan mengatur serangan terhadap keturunan Adam, tanpa mengenal penat lelah, tanpa tidur tanpa rehat dan tanpa lalai. Dengan demikian manusia pasti terdedah dengan ancaman iblis, sebahagian manusia sudah menjadi tawanan iblis dikenali sebagai golongan kuffar.

Iblis sebagai makhluq yang tidak dapat dilihat dengan indera penglihatan, pasti lebih mudah menyusup ke dalam diri dan hati manusia. Sehingga kadang kala berjaya membentuk rekrut baru di kalangan manusia, yang akhirnya menjadi pendukung ideology iblis, serta memusuhi golongan orang yang beriman yang mendokong aqidah yang benar dan bertauhidkan Allah Ta’ala.

Di kalangan orang yang beriman pun kadang kala tentera iblis berjaya menyusup, sehingga golongan beriman turut bertelagah sesama sendiri, kerana sebahagian daripada mereka sudah termakan hasutan iblis. Yang selamat hanyalah golongan yang mendapat pertolongan dan taufiq daripada Allah SWT, iaitu mereka yang digelar sebagai hamba Allah yang mukminin, solihin dan muttaqin.

Manusia yang hidup di muka bumi ini adalah khalifah dan tentera Allah, yang sedang berperang dan bertarung dengan musuh tradisi dari luar iaitu iblis, serta disokong pula oleh musuh dalaman iaitu nafsu yang sering mengajak kepada kegiatan yang buruk.

Merasa amankah setiap orang yang sedang berperang? Sedangkan musuh terus-menerus menghujani berbagai-bagai jenis peluru yang dahsyat. Musuh tradisi itu menggunakan peluru hasad, peluru dengki, peluru tamak, peluru khianat, peluru takbur, peluru ‘ujub, peluru riyak, peluru sum’ah dan berbagai-bagai lagi. Justeru tidak ada kawasan aman dan selamat sehingga manusia tidak mungkin dapat rehat.

Dalam suasana begini mana mungkin manusia merasa optimis untuk mencapai kemenangan yang total terhadap iblis itu, justeru sikap optimis akan menjadikan manusia lalai dan tidak waspada malah tidak berusaha untuk mengatasi musuhnya.

Sekalipun sudah dimaklumi bahawa segala yang ma’ruf itu disukai Allah Ta’ala, malah dijanjikan pahala bagi mereka yang melakukan ketaatan, tetapi janganlah merasa bangga dengan semua ketaatan yang telah dilakukan itu. Kerana walaupun demikian namun segala usaha itu ibarat seorang usahawan yang menggunakan modal orang lain.

Jika seseorang melakukan solat, dia menggunakan anggota tubuh yang dipinjamkan. Jika menunaikan haji, pasti menggunakan kemudahan rezeki yang didatangkan oleh Allah. Berda’wahlah dan mengadakan kuliyah pengajian, tidak lain hanyalah menyampaikan ilmu yang didatangkan oleh Allah Ta’ala melalui Rasul-Nya. Jika dia banyak menderma untuk kebajikan, tidak lain hanyalah ibarat memulangkan wang yang dipinjam. Sesungguhnya semua itu adalah pemberian dan kurnia Allah yang mencurah kepada hamba-Nya, maka yang manakah yang datang dari diri manusia sendiri?

Oleh kerana manusia melakukan segala ketaatan kepada Allah, tidak lain mereka menggunakan semua kurnia dari Allah, maka tiada suatu pun ketaatan amalan yang bersifat mendampingkan diri kepada Allah SWT itu dapat dibanggakan dan dimegahkan oleh manusia itu, ibarat orang yang bermegah dengan baju yang dipinjam daripada orang lain. Jika manusia hendak berbangga dengan ketaatan sedikit sebanyak yang telah dilakukan itu, hanyalah ibarat orang yang bermegah dengan harta orang lain.

Walaupun manusia melakukan berbagai-bagai ketaatan yang melibatkan fikiran tenaga dan wang ringgit, namun tiada tempat bagi manusia untuk berbangga, kerana andainya Allah tidak menerima kesemua jenis kebajikan dan ketaatan yang dibanggakan itu, nescaya ia manjadi kosong ibarat perut unta, kerana sebenarnya perut unta itu jika dibedah, ia hanya dipenuhi dengan najis tetapi kosong dari kebaikan.

Dengan demikian maka tidak ada yang dapat untuk menjadi cagaran bagi manusia di akhirat, kerana sesungguhnya dia telah datang kepada Tuannya dengan bekalan kosong.

Janganlah menjadi manusia yang bangga dengan bunga-bungaan dipohon serta putik-putik buah di dahan, apabila datang hujan ribut yang memusnahkan bunga dan putik buah-buahan itu musnah hingga tiada apa yang tinggal.

Bunga-bunga dan putik buah-buahan itu ibarat amalan kebajikan yang belum ditimpa malapetaka, kerana sesungguhnya malapetaka kepada amal ibadah seseorang itu ialah umpama tidak ikhlas beramal, dengki kepada orang lain lebih banyak dari kebajikan yang dilakukan. Apabila bunga-bunga dan buah amal itu dilanda rebut dan taufan dosa kerana tidak ikhlas, riyak, dengki dan lain-lain lagi, maka gugur bertaburanlah bunga serta buah-buah amal itu.

Justeru tidak ada masa untuk manusia itu merasa senang dan lapang dada sekalipun berbagai-bagai qurbah atau usaha ikhtiar telah dilakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, namun ibarat putik yang belum membesar dan masak sehingga dapat dipetik hasilnya, maka apa yang perlu dilakukan ialah tidak lalai dari mengawasi perkara-perkara yang boleh menghancurkan kebajikan itu.

Seorang yang pulang ketika petang dengan keimanan dan rajin beramal, tetapi pastikah keadaan itu berkekalan hingga esok harinya? Segala kemungkinan boleh terjadi, mungkin ketika malam hari hatinya mendengar bisikan iblis lalu melakukan maksiat, maka matahari yang terbit di pagi itu menyambut dia sebagai seorang yang zalim, bukan lagi sebagai hamba yang soleh dan bertaqwa.

(Dipetik daripada buku, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Insan Ingatlah!, NurfairStreet, Kuala Lumpur, 2006, hlmn 53-57)

Wallahu a’lam.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Layar Keinsafan

Tuesday, 29 January 2008




Album: Layar Keinsafan
Munsyid: Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu


Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan

Moga lautan hilang gelora
Untukku berlayar..


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Petai

Monday, 28 January 2008

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu.

"Encik satu longok, RM1 sahaja. Tapi kalau encik ambil semua, kira murah. RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan, "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir, "Semuanya 20 longgok..."

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Akibat tinggal sembahyang

Sunday, 27 January 2008

Solat adalah kewajipan ibadah yang telah difardukan sejak zaman umat terdahulu lagi. Ini jelas disebutkan dalam al-Quran yang menceritakan bagaimana Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya untuk sembahyang:

قال تعالى:

وكان يأمر أهله بالصلاة والزكاة وكان عند ربه مرضيا (سورة مريم: الأية 55)

Maksudnya: Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya dengan solat dan berzakat. Beliau diredai disisi tuhannya.

(Maryam: 55)

Mereka yang meninggalkan solat akan dihukum bunuh dan diperangi sekiranya mereka dalam kelompok yang ramai. Ini jelas daripada hadis yang berikut:

أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام، وحسابهم على الله.

Maksudnya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Sekiranya mereka telah melakukan yang sedemikian maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka melainkan dengan hak-hak Islam (seperti mereka telah membunuh yang tidak dibenarkan). Perkiraan hati akan dinilai oleh Allah.

HR Bukhari dan Muslim

Hukuman ini dilaksanakan apabila mereka tidak mahu bertaubat setelah diminta sedemikian.

Amalan pertama yang dihisab

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته, فإن صلحت، فقد أفلح وأنجح، وإن فسدت فقد خاب وخسر، فإن اتقص من فريضته شيء، قال الرب عز وجل: انظروا هل لعبدي من تطوع؟ فيكمل بها ما انتقص من الفريضة، ثم يكون سائر عمله على ذلك.

Maksudnya:

Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.

Diantara hadis-hadis yang mengancam manusia yang tidak menunaikan sembahyang adalah seperti berikut:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:

من فاتته الصلاة، فكأنما وتر أهله وماله

Maksudnya:

Siapa yang telah meninggalkan solat maka seumpama telah binasa keluarga dan hartanya.

(HR Ahmad)

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الذي تفوته صلاة العصر كأنما وتر أهله وماله.

Maksudnya: Nabi bersabda: Orang yang tertinggal solat asar seumpama dimusnahkan keluarga dan hartanya.

