Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Berfikir kerana Allah

Saturday, 24 January 2009

Oleh Prof Dr Sidek Baba

Maksud kerana Allah ialah ikhlas. Ikhlas memberikan sandaran terhadap redha Allah. Berfikir adalah aktiviti akal untuk sesuatu maksud.

Berfikir kerana Allah adalah menggunakan kekuatan akal dan daya taakulan untuk berfikir ke arah sesuatu yang Allah redha. Menggunakan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah kemudian melakukan kajian dan penyelidikan berasaskan jiwa tadabbur yang tinggi menyebabkan hasil pemikiran membimbing kedekatan manusia dengan Penciptanya.

Menggunakan kekuatan akal untuk menyuburkan maklumat yang dipandu oleh asas-asas yang benar tentunya bakal membimbing manusia suka dan cintakan kebenaran. Menggunakan akal bagi membuat sesuatu pertimbangan yang menuntut keadilan dengan merujuk faktor pemikiran dan faktor syarak ia bakal mempedoman manusia ke arah natijah yang baik.

Oleh itu maksud berfikir kerana Allah adalah menghubungkan proses dan natijah pemikiran selari dengan pedoman dan petunjuk Allah. Akal saja tidaklah segala-gala. Akal yang dipandu oleh hikmah yang terungkap dalam al-Quran memberikan sumber yang memandu manusia berfikir. Daripadanya lahir kegiatan berfikir tidak semata-mata kerana berfikir tetapi berfikir yang selari dengan petunjuk Allah, tidak bercanggah dengan syarak dan mendapat redha-Nya.

Menjadi suatu tuntutan kepada umat Islam untuk membina tradisi berfikir kerana Allah dan berhikmah kepada manusia. Ia bermakna kita harus ada asas-asas ilmu Islam yang baik. Ilmu ini akan memandu kita dalam proses berfikir.

Ilmu Islam memberi kita suluh supaya aktiviti akal tidak hanya berkembang begitu saja tanpa arah dan matlamat tetapi dipandu oleh sumber hikmah atau al-Quran supaya matlamat berfikir bakal memberi manfaat kepada yang lain.

Ramai dari kita kini amat terpengaruh dengan pemikiran semasa yang bercorak popular. Tidak pula salah bagi kita mengetahui asas-asas ilmu daripada sumber Barat dan Timur untuk maksud berbanding. Tetapi sebagai umat Islam keupayaan berfikir yang dipandu oleh sumber hikmah atau wahyu menjadi terlalu penting supaya pemikiran berkembang dan subur atas maksud kebaikan dan manfaat. Inilah asas berfikir kerana Allah yang amat diperlukan oleh kita.

Kita tentunya selalu berfikir tentang hiburan, cinta, makna kebahagiaan, kejayaan dan kecemerlangan, sahabat dan persaudaraan. Berfikir ke arah itu adalah sesuatu yang fitrah. Tetapi sebagai seorang Muslim apakah sandaran berfikir tentang hiburan yang dikaitkan dengan redha Allah sekiranya hiburan difikir dan difahamkan sebagai alat mengisi kekosongan hati dan keceriaan diri secara nafsu-nafsi, menyubur keinginan yang menyebabkan hilang malu dan jati diri, pengagum kepada hiburan popular Barat hingga menjadikan kita tidak berfikir ke arah memperkasakan budaya sendiri.

Sebagai manusia biasa yg dianugerahkan fitrah, tentunya kita berfikir tentang cinta. Berfikir tentang cinta seadanya boleh menjerumuskan kita ke arah cinta kenafsian dan haiwani. Kita akan mudah terpengaruh dengan pemikiran cinta dangkal yang hanya sekadar ingin merasai kelazatan emosi yang sifatnya nafsu-nafsi lalu melampiaskan lafaz dan hajat yang mengheret ke arah kerosakan.

Berfikir tentang cinta kerana Allah, membimbing kita ke arah meletakkan Allah sebagai sumber yang tertinggi di mana puncak cinta kepada Allah membawa kita kepada asas ketaatan dan kepatuhan kepada pedoman yang Allah berikan. Dalam pergaulan, Allah memberikan sempadan dan batasan kepada yang bukan mahram. Allah memberikan landasan syarak supaya cinta yang fitrah tersalur dengan jalan yang terarah. Mematuhi asas yang telah dipedomankan oleh Allah membawa kepada asas redhanya. Dan percintaan yang terjalin atas redha Allah bakal membawa berkat terhadap kehidupan itu sendiri.

Begitu juga pemikiran ke arah kebahagiaan yang berasaskan nilai-nilai Rabbani membimbing kita memahami maksud bahagia tidak saja dari sudut perasaan dan kenafsuan tetapi bahagia dalam erti kata yang sebenar dicapai dari sudut rohaniah yang tinggi melakukan kebaikan terhadap diri dan orang lain supaya asas kebahagiaan menepati jalan yang Allah redha.

KEBAHAGIAAN

Berbahagiakah hidup seorang yang melakukan sesuatu tanpa mengambil kira redha Allah yang menyebabkan perlanggaran terhadap hukum-hakamnya dan akhirnya kebahagiaan hanya berbentuk kenafsian, terhasil sesuatu yang sifatnya sementara dan tidak membawa kepada kebahagiaan yang abadi. Kebahagiaan yang abadi menghubungkan manusia dengan Allah iaitu patuh akan pedomannya dan taat akan larangannya.

Oleh itu, berfikir kerana Allah memberikan kita beberapa pedoman yang penting:

* Pertama, harus ada asas keikhlasan dalam membina jalan berfikir.
* Kedua, sandarkan berfikir kerana Allah dan hikmahnya kembali semula kepada kita dan orang lain.
* Ketiga, pemikiran yang berasaskan ilmu tentang Allah supaya tanda-tanda kebesaran Allah menjadikan kita kerdil dan kecil di sisi-Nya.
* Keempat, menjadikan redha Allah sebagai sumber kekuatan dalam berfikir supaya apa yang difikir oleh kita sentiasa bersandarkan keselariannya dengan batas syarak yang dipedomankan oleh Allah.
* Kelima, harus ada rasa bersyukur dalam proses berfikir kerana tanpa rasa syukur manusia mudah lupa akan diri dan boleh membawa kepada riak dan ujub.

Asas-asas di atas amat perlu dalam menjalankan kegiatan berfikir supaya kekuatan akliah yang dipandu oleh kekuatan nakliah bakal menemukan titik keseimbangan antara fitrah dengan Sunnatullah atau ketentuan Allah. Allah mengatur alam ini di atas titik keseimbangan. Tanpanya planet dan bintang-bintang akan berlaga dan membawa kepada bencana.

Fitrah mahukan kebaikan dan keindahan dalam hidup. Ia hanya mampu dicapai sekiranya sandaran kebaikan dan keindahan itu terlihat pada faktor alam yang menurunkan hujan, faktor air yang menghidupkan ikan-ikan, faktor bumi yang menghidupkan pohon-pohon, faktor udara yang membolehkan manusia bernafas. Itulah rahmat dan nikmat Allah yang di luar kemampuan manusia menciptakannya, dilimpahkan kepada kita untuk menikmatinya. Ia membimbing kita berfikir betapa besarnya kuasa Allah yang membimbing kita rukuk dan sujud mengakui kebesaran-Nya dan menjadikannya sebagai sumber amanah untuk kesejahteraan diri dan orang lain.

http://drsidekbaba.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Hati kotor hanya boleh diubat, dibersih dengan iman

Friday, 23 January 2009

SETIAP manusia dikurniakan Allah hati.

Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama.

Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud:

“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari - 2/49)

Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak.

Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah.

Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam 7 perkara :

* Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;
* Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;
* Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;
* Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.
* Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram.
* Keenam, Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah;
* Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.

Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.

Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga.

Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. Sebenarnya manusia menghadapi dua bisikan, iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat.

Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (Surah al-A’raf: 200-201).

Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan.

Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih.

Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali sebagai seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.

http://www.bharian.com.my/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Musibah tak sehebat balasan akhirat

Thursday, 22 January 2009

Tajdid Iman
Bersama Dr Juanda Jaya


Rasulullah ajar sahabat berjuang, rancang kehidupan dengan bermujahadah.

ORANG miskin beranggapan jika dia kaya maka berakhirlah segala kesusahannya. Namun orang kaya masih juga berasa susah dan risau kerana kebahagiaan sejati bukan dapat dibeli dengan harta.

Dalam sebuah hadis baginda SAW menyebut nilai kesusahan dan kesenangan yang hakiki, yang maksudnya ;

“Pada hari kiamat akan dihadapkan seorang ahli neraka, sedangkan di dunia dahulu dia memiliki kehidupan yang amat senang, orang itu dimasukkan ke dalam neraka, sebentar kemudian ditanya kepadanya: Apakah kamu pernah berasakan kesenangan sebelum ini? Ia menjawab: Tidak pernah, wahai Tuhanku! Kemudian dihadapkan seorang ahli syurga, dia termasuk orang yang paling sengsara di dunia. Dia dimasukkan sebentar ke dalam syurga, kemudian ditanya kepadanya: Wahai anak Adam, apakah kamu pernah merasakan kesengsaraan sebelum ini? Dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak pernah berasa kesusahan dan kesengsaraan sedikitpun (didunia dahulu).” (Hadis riwayat Imam Muslim - 039/6738)

Sesungguhnya hadis ini mengajar kita untuk bersikap optimis dalam menghadapi setiap kesulitan hidup. Musibah dan bencana yang datang di dunia tidak sehebat ujian yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

Di dunia ini tiada mustahil bagi orang yang mahu keluar daripada kesusahan, kita lihat ramai orang yang bangkit semula daripada kegagalan dan orang yang mengecapi kemewahan selepas kemiskinan. Namun di akhirat kelak, ke mana kita hendak pergi, apakah masih ada peluang kali kedua? Bahkan tiada jalan keluar bagi manusia ketika itu.

Hadis ini memujuk hati kita untuk tidak bersedih ketika menghadapi cubaan didunia, kerana cubaan di akhirat tentu lebih dahsyat. Kesedihan di dunia biasanya berpunca daripada harta yang berkurangan, anak yang bermasalah, perhubungan suami atau isteri yang tertekan, kerjaya gagal, hutang mencekik atau pergaulan sesama manusia yang menyakitkan hati. Semua itu adalah fitrah dunia yang fana. Tiada yang sempurna dan bebas daripada kesedihan dan masalah.

Sebagai insan yang beriman, kita hanya disuruh untuk menjalani kehidupan dengan optimis. Hendaklah sentiasa; Yakin boleh! Kerana setiap musibah itu diukur untuk tidak melebihi kesanggupan manusia.

Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

“Allah tidak membebankan seseorang kecuali menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah: Ayat 286)

Bangkit daripada kegagalan adalah perkara yang diwajibkan dalam agama kita. Bahkan haram jika berputus asa dari rahmat Allah.

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya.” (Surah al-Zumar: Ayat 53)

Jika seseorang berputus asa dari rahmat Allah, kehidupannya akan dijalankan dengan penuh kesedihan. Dia tidak mahu berikhtiar, takut dan risau. Tiada perjuangan dan keberanian mencuba. Dia suka bergantung pada belas ihsan orang lain, hidupnya serba statik tiada kemajuan.

