YOGA
Saturday, 29 November 2008
MUIS: BOLEH DIAMAL UNTUK KESIHATAN
Usah libatkan ritual agama dan Muslim perlu jaga iman
SEORANG Muslim boleh mengamalkan senaman yoga jika semata-mata untuk manfaat kesihatan dan fizikal, dan beliau tidak melibatkan ritual keagamaan daripada apa yang ditetapkan agama Islam,tetapi perlu memastikan keimanannya terpelihara.
Demikian penjelasan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi satu kenyataannya semalam.
Muis menerusi kenyataannya itu merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar The Straits Times pada 9 November, yang melaporkan bahawa pemimpin Islam di sini menyatakan tiada masalah bersenam yoga asalkan tiada amalan aspek spiritual.
Menyusuli artikel tersebut, Muis menerima pertanyaan media berhubung pendiriannya tentang yoga.
'Muslim digalak berusaha memelihara kesihatan mental dan fizikal mereka pada setiap masa. Ini cukup jelas daripada ajaran Rasullulah yang menggalak umat Islam berpuasa dan makan secara sederhana.
'Muslim juga digalak mencari ketenangan emosi menerusi muhasabah, zikir, solat atau melalui cara-cara lain sejajar dengan ajaran Islam,' kata Muis dalam kenyataannya.
Dalam mengamalkan sebarang bentuk senaman mental atau fizikal, masyarakat Islam harus sentiasa mengetahui dan sedar akan segala aspek senaman itu.
Dengan berbuat demikian, mereka akan dapat lebih memahami bentukbentuk senaman tersebut, lantas membezakan antara ekspresi fizikal dan keagamaan.
'Pendekatan seperti itu harus digunakan bagi kesemua aspek kehidupan keagamaan umat Islam, yang menggalak mereka mengamalkan kepercayaan mereka dengan selesa dan yakin,' kata Muis.
Menurutnya, atas dasar itu Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa pada 1984 yang bertujuan menerangkan bahawa masyarakat Islam tidak dibenarkan mengamalkan yoga dalam bentuk yang secara jelas mengandungi elemen ritual dan kepercayaan agama lain.
Yoga menimbulkan tengkarah di Malaysia apabila majlis fatwa kebangsaan negara itu mengeluarkan fatwa bahawa yoga haram bagi penganut Islam.
http://cyberita.asia1.com.sg/
Janban Li Janbin
Sunday, 16 November 2008
Sampainya aku di bilik, Amir sedang solat Asar,tanpa melengahkan masa aku segera mengambil wudhu’ dan terus bersedia untuk solat mengikutinya.
”Allahuakbar…”Aku terus bertakbir.
”Eh..apsal ko berdiri sebelah aku ni?” Teriak Amir terkejut dengan tindakanku yang berdiriselari atau sebelah menyebelah denganya.
Terbantut keinginanku berimam..
”Ya Allah..apsal plak ni?kan dah elok-elok solat tadi.” Ayat-ayat spontan terpacul keluar dari mulutku akibat tindakannya.
“Eh, aku pulak yang salah? yang ko pergi berdiri sebelah aku tu buat apa? kan ko tu makmum, diri la belakang sikit!”Amir menyuarakan apa yang terbukudihatinya sehingga membuatkan solatnya terbatal.
Aku hanya mampu tersenyum sinis mendengar kata-katanya. Otak aku ligat bekerja mencari jawapan yang sesuai dengan pemahamanku tentang kedudukan makmum seorang diri.
"Em..ko belajar makmum kene belakang sikit dari imam ker?”Aku cuba bertanya walaupun tahu akan jawapannya.
"Ek eleh..mestilah,habis tu takkan la kedudukan imam belakang makmum?” Jawapan Amir cuba menyindir. Aku segera cuba menjernihkan keadaan takut kalau-kalau Amir“terbakar” dengan pertanyaanku.
"Makmum sebelah kanan kan?” Aku bertanya lagi.
"Yela!” Amir menjawab keras kerana soalanku yang dikira tidak relevan pada usianya. Untuk menguatkan hujahnya dia membacakan hadithyang dihafalnya sejak di sekolah menengah agama.
"Artinya : Dari Ibnu Abbas, ia berkata ; "Aku pernah shalat bersama Nabi shallallahu'alaihi wa sallam pada suatu malam. Lalu aku berdiri di sebelah kiribeliau, kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memegangkepalaku dari belakangku, lalu ia tempatkan aku di sebelah kanannya....(Shahih Riwayat Bukhari I/177)."
“Pergh..mantap jugak budak Amir ni.”hatiku berbisik penuh kekaguman." Tapi tu just dalil yang mengatakan makmum disebelah kanan jer?” Aku cuba menjauhkan perbualan. Walaupun jam telah menunjukkan tepat pukul 5.30 petang, aku berniat melewatkan sedikit solatku untuk sesuatu yang ku harapkanmemberi manfaat kepada pengetahuan Amir.
"Memangla makmum sebelah kanan,habis tu?”soalan Amir menunjukkan seolah-oleh beliau tidak fahamakan soalanku.