(HR Muslim)

Firman Allah S.W.T:

((فويل للمصلين.الذين عن صلاتهم ساهون))(الماعون: 4,5)

Maksudnya:

Maka celakalah atau lubang dalam neraka bagi bagi orang yang sembahyang; iaitu orang yang meninggalkan sembahyangnya.

Ibnu Abbas berkata: Mereka adalah orang-orang yang melewatkan solatnya dari waktunya.

Abul 'Aliah berkata: Mereka adalah yang menunaikan solat diluar waktunya dan tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya.

Orang yang tidak mengakui kewajipan solat adalah kafir. Berdosa besar bagi orang yang meninggalkannya dan mengatakan ianya fardu.Ini jelas daripada hadis:

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر

Maksudnya:

Perjanjian diantara orang Islam dengan orang kafir adalah solat; sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia.

(HR Tirmizi)

Rujukan: Jamie al-Muhlikat oleh Syeikh 'Irfan Hasunah dan Feqh al-Manhaji.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Bimbingan & Kursus Perkahwinan Dan Adab Pergaulan Suami Isteri

Saturday, 26 January 2008




Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Miilikmu

Friday, 25 January 2008

"Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 2 comments Links to this post  

Ohh.. TIANGGA LAMPUSTA!

Thursday, 24 January 2008

Ini satu kisah seorang mahasiswa UPM, yang mengambil jurusan agrikultur. Sewaktu menuntut dahulu, sekumpulan pelajar dibawa bersiar-siar di sekitar kawasan UPM untuk mengenali lebih dekat akan tumbuh-tumbuhan ornamental (tumbuhan perhiasan). Daripada acacia mengium hinggalah livistonia chinensis. Mereka ini dibimbing oleh seorang pegawai pertanian di situ dan diterangkan nama-nama saintifik untuk setiap tumbuh-tumbuhan.

Oleh kerana mereka harus mengingat kesemua nama jenis tumbuhan itu, masing-masing khusyuk menyalin setiap apa yang disebut pegawai tersebut. Sehinggakan kebanyakan mereka hanya main ‘taram’ sahaja mengeja nama-nama tumbuhan tersebut. Yang penting ada bunyinya.

“Ini namanya casuarinas equisetifolia atau pokok Rhu. Yang di sebelah sana pula TIANGGA LAMPUSTA.” Kata pegawai berkenaan.

Kelihatan semua pelajar dari tadi asyik menunduk mencatat nama-nama tumbuhan yang disebutkan sehingga tidak sempat menoleh melihat fizikal tumbuh-tumbuhan tersebut. Mengangguk-angguk pula tanda buat-buat faham. Maklumlah takut terlepas pula menulisnya.

“Tiangga lampusta? Pokok apa tu?” Tanya seorang rakan mereka.

TIANGGA LAMPUSTA tu adalah tiang lampu. Bukannya pokok. Itulah, kamu pun main tulis sahaja”. Dengan selamba pegawai itu menjawab.

Sekumpulan mereka terus sahaja ketawa tak henti-henti apabila mendengar jawapan pegawai berkenaan.

PENGAJARAN
1) Jangan main tulis sahaja nota, perlu lihat dan faham apa yang ingin anda tulis.
2) Jangan mudah percaya pada orang! Perlu bertanya apabila anda rasakan maklumat yang anda terima itu adalah pelik. Apatahlagi terma-terma yang anda tidak biasa dengar.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Gaza In Need

Wednesday, 23 January 2008

http://www.humanappeal.org.uk/

The misery in Gaza needs no introduction. Innocent Palestinians are suffering on a daily basis and basic food and medicines are in restricted supply.

Human Appeal International has been presented with a unique opportunity to help them.

Our team has been granted access to Gaza in order to supply humanitarian aid once a week for a limited period.

This is an exceptional opening which we need to urgently take advantage of but for this WE NEED YOUR HELP NOW!

Allowable items only: Flour Medicines (restricted list) Food parcels

Our first convoy has been approved for Sunday 20th January 2008 and weekly thereafter.


Please donate generous and urgently.

How you can help...

£400 will provide 1 tonne of flour

£60 provides essential medicines to save lives

£25 will provide a family food parcel

£20 provides one 50kg case of flour

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 2 comments Links to this post  

Tajdid Iman: Beramal tanpa ilmu jadi sia-sia

Tuesday, 22 January 2008

Mengenal Allah bukan dengan ketundukan jasad sedangkan hati dibiar lalai.

BILAKAH masa paling tepat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengenali-Nya? Ada satu masa ketika kita terselamat daripada maut, saat itu kita berasa mengenal Allah. Saat tragedi menimpa saudara mara yang memisahkan anak daripada bapanya, isteri daripada suaminya, maka hati mula tersentuh dan bertanya: "Bagaimana jika diriku yang ditakdirkan menanggungnya?"

Saat itu tersingkap sedikit lagi jalan untuk mengenal Allah. Begitu pula ketika sahabat rapat kita mengalami krisis kewangan, kehancuran rumah tangga atau sakit kronik. Masa itu, kita berasa sedih, sekali gus bersyukur kepada Allah kerana menyelamatkan diri dan keluarga daripada bencana.

Terbuka juga jalan yang terang untuk mengenal Allah hingga saat-saat kita sendiri mengalami nasib sama. Dalam keadaan lemah barulah kita faham betapa agungnya Allah. Jika kita rasa tidak berguna, barulah kita tahu qudrah (kekuasaan) Allah mengatasi segala kepintaran manusia.

Dia yang Maha Pengasih daripada siapapun yang mengasihi sudah membuka hati kita untuk berusaha mendekati-Nya. Siapa mengetahui bahawa dirinya tidak berdaya, bodoh, zalim, aib, serba kekurangan, miskin, hina dan hampa, maka dia mengetahui Tuhannya memiliki sifat bertentangan dengan semua itu.

Maka bertambah fahamlah dia mengenai batasan dirinya sendiri dan dia tidak boleh melampaui batasan itu. Akhirnya, dia kembali kepada Allah seraya menyebut segala kesempurnaan dan kebesaran-Nya kemudian menggantungkan harapan setinggi-tingginya kepada Allah.

Dia pula menyelam bersama rasa khauf (takut) yang amat dalam di lautan kekuasaan Tuhannya seraya mengikat lehernya dengan tali tawakal, sedar akan kuasa genggaman Allah atas jiwa dan raganya.

Pada lisan dan hatinya sentiasa terpahat firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah, tidak akan menimpa sesuatu atas kami melainkan apa yang Allah tentukan untuk kami."

Jiwa seorang hamba dipenuhi dua ilmu yang menerangi dirinya, sehingga gerak hati dan tubuh badannya dikawal ilmu itu. Iaitu ilmu mengenal Allah dan ilmu mengenal diri sendiri. Kita membaca sirah sahabat yang agung dalam mencari hidayah Allah.

Begitu panjangnya perjalanan mereka menuntut ilmu hingga mereka mengenal Allah, diri sendiri dan akhirnya sanggup mengorbankan segala-galanya demi hidayah Islam yang teramat mahal harganya.

Mereka hidup dalam kebencian dan penghinaan kaumnya, segala bentuk penindasan dirasai hingga ke suatu tahap Nabi SAW membenarkan kepura-puraan 'Ammar menyatakan kekufurannya di hadapan orang kafir supaya mereka meringankan seksaan kepadanya.

Namun demikian, 'Ammar terpaksa melihat sendiri perbuatan orang kafir itu membunuh ibunya dengan cara yang memilukan. Saat diuji dengan seksaan mental yang lebih sakit daripada hirisan pedang semakin bertambahlah ilmu dan imannya kepada Allah.

Hati yang menangisi kepergian bonda menyimpan cahaya hidayah semakin menyala. Di sini kita boleh berasa kekuatan iman dan ilmu itu bergantung kepada hebatnya ujian yang dideritai hati serta tubuh badan orang beriman.

Memiliki kekuatan ilmu sentiasa menjadi matlamat hidup sahabat Rasulullah SAW, sehinggakan Abu Darda' pernah berkata: "Alangkah hebatnya tidur dan tidak puasanya orang alim kerana ia lebih baik daripada bangun malam dan puasanya orang bodoh, sesungguhnya ibadat orang yang bertakwa walaupun sedikit lebih utama daripada ibadat orang yang tertipu."

Perkataan ini bernilai tinggi dan ia menunjukkan kesempurnaan kefahaman serta ilmu sahabat Baginda SAW. Makna ungkapan itu ialah manusia hanya boleh melalui jalan menuju Allah dengan ilmunya yang menerangi hati hingga mencapai darjat takwa.