Sikap sebegini jauh melencong dari jalan syariat yang sebenar. Hal ini sepertimana ditulis oleh al-Imam Ibnu al-Qayyim dalam ‘Talbisul Iblis’ (Belitan Iblis); Golongan sufi sesat menyelewengkan makna zuhud dengan berpakaian koyak-rabak, tidak mahu bekerja dan suka meminta-minta, lapar, sedih dan sakit adalah amalan dituntut golongan ini. Begitulah syaitan menipu dan menjerat mereka dengan tipu daya.

Padahal Rasulullah SAW mengajar sahabat untuk berjuang, merancang dan menguasai kehidupan dengan bermujahadah. Golongan kaya digesa untuk menguasai perekonomian bangsa Arab ketika itu, golongan ilmuwan berkhidmat untuk menyebarkan ilmu hingga mencapai tamadun yang tertinggi pada zamannya. Semua ini kerana semangat mereka yang bangkit daripada kekalahan.

Jika gagal, mereka cepat bangkit dan menyusun semula perancangan. Rasulullah pernah gagal dalam dakwahnya iaitu ketika semua ketua Quraisy menolak ajakan baginda, bahkan memerangi dan berusaha membunuh dakwah Islam di Makkah. Rasulullah tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Kesusahan dan penindasan yang dialami menjadi tentangan hebat yang mesti dihadapi, akhirnya Makkah dikuasai kaum Muslimin dalam peristiwa fathu (pembukaan) Makkah yang gemilang.

Orang yang gagal bukan bererti kalah. Hakikatnya hanyalah kemenangan yang bertangguh. Jika dia pandai memujuk hatinya dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh, nescaya kejayaan akan dimiliki. Hidup tidak cukup dijalani dengan prinsip sabar saja. Ramai orang yang sabar, tetapi tidak berjaya kerana mereka tidak mahu menggandakan usaha dan hanya berpuas hati dengan apa yang sudah dimiliki tanpa mahu membabitkan diri dengan persaingan global yang tanpa sempadan.

Umat Islam tidak cukup memiliki sifat sabar saja jika mahu menguasai dunia. Berani gagal dan tekun berkarya di samping sabar dan tawakal kepada pertolongan Allah adalah resipi kejayaan yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Ia menjadi satu pakej lengkap yang mesti diamalkan umat Islam.

INTI PATI
Ujian di dunia

* Kesedihan di dunia biasanya berpunca daripada harta yang berkurangan, anak yang bermasalah, perhubungan suami atau isteri yang tertekan, kerjaya gagal, hutang mencekik atau pergaulan sesama manusia yang menyakitkan hati.

* Kehidupan akan dilalui penuh kesedihan jika mudah putus asa.

* Kegagalan bukan bererti kalah. Hakikatnya hanyalah kemenangan yang bertangguh. Jika dia pandai memujuk hatinya dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh, nescaya kejayaan akan dimiliki.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Dosa tak diampun jika lengah bayar hutang

Tuesday, 20 January 2009

KONSEP berhutang menurut perspektif Islam ialah memberikan sesuatu kepada seseorang dengan perjanjian bahawa orang yang diberi pinjam itu akan membayar dengan kadar sama.

Amalan berhutang kini menjadi persoalan biasa di kalangan masyarakat Islam. Sama ada ia atas nama pembiayaan peribadi, pelajaran, kereta, pemilikan kad kredit dan pelbagai skim ditawarkan syarikat perbankan, rata-rata ia memberi maksud hutang. Malah, kewujudan €˜Ah Long€™ juga adalah mata rantai kepada urusan pinjaman dan hutang.

Persoalan hutang dan pinjam meminjam adalah antara perbahasan yang berada dalam ruang lingkup perspektif Islam dan ia terikat dengan hukum ditetapkan syarak. Ianya dibahas dan dikupas oleh sarjana Islam dalam kitab fiqh menerusi keterangan yang ada dalam ayat al-Quran dan Hadis Nabawiyah.

Firman Allah S.W.T bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya” (Surah al-Baqarah ayat 282).

Dalam ayat sama Allah melanjutkan Firman-Nya bermaksud:

“Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar, dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah, maka hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang itu mengimlakkan (menyebutkan) mengenai apa yang ditulis itu dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan jangan ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya.

Jika berhutang itu orang lemah akalnya atau lemah keadaan dirinya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaga) mengimlakkan butiran hutang itu dengan jujur. Persaksikanlah (urusan penulisan hutang itu) dengan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu, jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh dengan seorang saksi lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi yang kamu redhai supaya jika salah seorang lupa (butiran hutang piutang), maka seorang lagi boleh mengingatkannya”.

Ayat ini menjelaskan bahawa Islam membenarkan amalan berhutang dengan pelbagai syarat dan peraturan supaya kezaliman di antara manusia tidak berlaku dan urusan pinjaman berlaku secara adil dan reda meredai.

Secara dasarnya Islam membolehkan kepada seseorang untuk berhutang atas faktor yang memaksa seperti masalah kesempitan hidup. Namun begitu, perlu diperjelaskan di sini bahawa bebanan bakal diterima si penghutang adalah berat, terutama jika hutang tidak dibayar. Lebih berat jika dia meninggal dunia dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan.

Kepada si pemberi hutang, sebenarnya kesudian memberi pinjam kepada orang lain adalah digalakkan terutama kepada mereka yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi. Orang yang memberi hutang termasuk dalam golongan mereka yang berhati mulia. Mereka memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan dan mereka akan diberi pahala daripada Allah.

Firman-Nya yang bermaksud :

“Dan bertolong-tolonglah kamu atas tujuan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah bermaksud:

"Barang siapa melapangkan dari orang mukmin kedukaan dunia, nescaya Allah akan melapangkan dia dari satu kedukaan pada hari kiamat, dan barang siapa memudahkan atas orang yang susah, nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam urusan dunia dan akhirat€ (Riwayat Muslim - 032/6250)

Ketika menjelaskan hadis ini, Imam al-Nawawi dalam kitabnya Hadis 40 menyebut secara jelas satu contoh menarik iaitu mengenai adab berhutang. Beliau menyebut kemudahan kepada orang yang susah atau yang sempit jika dalam urusan hutang ialah memberi tempoh sewajarnya untuk pembayaran hutang selepas orang yang berhutang itu tidak berkemampuan membayarnya, malah lebih mulia lagi jika hutang itu digugurkan atau diberi beberapa kemudahan lain untuk menjelaskan hutang itu.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda seperti yang diriwayatkan Ibn. Mas’ud:

"Seseorang Muslim yang memberi hutang kepada seorang Muslim sebanyak dua kali, seolah-olah dia bersedekah kepadanya satu kali”.

Perkara zalim dalam urusan hutang piutang mesti dielakkan dan dijauhkan seperti mengenakan riba’, faedah dan bunga yang tinggi kerana ia ternyata membebankan si penghutang. Lebih parah dengan kadar bunga yang terlalu tinggi menyebabkan berlaku nilai bunga yang sepatutnya dibayar semula jauh lebih tinggi daripada kadar wang dipinjam. Ia ternyata penganiayaan kepada manusia lemah dan tidak berkemampuan.

Kepada orang berhutang pula, sebaik-baiknya berusaha dengan tangan sendiri sebelum mengambil keputusan meminta-minta atau berhutang dengan orang lain. Orang yang suka berhutang seolah-olah menafikan kebolehan yang ada pada dirinya untuk berusaha sendiri mencari rezeki keperluan hidup.

Sebaik-baiknya cubalah elakkan diri daripada berhutang. Namun, apabila keadaan terlalu mendesak dan tiada jalan lain untuk memperoleh wang, maka di sinilah Islam membenarkan amalan berhutang.

Apabila sudah mula meminjam, aturkan jadual pembayaran hutang secara berterusan dan konsisten mengikut jadual serta menepati syarat perjanjian supaya tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari. Cuba elakkan daripada mengambil kesempatan melambat-lambatkan pembayaran hutang kerana ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah kepada orang yang memberi hutang.

Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.

Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari - 41/585)

Sementara itu, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu ketika menurunkan jenazah dari atas rumah menuju ke tanah perkuburan, waris si mati akan mengumumkan kepada orang yang hadir supaya menuntut mana-mana hutang yang ditinggalkan si mati.

Berkaitan hutang juga, roh si mati hanya akan bebas selepas segala hutangnya dijelaskan oleh warisnya atau sesiapa yang sanggup mengambil alih untuk menjelaskan hutangnya itu seperti orang perseorangan mahupun baitulmal.

http://www.bharian.com.my/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Ummah perlu berjuang martabatkan Islam

Monday, 19 January 2009

Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya


Semangat hijrah seru Muslim bangun, bela, lindung negeri daripada sebarang anasir jahat

ALLAH menjadikan hijrah Rasulullah SAW sebagai mercu sejarah yang amat bermakna untuk dijadikan panduan bagi umat Islam hingga akhir zaman. Hijrah bukan hanya bermakna menghindar daripada seksaan, fitnah, caci maki dan ancaman bunuh semata-mata, malah ia satu strategi mendirikan masyarakat baru dalam negeri yang aman.

Oleh itu, menerusi semangat hijrah, setiap Muslim wajib berperanan membangun negerinya, melindungi dan membela daripada sebarang anasir jahat. Umat Islam kini sewajarnya mempelajari strategi pembangunan umat di Madinah pasca hijrah dengan meneladani perjuangan Rasulullah SAW.

Mula-mula Baginda SAW melakukan penjenamaan semula terhadap nama negeri yang menjadi asas pembentukan negara Islam pertama iaitu Yathrib diganti dengan al-Madinah al-Munawwarah. Hal itu menunjukkan kebijaksanaan politik yang terserlah daripada keperibadian Rasulullah SAW.

Nama negara Islam yang baru seolah-olah mahu menunjukkan satu kedaulatan baru sudah terbentuk di Madinah, sebuah negara baru yang mahu diiktiraf oleh seluruh kabilah di sekitarnya.

Rasulullah SAW sudah memerdekakan umat Islam dengan terbentuknya negara Madinah yang menjadi milik semua kaum tanpa memilih apakah bangsa dan agama mereka, adakah dia pendatang atau orang asli suatu negeri.

Bukankah puak Aus dan Khazraj, kaum Nasrani dan Yahudi juga diiktiraf sebagai warga negara yang dilindungi undang-undang di bawah kedaulatan negara Islam Madinah? Bahkan Rasulullah SAW melarang sesiapapun menyakiti kafir zimmi.

Selepas berdirinya kedaulatan baru, maka kekuatan politik Madinah diperkuat dengan terbentuknya persefahaman antara semua pemimpin kaum di Madinah dengan menyetujui butir-butir perjanjian yang dinamakan ‘Piagam Madinah’.

Kematangan politik sahabat yang dipimpin Rasulullah SAW semakin terserlah apabila mereka menjaga kepentingan semua kaum, salah satu terma perjanjian dalam Piagam Madinah itu bahkan menyebut bahawa: “Semua warga negara memiliki persamaan hak dan kewajipan, hubungan mereka didasari dengan semangat persaudaraan dan keadilan.”

