Burqini: Baju Mandi Untuk Wanita Islam
Monday, 29 September 2008

04 Februari, 2007 11:14 AM
Burqini: Baju Mandi Untuk Wanita Islam
MELBOURNE, 4 Feb (Bernama) -- Burqini, pakaian renang yang menutup aurat, kini membolehkan wanita Islam berenang dan bersantai di pantai dengan selesa.
Agensi Berita Nasional Australia (AAP) dalam laporannya hari ini menyebut burqini yang sudah dijual kepada lebih 9,000 wanita di Sydney, disokong oleh Majlis Islam Australia dan Mufti Australia.
Ketika memperagakan burqini pada "Surf Life Saving Australia" (SLSA) semalam, Laa Laa, 20, dari Mekah berkata pakaian daripada kain polyester itu yang menutup aurat dari kepala hingga kaki, memberikan kebebasan kepada wanita Islam untuk berenang di pantai dan pada masa yang sama mematuhi tuntutan agama.
"Matlamatnya ialah membolehkan wanita aktif dalam air, menggalakkan wanita menyertai aktiviti sukan, aktiviti renang dan dengan burqini, mereka boleh lakukannya, kata Laa Laa kepada AAP.
Turut hadir pada majlis Anugerah Kelab Sukan di Campsie, di barat daya Sydney itu yang merupakan sebahagian daripada program "On tha same wave" SLSA yang diperkenalkan ekoran rusuhan Cronulla, ialah Ketua Menteri New South Wales, Morris Iemma.
Laa Laa berkata orang ramai kini mula berebut-rebut mendapatkan pakaian yang dijual antara A$150 dan A$200 itu.
"Kawasan pantai kini semakin popular. Saya selalu ke pantai ... kini dengan adanya burqini, ia pasti mendapat sambutan," kata Iemma dipetik oleh AAP.
Iemma berkata baju renang itu merupakan program terbaru melatih pengawal penyelamat peluncur ombak dan membantu mengatasi halangan hubungan masyarakat di selatan Sydney.
"Ia merupakan salah satu daripada pelbagai program yang merapatkan masyarakat, dan sebagai perakuan bahawa kami semua adalah warga Australia yang berkongsi tanah air ini, kami mempunyai banyak haluan tapi kami ada satu masa depan, masa depan yang dikongsi bersama," kata ketua menteri itu.
"Persoalan dari mana kami datang, wajah kami, pakaian kami tidak timbul, tapi kami semua cintakan pantai dan itulah yang kami kongsi bersama," katanya.
Jurucakap SLSA, Lee Howell pula memberitahu AAP, Majlis Islam Australia selesa dengan pakaian itu.
"Mufti (Sheik Taj Aldin Alhilali) secara peribadi turut menyokong burqini sebagai pakaian yang sesuai dan dibenarkan atas sebab-sebab agama dan budaya," katanya.
Pakaian renang itu yang seragam dengan pakaian pantai tradisional lain, memenuhi tuntutan agama, katanya.
-- BERNAMA
Labels: kempen mempercepatkan nikah, motivasi, nice
Qari Ziyaad Patel
Sunday, 10 August 2008
Qari Ziyaad Patel was born in Ladysmith, Kwazulu Natal, South Africa. His early school years spanned across various schools where he took up many leadership roles and was the key in initiating many structures for learners at the particular schools in the region. During this period he was elected chairman of the Representative Council of Learners, was also a member of the Youth sector of the Schools governing body and was an executive member of the African National Congress Youth League, Ladysmith region. Ziyaad has also schooled at a Roman Catholic school in Ireland-Dublin.
His Islamic career path started in his young age. He began the memorisation of the holy quraan at a tender age of 11. He completed his hifz under the tutelage and guidance of his illustrious teacher, Mufti Goolam Hassan Saib of De Deur (Khalifa to Hakeem Akhtar Sahib D.B) in 1994 at Ogies - Mpumalanga at the age of 14. He then returned to his hometown of Ladysmith to continue perfecting his Tajweed under the supervision of Hafiz Dr. Abdul Qadir Hansa Sahib (Senior Khalifa to Moulana Maseeullah R.A), and thereafter proceeded to Cairo - Egypt to study Tajweed Al-Makharej at the Al-Azhar University under the tutelage and guidance of Sheikh Abdullah Atiya Bayomi, where he further underwent Qiraah training. He was awarded a shahdah from Sheikh Abdullah Attiya Bayomi, which was endorsed by Sheik Sayed Ali Tantawi, the most senior sheik at Al-Azhar University.
On completion of his tajweed course and qiraah training in Cairo, Qari Ziyaad moved on to Dublin-Ireland to resume his secular schooling. He moved to Johannesburg in 2000 and went on to complete his Matriculation Certificate at Lenasia Muslim School. He has just received a degree in the field of Information Science from the University of Johannesburg.
He has travelled extensively. In Jerusalem - Palestine, he was given the honour of rendering the Azaan at Al-Aqsa, the 3rd Haram of Islam. During the Ramadan 1421(2000) he was the guest of the ‘Co-operation for the Call and Guidance’ in Jeddah, Saudi Arabia. Sheik Abu Bakr Shatiri and Qari Ziyaad Patel were together invited to the Chamber of Commerce in Jeddah where dignitaries from around the Kingdom of Saudi Arabia were present. He has also recited at the Abdul Lateef Jameel Mosque and Musjid-Taqwa in Jeddah where Al-Sheikh Sheikh Abu Bakr Shatiri is the Imam, of whom he is a very close friend and associate.