Sedangkan amal yang dilakukan tanpa ilmu, kefahaman dan penghayatan nyata sia-sia bagi pelakunya. Sesungguhnya mengenal Allah bukan dengan cara ketundukan jasad saja hingga membiarkan hati lalai kerana tiada ilmu.

Tetapi cara yang diajarkan Nabi SAW kepada sahabatnya bermula daripada hati yang hidup dengan ilmu. Bukan daripada mimpi pelik yang seolah-olah mendengar suara ghaib lalu mula menambah amalan hingga melebihi batas kemampuan dan menyalahi Sunnah Rasul SAW. Akhirnya terjerumuslah dalam 'Talbisul Iblis', penyamaran dan belitan syaitan yang menipu hamba yang jahil.

Untuk mendapat darjat dekat kepada Allah, cukup dengan mengikut sandaran al-Quran dan petunjuk Rasul SAW, sunnah Khulafa' al-Rasyidin, tabi'in dan tabi' tabi'in. Tiada yang lebih sempurna daripada ajaran Baginda SAW.

Sesiapa mengambil selain itu seakan-akan berjalan tanpa arah tujuan yang membawa kepada keletihan dan kepayahan, jauh sekali berasa tenteram serta tenang dalam hatinya. Kerana yang mengisi hati itu bukan ilmu Allah melainkan rasa was-was yang ditiupkan syaitan laknatullah. Betapa berbahaya hati yang sepi daripada ilmu dan hidayah Allah.

Ada pula yang berjalan menuju Allah tetapi tersekat di tengah jalan kerana hawa nafsu, harta dunia, pengikut, jawatan dan pangkat, pujuk rayu wanita, perhiasan dan hiburan melalaikan. Jika dia berhasil merobohkan sekatan itu, maka dia sudah lulus menuju ke tingkat lebih berat lagi. Hingga dia sampai kepada keredaan Allah di akhir hayatnya.

Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Inhaler

Monday, 21 January 2008



Along: Assalamu'alaikum wrt wb. Inhaler nak yang biru ke yang hijau?

*Message sent*

Ummi: Carikan yang vicks ada tak

Along: Ha yang biru lah tu. Nak berapa? Satu ke dua?

Ummi: Satu jelah cukup

Along: Abih lobang hidung ada dua kan?

Ummi: Tau tapi sekarang dah ada 3, campur yang baru jadi ada 4. Abih lobang hidung ada dua je, lagi dua sumbat lobang hidung along boleh? Kongasam ekh? :P

Along: He he he..

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Menanti Di Barzakh

Sunday, 20 January 2008

Munsyid: Far East
Album: Halawatul Iman



Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan



spiderman_pink: seringkali kita terlupa kan? ingatlah, selagi masih sempat!
andai tak sempat kita bersua lagi, kita jumpa di jannah je ye? insha Allah, Allahumma ameen! jaga diri, hati dan iman selalu!

Read More...

Nikahun Mubarakun "saffrah"!

Saturday, 19 January 2008


Akh Safwan wa Ukh Afrah


Video yang dibuat khas oleh WM

Gambar-gambar dari NJ

Blog Saffrah


Ya Allah
Kami menzahirkan diri kami pada hari ini
Untuk sama-sama meraikan pembentukan sebuah lagi masjid umatMu

Berkatilah, Ya Allah, kehadiran kami ini
Semoga berkatMu ini akan menjadi penyubur
Pada pembinaan perkahwinan yang penuh dengan mawaddah dan rahmah

Ya Allah Ya Rabbana
Kami hanya mampu untuk menadah tangan kami kepadaMu
Dan memohon kepadaMu dengan penuh munajat
Agar apa yang kami pinta ini dimakbulkan

Sekiranya pada diri kami ini masih ada kelemahan dan dosa
Janganlah, Ya Allah, perkara ini menjadi penghalang pada termakbulnya doa kami
Yang terbit dari hati yang ikhlas
Dan dari jiwa yang sentiasa mengharapkan kebesaran serta keampunanMu

Allahumma
Kami berdoa agar kedua mempelai ini
Akan terus melengkapkan iman mereka
Melalui perkahwinan mereka

Bekalkan mereka dengan kasih sayang sejati
Perasaan belas kasihan yang hakiki
Tekad usaha yang tidak mengenal penat
Tawakkal kepadaMu yang tidak mengenal pasrah
Kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi
Ketaatan pada orang-orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka
Dan yang terpenting
Keimanan padaMu yang tidak mengenal ingkar

Ya Rahman, Ya Rahim
Insafikan mereka berdua ini
Bahawa kejayaan perkahwinan mereka
Bukan bermula dengan kekayaan
Bukan bertapakkan kedudukan
Dan bukan bersemarak dengan pujian

Insafikan mereka, Ya Allah
Sebagaimana juga kami yang lain telah diinsafi
Bahawa kebahagiaan perkahwinan mereka
Bermula dengan tidak lupa padaMu
Dengan sentiasa merindukan kehadiranMu
Dan dengan berkekalan mensyukuri nikmat iman anugerahMu

Kurniakan kepada mereka berdua
Sifat saling kukuh-mengukuh
Sebagaimana berlakunya antara Rasulullah SAW dengan Khadijah
Kerana sesungguhnya mereka berdua akan melalui perjalanan yang tidak lekang dari diuji

Kurnia kepada si isteri kesetiaan kepada suaminya
Sebagaimana kesetiaan Zainab binti Muhammad SAW
Pengabdian kepada Allah SWT
Sebagaimana pengabdian Rabiah Al-Adawiyah
Dan iltizam untuk menjadi isteri serta ibu yang solehah
Sebagaimana yang ada pada Sumayyah binti Hubbath

Kurniakan jua kepada si suami
Kebijaksanaan membimbing isterinya ke ambang syurga
Dan semoga dia sabar dengan apa pun yang menduganya
Sebagaimana Nabi Allah, Ayyub, bersabar dengan ujian terhadap imannya, kesihatannya dan keluarganya

Ya Allah
Sesungguhnya tidak ada doa yang susah bagiMu untuk makbulkan
Bagi kami yang sama-sama menghadiri majlis pada hari ini
Insafi juga diri kami supaya kami mampu menjadi contoh yang hidup bagi kedua mempelai ini

Bagi ahli keluarga kedua mempelai yang telah kembali ke rahmatMu
Izinkan arwah mereka untuk menyaksi saat-saat kebahagian mereka berdua
Semoga anak, cucu dan keturunan mereka
Akan merupakan insan-insan yang bakal menjadi tonggak agamaMu
Dan tanah air yang kami cintai ini


Nowseeheart - 10 Hajat - Doa Majlis Kahwin


Read More...

Mat.. Mat..

Friday, 18 January 2008

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam, Mat berdoa, "Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah."

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, gosok gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur. Dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps. Belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan langsung tertidur. Tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, "Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata, "Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali."

"HAH??? 9 bulan 10 hari??? Beranaaak??? Waaaaaa!! Tak mo... takmo... takmmmoooooooo!!!

"Bang, bang. Abangggg, apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya, "Nab, Nab kah yang jadi suami tau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh. Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.

Moral cerita: Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 2 comments Links to this post  

What Color Is Your Aura?

Thursday, 17 January 2008

Your Aura is Blue

Spiritual and calm, you tend to live a quiet but enriching life.
You are very giving of yourself. And it's hard for you to let go of relationships.

The purpose of your life: showing love to other people

Famous blues include: Angelina Jolie, the Dali Lama, Oprah

Careers for you to try: Psychic, Peace Corps Volunteer, Counselor

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan

Wednesday, 16 January 2008

Photobucket


“Kasihan Ziad tu mak. Dah pening-pening tu, nak kahwin sangat nampaknya”, saya berbual dengan emak.

Jam sudah lewat 12 malam di kota London. Emak tentu sahaja baru lepas bersarapan pagi di rumah.

“Ye la, dah sampai masanya. Habis kamu pula macam mana?”, tanya emak.

YESS! Umpan saya mengena.

Saya memang telah awal-awal meminta izin daripada sepupu saya untuk ‘memperalatkannya’ bagi membuka bicara kepada emak tentang hasrat hati saya untuk berumahtangga. Strategi saya berhasil apabila emak bertanya begitu.

“Aha, ada la emak. Insya Allah sampai Malaysia nanti Rizal cerita ya”, saya memberitahu.

Tidak mudah untuk seorang anak bongsu seperti saya memberanikan diri untuk memberitahu emak tentang hasrat hati untuk berumahtangga. Anak bongsu, biar pun sudah berjanggut sekali pun, masih anak bongsu buat seorang emak.