Kemudian piagam ini juga menyetujui mengenai hak kaum Yahudi secara terperinci, ia berbunyi: “Orang Yahudi yang menyatakan kesetiaan kepada umat Islam harus dilindungi, mereka tidak boleh dianiaya dan diperangi.”

Piagam Madinah pada tahun pertama hijrah (bersamaan 622 masihi) adalah dokumen politik Islam pertama yang dipersetujui oleh pemimpin kaum sejak 14 abad silam. Mereka boleh bersatu dan jujur dalam perhubungan antara kaum itu.

Persaudaraan adalah konsep asasi dalam tamadun Islam kerana semangat persaudaraan yang diperkenalkan Islam tidak pernah membeza-bezakan bangsa dan kepercayaan semua kaum. Mereka boleh bersatu dalam satu perjanjian yang jujur dengan menjunjung nilai akhlak tinggi.

Islam sudah memulakan persamaan dan keadilan dalam menyatukan manusia jauh lebih awal sebelum terjadinya Revolusi Perancis yang pernah menyuarakan ungkapan ‘Liberte, Eligate, Fraternite’ (kebebasan, persamaan dan persaudaraan).

Tetapi, sejarah merakamkan perbuatan khianat orang munafik dan puak Yahudi yang melanggar perjanjian itu. Mereka melakukan tipu daya jahat hendak menghancurkan Islam dengan pelbagai cara. Konflik yang terjadi akibat pengkhianatan mereka semakin membesar sehingga mencetuskan tiga peperangan yang terkenal iaitu perang Badar (tahun kedua Hijrah/623 Masihi), perang Uhud (tahun ketiga Hijrah/625 Masihi) dan perang Khandak (tahun kelima Hijrah/627 Masihi).

Pada peperangan Badar, 70 tawanan berhasil ditangkap dan mereka boleh membebaskan diri dengan syarat setiap orang mengajar 10 orang Islam, akhirnya 700 orang Islam dapat dibebaskan daripada buta huruf.

Hal ini menunjukkan bahawa negara Islam Madinah juga menumpukan urusan pendidikan di samping kekuatan ekonomi juga diberi perhatian. Orang Ansar terkenal dengan sistem pertanian yang menonjol dan kaum Muhajirin pula adalah peniaga yang berjaya hingga melakukan transaksi jual beli hingga ke luar negara.

Sumber pendapatan negara pula bergantung dengan pengutipan dan pembahagian harta rampasan perang, jizyah, pajak sewa tanah ke atas orang Yahudi yang kalah dalam peperangan dan sedekah, pendapatan daripada hasil pembayaran tawanan perang dan kutipan zakat. Pada tahun kedua Hijrah diwajibkan pengambilan zakat oleh negara untuk dibahagikan kepada yang berhak menerimanya.

Sekali lagi, kekuatan politik baru negara Islam Madinah semakin menakutkan musuhnya ketika Rasulullah SAW melakukan satu lagi kebijaksanaan politik yang memaksa kaum Quraisy mengakui kedaulatan Islam di Madinah.

Pada tahun keenam Hijrah, selepas kekuatan Islam terbina dengan kukuh, Rasulullah SAW mengumpulkan sebanyak-banyaknya kaum Muslimin bukan hanya penduduk Madinah bahkan seluruh kaum dan puak lain di sekitarnya yang memeluk Islam melakukan umrah ke Makkah.

Rasulullah SAW datang bukan untuk berperang, Baginda hanya mahu menunjukkan kekuatan Islam. Hal itu menakutkan orang Quraisy dan mereka akhirnya mahu melakukan perundingan damai, maka terjadilah perundingan Hudaibiyah yang terkenal itu.

Kejayaan diplomasi itu memperkukuh politik negara Islam Madinah, walaupun pada permulaannya sahabat ramai yang tidak bersetuju dengan isi perjanjian itu. Akhirnya mereka melihat bahawa ketajaman dan kehalusan perancangan Rasulullah SAW tidak dapat difahami oleh akal fikiran mereka.

Hal itu menunjukkan bahawa kebijaksanaan Rasulullah SAW dikawal oleh wahyu, arahan dari langit. Keuntungan diperoleh daripada perjanjian Hudaibiyah ini dapat disenaraikan sebagai berikut:

* Kedua belah pihak mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. Sahabat yang berkekuatan melebihi kekuatan orang kafir waktu itu tentu berasa dirugikan. Tetapi akhirnya mereka boleh membuka mata dengan perjanjian pertama itu kerana Rasulullah SAW tidak mahu pertumpahan darah berlaku serta merugikan kedua-dua pihak.

Di samping itu, dengan perdamaian berkenaan Rasulullah SAW boleh menumpukan perhatian kepada pembangunan Madinah dan dakwah ke luar negara, di mana diadakan hubungan dua hala antara Madinah dengan sejumlah kuasa besar ketika itu seperti penguasa Najasyi, penguasa Rom, Kaisar Hercules dan Mauqaqis yang pernah menghadiahkan Mariah Qibtiyah kepada Rasulullah SAW.

Ketiga-tiganya menyambut baik hubungan dua hala dengan Madinah. Umat Islam juga tidak berasa khuatir dengan gangguan kaum Quraisy lagi kerana mereka terikat oleh perjanjian gencatan senjata berkenaan.

* Sesiapa dari golongan Quraisy yang lari kepada Muhammad SAW harus dikembalikan dan sesiapa pengikut Muhammad SAW yang lari tidak boleh dikembalikan.

Melihat isi perjanjian yang kedua itu seakan-akan berat sebelah, tetapi Rasulullah SAW sudah pun memikirkannya dengan begitu cermat. Tidak akan ada orang Islam Madinah yang murtad dan lari kerana iman mereka sudah teruji, bahkan jika ada yang murtad, maka mereka itu adalah pengkhianat kepada Islam dan Islam tidak memerlukan mereka.

Orang yang murtad pun jika dikekalkan hidup dalam masyarakat Muslim akan membahayakan orang Islam kerana boleh jadi mereka akan jadi musuh dalam selimut. Jadi, adalah lebih baik jika mereka dibiarkan lari daripada kuasa Islam.

Bagi orang yang mahu bergabung dengan Islam tetapi dikembalikan kepada kaum Quraisy memang menimbulkan kesedihan di hati keluarga mereka yang lebih dulu berhijrah. Mereka tidak boleh menolong ahli keluarga yang mahu berhijrah selepas itu.

Tetapi, orang Islam yang terikat di Makkah tanpa dapat melarikan diri ini akhirnya berkumpul dalam satu kumpulan di suatu tempat dan melakukan gangguan kepada kafilah dagang kaum Quraisy yang Muhammad SAW bebas mengadakan hubungan dua hala dengan kuasa besar di mana saja dan begitu juga Quraisy boleh melakukan hubungan sebegitu. Hal ini jelas menguntungkan Islam kerana Rasulullah SAW bebas melakukan dakwah kepada siapapun tanpa gangguan Quraisy.

Pada waktu itu ada beberapa kerajaan yang melakukan hubungan diplomatik dengan Madinah. Rasulullah SAW pula mengirim utusannya ke Rom, Persia, Ghassan, Yaman, Mesir dan Habsyah. Ada yang menerima baik hubungan itu dan masuk Islam tetapi ada juga yang menolak dan melancarkan permusuhan hingga memerangi umat Islam.

Akhirnya, sebelum genap 10 tahun lagi orang kafir Quraisy berasakan kerugian daripada persetujuan mereka dalam perjanjian itu. Banyak keuntungan yang diperoleh kaum Muslimin dengan perancangan politik begitu teliti dan bijak itu.

Ini semua bermula daripada hijrah yang membawa sinar cerah bagi masa depan Islam. Hijrah bukan bermakna mahu menumpang hidup dan menyusahkan orang lain, tetapi Rasulullah SAW dan sahabat menjadi orang yang memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat baru, membina kematangan politik dan berperanan dalam menyampaikan dakwah Islam ke merata dunia.

Adakah perjuangan kita hari ini adalah satu mata rantai yang sama dengan mereka? Itu bergantung sikap dan sifat perjuangan yang kita jalani, adakah mengikut sunnah Rasulullah SAW demi mendaulatkan agama Allah di mata dunia? Atau ramai yang sudah silau dengan godaan dunia?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Beribadah pada saat-saat huru-hara (dunia kacau-bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Beribadahlah dengan cara berjuang memartabatkan Islam di mata dunia, inilah hijrah sebenar umat Islam hari ini.

- Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui Juanda@msu.edu.my

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Penyakit futur boleh membunuh sahsiah diri

Saturday, 17 January 2009

Oleh Amran Zakaria

Mudah kecewa, putus asa jejas kualiti peribadi punca kita mudah dipengaruhi nafsu

FUTUR adalah suatu penyakit baru yang melanda sebahagian daripada umat Islam. Dalam konteks bahasa, futur ertinya putus selepas bersambung atau tenang selepas bergerak. Juga boleh memberi erti malas atau lambat selepas rajin dan bersungguh-sungguh.

Dalam erti kata lain, futur adalah penyakit kecewa yang boleh membunuh sahsiah Muslim. Penyakit ini berupaya merencat saraf rangsangan aktivis dalaman yang akhirnya mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan. Ia berpunca daripada hati.

Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang rajin dan semangat bekerja kepada sikap malas, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan.

Ia dikaitkan dengan kegagalan mencapai matlamat yang dihajati seperti tewas dalam peperangan, kalah dalam pilihan raya, gagal mencapai cita-cita peribadi atau tidak mencapai maksud dicita-citakan.

Jangan sampai ia menular dan menjadi pembunuh semangat yang senyap dalam diri individu Muslim, yang akhirnya mengembang kepada kumpulan atau jemaah Muslim sendiri.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Berbuat baiklah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak berasa bosan sehingga kamu sendiri yang berasa bosan. Dan amalan ad-din yang paling dicintai (Allah) ialah yang dilakukan secara rutin oleh pelakunya.”

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada harga perjuangan, persoalan yang melanda dalam diri berpunca daripada sikap dan kualiti diri kita, ketika semangat perjuangan membakar, hendaklah segera diatasi. Jangan biarkan keinginan dan nafsu menguasai diri melepasi perjuangan sebenarnya.

Ingatlah, peristiwa kekalahan pejuang Islam dalam Perang Uhud boleh memberi iktibar kepada kita. Ketika pejuang sudah mendekati kemenangan tatkala menentang musuh, namun berakhir dengan kekalahan di luar jangkaan, kerana sebab utamanya adalah kegagalan pejuang memelihara kualiti diri mematuhi arahan ketua.

Apabila keseimbangan itu hilang, tentu akan terjadi keadaan yang tidak stabil, sedangkan strategi awalnya amatlah baik. Namun, arahan yang sepatutnya ditaati tidak berupaya diterjemahkan dalam bentuk taat dan patuh kepada arahan ketua.