“Selain dalil bahawa makmum sepatutnya berada di sebelah kanan, ada juga dalil lain yakni…
Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata ; "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallampernah berdiri shalat, kemudian aku datang, lalu aku berdiri di sebelahkirinya, maka beliau memegang tanganku, lantas ia memutarkan aku sehingga ia dirikan aku di sebelah kanannya. Kemudian datang Jabbar bin Shakr yang langsung ia berdiri di sebelah kiri Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu beliau memegang tangan kami dan beliaumendorong kami sehingga beliau mendirikan kami dibelakangnya (Shahih Riwayat Muslim & Abu Dawud)." Terjah Amir menguatkan hujah-hujahnya dengan hadith sahih.
“Tapi kedua-dua dalil yang kau berikan ni just menceritakan bahawa kedudukanmakmum di sebelah kanan,yang aku persoalkan sekarang ni ialah bagaimana dengan posisi makmum tu, sebelah menyebelah imam atau sebelah kanan dan belakang sikit, ada tak dalil?” Aku terus menyoal membuatkan dahi Amir berkerut.
Beliau seolah-olah tercabar. Soalanku seolah-olah menambah minyak petrol ke dalam api yang baru hendak marak, tetapi aku beranggapan bahawa tindakan aku seterusnya diharap mampu membuatkan Amir faham.
“Ah..dahla, nak solat ke tak ni? karang habis plak waktu.”Amir cuba berdalih.
Barangkali dia tidak ketemu jawapan bagisoalanku. Amir terus bertakbir dan meneruskan niatnya untuk solat. Akubersangka baik bahawa kemungkinan dia tidak mahu melewat-lewatkansolatnya. Akibat berpegang teguh dengan kefahamanku, aku meneruskan“sunnah”yang dianggap pelik oleh Amir dengan solat sejajardengannya. Barangkali solat Amir tidak khusyu’ dengan tindakanku yangdianggap pelik.
Selesai solat, setelah berzikir secara sir’, aku memulakan muzakarah yang terbantut sebentar tadi, Amir seolah-olah“melarikan diri”.
"Amir….”Aku menyapa.
Amir yang tadinya bergegas bangkit menoleh melihatku.
"Dalam hadits Jabir bin Abdullah tu, sewaktu datang Jabbar bin Shakhr lalu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menempatkan keduanya dibelakangnya. Ini menunjukan kedua sahabat itutadinya berada di samping Nabi sejajar dengan beliau. Kemudian Nabishallallahu 'alaihi wa sallam mendirikan mereka di belakangnya. Tidakakan dikatakan "Di belakang" kalau pada awalnya sahabat itu tidakberada sejajar dengan baginda shallallahu 'alaihi wa sallam? Apabila ma'mum dua orang atau lebih, maka barulah harus berdiri di belakangImam” pertanyaanku yang berbentuk ulasan membuatkan Amir melabuhkan punggungnya semula di atas hamparan sejadah.
“Ha..tula, bab-bab hadith ni ko kene berguru, bukan boleh baca ikut buku jer.”Amir cuba memperliku sambil tersenyum sinis. Aku masih cuba bertenang walaupun agak terasa dengan kata-katanya.
“Tapi dalam Al-Muwattha karangan Imam Malik diterangkan bahwa Ibnu Mas'ud pernah shalat bersama Umar. Lalu Ibnu Mas'ud berdiri dekat di sebelah kanan Umar sejajar dengannya.Apa pendapat ko?” Aku cuba membentang hujah.
“Ha..tula ko, berguru dengan buku, sampai lupa kita tinggal kat Malaysia.kita kan mazhab Shafie.yangnak ikut sangat mazhab Maliki tu kenapa? mana boleh tukar-tukar mazhab.” kata Amir dengan hujahnya.
Aku tetap mengukir senyum dan mengangguk mengiakan kata-katanya.
”Seorang da’e yang bijak harus mengetahui cara bagaimana mengawal emosinya sebelum dia ingin mengawal emosi mad’unya” terngiang kata-kata ustaz di telingaku.
”Inilah masanya bom atom digugurkan…huhu” Bisik hatiku.
"Pernah tak ko dengar hadith Dari Ibnu Abbas, ia berkata ; "Aku pernah shalat di sisi/tepi Nabishallallahu 'alaihi wa sallam dan Aisyah shalat bersama kami dibelakang kami, sedang aku (berada) di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, aku shalat bersamanya (berjama'ah) (Shahih Riwayat Ahmad dan Nasa'i)”
“Err..tak pernah”Amir menjawab dengan muka penuh kekeliruan.Mendengar perkataan tidak pernah aku terus menyambung.”Perkataan, "Aku shalat di sisi/tepi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam", terjemahan dari kalimat "Shallaitu ila janbin nabiyi shallallahu 'alaihi wa sallam".
“Hadith tu guna root word 'janbun'?” Pertanyaan Amir menunjukkan simpulan tali makin terurai.
Sebagaiseorang pelajar bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa semestinyabeliau memahami perkataan itu seperti mana dalam kamus-kamus bahasaArab artinya : sisi, tepi, samping, sebelah, pihak, dekat.
"A’ah.. Jika dikatakan dalam bahasa Arab "janban li janbin" maka artinya :Sebelah menyebelah, berdampingan, bahu-membahu kan?” Aku cuba menyoal.
"Em…a’ah” Jawapan Amir lambat seperti jawapan itu memakan tuannya.
"Em..takpelah.aku pun tak berapa tahu sangat bahasa Arab ni. Sajer tanye.” Aku cuba merendah diri dengan menyorok di belakang bidang ekonomiku.