Alhamdulillah, daripada reaksi emak tadi, saya faham yang emak terbuka dengan hal ini. Usia saya pun sudah mencecah 24 tahun ketika itu.

Tetapi, apa yang lebih penting untuk saya fikirkan ialah perasaan seorang ibu melepaskan anaknya. Fikiran saya melayang mengimbau hari pertama saya berpisah dengan emak. Mendaftarkan diri sebagai pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh, adalah titik penting yang menjadikan saya terlepas ke dunia lain, tidak lagi di bawah jagaan emak dan abah. Seawal usia 12 tahun, saya sudah mula berdikari.

Pengajian di SMA Izzuddin Shah tidaklah terlalu menjadikan saya jauh dari emak dan abah. Sekolah hanya setengah jam perjalanan dari rumah. Dan saya juga sering balik ke kampung tanpa perlu menunggu cuti sekolah yang panjang. Begitu juga semasa di SMAP Labu, Negeri Sembilan. Mujurlah saya tidak lama di sana. Selepas kira-kira empat bulan di Tingkatan 4 di sana, saya kembali semula ke SMA Izzuddin Shah hingga selesai SPM.

Perpisahan yang hakiki berlaku antara saya dan abah, apabila kejadian yang tidak disangka-sangka menduga saya sekeluarga. Abah kembali ke rahmatullah pada tahun 1992 dan perginya tidak kembali. Ketika itu, hanya salah seorang sahaja daripada abang saya yang baru bertunang. Belum pun sempat abah menyambut menantu pertamanya, Allah memanggil abah pulang.

Ketika kubur abah pun masih merah, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Keputusan yang amat berat untuk dilakukan. Meninggalkan emak di kampung halaman yang masih belum berupaya menyesuaikan diri dengan kehilangan suaminya. Emak melepaskan saya dengan derai air mata di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, pada 15 September 1993.

Photobucket


Selepas lama merantau, bersambung pula ke UK, tentu sahaja emak akan terasa bagai kehilangan anaknya ketika saya memberitahu hasrat hati untuk berumahtangga. Saya menyimpan misi untuk mententeramkan hati emak sebaik tiba di Malaysia dari kota London.

DI MALAYSIA

“Tak adakah gambarnya?”, tanya emak kepada saya.

“Emm.. tak sampai lagi emak. Muna kata dia akan pos dalam sehari dua ni dari Ireland. Insya Allah sebelum Rizal balik ke UK, adalah gamaknya”, saya memberitahu.

Saya lihat wajah emak bercampur antara suka dan gelisah.

“Alhamdulillah emak, kampung dia pun dekat sahaja. Seberang sungai sana aje, di Manjoi. Tak risaulah sangat terpaksa jauh ke mana-mana”, saya cuba meyakinkan emak.

“Emak bukan tak setuju, tapi rasa macam tak puas lagi emak membesarkan kamu. Dah nak jadi suami orang!”, kata emak.

“Rizal faham. Insya Allah emak tidak akan kehilangan Rizal malah menambah ahli keluarga kita sebenarnya. Insya Allah”, saya memujuk emak.

Naluri biasa seorang ibu. Titis air matanya bukan titis duka, tetapi titis yang datang dari perasaan tersedar bahawa anak bongsunya sudah dewasa.

BERTUNANG

Saya bersembunyi di dalam kereta.

Adat Melayu tidak mengizinkan orang yang bertunang hadir sama dalam majlis meminang. Entah apa yang nak mereka umpatkan.

Photobucket


“Depa berpantun-pantun pula”, kata sepupu saya Ziad yang berada di dalam majlis, melalui sms.

Selesai majlis bertunang, saya dipanggil masuk. Ini memandangkan keadaan kami berdua yang tinggal di luar negara. Maka di dalam majlis ini sahajalah peluang untuk kami berdua ditemui oleh kedua-dua keluarga.

Tempoh pertunangan selama 2 tahun telah ditetapkan. Insya Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2001. Saya dan bakal isteri, berusia 26 tahun ketika itu nanti.

CABARAN BERTUNANG

Selama dua tahun tempoh kami bertunang, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh. Namun jarak yang memisahkan saya dan bakal isteri, sedikit sebanyak membantu kami untuk bersederhana dalam berhubung.

“Ahlan wa sahlan ustaz”, kata Yurzi dan Nik Azuan semasa menyambut saya di stesyen bas Galway.

“Terima kasih sudi jemput ana”, saya membalas salam.

Mereka berdua adalah pelajar perubatan di National University of Ireland, Galway.

“Program ceramahnya start pukul berapa ya?”, saya bertanya.

“Rasanya lepas Isyak, Ustaz. Mungkin dalam pukul 6″, Yurzi memberitahu.

Photobucket


Saya menumpang di rumah Yurzi dan Nik Azuan semasa kunjungan pertama saya ke Galway, tempat tunang saya belajar. Rumah mereka berdua ini agak pelik kerana ia terletak di sebuah selekoh tajam yang menggerunkan. Terbayang-bayang saya adanya kereta terbabas. Naudhubillah.

“Ustaz, Kak Muna ada hantarkan lauk untuk makan tengah hari kita”, kata Yurzi memberitahu saya.

“Alhamdulillah”, saya tersenyum sendirian. Melihat ayam masak kicap pun boleh tersenyum simpul.

Malam itu saya menyampaikan ceramah di Clinical Science Building. Semasa berceramah, saya dapat melihat tunang saya berada jauh di belakang bersama rakan-rakan sepengajiannya.

Sesi ceramah berjalan lancar. Soal jawab juga agak memberangsangkan. Saya berkenalan dengan ramai sahabat baru. Pastinya, Galway agak berlainan dari Dublin dan Belfast kerana watak pelajarnya lebih menampakkan kesan Irish. Mungkin hasil tiupan Lautan Atlantik barangkali. Ceramah di dalam Bahasa Inggeris juga nampaknya lebih mendapat sambutan berbanding Bahasa Malaysia!

“Selama beberapa hari di Galway, saya hanya menegur tunang saya sekali semasa kami menghadiri jamuan makan yang diadakan oleh PPIMG.

Photobucket


“Ukhti sihat?”, saya bertanya.

“Alhamdulillah. Macam biasa”, beliau menjawab.

“Study semua ok ke? Sekarang ni buat attachment di mana pula?”, saya bertanya lagi.

“Study berat sikit dah hujung-hujung ini. Sekarang ana attachment di Galway tapi Insya Allah bulan depan kena pergi ke Sligo”, tunang saya menjawab.

“Semoga semuanya berjalan lancar ya. Terima kasih lauk hari tu”, saya tersenyum.

“Tak ada apa-apa. Biasa sahaja”, tunang saya membalas.

Tidak banyak yang kami perkatakan. Sekadar bertanya khabar.

BARU TAHU

Selepas selesai jamuan, saya kembali semula ke rumah Yurzi dan Nik Azuan.

“Ustaz, maaf saya tanya sikit boleh tak?”, soal Yurzi kepada saya sebelum kami melelapkan mata. Jam baru pukul 9 malam tetapi sudah begitu larut rasanya.

“Silakan”, saya membetulkan duduk.

“Apa hubungan ustaz dengan Kak Muna ya?”, tanya Yurzi bersungguh-sungguh.

“Laaa… anta tak tahu ke? Patutlah pelik semacam aje. Kak Muna tu tunang ustaz”, saya sendiri pun terkejut dengan soalan Yurzi.

“Laaa… ye ke? Patutlah!”, kata Yurzi sambil menepuk dahi.

“Patutlah apa?”, saya bimbang juga dengan andaian beliau.

“Tak ada apa-apa. Patutlah Kak Muna bagi lauk dan suruh saya dan Nik Azuan jaga ustaz elok-elok”, jelas Yurzi.

“Oh, arahan tu sebab Kak Muna Ketua Muslimat, kot!”, saya ketawa.

Kami ketawa bersama. Saya meminta izin untuk ke bilik dan melelapkan mata kerana awal pagi esok saya akan kembali semula ke Belfast.

BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG

Biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.

Saya bersyukur kerana jarak 8 jam perjalanan dengan bas itu bermanfaat untuk kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan… namun kami mencuba sedaya upaya untuk tidak berlebih-lebihan.

Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit.

Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.

Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.

Selama pertunangan kami, saya dan dia sering bersama tetapi tidak berjumpa. Kami sering hadir ke program-program seminar, ceramah, perhimpunan musim sejuk dan sebagainya, tetapi tidak berjumpa. Apabila saya mengimamkan Qiamullail di Masjid Clonskeagh, saya tahu yang tunang saya turut bersama, dan itu sudah cukup lagi memadai.

RAHSIA PERTUNANGAN

Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.

Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

Photobucket


Terima kasih kepada bekas tunang saya yang bersama-sama saling berusaha menjaga diri selama tempoh kami diikat dengan janji. Kepada bekas tunang saya yang kini telah pun menjadi isteri… dan dengan tiga cahaya mata kurniaan Allah, semoga Allah mengekalkan rumahtangga kita dalam redha dan bahagia, hingga ke akhir usia, ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Read More...

Menempuh Gerbang Perkahwinan

Tuesday, 15 January 2008



ISBN: 983-42448-4-3

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
Hj. Muhammad Zakaria
Zarina Sarudin

Motivasi Rumahtangga: Menempuh Gerbang Perkahwinan

Paduan untuk remaja, bakal pengantin, pengantin baru dan pengantin veteran mendapatkan tip mengharungi dan melayari alam rumahtangga yang mencabar.

Teks dipermudahkan dalam bentuk byline, nota ringkas, sub-tajuk, quotation dan kisah untuk memudahkan anda membuat rujukan dengan santai.

Gambar foto dan ilustrasi memberi penjelasan dan gambaran secara praktik bahawa keharmonian rumahtangga adalah benar, realiti dan mudah dicapai.

Gambarajah, carta dan jadual menerangkan langkah yang lebih efisyen dalam kemahiran rumahtangga.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Lelaki juga sensitif

Monday, 14 January 2008

Assalamu'alaikum wrt wb.

Ni untuk bacaan umum je. Ada yang betul juga kot, tapi ada tu yang memang tak betul -_-"

--------------------------------
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. *jeng3x*

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita, sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. *errrr. ok lah tak semua orang macam ni :P*

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! *belum kahwin ajak keluar haram eh :P*

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. *spiderman_pink bukan selebriti kan? :P*

Bila lelaki cakap. "Emm, tengoklah dulu", itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! *haha. ye ke? ada yang datang dari sekolah biasa pun "desperate" juga?*

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan, dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari, maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! *errrrrrr. kan kene jaga pandangan?*

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!!

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 2 comments Links to this post  

Alhamdulillah wa Syukurillah

Sunday, 13 January 2008


Surau Perhentian Yong Peng, 9 Malam

Permusafiran yang membawa seribu makna dan sejuta harapan..

Singapura - Kuala Selangor
4-5 Muharram 1429H

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59 2 comments Links to this post  

Kerlipan Cinta

Saturday, 12 January 2008

Munsyid: Rabbani

Hidayah
Kerlipan cipta cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan

Aku masih menghitung diri
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati


Padamu Kasih
Satukan aku
Dengan rahmatMu
Dengan kalimah
Malam siangku
Berliku-liku
Duri dugaan
Siratan cinta


Biar di jemala mentari
Dan di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untukmu
Untukmu..


Ku kembara setia disisiNya
Ku inginkan bahagia abadi
Ku impikan sentosa naunganNya
Selamanya...


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Kerja Rumah

Friday, 11 January 2008

Assalamu'alaikum wrt wb.

Kadang-kala kita kalau asik terfikirkan sesuatu, ia boleh terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi. Asik mimpi je dekni :D

Sejak ana kerja freelance ni, ana ambil alih kerja rumah. Tapi ada gak yang masih ummi buat, macam lipat baju, gosok baju, dengan memasak (masakan ummi memang tiada tandingannya ^_^ ). Lipat dengan gosok baju tu memang dah kene sumpah tak reti kot hehe.

Jadi, cuci pinggan, cuci tandas, kemas rumah, vakum lantai, angkat baju memang dah jadi kerja lazim. Lengit juga kerja rumah ni. Macam mana agaknya ummi boleh tahan selama ni eh. Jadi ana pun terfikir punya fikir punya fikir sampai waktu tidur..

Zauj: Humaira, abang ada satu cadangan ni.
Zaujah: Hmm apa dia bang?
Zauj: Dulu kan waktu ummi sakit, abang kene buat kerja rumah. Jadi abang tahu juga betapa susahnya kerja rumah tu. Lagi kalau buat perkara yang sama je hari-hari.
Zaujah: Takdelah penat sangat kot. Tapi apa cadangan abang? Nak juga dengar.
Zauj: Mulai hari ni, abang akan ringankan tangan untuk menolong ayang buat kerja rumah. Kalau ada kerja seharian yang abang boleh buat, biar abang je yang lakukan. Kalau hari minggu ayang cuti, biar abang ambil ganti. Macam mana? Ok kot?
Zaujah: Ok aje abang ^_^
Zauj: Tapi, abang buat kerja rumah kene ada upah tau.
Zaujah: Lah. Awat gitu pulak?
Zauj: Eh yelah. Abang ni buat kerja rumah ada class punya. Maklumlah abang ni pembantu kerja rumah yang bertauliah. Boleh kata tahap kedoktoran tau.
Zaujah: Eleeh. Banyak lah bertauliahnya tu. Abih abang nak diupah apa ni?
Zauj: Abang.. abang nak.. heheee *senyum mentel*
Zaujah: *cubit* Haaa abang nak apa? Nak kene cubit? Nak kene tumbuk? Ke nak kene tembak? *angkat kening*
Zauj: Adoi! Tak sakit nyerrrr :D Ayang, boleh upah dulu buat kerja kemudian ke? ^_^

Ayah: Alooooong! Bangunnnn! Dah Subuhhhhhh!

alamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak kacau lagi ah ayah ni! zalim kan!

Nota: Mimpi ini tiada kena mengena dengan yang separuh hidup atau yang telah mati atau yang telah mati dan hidup kembali. Tiada haiwan yang dianiaya atau dibunuh secara sengaja. Kalau ada pun, TER saja. Tapi nampaknya tak ada. Harap maklum

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 2 comments Links to this post  

Hikmah di Balik Sakit

Thursday, 10 January 2008

Oleh : Wahid Abdullah

Bila seseorang selalu berada dalam keadaan sehat, maka ia tidak akan mengetahui derita orang yang tertimpa musibah dan kesusahan, dan ia tidak akan tahu pula besarnya nikmat yang ia peroleh. Oleh karena itu maka ketika ditimpa sakit ia ingin agar bisa segera pulih, sebagaimana kondisi semula ketika sehat, karena setelah sakit itulah ia akan tahu apa artinya sehat.

Oleh sebab itu orang yang sedang ditimpa penyakit tidak perlu dicekam rasa takut, selama ia mentauhidkan Allah dan menjaga sholatnya, karena sesungguhnya dibalik sakit itu terdapat hikmah dan pelajaran bagi siapa saja yang mau memikirkannya. Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW bersabda:

"Cobaan senantiasa akan menimpa seorang mukmin, keluarga, harta dan anaknya hingga dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa."

Musibah dapat menyebabkan seorang hamba berdoa dengan sungguh sungguh, tawakkal dan ikhlas dalam memohon kepada Allah SWT, sehingga ia akan merasakan manisnya iman yang lebih nikmat dari lenyapnya penyakit yang diderita, sebagaimana dilakukan oleh Nabi Ayub A.S:

"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya (Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang." (Q.S. Al Anbiya : 83).

Berapa banyak musibah yang menyebabkan seorang hamba menjadi Istiqomah dalam agamanya, berlari mendekat kepada Allah dan menjauhkan diri dari kesesatan. Amat banyak pula orang yang setelah ditimpa sakit, ia mulai bertanya persoalan agamanya, mulai mengerjakan sholat dan berbuat kebaikan, yang kesemuanya itu tidak pernah ia lakukan sebelum menderita sakit. Maka sakit yang dapat memunculkan ketaatan ketaatan tersebut, pada hakekatnya merupakan kenikmatan baginya. Apabila seorang hamba selama hidupnya tidak pernah ditimpa musibah, maka biasanya ia akan bertindak melampaui batas, lupa awal kejadiannya dan lupa tujuan akhir dari kehidupannya, akan tetapi ketika ia ditimpa sakit, mengeluarkan berbagai kotoran dahak dan terpaksa harus lapar, maka ia tidak mampu memberi manfaat dan menolak bahaya dari dirinya, bahkan terkadang ingin mengetahui sesuatu tetapi tak kuasa, tak ada yang dapat dilakukan untuk dirinya, demikian pula orang lain tak mampu berbuat apa apa untuk menolongnya, maka apakah pantas baginya menyombongkan diri dihadapan Allah dan sesama manusia ?

Musibah sakit akan menyebabkan scorang hamba hatinya bertambat kepada Allah dengan kuat, apalagi bagi penderita sakit yang telah sekian lama berobat kesana kemari namun tak kunjung sembuh, maka dalam kondisi seperti ini, satu satunya yang jadi tumpuan harapan hanyalah Allah semata sehingga ia mengadu, Ya Allah tak ada lagi harapan untak sembuhuya penyakit ini, kecuali hanya kepadaMu.