Allah mengingatkan kita melalui firman yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi ia membenarkan (kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yusuf, ayat 11)

Sepatutnya apa yang pernah menimpa kepada umat Islam dulu dijadikan pengajaran supaya kita tidak melakukan kesilapan serupa. Tujuan Allah menceritakannya dalam al-Quran ada hikmah dan pengajarannya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Maka ambil iktibar (pengajaran), wahai orang yang mempunyai penglihatan.” (Surah al-Hasyr, ayat 2)

Sesungguhnya, banyak peristiwa berlaku pada kita hari ini adalah suatu putaran dan pusingan kehidupan. Apa yang kita alami kini pernah berlaku suatu ketika dulu dalam keadaan yang mungkin sama, cuma masa saja berlainan.

Percayalah, setiap kejadian yang berlaku hari ini akan berlaku pada depan. Yang pentingnya ialah bagaimana kita menghadapi kejadian yang akan datang melalui perancangan berjadual. Perancangan seperti ini disebut juga sebagai perencanaan berstrategik.

Sejarah perjuangan Rasulullah SAW penuh dengan perancangan dan strategi. Bermula dengan penerimaan wahyu, diikuti penyebaran Islam secara tersembunyi dan akhirnya secara terang-terangan.

Begitu juga ketika berlakunya penghijrahan Rasulullah SAW ke Yathrib, bagaimana perancangan rapi diatur Rasulullah berjaya mencapai matlamat. Ketika menjadi Ketua Negara Madinah, Baginda Rasulullah SAW membuat perancangan secara teliti dengan mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin untuk memperkuatkan kaum Muhajirin.

Diikuti perjanjian dengan puak Yahudi demi mewujudkan sebuah negara bangsa yang kuat dan utuh di Madinah sehingga akhirnya berjaya menakluki semula Makkah. Pengurusan berstrategik memerlukan kita untuk membuat perencanaan bagi menentukan matlamat, menggariskan kaedah dan tindakan untuk mencapai matlamat itu.

Strategi diperlukan menggabungkan pelbagai instrumen kekuatan sumber dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya. Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan.

Dalam soal mengatur perancangan strategi, soal penguasaan ilmu sangat penting. Rasulullah SAW menjelaskannya dalam hadis yang bermaksud:

“Apabila kamu menghendaki hidup berjaya di dunia hendaklah kamu berilmu dan apabila kamu menghendaki hidup berjaya di akhirat hendaklah berilmu dan apabila kamu menghendaki kedua-duanya hendaklah juga kamu berilmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya, penguasaan ilmu perancangan berupaya membantu membuat perencanaan secara lebih tersusun. Gerak kerja ini perlu penelitian rapi berdasarkan kepakaran bersumberkan ilmu. Begitu juga untuk menyusun strategi. Strategi yang baik akan membuahkan hasil yang baik.

Strategi yang baik terhasil daripada pemerhatian dan kajian. Strategi yang baik juga berupaya membangunkan, mengekalkan, menangani masalah yang timbul serta cekap dalam mengatur serangan, menyerang dan menguasai musuh seperti mana dibuktikan panglima Islam terkemuka, Salahuddin Al-Ayubi.

Jika kita hanya membangun daripada segi perancangan strategi untuk memantapkan, mengukuh dan menguatkan jemaah saja sedangkan kekuatan dan strategi diatur musuh diketepikan, jawapannya kita tidak mampu menandingi pihak musuh dan tidak akan berkebolehan mengalahkan mereka.

Jangan lupa, musuh juga pasti tidak henti-henti membuat perencanaan untuk menandingi kekuatan kita. Kadangkala kita lupa bahawa strategi musuh di luar batas pemikiran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sediakanlah untuk mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan daripada pasukan berkuda yang lengkap dan sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahuinya, dan apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.” (Surah al-anfal, ayat 60)

Perencanaan yang dibuat haruslah ada tata kaedah tertentu, dilaksanakan secara berperingkat, tersusun kemas dan teratur. Perencanaan hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Ini penting kerana faktor emosi dan masalah sekeliling yang menekan akan menjadi sebab kepada perencanaan yang tidak bagus.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Kajian menyatakan kejayaan dalam sesuatu tindakan bergantung kepada kesungguhan untuk melaksanakannya, disamping faktor pengurusan masa. Faktor penguasaan isu semasa dan keadaan sekeliling juga sebahagian daripada momentum yang penting.

Perancangan yang dibuat mestilah atas sifat sebagai hamba kepada Tuhannya. Penentuan kejayaan atau kegagalan itu bukan diberi kata putus oleh manusia. Oleh itu kita jangan menjadi angkuh dan sombong kerana kepakaran mengatur perencanaan dan menjadi strategi yang baik.

Ingatlah kuasa Allah yang menentukan kejayaan atau kegagalan. Jika kegagalan itu ada di pihak kita, ingatlah apa yang Allah katakan, ‘ia adalah akibat daripada gara-gara kamu sendiri’ dan setiap kejayaan daripada apa yang dirancang itu disambut dengan penuh kesyukuran. Jangan menjadi angkuh dan sombong atas kejayaan itu.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam Hadhari (Damai)

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments  

Menunduk musuh Islam dengan ilmu

Friday, 16 January 2009

Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya


HATI yang jahil pernah bertanya mengapa Allah menguji umat Islam dengan peperangan, pengkhianatan, kelaparan, penyeksaan dan penyembelihan oleh tangan-tangan kuffar? Mengapa ujian itu kini tidak bernoktah?

Kita sering bertanya, namun kita sudah tahu jawapan dan syarat bagi melepasi ujian berat ini. Muslimin terdahulu sudah memenuhi syaratnya dan mereka berjaya, namun kita yang jauh lebih moden kini alpa dan tertanya-tanya.

Padahal Allah sudah berjanji dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad, ayat 7)

Bilakah datangnya pertolongan Allah? Dulu, disebabkan hebatnya seksaan yang dialami sahabat di sisi Baginda SAW, mereka mendesak Rasulullah SAW dengan satu pertanyaan: “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak memintakan pertolongan untuk kami? Apakah engkau tidak mendoakan kami? Baginda SAW yang saat itu sedang berbaring, bangkit dengan wajah merah padam akibat marah bersabda yang bermaksud: Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang sebelum kalian ada yang ditanam hidup-hidup, digergaji dari atas kepalanya sehingga tubuhnya terbelah dua dan ada pula yang disisir dengan sisir besi sehingga mengenai dagingnya hingga memisahkan ia daripada tulangnya, semua itu tidak menggoyahkan agama mereka.

“Demi Allah, Allah pasti memenangkan agama ini hingga merata dari Sana’a sampai Hadhramaut dan manusia saat itu nanti semuanya tidak takut melainkan hanya kepada Allah melebihi takutnya kambing terhadap serigala. Tetapi kalian sangat tergesa-gesa (meminta kemenangan).” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Kesedihan pejuang Islam di merata dunia berikutan pertumpahan darah dan pencerobohan ke atas Palestin semestinya tidak menyurutkan semangat pejuang untuk tetap istiqamah menjaga agama Allah dari tipu daya jahat musuhnya. Apatah lagi untuk berputus harap kepada Allah kerana dijangkiti penyakit cinta dunia dan takut mati.

Gesaan untuk memboikot barangan Amerika pastinya melahirkan polemik hangat yang mencetuskan pendapat antara yang menyokong dan menolak gagasan itu. Melalui tragedi ini akan jelas terlihat siapakah yang berpeluk tubuh dan memekakkan telinga atau sekadar bermulut manis membantah tanpa aksi sebenar dan hakiki di kalangan negara saudara seagama yang disembah adalah sama iaitu Allah.

Hal itu hakikatnya adalah suatu bentuk ujian iman supaya Allah membersihkan di kalangan barisan umat ini orang yang terpilih sebagai pejuang di jalan Allah dan mereka yang terkeluar dari barisan, duduk ketakutan, cemas kehilangan takhta, harta dan jiwanya. Padahal, akhirat itu jauh lebih baik dan kekal, ternyata betapa dunia amat membius jiwa manusia.

Namun begitu di kalangan manusia jahil, lalai dan memilih menjual akhiratnya dengan harga dunia yang murah, pasti wujud golongan diselamatkan Allah daripada fitnah dunia. Mereka sentiasa dibangkitkan untuk satu peranan penting demi menjaga agama Allah.

Tidak semestinya mereka berada di medan perang terbuka, menghadapi senapang, bom dan roket bahkan mereka boleh mengikut jejak mujahidin melalui kepakaran ilmu dan teknologi demi masa depan Islam.

Mereka sedar amaran al-Quran supaya umat Islam berwaspada hingga ke akhir zaman disebabkan peperangan sentiasa wujud baik secara terbuka mahupun senyap, bukan kerana umat Islam yang memetik apinya bahkan musuh merekalah yang membakar dendam yang tidak mungkin dihapuskan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu daripada agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup.” (Surah Al-Baqarah, ayat 217)

Dengan kekuatan persenjataan orang kafir jauh lebih canggih daripada umat Islam, strategi dan perancangan umat Islam mesti disusun secara matang serta tidak tergopoh-gapah. Sesuai dengan hadis Baginda SAW yang mengingatkan umatnya tidak tergesa-gesa dan kurang sabar dalam perjuangan. Langkah jangka panjang itu membabitkan ilmuwan dan cendekiawan Islam bersama umara dan seluruh umat.

Peranan umara sebagai pemimpin Islam seharusnya meletakkan wawasan jauh dan perancangan jitu supaya umat mampu berdiri setanding bangsa Yahudi dan Nasrani yang sudah pun jauh lebih maju.

Sudahkah disediakan pakar nuklear setanding ilmuwan Amerika dan Yahudi? Teknologi canggih dan penemuan baru apakah sudah diterokai generasi Muslim? Apakah kestabilan negara, politik dan ekonomi menjadi agenda utama pemimpin berlainan fahaman politik?

Sejauh mana usaha melahirkan hartawan Muslim pada peringkat antarabangsa dan melatih pendidik, ilmuwan dan cendekiawan supaya menerima transformasi ilmu dari seluruh jendela dunia sebagai bekalan mempersiapkan anak bangsa yang berdaya saing di segala bidang keilmuan setaraf bangsa maju.

Amat menyedihkan, fakta sejarah menyenaraikan 180 orang Yahudi memenangi hadiah Nobel selama 105 tahun dan hanya tiga orang Muslim memenanginya. Dengan perbandingan 14 juta Yahudi dan 1.5 bilion Muslim di seluruh dunia.

Kemudian bagaimana pula peranan ulama untuk menghadapi gelombang kebangkitan Yahudi dan Nasrani? Ulama seharusnya lebih bersikap terbuka dan bersedia melakukan dialog antara penganut agama dan kepercayaan di seluruh dunia untuk memberi maklumat yang benar mengenai Islam.

Usaha untuk menyampaikan Islam yang asli dengan strategi dakwah moden menjadi keutamaan. Slogan kembali kepada Islam seharusnya menjadi jenama yang boleh dijual di pasaran dunia. Bukan untuk umat Islam saja tetapi kepada bangsa lain yang belum mengetahui keindahan Islam.

Jangan asyik-asyik suka mengharamkan, mengeluarkan fatwa yang menyebabkan ketegangan di antara kaum dan umat beragama. Seolah-olah memusuhi dan mahu menguasai dengan kuasa majoriti.