He has travelled widely and has had the honour of reciting the Quraan in Mosques in the United Kingdom, Ireland, Turkey, India, Kashmir, Egypt, Saudi Arabia, Thailand, Botswana, Indonesia, Cape Town and Alhamdulillah across South Africa. Ziyaad leads a very hectic lifestyle with constant travels locally and internationally. Qari Ziyaad is also a trustee of the AL-IMDAAD FOUNDATION and has also been on many relief missions worldwide.
Ziyaad has released a few albums of nasheeds. He has also worked for Channel Islam International where he and Qari Bashir Patel presented Qiraaha-Tus-Saheeha, a program for perfecting the recitation of the holy quraan.
http://www.qzp.co.za/
..and recite the Quran in a slow, (pleasant tone and) style - [Surah Muzzamil, verse 4:]
More Downloads: http://www.dhikrullah.com/
Gurindam Jiwa
Friday, 5 October 2007
R.Ismail & Rafeah Buang - Gurindam Jiwa
(P)
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
(L)
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
(P)
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut bersimpul mati
(L)
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
(P)
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
(L)
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
(L&P)
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu Syurga.
Hadiah Cinta Seorang Gadis
Saturday, 22 September 2007
Dalam sebuah keluarga miskin, seorang ayah nampak kesal pada anak perempuannya yang berusia tiga tahun. Anak perempuannya baru saja menghabiskan wang untuk membeli kertas warna emas untuk membungkus sekotak hadiah.
Keesokan harinya, anak perempuan itu memberikan kotak itu sebagai hadiah ulang tahun kepada ayahnya.
"Ini untuk ayah," kata anak gadis itu.
Si ayah tak jadi marah. Namun ketika ia membuka kotak dan mendapatkan isinya kosong, meledaklah kemarahannya.
"Tak tahukah kau, kalau kau menghadiahkan kotak pada seseorang, kau patut memberi sebuah barang dalam kotak ini!"
Anak perempuan kecil itu menatap ayahnya dengan mata berkaca-kaca. Ia berkata sambil terisak-isak, "Oh ayah, sesungguhnya aku telah meletakkan sesuatu ke dalam kotak itu."
"Apa yang kau letakkan ke dalam kotak ini? Bukankah kau lihat kotak ini kosong?" bentak ayahnya.
"Oh ayah, sungguh aku telah meletakkan hampir ribuan ciuman untuk ayah ke dalam kotak itu," bisik anak perempuan itu.
Si ayah terperangah mendengar jawaban anak perempuan kecilnya. Ia lalu memeluk erat-erat anak perempuannya dan meminta maaf.
Konon, ada orang menceritakan bahawa, lelaki itu selalu meletakkan kotak itu di pinggir tempat tidurnya sampai akhir hayat. Bilapun dia mengalami kekecewaan, marah atau bebanan yang berat, ia membayangkan ada ribuan ciuman dalam kotak itu yang mengingatkan cinta anak perempuannya.
Dan sesungguhnya kita telah menerima sebuah kotak emas penuh berisi cinta tanpa pamrih dari orang tua, isteri/suami, anak, pasangan, kawan dan sahabat kita. Tak ada yang lebih indah dan berharga dalam hidup ini selain cinta.
Suatu Pengertian
Wednesday, 19 September 2007
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lenggang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, aku tak sempat untuk memijak pedal break mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.
Prit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Hey, itu kan Usof, teman sepermainannya semasa di sekolah menengah duhulu. Hati Harun agak lega. Ia melompat keluar sambil membuka kedua lengannya.
"Hai, Usof. Gembira sekali saya bertemu kau!"
"Hai, Harun." Tanpa senyum.
"Aduh, saya ni sebenarnya nak cepat sangat nih. Saya memang agak terburu-buru. Isteri saya sedang menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Usof agak ragu.
" Ye la Sof, hari ini isteriku menyambut ulang tahun kelahiran. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannyapun sedang menuggu "
"Saya faham. Tapi, sebenarnya kami sering memperhatikanmu melintasi lampu merah di persimpangan ini."
Ooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Harun mesti ganti strategi. "Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi sebenarnya tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun
"Ok Run. Sebenarnya i melihatnya dengan jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Usof menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Usof mengetuk kaca keretanya. Harun memandang wajah Usof dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca jendela itu sedikit.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman."
Tanpa berkata-kata Usof terus kembali ke tempat dia bertugas Harun mengambil surat saman yang diselipkan Usof di sela-sela kaca kenderaan. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Usof:
"Run, Tahukah bahawa aku dulu mempunyai seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri pemandu seperti pemandu itu. Maafkan aku Run. Doakan agar aku memperoleh ganti semuanya. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Usof
Harun terhenyak. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Usof. Namun, Usof sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.
Tak selamanya pengertian kita harus sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita tak lebih dari duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.
Pinggan Untuk Ayah
Sunday, 16 September 2007
SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.
Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan.
Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.
Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! I Bertaburan kaca di lantai.
Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.
"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.
Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari~hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pemah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.
Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh.
Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.
"Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlau. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.
Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu.
Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.
"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda~benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.
"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!
Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya.
Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.
Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.