Seperti dalam Firman Allah SWT yang artinya : "Apa saja musibah yang menimpa kamu, maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan kesalahanmu." (Q.S. As Syuara : 30).

Dalam ayat ini terdapat kabar gembira sekaligus ancaman, jika kita mengetahui bahwa musibah yang kita alami adalah merupakan hukuman atas dosa dosa yang diperbuat, akan tetapi kegetiran hidup yang dirasakan tersebut akan berubah menjadi kenikmatan di akhirat.

Banyak pula bukti ketika seseorang dalam keadaan kritis, ketika para dokter sudah angkat tangan, namun dengan permohonan yang sungguh sungguh kepada Allah, maka ia dapat sembuh dan sehat kembali.

Oleh karena itu seorang hamba hendaknya selalu bersabar dan memuji Allah ketika tertimpa musibah, sebab walaupun ia sedang sakit maka tentu masih ada orang lain yang lebih parah, dan hendaknya ia melihat bahwa sakit yang diderita dengan nikmat yang telah diterima, serta memikirkan pula faedah dan manfaat dari sakitnya.

Dalam urusan agama seseorang hendaknya harus memandang yang diatasnya agar tidak merasa bahwa dirinyalah yang terbaik, sedang dalam urusan dunia ia harus memandang orang yang ada di bawahnya, agar menimbulkan rasa syukur dan melahirkan pujian kepada Allah, karena sakit bagi seorang hamba (muslim) merupakan rahmat bukan siksa, sedangkan kematian adalah hiburan bagi orang beriman. Firman Allah SWT yang Artinya: "Mengapa Allah akan menyiksamu jika kamu bersyukur dan beriman, dan Allah adalah maha mensyukuri lagi Maha mengetahui." (Q.S. An Nisaa : 147).

Sayangnya kebanyakan manusia tidak mengetahui Allah dan hikmahnya bila sakitnya berkepanjangan dan tak kunjung sembuh menimbulkan keluh kesah dan putus asa, meskipun demikian Allah tetap menyayanginya karena itu semua disebabkan ketidaktahuan, kelemahan dan kekurangan. Wallahu a'lam.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Izinkan aku mencintai Mu

Wednesday, 9 January 2008

oleh: Aa Gym

CINTA..

Kau selalu memandangku walau mataku terpejam

Kau selalu ingat padaku meskipun aku lupa

Kau memberi yang aku butuhkan

Biar aku ta’ meminta

Kau hadirkan yang terbaik untuk ku dalam permintaanku

walau aku ta’ berfikir apakah yang terbaik


Tetapi…

Mengapa hatiku belum mendapatkan cinta

Dalam hariku aku selalu memohon

Tetapi…

Mengapa hatiku belum merasakan cinta

Dalam langkahku ku, ku inginkan selalu ada


Cinta sejati…

Cinta yang selalu membuat linangan air mata,

bukan hanya pada saat kesedihan dan kebahagiaan ku

Cinta yang selalu membuat ku rindu,

tidak hanya saat aku sendiri

Dan cinta yang selalu membuat ku kembali berdiri


Mungkin…

Mungkin hatiku terlalu beku

Mungkin aku terlalu aku


Ingin ku buat bunga kaca dengan warna kaca

Ingin ku buat puisi dengan tinta yang ta’ berwarna

Ingin ku ungkapkan kata tanpa suara

Andai dengan ingin ku, aku bisa


Wahai Matahari…

Bantu aku agar dapat mencintai seperti dirimu

Wahai Penghuni langit…

Doakan aku agar aku dapat merasakan rindu


Dalam keramaian aku hilang dalam kesendirian menuju cinta

Tetapi yang ku dapat hanya cinta pada pandangan pertama


Mengapa…

Mengapa masih saja ta’ bisa

Ya Rabbi, berikanlah rasa cinta selalu di hatiku pada Mu

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Melintas

Tuesday, 8 January 2008

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

"Kenapa adik menangis", tanya Radhi.
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong" pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata, "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. Kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..".

Mendengar penjelasan budak tadi, Radhi dan Khalid hanya menggelengkan kepala. Tak tau apa nak kata kat budak tu...

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Kehendak VS Keperluan

Monday, 7 January 2008

Zauj: Kalau satu hari nanti kita makan nasi dengan kuah saja ok ke?
Zaujah: Ok aje...
Zauj: Kalau satu hari nanti kita makan nasi kosong dengan kicap aje ok ke??
Zaujah: Ok aje bang... Hidup kita hanya untuk beribadah pada Allah. Selagi amal boleh berjalan dengan kemampuan yang ada, itukan sudah cukup
Zauj: Kalau satu hari, kita terpaksa keluar dari rumah ini kerana tak cukup duit untuk bayar sewa rumah macam mana?
Zaujah: Ok aje abang, asalkan keje da’wah kita berjalan dengan keikhlasan, semuanya ok.
Zauj: Susah kan nak dapat sesuap nasi?
Zaujah: Semuanya tak mudah jika tiada usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakkal.
Zauj: Kenape kita rasa bahagia walaupun tak ada rumah besar, tak ada kenderaan, tak rasa makanan yang lazat-lazat, dan tak ada harta-harta simpanan?
Zaujah: Kebahagiaan itu datang dari Allah. Jika kita yakin dengan Allah, insyaAllah, Allah akan kurniakan ni’mat pada hambaNYA.

Itulah ni’matnya hidup dalam keimanan. Biar kehidupan ditentukan oleh Allah, zat yang maha bijaksana dalam mengatur. Namun, usaha pastinya suatu yang paling urgent.

Di manakah letaknya sifat Wasathiah kalau masih ada keinginan untuk hidup mewah, rumah besar, kereta mahal, makanan mewah dan harta banyak dalam bank?

Ramai saja manusia kini sering merasakan keinginan untuk memenuhi kehendak itu perlu dipatuhi dan diselesaikan. Jika tidak, hati akan berkecamuk. Kempunan sesuatu makanan itu juga adalah keinginan kehendak-kehendak yang sering wujud di kalangan ibu-ibu mengandung. Sedangkan itu hanyalah ’mind setting’. Boleh saja dihapuskan tetapi, kerana nafsu, semuanya serba tak kena apabila tidak ditunaikan ’hajat’ atau keinginan tersebut.

Bukan saja ibu mengandung, malah, para da’ie juga tidak lari dari perasaan-perasaan sebegini sehingga mewujudkan kemewahan dalam diri. Sedangkan mereka tahu, kemewahan boleh memakan diri.

Ayuhlah akhwat wa ikhwah sekalian, belanjalah hartamu sebaiknya. Belilah sesuatu kerana keperluan, tetapi bukan kerana kehendak. Banyaknya harta seseorang terletak pada banyaknya infaq yang dikeluarkan, bukan yang ada di tangannya.

Berjihadlah melawan hawa nafsu yang sering menodai hati.
”Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” (3:142)

spiderman_pink: ada lagi ke yang macam ni? nak boleh tak? rindunyaaaaaa~ ^_^

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Koleksi Rindu Seorang Aku

Sunday, 6 January 2008



Di sini…aku terdiam resah,
Menghitung memanik rindu,
Menafsir dedebu kasih…

Sebagai hamba Allah,
Kurindukan limpahan kasih rahmatNya,
Kupohon seberkas ihsan untuk secebis keampunan,
Kupohon keredhanNya atas segala-galanya,
Lantas aku terpaku…
Layakkah hamba yang dhaif ini dikabulkan doanya?

Sebagai seorang anak,
Kurindukan titian kasih sayang,
Dibanjiri belaian kasih sayang tak bertepi,
Menjadi penghibur derita dan penawar nestapa,
Jua kucuba menggamit keredhaanNya,
Lantas aku terdiam…
Merenungi hakikat anak soleh yang masih jauh.

Sebagai seorang sahabat,
Kurindukan untaian mesra,
Untuk mengundang serantai mesra ukhuwwah,
Bersama mengisi derita,
Jua berkongsi bahagia,
Namun aku tahu,
Aku belum mampu menjadi insan bergelar sahabat sejati.

Sebagai seorang pelajar,
Kurindukan segumpal kejayaan,
Agar mampu mengukir senyuman si pengharap,
Mencipta kepuasan ibubapa tercinta,
Jua mengering keringat jerih mereka,
Tapi… Aku cukup mengerti aku belum bersedia.

Dan di sini aku terpaku dan terdiam,
Di bening malam kubermunajat kepada Illahi,
Mengalung restu dan doaNya,
Ku pasrah pada Mu Ya Illahi..