Bukankah Rasulullah SAW mengirim duta ulamanya ke luar negara untuk menjalinkan hubungan diplomatik dan dakwah kepada mereka? Semangat kemanusiaan seharusnya lebih ditonjolkan daripada semangat perkauman dan fanatik kepercayaan agama membabi buta. Islam tidak sesekali membenarkan umatnya memaksakan akidah kepada umat lain.

Seharusnya, menjadi tugas ilmuwan Islam mendekati orientalis yang mengkaji Islam secara bermuzakarah, berdialog dan membincangkan fakta Islam dengan semangat perdamaian bukan kebencian.

Pada kurun ke 20 sikap orientalis berbeza-beza, jika dulu mereka bekerja untuk kepentingan imperialisme dan menggunakan hasil kajian itu sebagai senjata bagi menjajah dan memusnahkan umat Islam. Kini, ramai di kalangan mereka bersikap terbuka, jujur dan bebas mengkaji seiring dengan berkurangnya kuasa imperialisme. Jika ulama tidak menyediakan kitab bermutu serta karangan ilmiah bagi menjawab hujah negatif mengenai Islam, mustahil orientalis ini menemui kebenaran dan hidayah dalam Islam.

Antara mereka yang terkenal seperti Rene Guenon (Abdul Wahid Yahya), Martin Lings, Titus Burchhardt dan Leopold Weiss (Mohammad Asad), Murad Hoffman dan ramai lagi hampir mengucap syahadah.

Kekuatan ilmu ulama mesti dimanfaatkan untuk penyiaran dakwah dengan cara pembabitan langsung ke medan dakwah. Mencetak pejuang dakwah yang berwibawa, menyampaikan al-Quran dan hadis secara indah dan tidak menakutkan apatah lagi memberatkan.

Kadang-kadang sebutan haram itu lebih kedengaran, membuat umat fobia dan meninggalkan terus agamanya padahal haram itu sedikit berbanding yang halal dalam agama kita. Akhirnya, kejahilan berleluasa dalam diri generasi yang menolak agama, mereka menganggap Islam sebagai agama warisan untuk mengurus hal-hal kematian, kelahiran dan sambutan hari kebesarannya saja tetapi tidak berupaya menjawab permasalahan keduniaan.

Kerana kelalaian ulama dan pendakwah, lahir satu fenomena berbahaya di tengah-tengah umat, kewujudan dua generasi Islam. Pertama, yang melepaskan habis ikatan agama dan kedua, golongan tradisional jumud yang memberatkan permasalahan agama sehingga melupakan perjuangan sebenar.

Jika orang kafir sudah sampai ke bulan dan mengkaji teknologi perang luar angkasa, umat Islam yang jumud ini masih bercakaran dan berselisih mengenai mazhab siapa yang paling baik dalam berwuduk.

Fanatisme mazhab menjadi punca terpecahnya perpaduan umat, ia bertanggungjawab atas kemunduran umat Islam yang tidak mampu bersaing melalui teknologi, ekonomi dan kekuatan senjata orang kafir.

Padahal Rasulullah SAW tidak pernah menyuruh umatnya memegang pada satu mazhab saja, bukankah mazhab itu lahir selepas Baginda wafat dan tak ada satu pun lebih tinggi nilainya daripada kesahihan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW? Bahkan Imam al-Syafie melarang pengikutnya bertaklid buta dan menyuruh mereka mengutamakan kitab Allah dan sunah Rasul daripada pendapatnya.

Peranan ulama dan pendakwah seterusnya ialah berganding bahu bersama umara menyelesaikan isu umat. Sikap ulama terhadap umara hendaklah sesuai dengan suruhan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat sekalipun yang memimpin kamu hanya seorang hamba.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Antara kelemahan umat Islam ialah tercabutnya kasih sayang antara ulama dan umara. Bagaimanakah masa depan umat jika umara melepaskan ikatan agama dalam memimpin negara? Dan ulama pula menjauhkan diri daripada pemimpin dan membiarkan kesilapan berlaku sehingga menghancurkan agama, bangsa dan negara?

Bukankah kebinasaan akan berlaku jika tidak ditegakkan amar makruf nahi mungkar? Peranan ulama di sisi umara adalah sahabat dan saudara adalah memberi pandangan serta fatwa dengan semangat ijtihad demi kemajuan umat.

Ulama dan umara seharusnya duduk bersama merancang strategi menyediakan generasi pelapis yang bakal memperjuangkan misi agama. Ketiadaannya akan mematikan nadi umat. Pencerobohan ke atas umat terjadi di mana-mana kerana kemunduran, kemiskinan, kebodohan dan kejumudan cara berfikir. Tetapi, perlu diingat faktor paling utama penyebab kehancuran Islam ialah kejahilan umat terhadap agamanya.

Agama menjadi benteng terkuat untuk memenangi perjuangan kerana ia adalah asas penting penggerak paling hebat untuk melawan kezaliman. Tanpa agama tidak ada orang sanggup mati membela Islam.

Sesekali mereka tidak pernah takut mati bahkan mengharapkan syahid di jalan Allah. Mereka memandang dunia dengan harga yang murah dan memilih syurga yang kekal abadi di sisi Tuhannya.

Kembali kepada Islam menjadi slogan yang sering dilaungkan, sejauh mana ia berjaya bergantung dengan peranan ulama dan umara serta sikap umat yang diharapkan mahu berubah. Mampukah kebangkitan Islam direalisasikan generasi berkiblat ke Barat, berjiwa kapitalis dan bernafsukan liberalis?

Rasulullah SAW pernah meramalkan perkara ini dan tiada satu pun perkataan Baginda melainkan benar belaka:

“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani? Nabi SAW bersabda: Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui Juanda@msu.edu.my

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Mencari makna baru di sebalik peristiwa hijrah

Sunday, 28 December 2008

Oleh Mohd Farid Mohd Shahran
rencanabh@bharian.com.my


GENERASI muda Islam perlu dilengkapkan dengan ilmu dunia dan akhirat untuk menjadi insan cemerlang. Ummah mesti jadikan sejarah penghijrahan, perjuangan Rasulullah pencetus kejayaan.

SEBAGAI junjungan besar yang sentiasa diagungkan oleh umat Islam, segala detik peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW sentiasa dianggap penting dan bermakna oleh masyarakat Islam.

Nabi Muhammad, bagi mereka bukan manusia biasa yang boleh diletakkan beriringan dengan sosok lain dalam sejarah kemanusiaan. Baginda adalah rasul junjungan dan insan kamil yang diutus Allah SWT bagi menzahirkan kesempurnaan akhlak manusia.

Baginda manusia paling tinggi martabat kerohaniannya dan paling disayangi Allah SWT. Walaupun Baginda seperti manusia lain, hadir dalam latar lingkungan sejarah dan geografi tertentu, peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan Baginda tetap mengungkapkan pengajaran sejagat yang sentiasa abadi dan segar kepada diri setiap Muslim.

Begitu juga peristiwa hijrah yang dilalui Nabi Muhammad SAW. Ia adalah detik perpindahan dakwah Nabi daripada peringkat pertama di Makkah yang penuh mihnah pesona serta cabaran yang amat mencengkam ke tahap mengancam nyawa Baginda sendiri, ke peringkat kedua di Madinah yang lebih meluas ruang dakwahnya serta menjanjikan cahaya kemenangan.

Dari segi pensyariatan agama, hijrah adalah dasawarsa baru dalam pelaksanaan undang-undang agama yang lebih berasaskan muamalah dan kemasyarakatan berbanding peringkat Makkah yang lebih tertumpu kepada pengukuhan akidah serta pandangan alam Islam. Namun, di sebalik dimensi sejarah yang selalu diulang sama ada dalam pengajian sirah atau pada siri ceramah maal hijrah, peristiwa ini sesungguhnya menyampaikan kita kepada beberapa pengajaran lebih mendalam dan amat terkait untuk kehidupan sekarang.

Antara hikmah penting di sebalik peristiwa hijrah yang harus diteladani terutama umat Islam zaman ini yang berdepan pelbagai fitnah dan cabaran ialah gambaran sikap realistik serta kebijaksanaan nabi apabila berdepan cabaran dan ancaman semasa.

Di samping hakikat bahawa Nabi Muhammad SAW ialah insan terpilih dan terbaik di kalangan seluruh makhluk Allah, insan yang mustajab doanya dan dikurnia mukjizat, kehidupan nabi juga seperti manusia lain menurut sunnatullah yang tidak lari daripada cabaran dan pedih getir kehidupan. Dengan kata lain, kehidupan Nabi Muhammad SAW juga terikat dengan batasan manusiawi yang terpaksa melalui pelbagai ranjau perjuangan hidup. Inilah yang terjelma antara lain daripada peristiwa hijrah Baginda apabila sunnatullah mengajar golongan lemah walaupun amat sukar mengalahkan pihak lebih kuat terutama yang mempunyai persediaan.

Sebagai golongan yang baru muncul, kecil jumlahnya dan kurang persiapan, tekanan serta ancaman yang ditujukan kaum Musyrikin di Makkah ternyata terlalu kuat untuk dihadapi Baginda dan umat Muslimin ketika itu. Justeru, perpindahan dari Makkah bagi menyelamatkan golongan Muslimin tidak dapat dielakkan.

Nabi Muhammad SAW perlu mencari ruang dan kekuatan baru di Madinah untuk memperkukuhkan kedudukan agama Islam. Apakah noktah pengajaran yang dapat diambil masyarakat Islam sekarang daripada hakikat hijrah Baginda?

Jika Nabi Muhammad SAW insan terpilih yang dikurniakan Allah SWT pelbagai bentuk mukjizat menyedari hakikat bahawa Baginda harus bertindak berdasarkan waqi’ semasa, berdasarkan kekuatan dan kelemahan manusiawi, umat Islam dewasa ini pasti harus lebih menyedari mengenai waqi’ kehidupan yang melingkungi mereka. Secara umumnya, masyarakat Islam memang berada dalam keadaan lemah. Dilihat dari segi fizikal dan ketenteraan, kekayaan ekonomi, malah kesatuan, mereka agak tertinggal berbanding masyarakat lain terutama Barat.

Namun, ada sekelompok masyarakat Islam yang gagal menyedari hakikat ini lantas bertindak seolah-seolah mereka berada di dalam keadaan yang kuat. Mereka mengambil tindakan di luar batasan waqi’ semasa yang ada pada masyarakat Islam. Ini merujuk tindakan sekelompok umat Islam yang mengebom, menculik serta membunuh membabitkan manusia tidak berdosa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kita tidak menafikan sebahagian peristiwa itu adalah tindak balas terhadap tindakan politik yang dilakukan kuasa besar terhadap beberapa negara Islam atau perencanaan pihak tertentu.

Namun, cara bertindak yang dilakukan ternyata tidak menguntungkan masyarakat Islam keseluruhan terutama apabila dilihat dari sudut kekuatan ummah dan kesediaan mereka menghadapi tindakan balas jika berlaku.