"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
Jika
Thursday, 6 September 2007
"Jika rezeki itu sudah ditentukan pembagiannya, alangkah baiknya jika manusia tidak berambisi mengejarnya. Jika harta dikumpulkan untuk ditinggal juga, mengapa manusia bakhil dengan benda yang akan ia tinggal. Jika dunia dianggap barang berharga, nilai pahala Allah lebih tinggi dan lebih mulia jika tubuh di cipta untuk menjemput kematian, alangkah indahnya terbunuh di jalan-Nya"
Perempuan acuan Al-Qur'an
Tuesday, 21 August 2007
Download
(Istimewa buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam)
Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”
Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi
Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri
Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana
Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia
Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an..
Cry
Monday, 13 August 2007
To the ones who has a broken heart……
cry if you want to cry….
because ‘crying’ is a natural state of human beings.
But don’t feel that your life has come to an end….
Never let revenge dampen your heart…
But mark it as a precious experience,
A time to gain your closeness to The Owner of your heart
[Allah subhana wata’ala]
HE is…
The One and the only One
who will understand you verily from the bottom of your heart.
He is…
The one who will never judge you
and tell how stupid,
silly and idiotic you are…
Remember just remember,
A great Muslim……
A strong Mu’min… always cries in front of His Lord….
Every drop of tears in your prayer to Him would immensely relieve
your heart, heal your broken heart… cleanse your soul and liberate your life…..
Remember, just remember,
Allah put you in that situation… there must be reason(s) for it.
Allah might want you to learn.. to respect your life or
perhaps Allah wants to test your faith, your IMAN.
Besides,
Allah might want to remind you…
as calamities… for you might have owed HIM…. some particular sins
[because ’sins’ are debts that we have to pay]….
If you decide to get involved in things…
Remember, just remember,
there must be consequences….
Consequences that have to be considered first,
before stepping into any adventure….
At least, get ready to be responsible
towards every step of your actions…
The struggles you go through
may make you appreciate your life;
a precious experience that will lead you
to become a compassionate person…
At the same time,
you should ask yourself about your sincerity….
Do you really base your actions on sincerity…?
What’s wrong with your intentions…?
If you do something for the sake of Allah
why would you feel hurt and pain
if things do not comprehend with your dreams?
If someone hurts you…
Remember, just remember,
that is a precious time where Allah will answer
every single of your prayers
[Allah will answer prayers from people who are oppressed]….
It is also a precious time to gain a big reward
by forgiving and praying good things for ones who hurt you….
Finally…
As far.. as what you do is based on sincerity….
As far… as you have tried your best whole heartedly….
If things do not work… remember Allah must have other plans… better plans…. insyaAllah….
Allah Says(which means):
“And that it is He who makes [one] laugh and weep” [An Najm,53: 43].
When commenting on this verse, Imaam Al-Qurtubi, may Allah have mercy upon him, said:
“Allah decreed the causes for crying and laughter”
I am going to train my heart to ponder and my eyes to cry.
Alhamdulillah, biiznillah, I would love to be given a chance to gain the benefits of ‘Crying out of fear for Allah’:
*It softens the heart.
*It is a quality of the righteous.
*It is a distinct character of those deserving Paradise.
*It is the way leading to the pleasure of Allah and attaining His love.
Verily, Allah S.W.T. Knows BEST!
Mirror
Tuesday, 7 August 2007
The good you find in others,
Is in you too.
The faults you find in others,
Are your faults as well.
After all,
To recognize something you must know it.
The possibilities you see in others,
Are possible for you as well.
The beauty you see around you,
Is your beauty.
The world around you is a reflection,
A mirror showing you the person you are.
To change your world,
You must change yourself.
To blame and complain will only make matters worse.
Whatever you care about,
Is your responsibility.
What you see in others,
Shows you yourself.
See the best in others,
And you will be your best.
Give to others,
And you give to yourself.
Appreciate beauty,
And you will be beautiful.
Admire creativity,
And you will be creative.
Love, and you will be loved.
Seek to understand,
And you will be understood.
Listen,
And your voice will be heard.
Teach,
And you will learn.
Show your best face to the mirror,
And you'll be happy with the face looking back at you.
Cangkir yang cantik
Tuesday, 31 July 2007
Sepasang kakek dan nenek pergi belanja di sebuah toko suvenir untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada sebuah cangkir yang cantik. "Lihat cangkir itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau benar, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si kakek.
Saat mereka mendekati cangkir itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara "Terima kasih untuk perhatiannya, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cangkir yang dikagumi, aku hanyalah seonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang pengrajin dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pusing. Stop! Stop! Aku berteriak, Tetapi orang itu berkata "belum!" lalu ia mulai menyodok dan meninjuku berulang-ulang. "Stop! Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam perapian. "Panas! Panas!" Teriakku dengan keras. "Stop! Cukup!" Teriakku lagi. Tapi orang ini berkata "Belum!"
Akhirnya ia mengangkat aku dari perapian itu dan membiarkan aku sampai dingin. Aku pikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah dingin aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. "Stop! Stop!" Aku berteriak.
Wanita itu berkata "Belum!" Lalu ia memberikan aku kepada seorang pria dan ia memasukkan aku lagi ke perapian yang lebih panas dari sebelumnya! "Tolong! Hentikan penyiksaan ini!" Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan dingin.
Setelah benar-benar dingin, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, karena di hadapanku berdiri sebuah cangkir yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.
Renungan:
Seperti inilah Tuhan membentuk kita. Pada saat Tuhan membentuk kita, tidaklah menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara bagi-Nya untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaan-Nya.