Aku meninggalkan Amir yang masih duduk di hamparan kekeliruannya itu. Cukuplah motifku untuk menimbulkan persoalan dengan hadith tersebut yang boleh difahami jelas dari segi bahasanya bahawaIbnu Abbas ketika shalat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, ia berada di samping/sejajar dengan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.
Keesokkan harinya, aku pulang ke bilik setelah habis kelas seperti biasa.Biliklengang dan aku menghamparkan tubuhku di atas katil. Menghembus nafas syukur kerana hari Khamis sememangnya jadualku padat dan akhirnya dapatku lalui hari ini degan lancar. Berselimutkan keletihan sepanjang hari, maka dengan sendirinya aku terlelap.
”Eh..ya Allah! Pukul berapa dah ni?”aku tersedar dari lamunan tidurku. Jam telahpun menunjukkanpukul 6.Aku terlena lebih kurang satu jam lebih tanpa sedar.
"Ish..taksolat lagi ni”. Aku segera ke bilik air mengambil wudhu’.
“Allahuakbar..” Aku melafazkankan takbir tanpa melafazkan niat secara jahar.
”Allahuakbar” Tiba-tiba takbirku disambut Amir yang berada di sebelahku.
Amir berdiri di sebelah kanan dan sejajar denganku menjadikannya makmum dan aku sebagai imam. "Alhamdulillah..faham gak dia apa yang aku cuba sampaikan semalam.” Bisik hatiku.
Selesai solat aku melihat ke arah Amir, menunggu responnya.
"Ko tahu Mi, semalam pas ko tanya aku tu,aku try lah check hadith tu guna software Maktabah Syamilah, memang betul matan hadith ada"Shallaitu ila janbin nabiyi shallallahu 'alaihi wa sallam". Malah ada gak dalam kitab Subulus Salam, Diriwayatkan bahwa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in),"Seorang menjadi ma'mum bagi seorang, dimanakah ia (ma'mum) harus berdiri .? Jawab Atha', "Di tepinya". Ibnu Juraij bertanya lagi,"Apakah si Ma'mum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu shaf dengannya, yaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma'mum dan imam) ?"Jawab Atha'; "Ya!" Ibnu Juraij bertanya lagi, "Apakah si ma'mum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada lowong antara mereka (ma'mum dan imam)?Jawab Atha' : "Ya".(Subulus Salam jilid 2 hal.31). " Jawapan Amir dengan wajah yakin.
"Ye ke?” Reaksiku dengan mimik muka terkejut bercampur bangga sekurang-kurangnya Amir tidak lagi bertaqlid dalam hal ini..Belum sempat dia menjawab, aku menambah "Maknanya…betullah apa yangaku buat semalam?" Soalku dengan agak sinis. Amir hanya mampu membisu tanda mengiakan.
"Takpelah, sekurang-kurangnya lepas ni ko dah tak payah nak tepuk-tepuk bahu imam dari belakang kalau nak jadi makmum, kalau imam tu ada heart-attack, terkejut, kan payah?.” Aku cuba berjenaka menjernihkan keadaan. Mendengar kata-kata ku itu, Amir tergelak hingga ternampak putih giginya.
Ibn Yusof
14 Zulhijjah 1427/ 04 January 2007
5.15 p.m
Dengan sedikit suntingan oleh alFaisal
http://ibnyusof.blogspot.com/
I Would Like To Ask
Wednesday, 22 October 2008
On Tue, Oct 21, 2008 at 3:47 PM, Muhammad Iqbal
I am one of the Perdaus student.
I would like to ask: can air "mani" finished?
---------------------------
spiderman_pink: help, anyone? =D
Kemusykilan Agama - Tukar nama anak kerana selalu sakit
Tuesday, 21 October 2008
Soalan
Saya ada anak berumur 11 bulan. Dia selalu demam. Hampir setiap bulan. Sudah puas saya bawak ke klinik, specialist, tak specialist, ubat cina dan macam-macam.
Ada orang berkata nama anak saya tidak sesuai, betul ke?
--------------------------
Jawaban
Salam
Pandangan sedemikian adalah pandangan orang tua-tua, bukan berasal dari agama. Agama Islam membenarkan menamakan anak dengan apa jua nama asalkan ia mempunyai makna yang baik. Walaupun pandangan itu tidak saintifik, tapi tidak salah untuk dicuba.
Saya juga berpendapat bahawa ia juga tidak salah di sisi agama, asalkan di hati kita tetap percaya bahawa yang memberi sakit atau ubat adalah Allah taala. Pertukaran nama tu hanyalah satu cara untuk mendapat kesembuhan dari Allah taala.
Wallahu A`alam
http://hanifiyah.multiply.com
USTAZ PUN SUDAH ADA BLOG...
Friday, 17 October 2008
Berita Minggu, 14 September 2008
Oleh MOHAMMAD NASER AHMAD
Penulis sambilan
BIASANYA suara mereka hanya didengar di masjid-masjid atau di majlis ceramah agama. Tetapi sekarang ‘suara’ mereka turut dikenali di alam maya – terutama di kalangan pengunjung diari maya atau blog. Dalam menghadapi dunia Internet yang kian hari kian tidak dapat dirang, para asatizah kita ternyata tidak mahu ketinggalan.Beberapa ustaz yang sempat ditemubual menerusi Internet berkata, mereka menggunakan blog sebagai wadah mendekati marita peribadi untuk dijadikan renungan. Soal jawab mengenai kemusykilan agama juga disertakan.