Kita lihat sebahagian besar tindakan seperti ini sekadar mengundang tindakan balas lebih buruk kepada masyarakat Islam seperti di Afghanistan dan Iraq. Paling penting tindakan ini turut menggambarkan kerangka pemikiran ekstrem hasil kekeliruan mengenai ajaran Islam.

Di sinilah pentingnya pengajaran peristiwa hijrah yang merakamkan Nabi Muhammad SAW bertindak berdasarkan kekuatan dan kemampuan Baginda apabila mengambil keputusan untuk melakukan hijrah. Dengan kata lain, peristiwa hijrah memberi iktibar bahawa kita harus mengumpul kekuatan dan tidak bertindak menzahirkan kekuatan sebelum masanya, apatah lagi bertindak di luar kebijaksanaan. Sesungguhnya ini antara makna hijrah baru yang harus kita manfaatkan dalam realiti kehidupan sekarang.

Dengan menyedari bahawa umat Islam berada dalam keadaan lemah bukan bermakna kita pasrah dengan keadaan yang ada. Di samping ingatan bahawa umat Islam harus terus memperbaiki kelemahan mereka dan mempersiapkan kekuatan fizikal seperti disaran al-Qur’an, seperkara yang juga penting ialah hakikat kekuatan Islam sebenarnya masih boleh dijelmakan dalam pelbagai dimensi lain.

Misalnya umat Islam masih kuat dan kukuh dari segi kepercayaan agama dan akhlak, terutama dalam menolak fahaman yang bertentangan dengan agama. Berbanding Islam, sebahagian agama lain misalnya, sudah berkompromi dan mengorbankan doktrin agama mereka dengan membuka pintu kepada kemasukan aliran asing seperti sekularisme dan sinkretisme.

Disebabkan kelemahan sistem kepercayaan mereka, agama terbabit mengubah dasar dan kepercayaan bersesuaian dengan ideologi berkenaan. Namun, Islam berkat kekuatan pendidikan agama dan pertahanan ilmiah yang dilakukan ilmuwannya sepanjang zaman masih kukuh bertahan daripada ancaman aliran pemikiran asing.

Kekuatan Islam ini harus dipertahan dan diperkukuhkan melalui pendidikan yang betul tanpa semestinya membabitkan penzahiran dari segi kekuatan fizikal dan ketenteraan. Dari segi strategi, umat Islam memang lemah kekuatan fizikal, seharusnya mereka menumpukan perhatian dalam memperkukuhkan aspek keilmuan dan pendidikan.

Tindakan ini juga adalah jihad besar dan harus dilakukan dengan gigih dan serius, malah ia juga ‘peperangan’ yang membabitkan persediaan kekuatan dari segi intelektual dan keilmuan. Jika kita prihatin terhadap pembunuhan dan serangan ke atas negara Islam oleh kuasa Barat, kita juga harus lebih prihatin terhadap serangan pemikiran asing yang ‘mengorbankan’ dan mengelirukan jutaan masyarakat Islam.

Peperangan inilah yang nampaknya banyak dilupakan sebahagian masyarakat Islam apabila kerangka berfikir mereka amat tertumpu kepada penyelesaian daripada aspek siasah dan ketenteraan. Jika ditinjau dari segi sejarah, aspek inilah yang menjadi asas kepada pembinaan tamadun. Zat kepada kekuatan Islam, dengan kata lain ialah kekuatan kepercayaan dan keilmuan. Mungkin ini antara makna dan rahsia hijrah yang harus diingatkan kepada masyarakat Islam. Hijrah bukan sekadar berpindah kepada suasana baru, malah juga mengembalikan diri kita kepada suasana yang kita sudah pun berada sebelumnya.

Jika sebelum ini tamadun Islam terletak kepada kekuatan iman dan ilmu, marilah kita berusaha berhijrah dengan mengembalikan kekuatan itu kepada umat Islam.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Rahmat disebalik bencana

Sunday, 14 December 2008

Kehidupan manusia tidak sunyi dari melalui berbagai pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Tidak ada siapa yang ingin melalui pengalaman yang pahit dalam hidupnya tetapi kita tidak boleh lari dari takdir ini. Mahu atau tidak terpaksa diterima.

Begitulah juga dengan ajal dan maut. Tiada siapa yang mahu menyaksikan keadaan maut yang mengerikan atau terlibat dalam keadaan yang ngeri ini. Tetapi begitulah, takdir Tuhan tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang dapat menjangkakan perkara ini akan berlaku.

Selalunya kita akan bersimpati dengan keluarga yang menemui ajal tersebut tetapi kita tidak berapa hendak mengetahui tentang keadaan orang yang bertanggungjawab dalam menyebabkan kematian tersebut terutamanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana mereka dikatakan sebagai pihak yang 'bersalah'.

Pengalaman seorang pakcik yang sempat ditemui oleh kami jelas membayangkan peristiwa tersebut tidak mungkin dapat dilupakan walaupun telah setahun berlalu. Kegembiraan yang diidamkan oleh Pakcik Ali dengan membawa keluarganya bercuti ke utara telah membawa kecelakaan dan pengalaman pahit yang amat menyayat hati.

"Pakcik tidak tahu bagaimana hendak memulakan cerita ini tetapi perasaan dan fikiran pakcik sentiasa teringatkan peristiwa tersebut. Hinggakan di dalam tidur peristiwa tersebut sering menjadi mimpi yang menakutkan," jelas beliau dengan nada yang agak sayu.

Pada pagi hari kejadian tersebut Pakcik Ali, isterinya dan dua orang anak mereka begitu gembira sekali, maklumlah peluang untuk bercuti ke utara bukannya mudah untuk diperolehi tambahan lagi Pakcik Ali merupakan seorang ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dan peluang untuk bercuti bersama keluarga tidak mungkin dilepaskannya.

"Sebaik sahaja kereta pakcik hendak keluar dari daerah Selangor untuk menuju ke utara, tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak yang pakcik tidak tahu dari mana datangnya, berlari melintas di hadapan kereta pakcik yang sedang bergerak laju," sambung Pakcik Ali lagi.
"Pakcik tak tahu apa yang hendak pakcik gambarkan ketika perkara ini berlaku. Apa yang pakcik nampak adalah kanak-kanak tersebut melambung ke bahagian hadapan kereta pakcik dan kemudiannya jatuh ke atas jalan," ujar Pakcik Ali dengan wajah yang sedih, mungkin peristiwa setahun yang lalu semakin jelas terbayang di otak kepala-nya.

Jeritan isteri dan anak-anak yang duduk di belakang juga tidak didengari oleh Pakcik Ali ketika peristiwa ini berlaku kerana ingatannya hanya tertumpu kepada kanak-kanak yang telah dilanggarnya tadi. "Bermacam perasaan bercampur aduk dalam fikiran pakcik ketika itu. Perasaan gementar, takut, terkejut dan berbagai lagi perasaan bermain di dalam kepala. Tetapi nasib baiklah pakcik dapat mengawal keadaan kereta. Kalau tidak mungkin pakcik tidak dapat menceritakan pengalaman ini dan keluarga pakcik juga hanya tinggal nama sahaja," ujar beliau lagi.
Dalam sekelip mata sahaja tempat kejadian dikerumuni oleh penduduk kampung berhampiran yang ingin menyaksikan kejadian apakah yang telah berlaku. Walaupun Pakcik Ali boleh dikatakan masih berada di dalam keadaan yang 'bingung' tetapi beliau tidak membenarkan anak dan isterinya untuk keluar menyaksikan bagaimanakah keadaan kanak-kanak yang telah dilanggarnya tadi.

Pakcik All membayangkan berbagai keadaan yang lebih buruk boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja iaitu sama ada keluarganya akan dipukul oleh masyarakat kampung kerana telah banyak cerita yang didengar oleh telinganya ramai pemandu-pemandu yang terlanggar binatang ternakan ataupun manusia di kawasan kampung berkenaan enggan berhenti dan terus melarikan diri kerana takut 'dipukul' oleh penduduk kampung tersebut.

Tetapi Pakcik Ali tidak sampai hati untuk meninggalkan keadaan tersebut begitu sahaja walaupun ia boleh berbuat demikian. Perasaan tanggungjawab di dalam dirinya membuatkan beliau pergi melihat keadaan kanak-kanak tersebut walaupun hatinya merasa takut.

"Pakcik berserah sahaja kepada takdir apa yang akan berlaku. Tetapi pakcik tidak benarkan isteri dan anak pakcik keluar dari dalam kereta. Jikalau mereka hendak buat sesuatu pun, biar-lah pakcik sahaja yang menerima akibatnya kerana pakcik yang terlanggar kanak-kanak tersebut, bukannya isteri atau anak-anak pakcik," ujar Pakcik Ali seterusnya. Tetapi nasib yang baik menyebelahi Pakcik Ali. Bak kata orang jikalau niat kita suci dan ikhlas, Allah akan sentiasa melindungi hamba-Nya. Masyarakat kampung tersebut malahan menolong Pakcik Ali untuk membawa kanak-kanak yang telah dilanggarnya ke hospital. Tetapi malangnya kanak-kanak tersebut mati dalam perjalanan akibat pendarahan di bahagian badan yang agak parah.

Keadaan tersebut sememangnya mengharukan perasaan Pakcik Ali sekeluarga tetapi yang paling menyayat perasaan beliau adalah apabila melihatkan ketenangan bapa kanak-kanak tersebut apabila terserempak dengannya sewaktu membuat laporan di balai polis. "Waktu itu pakcik berada di balai polis untuk membuat laporan tentang kemalangan yang terjadi kerana ianya telah menjadi kes polis," menurut Pakcik Ali lagi.

"Perasaan pakcik menjadi terharu apabila mengetahui lelaki yang kebetulan duduk di sebelah pakcik dan dikenali sebagai ustaz oleh anggota polis di situ adalah bapa, kepada kanak-kanak yang telah dilanggar oleh pakcik," ujar Pakcik Ali seterusnya.

Walaupun Pakcik Ali tahu kemalangan tersebut bukan berpunca darinya tetapi perasaan halusnya tetap terusik apabila terpandangkan wajah bapa kanak-kanak tersebut. Tanpa mempedulikan orang yang berada di sekeliling dan seolah-olah hilang perasaan malu yang ada pada diri Pakcik Ali ketika itu, beliau telah menangis teresak-esak kerana menyesali kejadian yang telah berlaku. Beliau sanggup menerima apa sahaja caci-maki yang mungkin dilemparkan oleh ustaz tersebut.

Tetapi sebaliknya perkara yang tidak terduga oleh beliau yang berlaku, ustaz tersebut telah menyabarkan dirinya dan mengatakan bahawa apa yang terjadi adalah kehendak Tuhan dan manusia tidak boleh mengelak dari menerima sesuatu kejadian yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Malahan ustaz tersebut turut menasihatkan dirinya agar bersabar dan bertawakal kepada Allah sahaja. Pakcik Ali terkejut mendengarkan kata-kata yang diluahkan oleh ustaz tersebut. "Ketenangan dan kesabaran pada wajah ustaz tersebut walaupun ia sedang berhadapan dengan orang yang telah melanggar anaknya seolah-olah mengejutkan pakcik dari mimpi," ujar Pakcik Ali lagi.