Anggaplah sebagai suatu kebahagiaan, apabila kamu jatuh ke dalam berbagai pencobaan, sebab anda tahu bahwa ujian terhadap kita menghasilkan ketekunan. Dan biarkanlah ketekunan itu memperoleh buah yang matang supaya anda menjadi sempurna dan utuh dan tak kekurangan suatu apapun. Apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, karena Dia sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk Anda.
Meniti harapan masa depan
Sunday, 29 July 2007
Hidup tidak memerlukan kita tetapi kita memerlukan hidup walaupun hidup itu penuh cabaran. Gunakan akal kerana akal seperti payung terjun tidak akan berfungsi jika tidak dibuka. Untuk tunjukkan pada orang kita kuat, dalaman mesti kuat. Pokok tak akan sihat, kalau akarnya tak kuat.
Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab tidak disukai manusia dan haiwan. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur. Begitulah! pada setiap musim luruh, diri ini setia mengutip kekuatan dan semangat untuk tabah menghadapi sejuknya musim dingin. Dan bila musim panas tiba, diri ini dapat gagah berdiri merentang angin. Begitulah perumpamaan hidup ini.
Ombak datang kita terima. Ombak pergi, kita relakan juga walaupun dengan hati yang pasrah. Pantai tahu ombak tak pergi sendiri-sendiri, pergi bersama pasir kelautan. Pasir itulah kenangan.
Ibarat memandang bulan, terlupa cahaya pelita di kamar. Seperti mahu berumah tanpa dinding, beratap dengan langit. Seperti mahu menghirup embun dan melupakan air di perigi. Kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha...? Sedangkan ia tetap pergi jua.
Kalau kita terpaksa menderita untuk menahan diri daripada melakukan apa yang Dia tak suka, biarlah kita menderita kerana pengorbanan itu biarpun pahit, tapi janji Allah tetap pasti bahawa akan ada manisnya dalam pengorbanan itu. Kita hanya kan sedar kemanisan itu setelah berjaya melalui detik-detik yang sukar. Kenyataan tidak akan jadi semudah apa yang diinginkan. Disitulah letaknya nilai kehidupan.
Fajar tiba membawa sinar baru buat insan yang menunggu kehadirannya dengan harapan pada sepanjang malam. Titisan embun yang menempel didedaun sesekali kelihatan seperti sebutir permata tanpa kilauan. Apapun yang pastinya apabila jendela dibuka, angin pagi senyaman udara subuh akan menyapa dan membawa khabar rindu seperti selalu.
Kalaulah diri ini seperti embun, agaknya diri ini akan lebur sebelum fajar terbit. Ya Allah kiranya yang aku tanggung penuh luka ini adalah sesuatu yang sia-sia disisiMu, lenyapkanlah, padamkanlah. Namun kiranya rasa kasihku ini adalah dalam redhaMu, mekarkanlah selalu meskipun diri ini harus bertarung antara bahagia dan derita. Mungkin diri ini lebih lemah daripada setitis embun. Tiada kekuatan menghadapi malam yang gelap sepi dan dingin, tiada kekuatan untuk menanti meskipun ada kesetiaan di hati.
Dan perasaan itu sama ada bahagia atau cinta, derita atau kecewa, kalaulah boleh diambil dan dicampak sekehendak hati manusia. Maka pastinya tiadalah yang bernama derita. Tiadalah istilah sengsara. Cinta derita, bahagia dan kecewa itu sesungguhnya ialah anugerah yang mencorakkkan kehidupan insan menjadi seperti pelangi.
Ya Rabb, demi kelembutan cintaMu, aku mohon untuk sujud hanya di bawah limpahan Rahmat dan ampun kasihMu. Tidak aku melihat akan sia-sia Engkau ciptakan jasadku ini. Pun bukan hanya untuk bergembira. Ya Allah, meskipun kerap kali aku rasakan akan betapa tak layaknya diri ini untuk memijak walau sebutir pasir di bumiMu, apalagi untuk meneguk dinginnya air pada kala diri ini kehausan, namun berilah aku kekuatan dan keampunanMu untuk ku kembali berdiri menyuci diri dan hati. Untuk kembali mentaati dan melaksanakan amanahMu yang terpikul di bahuku. Maafkanlah kealpaan dan kelalaian diri ini. Terimalah diri ini untuk kembali kepadaMu.
Hari ini bukanlah semalam, walaupun hari ini bermula dengan terbitnya fajar seperti semalam. Semuanya sebagai suatu ketetapan yang ditakdirkan Tuhan semenjak terciptanya bumi ini sama ada datangnya dengan awan yang cerah atau awan yang berarak mendung. Fajar tetap fajar dan tetap datang. senja semalam juga sama datang dan perginya menghilang di sebalik tabir langit yang memisahkan pandangan manusia dengan segala rahsiaNya.
Seperti kelmarin dan hari-hari yang sudah. Sunnatullah terhadap bumi ini begitulah setiap harinya. Peredaran waktu bermula dari fajar menjadi siang. Siang beransur ke senja. Senja berlabuh hingga malam tiba dan malam pula berlalu sehingga bertemu semula dengan fajar. Tidak kan terhenti putaran itu sehinggalah tiba saat Allah menetapkan bumi ini akan hancur.