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Isteriku Bidadari Hatiku

Saturday, 5 January 2008

Setiap hari aku merasakan hangatnya cinta dan kasih sayangnya. Setiap pagi aku mendengar panggilannya yang lembut. Aku hidup bahagia dalam pelukan cinta dan perhatiannya.

Ia tak pernah melukai hatiku, walau terkadang tanpa kusadari telah membuat hatinya terluka. Tapi goretan luka itu tak pernah ku lihat membekas dalam pancaran matanya yang penuh kasih sayang, dalam untaian kata katanya yang sopan dan dalam genangan air mukanya yang selalu jernih.

Tak heran bila aku tak sanggup lama lama berjauhan darinya. Tak heran bila aku merasa sulit untuk berlepas darinya.

Siapakah ia…?

Siapa lagi kalau bukan seorang wanita yang telah menyerahkan pengabdian hidupnya padaku. Seorang manusia yang dengan rela menerima segala kekurangan dan kelemahanku. Seorang wanita yang akan melahirkan untukku pejuang pejuang agama yang akan kudidik dengan tanganku.

Ia adalah isteriku tercinta yang telah kunikahi sejak 3 tahun yang silam. Kami menikah dalam usia yang masih muda. Umurku berjarak 4 tahun lebih tua darinya. Saat ini aku masih kuliah begitu juga dengan dirinya.

Dahulu, ketika melamarnya ada rasa bimbang yang bergantungan di taman hatiku. Apakah wanita yang kupilih dan kurasakan kemantapan setelah istikharah akan dapat membahagiakan diriku? Pertanyaan ini sering muncul dalam benakku.

Wajar memang karena ia masih kecil, belum memiliki bekal yang cukup untuk menyandang title sebagai seorang isteri dan ibu rumah tangga. Apalagi jiwa mudanya masih ingin berpetualang di arena kehidupan. Ingin terbang ke seluruh tempat, menyusuri lorong lorong waktu dengan membawa keinginan keinginan yang dinyanyikan jiwanya.

Tapi, semuanya kurasakan berubah setelah menikah. Apa yang aku khawatirkan dahulunya sangat jauh dari yang kudapatkan. Aku tidak pernah merasa terbebani dengan pernikahan. Aku semakin bahagia, hidupku semakin lebih terarah. Aku menjadi lebih bersemangat mewujudkan masa depan. Aku menemukan sebuah ketenangan yang selama ini kucari, sebuah kasih sayang tulus, sebuah belaian cinta yang lembut, sebuah ombak ombak kemesraan yang selalu bergerak dalam jiwaku.

Isteriku pandai menyenangkan hatiku. Ia pandai menghiburku. Aku tahu ia belum sempurna. Tapi hal itu terasa tak bermasalah bagiku.

Aku merasakan teguran lembutnya sudah cukup memberiku semangat, aku merasakan perhatian yang ia berikan sudah cukup memberiku kekuatan untuk menghadapi segala persoalan hidup. Aku pun merasa ringan ketika ia begitu sabar dengan segala keterbatasan dan kekurangan diriku.

Aku sangat bersyukur pada Allah yang telah mempertemukan kami. Semoga ini akan kekal hingga ke akhirat nanti.

Amin

Sumber: http://www.eramuslim.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Apakata berhenti sebentar

Friday, 4 January 2008

Bila kita berhadapan dengan sesuatu yang kita inginkan, kita jarang sekali menimbang segala baik buruk akan tindakan kita seterusnya. Tatkala ini, hati mula berkerja menghasut akal untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Pastinya terasa puas apabila impian hati dipenuhi! Biarpun perkara itu bertentangan dengan syariat Islam, yang penting kehendak hati perlu diutamakan!

Jadi, dengan sekadar ilmu yang saya perolehi, suka sekali untuk saya berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang bagaimana hati kita ini bermain dengan nafsu, adakalanya kita menang mengalahkan nafsu, adakalanya kitalah yang sering menyerah pada nafsu dan yang paling mustahilnya kitalah tetap pemenang dan nafsu itu pastinya kalah!

Sahabat semua,
Pergelutan kita melawan nafsu tidak akan terhenti sehinggalah ajal menjemput. Percayalah! Sepertimana dalam firman Allah SWT :

“ Dan demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya –(Asy-Syams : 7-10)

Terdapat juga nasihat berupa amaran yang disampaikan oleh junjungan mulia, Rasulullah SAW :

“Berbagai-bagai macam cubaan akan ditimpakan pada hati manusia secara bertubi-tubi laksana proses anyaman tikar. Hati mana pun yang menyerapnya, maka muncullah padanya satu noktah hitam, sedangkan hati mana pun yang menolaknya maka akan muncul padanya satu noktah putih, sehingga hati itu menjadi salah satu daripada dua kemungkinan; hati yang putih seperti shafa’( yang jernih), ia tidak akan terkena bahaya fitnah, sedangkan yang satu lagi adalah hati yang hitam keabu-abuan, tidak bisa mengenali yang makruf, dan tidak bisa menolak yang mungkar. (HR Muslim)

Begitulah bagaimana Rasulullah menyifatkan dua jenis hati yang terdapat pada manusia. Dalam pertarungan nafsu ini sahabat, kita bukanlah golongan para anbiya’ , di mana ruh mereka lebih menguasai nafsu sehinggalah para nabi ini mencapai peringkat maksum. Namun kita sebagai manusia biasa, yang kerapnya diburu syaitan, tidak terlepas daripada tunduk pada nafsu. Oleh itu, terdapat dua jenis manusia apabila berhadapan nafsu ini.

MANUSIA YANG BERTUANKAN NAFSU

Ini adalah jenis manusia yang sentiasa kalah dengan nafsu. Di mana hati mereka lebih cenderung kepada kehidupan dunia dan mengutamakan perasaan daripada syariat Pemilik dunia ini. Mereka inilah orang-orang kafir yang terkunci dan mati hatinya dan juga mereka yang sudah melupakan Allah sehingga Allah menjadikan mereka lupa diri. Maka Allah telah menyifatkan golongan manusia sebegini ini dalam Al-Qur’an :

“maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran “(Al-Jatsiyah :23)

Naudzubillah sahabat, mudah-mudahan Allah menyelamatkan kita daripada golongan sebegini. Bilamana hati kita mati, segala kebenaran berupa cahaya Allah tidak lagi dapat dilihat oleh hati yang gelap sehingga kita terus tersesat jauh daripada kasih sayang Allah dan neraka itu selayaknya untuk kita!

MANUSIA YANG BERTAUBAT

Adakalanya sahabat, dengan berbekalkan iman di dada, kita sudah besungguh-sungguh memerangi hawa nafsu dan melawan keinginan hati. Kadang-kadang terasa puas apabila kita berjaya mengalahkan nafsu, namun kadang-kadang juga kita kalah dengan nafsu lantas Allah hadirkan keinsafan di hati kita, dan kita akhirnya beristighfar dan bertaubat. Allah juga turut menyifatkan golongan sebegini dalam Al-Tanzil :

“dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”( Ali ‘imran: 135)

Dalam hadith, Rasulullah bersabda :

Setiap anak Adam banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang banyak melakukan kesalahan adalah yang banyak bertaubat (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Teringat saya pada pada sebuah riwayat daripada Wahab Bin Munabih, bahawa ia berkata, “ Sesungguhnya iblis pernah berjumpa dengan Yahya Bin Zakaria lalu dia berkata kepadanya : ‘ Beritahulah aku tentang sifat anak Adam dalam pandangan kalian!

Iblis menjawab “ segolongan dari mereka adalah orang-orang sepertimu yang maksum. Kami sama sekali tidak mampu berbuat apa-apa untuk menggoda mereka. Golongan kedua adalah orang yang di tangan kami ibarat sebuah bola yang ada di tangan anak-anak kalian. Keadaan diri mereka sendiri telah memberi peluang kepada kami, sehingga kami tidak perlu bersusah payah menggoda mereka. Dan golongan ketiga adalah yang paling menyulitkan kami. Kami selalu mendatangi mereka, tetapi setelah kami memperoleh apa yang kami hajatkan daripadanya, lantas tiba-tiba mereka beristighfar memohon ampun, sehingga istighfar itu merosakkan apa yang telah kami peroleh daripadanya. Jadi kami tidak pernah berputus asa untuk menggodanya, tetapi kami tidak mendapatkan apa yang kami perlukan daripadanya "

Sesungguhnya, sudah menjadi lumrah sifat manusia melakukan kesalahan, lantas Allah kurniakan kita Taubat sebagai penawar dosa-dosa yang lalu. Sahabat, andai hati kita dibisikkan dengan peringatan Allah, segeralah bertaubat dan memohon ampun kerana mungkin bisikan Allah itu tidak akan hadir lagi sehingga kita akan terus ditinggalkan jauh daripada Allah. Naudzubillah..