"Selama pakcik hidup, pakcik belum pernah lagi melihat orang yang setenang dan sesabar ustaz tersebut walaupun dirinya sedang berada di dalam kesedihan yang amat sangat akibat kehilangan anak yang disayangi," tambah Pakcik Ali dengan tenang.

"Setitis air mata pun tidak tergenang di kelopak mata ustaz itu, walaupun wajahnya menampakkan kesedihan. Tetapi kelembutan kata-kata yang dikeluarkan benar-benar membuatkan hati pakcik semakin sayu," ujar Pakcik Ali seterusnya.

Allah itu Maha Kaya, setiap kesedihan yang menimpa hambaNya, terdapat kenikmatan di sebaliknya itu. Walaupun kematian kanak-kanak tersebut menjadi suatu 'mimpi' yang buruk dan menakutkan bagi Pakcik Ali, tetapi ketenangan dan kesabaran bapa kanak-kanak tersebut dapat menginsafkan beliau.
Kalau dahulu Pakcik Ali sering marah-marah apabila berhadapan dengan masalah ketika menjalankan urusan perniagaannya, tetapi kini sifat sabar dalam dirinya mula kelihatan.

"Ramai rakan-rakan niaga pakcik merasa hairan dengan perubahan sikap pakcik. Ada di antara mereka yang mengetahui mengapa pakcik mula berubah perangai tetapi ada yang tidak tahu," ujar beliau lagi.

"Tetapi pakcik tak kisah sama ada mereka mengetahui ataupun tidak kerana apa yang penting kepada pakcik kini adalah sikap sabar, jujur dan ikhlas adalah penting dalam diri untuk dijadikan pegangan hidup dan menentukan kejayaan kita," tambah Pakcik Ali penuh keyakinan.

"Dahulu pakcik berjaya dalam bidang perniagaan dengan sifat pakcik yang tidak sabar tetapi kini pakcik lebih berjaya lagi dalam bidang ini dengan sifat sabar yang pakcik tanamkan sedikit demi sedikit di dalam diri," menurut Pakcik Ali lagi.

"Kalau kita ada wang sekalipun tetapi budi pekerti tidak seindah mana, memang pakcik tidak nafikan ramai orang yang akan berkawan dengan kita tetapi tidak lama dan kita mungkin tidak akan mendapat kawan setia. Orang tidak akan mengingati diri kita," tambah Pakcik Ali lagi penuh keinsafan.
"Pakcik menasihatkan berbuat baiklah sementara kita masih hidup. Sungguhpun manusia zaman ini tidak ramai yang mementingkan kebaikan orang lain, tetapi jikalau kita masih berpegang kepada budi pekerti yang baik, orang akan sentiasa mengingati kita," ujar Pakcik Ali seterusnya mengakhiri perbualan di antara kami.

Begitulah keajaiban kekuasaan Allah s.a.w. Dalam terpaksa menempuh suatu peristiwa yang sedih dan berat untuk ditanggung, terselit nikmat yang tidak ternilai harganya..

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Jenazah

Friday, 12 December 2008

Teringat pengalaman memandikan jenazah ibu sendiri kira-kira 15 tahun lalu bersama kakak dan adik perempuan saya. Teringat saya betapa 'bodohnya" kami waktu itu dalam soal pengurusan jenazah.

Segala-galanya dilakukan atas arahan bilal tukang mandi jenazah dan pembantunya. Kami cuma macam 'boneka' yang digerakkan dengan 'tali kata-kata'. Disuruh jirus badan, kami jirus. Disuruh sabun kepala, kami sabun. Disuruh miringkan sedikit jasad emak untuk dibersihkan bahagian belakangnya, kami buat.

Sambil memandikan jasad emak, saya renung tubuh yang pernah mengandung, melahirkan dan membesarkan saya adik beradik. Dengan lembut dan hati-hati saya bersihkan dada yang pernah menyusukan saya hingga kenyang dan perut yang pernah mengandungkan saya selama lebih 9 bulan. Saya gosok perlahan bibir yang pernah tersenyum pada saya, bergurau dengan saya, menasihati saya dan juga pernah berleter memarahi saya. Saya sabun jari jemari yang pernah membelai saya dan juga pernah merotan saya.

Sambil itu, terbayang semua kenangan bersama emak yang dicintai (termasuk sekali sekala 'angin berani mati' saya datang untuk menjawab leterannya).

Tiba-tiba teringat pula hakikat bahawa sebentar lagi kami benar-benar akan terpisah, dipisahkan oleh bumi, dan dipisahkan oleh dunia masing-masing yang sudah berbeza - saya masih di alam fana, manakala emak sudah dijemput ke alam baqa. Lantas air mata merembas keluar hingga ditegur dan disabarkan oleh Makcik bilal dengan lembut, "Sabarlah. Semua orang mesti merasai mati. Lambat laun kita mesti berpisah juga dengan orang yang disayangi.

Makcik pun pernah rasa hilang emak. Sekarang giliran awak semua. Esok-esok ada lagi orang dapat pula 'gilirannya'. Cuma kita kena banyak-banyak sabar. Banyak-banyak doa pada Allah supaya roh ibu awak selamat 'di sana'."

Pengalaman ketika menghadapi kematian ibu sendiri menyebabkan saya terfikir sejauh mana pengetahuan kita dalam menghadapi kaum keluarga atau sahabat handai yang sakit atau sedang nazak dan sejauh mana pula pengetahuan kita dalam menguruskan jenazah.

Sejauh mana pula kita "menyediakan" anak-anak kita supaya tahu apa yang perlu dilakukan jika ditakdirkan terpaksa menghadap ibu/ayah yang nazak atau terpaksa menguruskan jenazah kita nanti. Beruntunglah kita jika anak-anak kita nanti seperti 10 adik-beradik Datuk Prof Haron Din (mengikut apa yang pernah saya baca) yang mengepalai sendiri segala urusan menyelenggarakan jenazah ibu mereka daripada soal memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan pengkebumian. Dan mereka juga yang bergilir-gilir membaca al-Quran hingga khatam untuk disedekahkan kepada roh ibu bapa mereka.

Amat malang jika anak-anak kita hanya menyerahkan semua urusan itu ke tangan orang lain kerana ketiadaan ilmu sedangkan anak-anaklah yang lebih afdal menyelenggarakan jenazah ayah/ibu mereka.

Orang lain sepatutnya hanya membantu sahaja, anak-anak yang harus ke depan. Jika ada anak lelaki, dialah yang sepatutnya mengimamkan solat jenazah ayah/ibu ("sepatutnya" atau "lebih baik lagi", bukan pula maknanya "mesti". Takut nanti ada yang salah tafsir pula!). Kalaupun tidak mengimamkan, sekurang-kurangnya bersama-sama solat jenazah (lelaki dan perempuan boleh solat jenazah) sebagai perkhidmatan terakhir mengiringi ibu/ayah tercinta dalam perjalanan menuju alam yang kekal.

Pernah seorang ustaz (saya tidak mahu sebut namanya) menceritakan bagaimana ketika dia diminta menguruskan satu jenazah, anak-anak lelaki si mati seramai enam orang tidak langsung mahu membantu memandikan jenazah bapa mereka. Dan ketika solat jenazah, walaupun sebelum itu sudah diterangkan secara ringkas cara mengerjakan solat itu, tidak seorang pun anak lelaki itu (yang semuanya berkelulusan tinggi dari dalam dan luar negara dan menjawat jawatan tinggi/penting belaka) yang turut sama bersolat. Alangkah sedihnya!

Semoga perkara yang sama tidak berlaku kepada kita. Amin! Untuk itu, mari kita kongsi bersama beberapa point ringkas sebagai asas kepada persediaan menghadapi kematian sama ada untuk pengetahuan diri sendiri atau untuk diajarkan kepada anak-anak kita.

Adab menziarahi orang sakit.
Menziarahi orang sakit hukumnya sunat muakkad menurut jumhur ulama sedangkan menurut Imam Bukhari, hukumnya wajib. Rasulullah s. a. w amat menyukai amalan ini dan ini dapat dilihat melalui banyak Hadis. Harus juga menziarahi pesakit tanpa mengira kaum dan agama. Disunatkan meletakkan tangan di tempat yang sakit sambil membaca 'Bismillah...' dan mendoakan si sakit supaya cepat sembuh dan umurnya panjang. Jangan menyebut penyakit orang lain yang sama seperti penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyakitkan hati pesakit. Bawalah buah tangah untuk menghiburkan hati pesakit Sesuaikan waktu berziarah. Jangan berziarah setiap hari (kecuali pesakit menghendaki demikian) tetapi seelok-eloknya berselang hari Zahirkan rasa simpati terhadap pesakit dan cuba hiburkan hatinya Tidak perlu duduk terlalu lama ketika berziarah kerana ini mungkin menyusahkan pesakit yang ingin berehat. Nasihatkan dia supaya bersabar.

Adab menziarahi orang sakit tenat (Islam).
Sunat membaca surah Yasin di samping orang yang sedang tenat untuk meringankannya sesuai dengan hadis riwayat Ma'qal bin Yasar, katanya: "Rasulullah s. a. w. bersabda: "Yasin adalah jantung al-Quran. Seseorang yang membacanya kerana mengharap rahmat Allah dan ngeri akhirat, maka diampuni dosanya. Oleh itu bacakanlah ia kepada mayat kamu." (Yang dimaksudkan dengan 'mayat kamu' di sini ialah orang yang hampir mati kerana hukumnya sudah sama dengan orang yang sudah mati). Elakkan daripada berbuat bising Waris hendaklah sentiasa berada di sisi pesakit Sunat ditalqinkan dengan kalimah "La ila ha illallah" ke telinganya dengan lembut. Jangan terlalu sering diulang-ulang (maksudnya, jangan disebut bertubi-tubi supaya dia tidak menolaknya kerana bosan) selama dia tidak menyebut perkataan lain (jika dia mengucapkan perkataan lain selepas mengucap kalimah syahadah, ajarkan lagi supaya kalimah itu yang terakhir diucapkannya sebelum meninggal dunia, supaya dia lepas daripada neraka. Ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Kasir bin Marrah, daripada Muaz bin Jabal, katanya: Nabi s. a. w. bersabda: "sesiapa yang akhir perkataanya kalimat La ila ha illallah, akan masuk syurga." Tak perlulah memaksa orang yang sedang nazak itu mengucapkan kalimah tersebut secara penuh. Jika dia hanya sekadar menyebut "Allah" pun sudah memadai.

*Disunatkan agar pesakit yang sedang nazak itu dibaringkan dengan memiringkan ke kanan dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. tetapi jika sukar untuk melakukannya, hadapkan sahaja mukanya ke kiblat dengan meninggikan kepalanya dengan bantal. Disunatkan agar mengingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan pengampunanNya serta berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman kepada Allah swt.