Yang menariknya, sesetengah daripada asatizah itu menggunakan pendekatan dwibahasa dalam menarik pelungsur Internet berbilang bangsa.
USTAZ MOHD YUSRI YUBHI MD YUSOFF
http://abahyasir.blogspot.com
MULA berkecimpung dalam arena penulisan blog empat tahun lalu.
Pada awal pembabitannya, beliau hanya berkongsi kisah peribadi dan keluarga, khusus untuk tatapan famili dan teman rapat sahaja. Kebanyakan artikel yang dipaparkan mengandungi gambar-gambar yang menarik serta corat-coret tentang perjalanan kehidupan beliau sejak mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, sejak awal tahun ini, Ustaz Yusri melangkah setapak lagi dengan menghasilkan blog berkonsep keagamaan. Dalam blog inilah beliau berkongsi pengalaman berinteraksi dengan para jemaah yang hadir ke pejabat beliau untuk mendapatkan bimbingan agama dan juga kaunseling. Kata Ustaz Yusri: “Saya mengharapkan agar blog saya dapat memberi iktibar dan pengetahuan kepada masyarakat serta dijadikan satu mepat berinteraksi secara langsung dengan para pengunjung blog saya.”
Ustaz Yusri, yang kini bertugas sebagai Imam Eksekutif Masjid Al-Falah di Bideford Road, turut memberikan pandangan beliau tentang kecanggihan zaman teknologi hari ini, terutama melalui dunia siber, untuk mendekatkan diri dengan masyarakat tidak kira peringkat usia.“Sekurang-kurangnya, ia dapat dijadikan saluran alternatif bagi masyarakat untuk mengunjungi beberapa lelaman asatizah setempat untuk mendapatkan maklumat atau nasihat (tentang agama),” ujar Ustaz Yusri, 33 tahun, yang baru memperolehi Sarjana Usuluddin tahun ini dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di Kuala Lumpur.“Saya amat berbesar hati dengan sambutan baik dan menggalakkan dari masyarakat yang telah berkunjung ke blog saya.
Komen yang positif dan perangsang dari pengunjung membuatkan saya lebih bersemangat lagi untuk terus menulis dan berkongsi pandangan dalam menghasilkan sesuatu yang bermanfaat buat semua,” jelas Ustaz Yusri lagi.Selain laman tersebut, Ustaz Yusri juga menawarkan khidmat kaunseling dan kemusykilan agama dalam menangani isu-isu peribadi dan kekeluargaan di laman multiply beliau.
USTAZ MUHAMMAD HANIFF HASSAN
http://www.haniff.sg
BLOG dwibahasa Ustaz Muhammad Haniff Hassan Menerusi laman http://www.haniff.sg\, blog dwibahasa (Melayu dan Inggeris) Ustaz Muhammad Haniff Hassan lebih tertumpu kepada isu-isu agama yang lebih mendalam dan bersifat interaktif sepenuhnya.
Kebanyakan daripada para pengunjung blog Ustaz Haniff merupakan mereka yang musykil tentang isu-isu agama dan inginkan pandangan serta jawapan langsung daripada beliau.Menurut Ustaz Haniff: “Sebagai seorang ustaz, saya memikul tanggungjawab yang besar untuk membimbing masyarakat agar memahami dan menghayati Islam dengan lebih baik. Blog hanyalah satu media tambahan untuk saya memainkan peranan (sebagai seorang ustaz), selain media-media lain seperti kelas pengajian, khutbah dan akhbar.“Disebabkan media ini semakin dinati dan mempunyai pengaruh teran-pandangan berkaitan keagamaan.”
Ustaz Haniff, yang kini bertugas sebagai seorang pengkaji di S. Rajaratnam School of International Studies di Universiti Teknologi Nanyang, turut menegur “suara-suara sumbang” yang mempertikaikan keupayaan asatizah tempatan yang menghasilkan blog untuk menarik perhatian umum.“Menghadapi perkara ini adanganlah ia dijadikan batu hambatan yang melemahkan semaat kita untuk berdakwah. Apatah lagi melalui Internet atau blog.”
USTAZ SAIFURRAHMAN
http://thehoopoesodyssey.blogspot.com\
TIDAK seperti Ustaz Yusri dan Ustaz Haniff, Ustaz Saifurrahman termasuk antara beberapa asatizah bloggers yang tidak ingin diri mereka dikenali secara terbuka melalui blog masing-masing.
Beliau yang kini berada di Amerika Syarikat untuk meneruskan pengajian di salah sebuah universiti terkemuka di sana, lebih selesa jika beliau tidak dikenali umum.“Ini semua bergantung kepada para pengunjung blog itu sendiri. Ada yang lebih serasi dengan blog-blog yang lebih kreatif, yang padat dengan gambar-gambar peribadi. Tapi tidak bagi diri saya. Yang menjadi keutamaan bagi saya ialah karya saya dapat diterima oleh para pengunjung dengan hati yang terbuka,” jelas Ustaz Saifurrahman.“Mesej yang ingin saya sampaikan menerusi blog lebih kepada konsep global. Atas sebab itu, ramai pengunjung yang mengunjungi ke blog saya datang dari pelbagai negara dan benua.
