Ali & Petom
Friday, 10 October 2008
Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Ali. Dia ni orang Johor. Die ade awek name Petom. Petom pula duduk di Perlis. Diorang tak pernah jumpa sebelum ni, hanya mesej dan call saja. Gambar pon diorang tak pernah tengok sebab mereka hanya memakai nokia 3310i.
Diorang dah tak tahan nak jumpe sangat-sangat, jadi diorang pon berpakat akan berjumpe pada hari raya pertama. Dan diorang brcadang untuk berjumpa di rumah Petom.
Petom telah beritahu keluarga dia yg Ali akan datang beraya di rumah mereka.
Seminggu sebelum hari raya, Petom terlibat dengan satu kemalangan. Mayat Petom selamat dikebumikan. Seluruh keluarga Petom sangat bersedih atas pemergian Petom. Petom didapati terkoban dalam kemalangan tersebut.
Akan tetapi, Ali tidahk mengetahui hal ini. Kebetulan, henfon Ali rosak pada hari kematian Petom. Sehari sebelum raya, baru lah henfon dia siap dibaiki. Apabila henfon dah ok, Ali terus mesej Petom. Mesej yg dihantar oleh Ali tersebut semua di'reply'.
Padah hari yg ditetapkan, dengan alamat yang pernah diberi oleh Petom kepada Ali, dia bertolak dari Johor pada subuh awal syawal, dan sampai di perlis pada petang hari itu juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kawan baiknya. Bila sampai sahaja dirumah Petom, dia terus bagi salam dan memperkenalkan dirinya kepada ibu bapa Petom.
Ibu bapa Petom pon menyuruh Ali duduk. Mereka berbualan dengan bertanya tentang diri Ali. Tetapi mata Ali terjenguk-jenguk kearah dapur dan bilik-bilik yang ada dirumah tersebut kot-kot Petom keluar atau menyorok dari dia. Ali semakin tidak senang duduk.
Setelah lama berbual, Ali pon tanya pasal Petom kerana beliau tidak tahan nak berjumpa dengan Petom. Ibubapa Petom menyarankan supaya Ali banyak bersabar. Ali semakin hairan, dan bertanya kepada ibubapa Petom, "Kenapa mak cik, pak cik? Apa yang dah berlaku pada Petom?"
"Petom telah meninggal dunia.." kata ibu Petom.
Ali semakin kehairanan. Ali bertanya "Bila mak cik? Sebab apa??"
Ibu bapa Petom pon menceritakan tentang hal kejadian. Ali agak terkejut. Tetapi Ali tidak percaya kerana beliau ade sms dengan Petom sebelum berangkat ke perlis Ali pon tunjuk semua sms itu kepada ibu bapa Petom.
Setelah membaca dan melihat nombor telefon tersebut, ibubapa Petom hairan kerana cara sms dan nombor telefon itu memang Petom yang punya. Untuk mendapatkan kepastian, ibubapa Petom bawak Ali ke tanah perkuburan Petom.
Ali masih tak berpuas hati dan mengorek kubur Petom. Memang betol Petom sudah mati dan berada didalam kubur tersebut. Ali semakin hairan dan ketakutan.
Sebelum Petom meninggal, Petom telah berpesan kepada orang tua die supaya kalau dia mati, tanam skali henfon dia sebab dia terlalu sayang dengan henfon dia tu. Ibubapa Petom turut menceritakan hal ini kepada Ali.
Ali pon cuba sms Petom didepan ibu bapa Petom.
"Awak tengah buat apa?"
Tidak lama kemudian, henfon Ali berbunyi dan ade satu sms diterima. Apabila buka sahaja sms tersebut, kesemua mereka terkejut kerana sms itu dibalas oleh Petom dan sms tersebut berbunyi "Tak ada buat apape pun. Awak dah sampai ke?"
Ali semakin panik dan membalas "Ibubapa awak kata awak dah MATI?"
Dan Petom pun balas "Memang saya dah meninggal.."
Ali cuba beranikan diri dan membalas semula sms tersebut dengan "HABIS TU, MACAM MANA AWAK BOLEH BALAS SEMUA SMS SAYA?"
Tidak lama kemudian, henfon Ali pon berbunyi lagi. Kesemua mereka menjadi semakin panik, takut dan macam-macam bermain difikiran mereka semasa Ali hendak membaca sms tersebut. Apabila mereka baca sms tersebut, mereka semua TERKEJUT BEROK & kehairanan dan terpinga-pinga.
Kerana sms tersebut berbunyi..
"DIGI ADA DIMANA-MANA"
hua hua hua XD
Thannk you for being you