Sesuatu yang kita dapat daripada sebuah persahabatan yang berlandaskan sekeping hati yang suci ialah, cuba memurnikan hati dengan menerima kesilapan orang lain sebagai pengajaran untuk kita. Bukan sebagai hukuman.
Serahkan diri untuk agama, kita akan sentiasa mulia di sisi Allah. Berbaik sangkalah kepada Allah meskipun sewaktu kita benar-benar di timpa kesulitan yang menyakitkan, yang membuatkan kita tidak berdaya untuk hidup. Bahawa Dia akan memberikan yang terbaik untuk kita.
Kadang diri ini keletihan di perjalanan ini. Namun kadang-kadang diri ini begitu bersemangat meniti harapan masa depan.
Karya oleh Siti Masliana
Al-Hubb
Tuesday, 24 July 2007
“Akh, ana begitu risau kalau mereka berjaya keluar dari tanah kita sebelum ana syahid,” Tutur pemuda berusia 25 tahun itu perlahan. Sahabat di hadapannya tersenyum kecil lalu menepuk-nepuk bahu sahabat karibnya diiringi pandangan mata yang bersinar cemerlang.
“Baguslah, kita tak perlu lagi risau lagi akan hal keselamatan ibu kita di rumah, adik-adik perempuan kita, anak-anak kecil yang mungil, juga gadis-gadis solehah.”
“Ahh anta ni! Bekulah darah ana kalau begitu.”
“Berapa usia adikmu?” Tanya pemuda itu tiba-tiba, menukar topik bicara.
“Yang mana satu?” Soal sahabatnya kembali.
“Yang ana nampak minggu lepas,”
“Oh…anta menyimpan harap?”
Pemuda itu tunduk malu diiringi senyum kecil.
“Akan ana khabarkan pada umm ana,”
Saat itu aku terkesima mendengar perbualan itu. AllahuTaala. Aku terduduk. Berakhirkah usia gadisku? Lantas kusemak tubuhku, hatiku, juga penampilanku. Lantas aku bangun memasuki bilik menatap cermin yang separuh pecah di dinding rumahku. Menyesal aku berdiri di balik tabir itu tadi. Allahutaala….
“Akh Mus’ab, sahabat abang minta abang katakan padamu, sekiranya kau sanggup hidup bersamanya selaku isteri seorang mujahid, menempuh kehidupan yang payah dan susah, dan tidak mengharapkan kesenangan apabila hidup bersamanya nanti, terimalah pinangannya. Tapi jika kau tak sanggup, berterus-teranglah menolaknya.”
Suara abang menjalari telingaku. Sangkaanku benar. Aku pilihan hati Akh Mus’ab. Umm di sisiku cuma diam. Aku pandang umm, kemudian aku tundukkan wajahku dihadapan abangku.
“Umm, pemuda itu begitu lemah lembut, sentiasa mencintai masyarakat, sungguh merdu suaranya apabila membaca Al-Quran. Umm, selama Musytaha bersahabat dengannya, tidak pernah dia luntur dalam jihadnya Umm. Sekiranya umm bersolah di belakangnya, nescaya air mata umm berlinangan. Masjid mana yang tidak mengenalnya Umm? Dia pemuda dakwah dan jihad umm. Dia pemimpin kami yang tawadhu' dan zuhud.”
“Adakah kau menerimanya, Ayesha? Bagaimana kata hatimu?” Soal abang kemudian.
Aku tetap tunduk. Begitu memikat gambaran peribadinya. Menikahinya bermaksud aku menikahi perjuangannya yang tak pernah padam. Dia pemuda pinggiran Kota Selfit. Seluruh warga Selfit mengenalinya. Betapa Allah telah memilih pemuda yatim itu untuk memperjuang hak DeenNya.
“Kau akan selalu ditinggalkan,” Kata abang lagi.
“Lekas, katakan sesuatu Ayesha,”
Terusku tunduk. Malu pula rasanya.
Kenduriku begitu ringkas. Aku tersipu malu menatap wajahnya yang jernih. Di dahinya tercaret garis-garis lintasan jihadnya untuk rakyat Palestin. Maha Suci Allah menemukan aku dengan pemuda semulia ini meskipun aku tahu, betapa aku lemah dalam amalku. Meskipun telapak tangannya kasar, namun sentuhannya sangat lembut. Oh Allah, bagaimanakah peribadi Rasulullah? Pastinya tersangat hebat sehingga menawan hati para sahabat mahupun musuh.
Malam pertama bersamanya yang aku lalui menjadi saat terindah dalam hidupku. Dia menemaniku bermula selepas ‘Isya sehinggalah Subuh menjelang. Dia menasihatiku agar patuh kepada suami yang mengajakku kepada Allah serta menghadiahiku nasihat-nasihat untuk menjadi isteri seorang pencinta syahadah. Dia menghuraikan kepadaku tafsiir Surah AL-Asr karangan Syed Qutb yang kau sebut selalu. Aku tahu, detik-detikku bersamanya tak kekal lama, dan dia akan pergi di awal usia perkahwinan ini. Namun aku pasrah, inilah kehidupanku.
Maka bermulalah hidupku yang baru. Abangku sering mendatangiku tatkala dia keluar memenuhi tugas jihad. Abang menemaniku setiap kali aku takut keseorangan di rumah kecil kami. Abang juga datang dengan wajah yang berseri membawa bersama harapan jihadnya.
Dua bulan pertama aku kesunyian yang teramat sangat. Suamiku jarang bersamaku menemani solahku hingga aku berduka dan berteman air mata.