Titiskan air ke tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai tersedak) atau basahkan bibirnya dengan air (kalau dia sudah tidak boleh menelan air lagi). Ini kerana ada riwayat mengatakan bahawa orang yang sedang menghadapi sakaratul maut itu mengalami kehausan yang amat sangat, seolah-olah air satu lautan pun tidak dapat melegakan dahaganya. Dan pada ketika inilah dikatakan iblis datang menggoda si sakit dengan membawa air tetapi mensyaratkan si sakit mengaku sebagai pengikutnya jika berkehendakkan air tersebut. Saidina Omar al-Khattab pernah berkata: "Hadirlah di tempat orang yang hampir mati, dan ingatkanlah mereka akan kalimah La ila ha illallah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak nampak." Tanda-tanda mati Riwayat daripada Saidina Uthman bin Affan (r. a.), katanya: Nabi s. a. w bersabda: "Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya. Apabila kedua belah matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya, bererti rahmat Allah telah turun. Tetapi apabila dia mendengkur seperti orang tercekik, tubuhnya pucat, mulutnya bertambah lebar, bererti seksa Allah telah turun kepadanya."

Layu kedua-dua belah telinga dan hidung (sebelum nazak) kedua-dua tumit menjadi lembut, hidung menjadi bengkok, alis mata semakin hilang, kulit muka menjadi tegang tulang pinggang rapat ke lantai keluar peluh dan air mata, menandakan orang Mukmin itu mendapat kabar gembira tetapi berasa malu kerana dia sedar dosa yang dilakukannya. Itu juga satu petanda dia mendapat rahmat Allah. Seluruh badan kejang kerana roh sedang bergerak keluar daripada jasad mata yang terbuka kerana mengikut roh yang keluar daripada jasad.

Selepas kematian.
Kematian perlu disahkan oleh doktor perubatan - jika terdapat keraguan mengenai sebab kematian, jenazah akan diarahkan dihantar ke hospital untuk bedah siasat Perlu dilaporkan kepada polis untuk mendapat permit pengkebumian. jangan memandikan jenazah sebelum mendapat permit. Ini adalah untuk mengesahkan kematiannya waris/ahli keluarga perlu berbincang untuk persiapan memandi dan mengapankan jenazah dapatkan tukang mandi jenazah tentukan tanah perkuburan dapatkan kenderaan jenazah.

Yang perlu dilakukan segera terhadap orang yang baru meninggal dunia.
Tutupkan perlahan-lahan mata dan mulutnya, jika terbuka sapu minyak, usap dan urut seluruh anggota dan sendi-sendi mayat khususnya pergelangan tangan, siku, paha, lutut dan kaki sebelum urat-urat itu menjadi keras. Ini bagi memastikan keseluruhan sendinya lembut dan mudah dimandikan. Bersihkan mayat daripada najis dan kekotoran terutama jika dia sudah sakit terlantar begitu lama salin semua pakaiannya termasuk pakaian dalam dengan kain yang dapat menutup seluruh anggotanya. jaga auratnya kerana dia juga malu. Ikat dagu dan pergelangan kakinya. Kemudian tutup mayat dengan kain Hadapkan mukanya ke arah kiblat (tinggikan kepalanya dengan menggunakan bantal) sunat diletakkan sesuatu yang keras di atas perut mayat (tetapi jangan letak al-Quran) supaya perut tidak masuk angin dan membesar (takut menjadi fitnah)

4 perkara wajib dilaksanakan untuk jenazah orang Islam Dimandikan Dikapankan Disembahyangkan Dikebumikan

Keempat-empat perkara di atas adalah fardu kifayah iaitu apabila telah dilaksanakan oleh sebahagian orang (waris, jiran, rakan dll), maka orang lain terlepas daripada dosa.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Istimewa... Untuk Ayah!

Friday, 5 December 2008

AISYAH menutup pintu biliknya perlahan-lahan. Dijengket-jengketkan kakinya supaya lantai tidak berbunyi, kemudian menuruni anak tangga ketingkat bawah dengan berhati-hati. Di hujung tangga dia menoleh ke atas, lega ibu dan ayah tidak sedar apa yang sedang dilakukannya.

PAP!

Cahaya lampu kalimantang menerangi ruang dapur rumah teres dua tingkat itu. Aisyah tersenyum lebar. Ya, ini-lah masanya... inilah masanya. Sudah lama dia menantikan saat itu, sekarang sampailah saat yang dinanti-nantikannya.

Hari Sabtu, September 2003, Aisyah ingin memulakan hari itu dengan sesuatu yang istimewa.

Dia mencuci cili merah yang diambil dari dalam peri sejuk dan kemudian mengupas bawang besar. Sebilah pisau tajam dicapai, diikuti papan landas, piring dan mangkuk. Kabinet dibuka, sekali lagi dia tersenyum melihat bekas putih yang penuh berisi tepung gandum. Minyak masak lebih daripada mencukupi.

Senyuman lebar terukir di wajah kanak-kanak comel berusia 11 tahun itu. Dia ingin memulakannya sekarang. Ya sekarang, sebelum ibu dan ayahnya terjaga.

Dengan pantas Aisyah mencedok sesudu tepung tapi ketika hendak menuangnya ke dalam mangkuk...

PRRANGG! sudu itu terlepas daripada genggamannya. Lalu bertaburanlah tepung di atas lantaidan meja.

Aisyah cemas. Habis, habis kotor meja yang baru dibeli ayahnya. Dengan tergesa-gesa dia mengaut tepung itu, namun sisa-sisanya tetap mengotori meja tersebut. Tak apalah, kotor sikit saja, Aisyah menenangkan perasaannya. Sudu tadi dicuci dan Aisyah bersiap untuk memulakan impiannya. Namun bila melihat meja yang kotor dan aneka bahan di depan matanya, Aisyah tiba-tiba jadi celaru. Mana satu yang patut dimulakan dahulu. Adun tepung? Potong cili? Hiris bawang? Minyak masak? Kuali? Garam?

"Macam mana ni?" Aisyah menggaru kepala.

Dia pandang ke luar. Alamak! Matahari pagi sudah menjengah, mungkin pukul 7.00 pagi. Badannya menggeletar, pasti sekejap lagi ibunya turun ke dapur. Selepas itu ayahnya pula muncul. Habis, habiiiiis! Aisyah perlu siapkan cepat! Dia perlu bersihkan segala kotoran itu sekarang!
"Macam mana ni? Macam mana ni?" Aisyah kian kalut.

Sudah banyak kali Aisyah lihat ibunya memasak makanan istimewa ini, nampak mudah saja tapi... Aaaahhhh!
Tangan Aisyah menggigil semasa menuangkan air ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Dikacaunya tepung itu hingga likat. Malangnya dalam sibuk menggaul, tangannya tersinggul cawan yang diletak di tepi meja!

PPRRAANGG"

Lalu berhamburanlah air membasahi lantai dan kain pelapik di bawah sinki. Lekas-lekas kain tersebut dibaling ke dalam bakul atas mesin basuh.
Sambil menggaul tepung bercampur cili dan bawang yang telah dihiris-hiris, berkali-kali Aisyah memandang ke luar jendela. Alamaaaak... dah siang!
"Aku kena siapkan cepat, kalau tidak..." Aisyah tambah kalut.

Malangnya baru menuang sedikit minyak ke dalam kuali yang telah diletakkan di atas dapur, Aisyah teringat sesuatu. Ah, dia sepatutnya mencampurkan adunan tadi dengan ikan bills. Tapi mana ikan bilisnya? Mana? Mana? Hari sudah cerah! Ikan bills perlu disiang, dibasuh.

Aisyah mengesat air matanya yang mula menitis. Dia takut dimarahi ibu kerana mengotori dapur, bimbang dipukul ayah kerana membuat sesuatu yang tidak disuruh. Mereka pasti berang melihat dia memasak seorang diri. Ibu dan ayahnya sudah banyak kali berpesan, 'jangan main pisau, jangan main api'!
Dalam pada Aisyah kalut mengambil minyak masak, menyiang ikan bilis, membubuh garam ke dalam tepung likatnya, tiba-tiba hujung matanya melihat kelibat seseorang di belakangnya. Aisyah menoleh...

"Mama! Ayah!"

Aisyah gamam melihat ibu dan ayah berdiri memandangnya. Tubuh kanak-kanak comel itu menggigil, mukanya pucat lesi. Dia tunduk memandang meja yang kotor dengan ikan bilis, biji cili, kulit bawang...

Lantai pula comot dengan tepung dan minyak masak yang ditumpahkannya. Pinggan, cawan, pisau, piring dan papan landas berterabur di atas meja serta dalam sinki. Air mata Aisyah tak dapat disekat-sekat lagi. Digenggamnya jari-jemari yang penuh bersempudal tepung.

"Mmm... mmama... aa... ayah..." katanya tersekat-sekat, "maafkan Aisyah. Aisyah nak buatkan cekodok untuk ayah, tapiiii..."

Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, si ayah duduk di depannya. Aisyah tunduk, tidak berani melihat wajah ayahnya.

"Aa... Aisyah nak... nak buat cekodok. Ayah kan suka cekodok," ulang Aisyah sambil menahan tangisannya. Habis, pasti aku kena marah, pasti aku kena pukul, kata Aisyah di dalam hati.

Tapi tiba-tiba Aisyah merasa tubuh-nya dirangkul penuh erat, kemudian pipi dan dahinya dicium berkali-kali. Pelukan itu hanya dirungkai hampir seminit kemudian dan si ayah merenung wajah cornel anaknya itu. Pandangan dua beranak itu bertembung.

"Ma... maa... maafkan Aisyah ya, ayah..." rayu Aisyah tersedu-sedu.

"Ayah tak marah. Ayah tau Aisyah sayang ayah..." kata si ayah dengan suara sebak. Air matanya juga bergenang. Dipeluknya Aisyah sekali lagi.
Si ibu datang menghampiri. "Bila bunyi bising-bising kat bawah ni, mak dan ayah turun. Kami sejak tadi perhatikan Aisyah. Aisyah nak buat cekodok ni sebab hari ni hari jadi ayah, kan?" tanya pula si ibu sambil membelai rambut anaknya itu.

Aisyah mengangguk. Ya, sejak dua hari lepas sudah diberitahu hajat itu kepada ibunya. Itulah sarapan kegemaran ayahnya, orang yang amat Aisyah sayangi. Dia ingin meraikan hari lahir bapanya itu dengan suatu yang istimewa juga.

"Jom, mari kita buat sama-sama," sambung si ibu lalu menarik tangan Aisyah.

"Okey... ayah kupas ikan bilisnya," sambung si ayah sambil menyeka air mata anaknya itu. Senyuman manis terukir di wajah mereka.
Pembaca budiman, dalam menjalani hidup ini, kita cuba untuk melakukan yang terbaik tapi ia tidak semudah yang direncanakan. Kita berusaha menyediakan sesuatu yang paling istimewa untuk orang tersayang, tapi sering kali kita gagal melaksanakannya.

Kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak, namun bukan mudah melakukannya. Anak-anak pula cuba untuk meraih perhatian serta menunjukkan betapa mereka juga sayangkan ibu dan bapa, tapi bukan semua ibu bapa memahaminya...


Sumber: Mastika, Okt 2004

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

Thursday, 4 December 2008

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa.

Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab: "Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."

Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"

Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"

Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi: "Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang.

Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."

Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Sumber: Mastika, Mei 2006

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Belajarlah Untuk Berkata Cukup

Tuesday, 2 December 2008

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

http://abunaqibah.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments