Kemusykilan Agama - Tukar nama anak kerana selalu sakit

Tuesday, 21 October 2008

Soalan

Saya ada anak berumur 11 bulan. Dia selalu demam. Hampir setiap bulan. Sudah puas saya bawak ke klinik, specialist, tak specialist, ubat cina dan macam-macam.

Ada orang berkata nama anak saya tidak sesuai, betul ke?

--------------------------

Jawaban

Salam

Pandangan sedemikian adalah pandangan orang tua-tua, bukan berasal dari agama. Agama Islam membenarkan menamakan anak dengan apa jua nama asalkan ia mempunyai makna yang baik. Walaupun pandangan itu tidak saintifik, tapi tidak salah untuk dicuba.

Saya juga berpendapat bahawa ia juga tidak salah di sisi agama, asalkan di hati kita tetap percaya bahawa yang memberi sakit atau ubat adalah Allah taala. Pertukaran nama tu hanyalah satu cara untuk mendapat kesembuhan dari Allah taala.

Wallahu A`alam

http://hanifiyah.multiply.com

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

0 comments:

Post a Comment