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Rona Bosphorus

Thursday, 3 January 2008



Pengarang: Zaid Akhtar

"PERLAHANNYA berjalan?"

"Cepatlah sikit! Kita dah lewat ni."

Afham tersentak. Memandang ke depan. Zakuan dan Hanafi sudah berdiri tercegat kira-kira lima meter darinya. Dia tersenyum, menyedari kesilapan sendiri, lantas mempercepatkan langkah.

"Macam tak semangat aja kau ni?" tegur Zakuan.

Afham tidak menyahut. Ingatannya banyak berlegar-legar seputar masalah madrasah. Mindanya terasa sesak. Tetapi belum ada kesempatan untuk diluahkan kepada teman-temannya itu. Nantilah, kalian akan tahu juga.

"Janganlah buat muka moyok. Cerialah sikit! Sedih dia bila tertengok kau kejap lagi."

"Sabar ajalah, Af. Takkan lari hafizah dikejar. Habis jalan ni, sampailah kita," Zakuan menokok kata-kata Hanafi.

Mereka berdua tertawa. Afham juga mahu tergelak tetapi ditahan. Sekadar menggeleng. Tidak mahu menyahut atau menambah apa-apa. Sudah faham tuju hala usikan dua sahabatnya setiap kali mereka bertiga. Usikan yang makin menjadi-jadi akhir-akhir ini!

"Tak dapat jumpa orangnya, jumpa rumahnya pun jadilah. Kan Zek?"

"Ha-ah!"

Afham terusan diam. Siapa lagi yang dimaksudkan oleh mereka berdua kalau bukan dia?

Amal Hayati!
Amal Hayati!
Amal Hayati!

Hati Afham menyeru nama itu berulang kali.

"Bertuahnya kalau siapa dapat dia." Hanafi terus-terusan berminat menggiatnya. "Kau cuba-cubalah Af. Mana tahu untung sabut kau … timbul."

Tawa teman-temannya terus berdekah-dekah. Afham menggerutu dalam hati.Bertuah? Dia tidak pasti mengapa mereka berdua ghairah sangat mengenakannya dengan Amal Hayati. Apakah mereka tahu apa yang ada dalam sukmanya? Mustahil. Ya, Amal Hayati mula dikenalinya lebih setahun yang lalu. Fahim yang memperkenalkan adik bongsunya itu kepadanya. Kebetulan mereka ditawarkan oleh Erfan menjadi tenaga pengajar bahasa Arab di Madrasah Badriyyah. Berwajah lembut dan menawan. Tidak banyak cakap dan mahal senyuman. Segalanya memang memenuhi citarasa. Cuma usia Amal Hayati dua tahun lebih tua daripadanya.

"Jangan fikirkan sangat soal umur." Afham terkejut. Zakuan seperti tahu apa yang difikirkannya. "Nabi dulu beza 15 tahun dengan Siti Khadijah."

"Kalaulah aku ni belum berpunya, memang dia kurebut dulu."

"Kau ni malu sangat, fasal apa? Cakap saja pada Fahim. Semuanya pasti beres."

Bukan soal malu, tetapi dengan keadaan diri yang seperti ini, rasanya belum layak mengimpikan gadis sehebat itu, Afham menjawab sendiri dalam hati. Hidup di Istanbul ini pun terpaksa bekerja sambilan demi meneruskan pengajian dan mengisi perut, ada keinginan mahu segera beristeri?

"Atau kau ada niat nak bermastautin di Istanbul ni? Nak jadi menantu Datuk Bandar?"

Afham menarik nafas. Wajah damai Amal Hayati berganti wajah manis Emine. Kemudian wajah Reccep Mecit Polatkan ketua tujuh juta penduduk bandar raya ini dan isterinya, Beyza. Sudah lama juga dia tidak mengunjungi keluraga angkatnya.

"Ha-ah Af. Adik 'angkat' Turki kau tu pun 'mengancam' juga."

Mereka melepasi sebuah simpang. Afham teringat, dua malam lepas dia telah ke sini. Tetapi ke rumah Necmi, rakan setugasnya yang berada di Blok C. Rumah Fahim yang mereka tuju di Blok A menghadap ke laut.

Akhirnya, mereka tiba di rumah pangsa yang berada di tingkat empat itu, Fahim sudah menunggu di pintu. Mereka masuk ke ruang tamu dan duduk di sofa yang di tengahnya terdapat sebuah meja bulat.

"Tak ganggu tuan rumah ke kami ni?" Zakuan berbasa-basi setelah bertukar salam dan bertanya khabar.

"Ganggu apanya, Zek? Kan giliran rumah ana minggu ni. Macam tak biasa pula."

"Ana sebenarnya hampir terlupa janji muzakarah kita malam ni. Mujur Afham ingatkan," ujar Hanafi. "Beria dia ajak kami berdua ke mari tadi. Suka sangat dia ke sini."

Afham terkedu. Semua pandangan tertujah ke arahnya. Fahim menahan senyum. Bertuah lelaki ini, mahu mengenakan aku!

"Err, Nik Hafizz mana?" Afham segera mengubah tajuk. "Dia kata kelmarin nak datang."

Masing-masing menggoyangkan bahu.

"Nak tunggu dia?" soal Fahim.

"Tunggulah sekejap."

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Matlamat perkahwinan dalam Islam

Wednesday, 2 January 2008

Ini adalah diantara matlamat perkahwinan dalam Islam.

1. Mendapat kemulian dari Islam dengan perkahwinan.

Diantara perkara yang menunujukkan Islam memuliakan manusia dengan perkahwinan ialah menjadikannya sebagai satu ibadah. Nabi bersabda:

(في بضع أحدكم أجر)

Maksudnya: Hubungan kelamin yang dilakukan oleh sesorang kamu mendapat pahala. Para sahabat bertanya: "Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala? Lalu Nabi menjawab:

(نعم، أرأيتها لو وضعها في حرام أكان عليه وزر؟ كذلك لو وضعها في الحلال كان له أجر)

Maksudnya: Ya, apa kata kamu kalau seorang tu melepaskan nafsunya pada yang haram( tentunya mendapat dosa)? Demikian juga sebaliknya apabila seseorang tu melepaskan pada yang halal, dia akan mendapat pahala.(HR Muslim)

Begitu juga Allah membantu kepada mereka yang ingin berkahwin. Nabi bersabda:

(ثلاثة حق على الله عونهم: -منها-الناكح الذي يريد العفاف)

Maksudnya: Tiga Golongan yang Allah pasti tolong mereka: -salah satunya- org yang bernikah kerana nak menjaga dari maksiat. (HR Tirmizi)

2. Mencari ketenangan dan kebahagian dalam perkahwinan.

Firman Allah s.w.t:

((ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة))
Maksudnya: Diantara tanda-tanda kekuasaannya menjadi pasanganmu dari kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati padanya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri... (Al-Rum: 21)

Nabi bersabda:

((أربع من السعادة: -منها-المرأة الصالحة))

Maksudnya: Empat dari kebahagian: -diantara- Isteri yg solehah.(HR Ibnu Hibban)

3. Perkahwinan menyempurnakan Iman.

Nabi bersabda:

((من تزوج فقد استكمل نصف الإيمان، فليتق الله في النصف الباقي))

Maksudnya: Sesiapa yang berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi. (HR Ibnu Majah)

4. Meletakkan syahwat ditempat yg halal.

Nabi bersabda:

((إذا رأى أحدكم امرأة حسنة وأعجبته، فليأت أهله))

Maksudnya: Apabila seseorng kamu melihat wanita yang cantik dan tertarik dengan wanita tersebut maka hendaklah dia setubuhi isterinya. (HR MUslim)

Ibnu Masud berkata berkata ketika beliau sakit taun: Kahwinilah aku.. Sesungguhnya aku benci berjumpa Allah dalam keadaan aku bujang.

5. Membina generasi yang gemilang.

(تناكحوا تكثروا، فإني أباهي بكم الأمم يوم القيامة)

Maksudnya: Hendaklah kamu berkahwin, dengan itu dapat memperbanyakkan zuriat, sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang banyak pada hari kiamat..

Rujukan: Saadul Marah al-Muslimah 1 dr Abid



Jangan kita kata gatal pada orang yang nak kahwin, tapi kita cela pada orang yang nak buat maksiat..

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Sutera Kasih

Tuesday, 1 January 2008

Munsyid: In-Team

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati

Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan


Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya



Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post