“Zaujati habibati, di rumah ini adalah tempat abang memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah yang sangat abang rindui, yakni megahwinimu. Di masjid adalah tempat abang memenuhi hak masyarakat ke atas abang. Di medan lawan, abang perlu memenuhi hak tanah umat Islam ke atas abang. Ayesha, dalam doa abang, tak pernah abang lupa akan namamu agar Allah memelihara hati dan juga jasadmu. Abang sentiasa berdoa agar Ayesha sabar dan redha menerima kehidupan dunia yang menarik Ayesha selalu. Ayesha, kalau bukan kerana cinta, nescaya bukan dirimu yang menghiasi hidup abang.”
Mengalir air mataku mendengar bicara abang. Betapa aku memerlukan bimbinganmu untuk menjadi isteri yang harakiyyah. Betapa kau mencintai jihadmu lantas mengasingkan kita dalam saban waktu. Dari raut wajahmu, terpancar betapa deritanya pengasingangmu dari alam hakiki yang kau nantikan selalu.
Kalau dulu suamiku sering dikenali sebagai seorang ustaz di madrasah , tapi kini lebih daripada itu. Setiap manusia yang mengenalimu akan membicarakan tentang kerendahan hatimu, kesopananmu, kecintaanmu, kasih sayangmu, juga ketinggian akhlaqmu. Kau benar-benar telah membangkitkan jiwa-jiwa yang lesu di kalangan pemuda sekitarmu dengan amal dan bicaramu. Kau bersungguh-sungguh mengobarkan semangat jihad menentang musuh Islam, lantas setiap pemuda yang kau jumpa kau sampaikan fikrah Ikhwanul Muslimin. Takku sangka, selekeh-lekeh pengajianmu yang hanya sehingga sekolah tinggi, kau tidak pernah merasa merendah diri. Malah, kau sasa ke Pejabat IM untuk memenuhi baiatmu. Kau benar-benar mencintai dakwah yang kini sebahagian daripada hidupmu.
Aku tersedar dari duniaku. Aku ialah isteri mujahid dan mujaddid. Kini, walaupun kau jarang berada disisiku, namun setiap detikmu dan detik bersamaku sangat berharga buatku. Abang Mus’ab mendidikku sehingga aku merindui Rasulullah. Malam yang kita lalui kau hiasi dengan tazkirah dan tazkiyyah. Meskipun abang Mus’ab tidak menghiasi tubuhku dengan rantai leher yang panjang, atau gelang tangan yang cantik, atau menyediakan rumah yang sempurna isinya, atau pakaian yang sepadan dengan hijabku, atau membawaku mengunjungi taman dunia yang indah, namun peribadimu cukup membahagiakanku dan masyarakat sekitarmu. Kau bawa aku pergi jauh dari ibuku, namun aku tidak merasa terpinggir kerana kasihmu dilimpahi kasih Ilahi.
Biar masakanku terlampau masin atau terlampau tawar, dia diam sahaja tanpa sepatah kata, malah makan dengan senyuman dan memandang wajahku tanpa aku mengesani apa-apa pun. Biarpun aku terpunahkan hartanya, langsung tidak dimarahiku malah mengatakan, “tiada apa yang kekal di duni ini, isteriku. Abang memaafkanmu,” diiringi senyuman mempesona sanubariku.
Walaupun kau tidak berkesempatan menemani anak di dalam kandungan pertamaku ini, namun ada air mata yang memohon maaf dariku. Bersungguh-sungguh kau memintaku memaafkan serta meredhaimu akibat kesibukanmu selaku pemimpin HAMAS Tebing Barat. Kau sentiasa diburu lawan dan didampingi kawan.
Kau keluar di dhuha hari bersama harapan jihad dan kau pulang bersamanya jua. Keruntuhan kesedaran jihad di kalangan generasi muda Palestin akibat gambaran musuh yang hebat umpama bala setinggi gunung hebat yang mengejar langkahmu. Tidurmu sering diganggu dengan panggilan sahabat-sahabatmu, rehatmu hanya ketemu dalam solah dan munajatmu. Masa lapangmu cuma di dalam bilik bertirai besi bersama sahabat-sahabat yang menyumbang kekuatanmu. Namun, sejarah kehidupanmu menjadi penghibur rinduku. Kau ajarku hakikat pergantungan dengan Allah, kau didik hati wanitaku agar berhibur dengan ayat-ayat Allah, dendanganku adalah selawat ke atas kekasih utamamu, Muhammad Rasulullah. Kau sentiasa memintaku untuk bersedia menghadapi seribu tekanan dan cubaan menjadi isteri jundullah.
“Apakah Ayesha khuatir setiap kali abang keluar berjihad?”
“Ya abang. Ayesha risau seandainya itulah kali terakhir Ayesha mendapat tarbiyyah dari abang,” Kataku perlahan memandang anak matanya. Air mataku mengalir perlahan.
“Ayesha, jihad abang sedikit pun tidak mengurangi usia abang di dunia ini,”. Lantas, abang Mus’ab memelukku erat penuh kasih dan sayang.
“Apalah ertinya hidup abang kalau abang tidak turut berjihad seperti abangmu? Kita dijadikan untuk mati di jalanNya”
Kini anak kita sudah 2 orang, abang. Anak-anak ini begitu baik, sehingga aku senang sekali melakukan kerjaku selaku umi dan isteri. Anak-anak ini selalu abang usap kepala mereka sambil melafazkan hajatnya.
“Waladi, abaa mendoakan agar kau membesar di bawah tarbiyyah ibumu yang akan mendidikmu dengan tarbiyyah imaniyyah hingga kau mengerti jihad itu indah. Maafkan abaa kerana jarang bersamamu. Abaa bukan milikmu waladi, tetapi abaa milik HAMAS dan rakyat Palestin.”
“Ayesha, mari sini sebentar. Tinggalkan kerjamu , kalau berkesempatan, akan abang bantu dengan tulang abang sendiri,” Abang Mus’ab memanggilku lembut. Aku yang sedang mambasuh pakaian di pinggir rumah lekas mendatanginya.
“Ada apa abang?”
“Duduklah isteriku,” Aku duduk bersimpuh di hadapannya. Kandunganku sudah memasuki bulan kelapan. Sarat sekali diriku, tetapi aku tersangat gembira kerana mengandungkan anak seorang insan soleh dan musleh.
“Ya Ummal Muttaqin, adakah selama kita hidup bersama, pernah abang menyinggung hatimu dengan kata-kata atau sikap abang? Berterus-teranglah, usah menyembunyikan silap abang agar abang senang berdepan dengan Allah kelak,”
Terkesimaku untuk beberapa waktu mendengar kalam abang. Lembutnya katamu, indahnya susunan perkataanmu. Abang, aku bersumpah, tiada sekali aku tersentuh denganmu.
“Tiada ya abaa Mu'tasim, semua yang abang tindakkan di hadapan Ayesha dan anak-anak kita adalah gambaran Surah Az-Zariyyat ayat 56, dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu,”
“Abang minta maaf seandainya selama 4 tahun kita hidup bersama, banyak hak-hakmu selaku isteri yang sangat baik kepada abang gagal abang penuhi. Ayesha isteri yang sangat taat, tidak pernah mencampakkan rasa resah dalam jiwa abang. Jazakillahkhairan Ayesha, semoga dengan pengorbanan ini Allah merahmati Ayesha sehingga kita bisa bertemu di akhirat,” Tuturnya lembut sambil mengusap rambutku. Sentuhannya yang penuh cinta itu sehingga aku berat sekali melepaskannya pergi.
“Ayesha pun tahu betapa abang merindui syahadah, agar abang menemui pemilik hati abang dalam keadaan puas dan bersih. Betapa besarnya ganjaran untuk para syuhada’ dan seandainya abang syahid, abang akan terus hidup di sisiNya. Abang kini resah menahan rindu untuk menemui sahabat abang yang telah mendahului abang, iaitu, abangmu sendiri, As-Syahid Musytaha, dan As-Syahid Adil Haneya. Rindunya abang….”
“Indahnya syurga yang telah Allah gambarkan dalam Quran untuk para syuhada’ dan muslihiin. Salaman-salama, dengan air sungai yang mengalir di bawahnya, betapa indahnya!!”
“Abang tidak pernah lupa pesanan abangmu terhadapku, iaitu sabda Rasulullah yang berbunyi sesungguhnya syurga itu berada di bawah bayang-bayang senjata,”
“Abang, meskipun betapa tinggi rindu abang pada mereka, namun betapa Palestin merindui kemerdekaan dari Zionis Jahanannam. Andai abang syahid, tentunya Ayesha dan anak-anak akan terus merindui didikan dan terguran abang. Ayesha harap abang akan syahid setelah abang telah mengajar Ayesha erti perpisahan yang hakiki,”
Perbualan kita pada malam itu mencampakkan dalam hatiku untuk mengatakan bahawa kita takkan bertemu mata lagi untuk tempoh yang panjang dari saat ini. Aku merasai perubahan pada dirimu. Aku menyaksikan abang menangis dalam solah dan doanya. Aku dengar bicara doamu di tengah malam sepi tahajjudmu. Betapa abang merindui syahadah dan mengharap agar Palestin ketemu perubahan. Yang paling membahagiakanku ialah apabila abang mendoakan kesejahteraan iman dan taqwa untukku!! Abang juga kini menjadi bualan para Zionis. Rumah-rumah diserbu untuk mengesani jasadmu.
“Abang akan syahid setelah tubuh abang dicarik-carik bermandi darah,”
Pagi itu aku dengar sorakan dan laungan pedih rakyat Palestin. Aku didatangi ibu yang bermandi air mata. Ibu memelukku erat bersama anak-anakku. Aku memandang anak ketigaku, usianya baru sebulan setengah. Anakku, kau belumpun mengenal siapa abaamu….. Aku akan kenalkan anak-anakku dengan sejarah suamiku. Lantas, senyummu, sentuhanmu, didikanmu, bicaramu, tawamu, air matamu juga suaramumu menghujani bayangan mataku. Usiaku baru 25 tahun, namun bagiku, tiada sesiapa yang menyamai peribadi As-Syahid suamiku untuk membahagiakanku. Dialah penyuluh ke jalan Allah.
Rakyat Palestin menyaksikan pemergianmu abang setelah detikmu untuk bersamaku kau gadai demi perjuangan ini. Hari ini aku telah kehilangan seorang suami yang setia, ayah yang mahal, ibu yang lembut, rakan sekutu dalam susah dan senangku, juga seorang sahabat yang paling jujur. Namun abang tercintaku, aku belum kehilangan iman yang telah kau suburkan dulu. Setiap detikmu adalah pameran keimananmu yang amat mengaharapkan pertemuan dengan Allah.
Aku ingat janjiku untuk meneruskan didikanmu buat anak-anak kita, Muttaqin, Mu’tasim dan Muslihin. Abang telah berjaya dalam madrasah keluarga dalam mendidik isteri yang manja, dan anak-anak yang masih lemah ini. Kau telah turun ke medan dakwah sebelum kau sendiri bergelut dengan senjata dunia. Biarpun 7 kali disumbat ke dalam penjara, namun tak pernah kau undur walau selangkah. Kau anak yang baik terhadap ibuku, ipar yang bertanggungjawab terhadap adik-adikku, jiran yang bersopan terhadap masyarakat sekelilingmu, sahabat yang tawadhu’ di sisi perjuanganmu, pemimpin yang berkualiti terhadap anak didikmu, dan pejuang yang mukhlis yang memburu syurga Ilahi.
Saat ini aku merinduimu sebagaimana masjid-masjid di Selfit merindui tilawah dan khutbahmu. Aku pun tak menyangka kau begitu berperanan dalam perjuangan HAMAS selaku perancang, pelaksana, pemimpin briged, dan penganggu keamanan Israel. Kini, darah pemuda Palestin telah berkobar untuk menyusuri jejakmu. Indahnya peribadimu sehingga sahabat-sahabatmu juga merasai kehilanganmu.
“Anakku, abaamu telah terkorban demi mengembalikan kegembiraan ummat Islam sedunia. Abaamu mendidik umm sehingga umm mencintai perpisahan ini. Muttaqin, kau perlu menjadi qudwah buat adik-adikmu dan manusia sekitarmu dengan mempamerkan peribadi Rasulullah dalam setiap detik hidupmu. Mu’tasim, kau mesti menghafaz Al-Quran dan memahaminya sebelum usiamu mencapai 11 tahun seperti ayahmu, dan puteraku Muslihin, kau adalah pendidik masyarakat Palestin agar mereka mencintai jihad dan dakwah. Tiba masanya, setiap dari putera-putera umm mesti turun memimpin manusia agar mengagungkan kalimah Lailahaillahllah walau di mana kalian berada, walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan darah kalian. Anak-anakku, kematian itu satu dan pasti, oleh itu biarlah kematian kalian dalam kemuliaan. Saat itu kalian bukan lagi anak umm, tapi sepenuhya hak milik dakwah dan tarbiyyah.”
Kupandang anak-anakku dihadapanku. Setelah 12 tahun pemergian As-syahid umpama semalam baru berlalu. Itu hajatku buat kalian selaku ibu yang juga merindui pertemuan hakiki. Wajah Muttaqin mirip sekali wajah as-syahid, Mu’tasim pula pada mata dan suaranya sahaja, dan Muslihiin pula, seratus-peratus wajah ayahnya, umpama aku melahirkan Mus’ab kedua.
Tetapi kini aku sedikit gelisah, berjayakah aku mendidik mereka sebagaimana Kota Selfit telah berjaya mendidik as-syahid suatu ketika dahulu?
Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi
Sunday, 8 July 2007
Cinta Itu Tak Terlihat
Thursday, 5 July 2007
Kenapa kita menutup mata kita ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Itu karena hal terindah di dunia ini tidak terlihat
Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita
Kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keindahan yang serupa yang dinamakan CINTA
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan
Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah
Melepaskan BUKAN akhir dari dunia
Melainkan awal kehidupan baru
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis
Mereka yang telah mencari
Dan mereka yang telah mencoba
Karena MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
CINTA yang AGUNG?
Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia
Adalah ketika dia mulai mencintai yang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata 'Aku turut berbahagia untukmu'
Apabila cinta tidak berhasil
BEBASKAN dirimu
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI
Ingatlah
Bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya
Tapi ketika cinta itu mati
Kamu tidak perlu mati bersamanya
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang
MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan
Kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyadari bahwa penyesalan tidak seharusnya ada
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat
TEMAN SEJATI
Mengerti ketika kamu berkata 'aku lupa....'
Menunggu selamanya ketika kamu berkata 'tunggu sebentar'
Tetap tinggal ketika kamu berkata 'tinggalkan aku sendiri'
Membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan berkata 'bolehkah saya masuk?'
MENCINTAI
Bukanlah bagaimana kamu melupakan
Melainkan bagaimana kamu memaafkan
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan
Melainkan bagaimana kamu mengerti
Bukanlah apa yang kamu lihat
Melainkan apa yang kamu rasakan
Bukanlah bagaimana kamu melepaskan
Melainkan bagaimana kamu bertahan
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati dibandingkan menangis tersedu-sedu
Air mata yang keluar dapat dihapus
Sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang
Dalam urusan cinta
Kita SANGAT JARANG menang
Tapi ketika cinta itu TULUS
Meskipun kalah
Kita tetep MENANG
Hanya karena kamu berbahagia
Dapat mencintai seseorang
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri
Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya
Kadang kala
Orang yang kamu cintai
Adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
Dan kadang kala
Teman yang menangis bersamamu
Adalah cinta yang tidak kamu sadari
Diambil dari Novel Pakistan, Judul "Cinta yang terlambat" oleh Dr. Ikram Abidi
He knows
Tuesday, 19 June 2007
Allah knows what's best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengtened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form