“Saya amat teruja dengan perkembangan ini,” kata beliau yang lebih selesa menulis blognya dalam bahasa Inggeris.Ustaz Saifurrahman, yang sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengurus di Mahkamah Syariah sebelum meneruskan pekembangan terbaru ini dengan hati yang terbuka.
“Apa yang penting, kita menunjukkan keselesaan dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim di dalam sebuah masyarakat yang majmuk, serta dapat berinteraksi dengan lebih efektif, biarpun kita bukanlah dari golongan majoriti di Singapura", jelas Ustaz Saifurrahman mengakhiri perbualan.
Di Malaysia, blog Minda Mufti kepunyaan Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, merupakan antara yang paling popular, bahkan menjadi perhatian ahli politik. Alamat blog beliau ialah: http://drmaza.com\ .
Dengan wujudnya blog-blog para asatizah kita, tidak mustahil sekiranya lebih ramai lagi ustaz dan ustazah akan mengadakan blog sendiri untuk mendekati masyarakat umum.
Kunjungi blog mereka dan buatlah penilaian anda sendiri.
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan!
Sunday, 31 August 2008
TARIKH PENGISYTIHARAN
31 OGOS 2008
Majlis Ugama Islam Singapura
Pengisytiharan Awal Bulan Ramadan 1429H/2008M
Bagi Republik Singapura.
Mengikut kiraan hisab anak bulan ada di atas ufuk Singapura setelah terbenam matahari petang tadi selama 23 minit. Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan bagi 1429H, jatuh pada esok hari, Isnin, bersamaan 1hb September 2008.
2. Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh Muslimin Muslimat Singapura.
3. Sekian.
Syed Isa bin Mohamed Bin Semait
Mufti Republik Singapura.
Hari dan masa pengisytiharan:
Ahad 31hb Ogos 2008 jam 7.28 malam.
http://www.muis.gov.sg/
Imsakiah Ramadan 1429/2008 Bagi Singapura
******************
ANNOUNCEMENT DATE
31 AUGUST 2008
MUFTI’S ANNOUNCEMENT ON THE BEGINNING OF FASTING MONTH FOR MUSLIMS IN SINGAPORE
Astronomical calculations showed that the new moon was at the horizon after the sun sets for 23 minutes this evening (Sunday, 31 August 2008). Thus, the first day of fasting for the month of Ramadan falls on Monday, 1 September 2008.
MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
Date and time of announcement
Sunday 31 August 2008, 7.28pm
http://www.muis.gov.sg/
Imsakiah Ramadan 1429/2008 For Singapore
Menderma Darah Semulia-mulia Sedekah
Monday, 30 June 2008
Dr. Yusuf Qaradhawi
Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya:
« أنه من قتل نفسا بغير نفس أو فسادا في الأرض فكأنما قتل الناس جميعا ومن احياها فكأنما أحيا الناس جميعا»
Bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” (Al-Maidah: 32)
Seandainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan (tidak terhad), maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab meneruskan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda: «إن الله يحب إغاثة اللهفان»
“Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” (Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir: 2 - 287).
Dalam hadis sahih tersebut: «من فرج عن مسلم كربة من كرب الدنيا فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة»
“Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667).
Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.
Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut, lalu anjing itu meminumnya sehingga puas.
Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya:
Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah?“. Jawab Rasulullah:” Ya! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. (Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447)
Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.
Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing... apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?
Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.
Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya: ” Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.
Mari Ngaji Baso Klate
Tuesday, 3 June 2008
Ada cerita (rekaan kot) di sebuah sekolah rendah di luar Kelate yg cikgu besarnya oghe Kelate. Satu hari budok-budok jjupo ular, jadi cikgu ni suruhlah "cepat-cepat lah katok". Budak-budak pun heran dan jawab balik, "bukan katak cikgu, tapi ular." hmmmm konpius...
Katok = pukul, balun, hentam
Bokbong = spesis musang
Ttuyup = pepatung
Pok Kor = spesis mengkarung
Ike Kkhonge = ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik
Saksoba = absorber
Supik Gelenyar = plastik beg (yang nipis tu)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
Gaduh, bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu)
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru)
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
Ghohok = susah, payah
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK = deposit
RIZAT = 1.result 2.reserved
NNEJA = manar
ISTEK = estate
SUWIH = switch
MERKET = market
... dan lain-lain lagi...
Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
Manis = LLETING
Masin = PPEGHAK
Pahit = LLEPE
Mase = PPUGHIK
Tawar = EBER
Putih = SSUEH
Hite = LLEGE
Biru = KKETU
Kuning = NNEHE
Kenye = BBONYAH
Comel = LLOTE
Gemuk = DDEBOK
Busuk = BANGA
Hapok = KOHONG
Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik. Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?"
... dan banyak lagi...
Air
Sunday, 25 May 2008
Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (Q.S. Al Anbiya:30)
Dalam kitab-kitab tafsir klasik, ayat tadi diartikan bahwa tanpa air semua akan mati kehausan. Tetapi di Jepang, Dr. Masaru Em oto dari Universitas Yokohama dengan tekun melakukan penelitian tentang perilaku air.
Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sampai -5oC di laboratorium, lantas difoto dengan mikroskop elektron dengan kamera kecepatan tinggi. Ternyata molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Percobaan diulangi dengan membacakan kata, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepang)" di depan botol air tadi. Kristal kembali membentuk sangat indah. Lalu dicoba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepang, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata "setan", kristal berbentuk buruk. Diputarkan musik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.
Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesan "peace" di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicoba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.
Dr. Emoto akhirnya berkeliling dunia melakukan percobaan dengan air di Swiss, Berlin, Prancis, Palestina, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk mempresentasikan temuannya pada bulan Maret 2005 lalu. Ternyata air bisa "mendengar" kata-kata, bisa "membaca" tulisan, dan bisa "mengerti" pesan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahwa air bersifat bisa merekam pesan, seperti pita magnetik atau compact disk.
Semakin kuat konsentrasi pemberi pesan, semakin dalam pesan tercetak di air. Air bisa mentransfer pesan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali temuan ini bisa menjelaskan, kenapa air putih yang didoakan bisa menyembuhkan si sakit. Dulu ini kita anggap musyrik, atau paling sedikit kita anggap sekadar sugesti, tetapi ternyata molekul air itu menangkap pesan doa kesembuhan, menyimpannya, lalu vibrasinya merambat kepada molekul air lain yang ada di tubuh si sakit.
Tubuh manusia memang 75% terdiri atas air. Otak 74,5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Air putih galon di rumah, bisa setiap hari didoakan dengan khusyu kepada Allah, agar anak yang meminumnya saleh, sehat, dan cerdas, dan agar suami yang meminum tetap setia. Air tadi akan berproses di tubuh meneruskan pesan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, pesan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sadari. Bila air minum di suatu kota didoakan dengan serius untuk kesalehan, insya Allah semua penduduk yang meminumnya akan menjadi baik dan tidak beringas.
Rasulullah saw. bersabda, "Zamzam lima syuriba lahu", "Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat yang meminumnya". Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh. Subhanallah ... Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat karena dia menyimpan pesan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s.
Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahwa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air.
Bahwa air tidak sekadar benda mati. Dia menyimpan kekuatan, daya rekam, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Shalat wajib perlu air wudlu 5 kali sehari. Habis bercampur, suami istri wajib mandi. Mati pun wajib dimandikan. Tidak ada agama lain yang menyuruh memandikan jenazah, malahan ada yang dibakar. Tetapi kita belum melakukan zikir air. Kita masih perlakukan air tanpa respek. Kita buang secara mubazir, bahkan kita cemari. Astaghfirullah.
Seorang ilmuwan Jepang telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al Quran dan hadis.
Koleksi Alwan Mini
Wednesday, 20 February 2008
Jadual Program Ziarah Habib Umar di Malaysia
Wednesday, 13 February 2008
Maka disini aku turunkan jadual lawatan Habib Umar حفظه الله ke Malaysia
2 Safar 1429H/ 9 Februari 2008 (Sabtu)
Tiba dari Singapura.
3 Safar 1429H/ 10 Februari 2008 (Ahad)
- Ziarah al-‘Arifbillah Habib Ali bin Ja’afar al-Aidrus حفظه الله
- Ke Melaka. Ziarah dan program bersama anak Habib Ali bin Ja’far al-Aidrus حفظه الله
- Maghrib di Kg Ulu, Bandar Melaka
4 Safar 1429H/ 11 Februari 2008 (Itsnin)
* Berangkat ke Kelantan Darul Naim. Kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan Darul Naim. Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar serta beberapa orang Exco Negeri. Penyampaian Cenderahati
* Lawatan ke YIK dan KIAS. Majlis Ramah Mesra dan Perbincangan Manhaj Pengajian
* 2.30 petang - Ziarah Makam Tok Kenali
* 3.30 ptg - Lawatan Ke Pondok Moden Kandis, Bachok.Majlis Ramah Mesra Warga Pondok Moden
* Berangkat Ke Pondok Pasir Tumbuh. Solat Maghrib. Majlis Zikir & Maulid. Ceramah Memperingati Ulamak Silam (Tok Kenali)
5 Safar 1429H/ 12 Februari 2008 (Selasa)
* 9.30 pagi - Bicara Ilmu (Balai Islam Lundang, Kelantan). Sesi Penyampaian Ceramah:Tajuk : “al-Tariqah al-Sufiyah Sebagai Dakwah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Berhadapan Arus Globalisasi”.
* 10.30 pagi - Minum Ringan
* 11.00 pagi - Sesi Dailog dan Soal Jawab
* 2.30 petang - Majlis Tausiyat dan Taujihat Kepada Pelajar. Sesi Penyampaian Ceramah Tajuk : “Madrasah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Pembinaan Spritual, fikrah dan Fizikal Pelajar Muslim”. Sesi Soal Jawab
* Program bersama para saadah Ba’alawi Kelantan
* 9.00 malam - Ceramah Perdana (Padang Perdana Kota Bharu). Tajuk ceramah: Hijrah al-Rasul
6 Safar 1429H/ 13 Februari 2008 (Rabu)
* Berangkat ke Terengganu Darul Iman Kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Sri Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
* 3.00 petang - Pertemuaan dengan Para Pendakwah Terengganu.
* 7.00 petang - Kuliah Maghrib di Masjid Cabang 3.
7 Safar 1429H/ 14 Febuari 2008 (Khamis)
* 8.00 pagi - Lawatan ke Universiti Darul Iman ( KUSZA ) .
* Kembali ke Kuala Lumpur
* 7.00 petang – 9.30 malam di Masjid Putra Jaya. YAB Perdana Menteri Malaysia akan turut bersama.
8 Safar 1429H/ 15 Februari 2008 (Jum’at)
* Berkhutbah Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak
* Malam – Program di Madrasah al-Hasaniah (Yayasan Sofa), Shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki ar-Rembawi. – Rembau, Negeri Sembilan.
9 Safar 1429H/ 16 Februari 2008 (Sabtu)
* 10.00 pagi - Muhadarah di Seminar Fiqh Nusantara. Anjuran Yayasan Itmam, Abim,Muafakat dan Persatuan Ulama’. Pembentangan oleh Habib Umar di sebalah pagi sebagai tetamu undangan atas tajuk, “Hubungan FIQH MAZHAB SHAFIE dengan ALIRAN ASYA'IRAH”. Pembentangan ini akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu
* Seminar Fiqh Nusantara ini diadakan dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang bertemakan MENGURANGKAN KEKELIRUAN – PENGUKUHAN PERPADUAN. Seminar berlangung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pendaftaran dan Bayaran : Pelajar (RM5) / Dewasa (RM10) Untuk penyertaan dan lebih pasti sila hubungi Tuan Haji Ghazali 019-3402578 atau En Fadzil 012-3307172 atau layarilah website ini atau sila lihat aturcaranya di sini
* 7.30 malam - JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. Majlis bermula dari jam 5.30 petang. Tajuk ceremah Habib Umar adalah Tariqat Sufiyah: Definisi, sejarah, kepentingan dan peranannya di dalam penyebaran dakwah Islam. Insyaallah ada penterjemah ke bahasa Melayu.
9 Safar 1429H/ 17 Februari 2008 (Ahad)
* Pertemuan dengan para pelajar Madras Nur
* Habib Umar dan Rombongan berangkat kembali ke Yaman
http://majlisilmu.blogspot.com/spiderman_pink: siapa-siapa yang tak sempat untuk ke kuliahnya di singapura, masih sempat kot nak kejar habib di mesia XD
Akibat tinggal sembahyang
Sunday, 27 January 2008
Solat adalah kewajipan ibadah yang telah difardukan sejak zaman umat terdahulu lagi. Ini jelas disebutkan dalam al-Quran yang menceritakan bagaimana Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya untuk sembahyang:
قال تعالى:
وكان يأمر أهله بالصلاة والزكاة وكان عند ربه مرضيا (سورة مريم: الأية 55)
Maksudnya: Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya dengan solat dan berzakat. Beliau diredai disisi tuhannya.
(Maryam: 55)
Mereka yang meninggalkan solat akan dihukum bunuh dan diperangi sekiranya mereka dalam kelompok yang ramai. Ini jelas daripada hadis yang berikut:
أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام، وحسابهم على الله.
Maksudnya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Sekiranya mereka telah melakukan yang sedemikian maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka melainkan dengan hak-hak Islam (seperti mereka telah membunuh yang tidak dibenarkan). Perkiraan hati akan dinilai oleh Allah.
HR Bukhari dan Muslim
Hukuman ini dilaksanakan apabila mereka tidak mahu bertaubat setelah diminta sedemikian.
Amalan pertama yang dihisab
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته, فإن صلحت، فقد أفلح وأنجح، وإن فسدت فقد خاب وخسر، فإن اتقص من فريضته شيء، قال الرب عز وجل: انظروا هل لعبدي من تطوع؟ فيكمل بها ما انتقص من الفريضة، ثم يكون سائر عمله على ذلك.
Maksudnya:
Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.
Diantara hadis-hadis yang mengancam manusia yang tidak menunaikan sembahyang adalah seperti berikut:
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
من فاتته الصلاة، فكأنما وتر أهله وماله
Maksudnya:
Siapa yang telah meninggalkan solat maka seumpama telah binasa keluarga dan hartanya.
(HR Ahmad)
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الذي تفوته صلاة العصر كأنما وتر أهله وماله.
Maksudnya: Nabi bersabda: Orang yang tertinggal solat asar seumpama dimusnahkan keluarga dan hartanya.
(HR Muslim)
Firman Allah S.W.T:
((فويل للمصلين.الذين عن صلاتهم ساهون))(الماعون: 4,5)
Maksudnya:
Maka celakalah atau lubang dalam neraka bagi bagi orang yang sembahyang; iaitu orang yang meninggalkan sembahyangnya.
Ibnu Abbas berkata: Mereka adalah orang-orang yang melewatkan solatnya dari waktunya.
Abul 'Aliah berkata: Mereka adalah yang menunaikan solat diluar waktunya dan tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya.
Orang yang tidak mengakui kewajipan solat adalah kafir. Berdosa besar bagi orang yang meninggalkannya dan mengatakan ianya fardu.Ini jelas daripada hadis:
العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر
Maksudnya:
Perjanjian diantara orang Islam dengan orang kafir adalah solat; sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia.
(HR Tirmizi)
Rujukan: Jamie al-Muhlikat oleh Syeikh 'Irfan Hasunah dan Feqh al-Manhaji.
Kanoute Saves Spanish Mosque
Friday, 21 December 2007
MADRID — Malian Muslim footballer Frederic Kanoute, the striker of Spain's Seville FC, has saved the only mosque in the southern Spanish city of Seville from closure.
Kanoute has paid 510,860 euros (some $700,000) so that fellow Muslims in Seville would not find themselves without a mosque, reported Agence France-Presse (AFP) Thursday, December 13.
The privately owned mosque was due to be sold after a contract to use the premises by the local Muslim population had expired.
But Kanoute stepped in to purchase the building.
The 30-year-old striker has not made any comment on the matter.
But city authorities have confirmed that the property has been registered in Kanoute's name, according to the BBC Sport.
It is estimated that Kanoute has spent almost a year's salary to buy the mosque.
Kanoute, one of the finalists for the 2007 BBC African Footballer of the Year award, moved in 2005 from French champion Lyon to Seville FC, the 2006-07 Spanish league's third and the holder of last season's cup championship.
Grateful
Spanish Muslims said they really appreciate Kanoute's moving gesture.
"If it had not been for Kanoute then we would not have had a mosque on Fridays, which is the most holy day of the week for Muslims," a spokesman for the Islamic Community of Spain was quoted as saying by BBC Sport.
Kanoute, who has also created a foundation in his motherland Mali to help orphans, reverted to Islam 10 years ago.
Last Ramadan, he impressed Spanish football fans by his unique performance though he was fasting.
Kanoute was crowned last year the league's top scorer with 20 goals, outperforming football legends such as Brazilian Ronaldinho.
Kanoute, a practicing Muslim who regularly performs his prayers even in the locker room, refused last season to wear a jersey advertising for an internet gambling site, because gambling is forbidden in Islam.
His team had to give him a brand-free jersey until he accepted wearing the sponsored jersey in return for money to an Islamic charity.
http://www.islamonline.net
keeping it to yourself
Monday, 3 December 2007
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِsometimes most of the time, you cannot and should not, express or reveal what you feel or think or dream.
even nice ones.
you may get into trouble.
http://withinmyneurons.blogspot.com/
spiderman_pink: tu sebab blog ni nampak macam tak dikemas kini :D
Peringkat-peringkat sembahyang
Wednesday, 10 October 2007
Nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.
Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ni.
Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak perdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh/golongan abrar/ashabul yamin.
Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yg dinamakan golongan mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)
Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat/sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Saturday, 6 October 2007
Oleh: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Studying at Dar ul Mustafa with a wife
Thursday, 13 September 2007
Author
sibaway
Post subject: Studying at Dar ul Mustafa with a wife
Post Posted: Thu Jul 05, 2007 2:48 am
Can someone tell me if it is realistic to study in yemen while married? Does anyone have a dollar figure and standard of living idea? Also, are visas an issue if i am an american passport holder and my wife is a foreginer passport holder?
Post subject: Re: Studying at Dar ul Mustafa with a wife
PostPosted: Thu Jul 05, 2007 2:11 pm
Bismillah.
As-salamu alaykum wa rahmatullah...
Alhamdulillah, the simple answer is yes, it is very realistic, and many have done it. In fact, many of the students from the West that have studied and or lived in Tarim were married, with children.
As for costs, well, as I always say (and I should have started a FAQ on this a long time ago) it all depends on your standard of living and what you and your family require and what you can live without, etc. In general though, and Allah knows best, but it takes about $8,000-$10,000 to completely set yourself up and live for the first year (yes, year). That is after you actually get there (i.e., that does not include plane tickets and moving expenses). "Setting up" means securing a place to live, furnishing the place (assuming that it is unfurnished, which is usually the case, and plus, I don't think most people would like used stuff, in Yemen). "Living" includes things such as water, food, electricity, phone, internet (if you need it), basic transportation, and other such things. Some might be able to pull it off with a little less than $8,000, but yet others might need a little more than $10,000. The good news is that the second year is less expensive than the first (because you only need to furnish the place once (furnishing = stove, refrigerator, air conditioning units (at least 2), bedding, utensils, dishes, cookware, carpets, curtains (or something to cover the windows at least), etc.)).
As for visas, well, it all depends, can your wife get a US travel document? Also, what country are we talking about? In theory, it should be possible, but there are so many factors involved, including where you are living right now, etc.
_________________
Sincerely your brother and servant,
khalil moore
http://www.seeksacredknowledge.com/spiderman_pink: ada orang nak kahwin? :D
Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki
Tuesday, 11 September 2007
oleh DR. HM TUAH
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.
Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah, adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Tasymit Dan Tahmid
Sunday, 19 August 2007
Hadith:
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dua orang lelaki bersin berhampiran nabi s.a.w. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka orang yang tidak ditasymitkan oleh baginda bertanya:”Si fulan bersin anda tasymitkan, tetapi saya bersin tidak anda tasymitkan. Mengapa begitu ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah, sedangkan kamu tidak.”
(Muslim)
Huraian
Sebagai rasa bersyukur mendengar orang yang bersin memuji Allah ketika ia bersin, maka hendaklah kita mendoakannya agar dirahmati Allah. Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan ‘al-hamdulillah’ selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.
Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan “Yarhamukallah” dengan ucapan “Yahdiina wayahdii kumullah”, dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan ‘Afakallah “ ( Semoga Allah menyembuhkan anda ) sebagai ganti dari ucapan “Yarhamukallah“.
Sumber: e-Hadith