Menderma Darah Semulia-mulia Sedekah

Monday, 30 June 2008

Dr. Yusuf Qaradhawi

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.

Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya:

« أنه من قتل نفسا بغير نفس أو فسادا في الأرض فكأنما قتل الناس جميعا ومن احياها فكأنما أحيا الناس جميعا»

Bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” (Al-Maidah: 32)

Seandainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan (tidak terhad), maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab meneruskan hidup.

Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.

Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda: «إن الله يحب إغاثة اللهفان»

“Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” (Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir: 2 - 287).

Dalam hadis sahih tersebut: «من فرج عن مسلم كربة من كرب الدنيا فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة»

“Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667).

Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.

Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut, lalu anjing itu meminumnya sehingga puas.

Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya:

Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah?“. Jawab Rasulullah:” Ya! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. (Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447)

Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.

Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing... apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?

Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.
Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya: ” Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 6 comments Links to this post  

Hal-hal Yang Membatalkan Keislaman Seseorang

Sunday, 29 June 2008

Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Apa yang menyebabkan Islam seseorang menjadi batal?


Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimah Syahadah, maka dia menjadi seorang penganut agama Islam. Baginya wajib keatasnya berlaku hukum-hukum Islam, yaitu beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah. Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan sebagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan dan yang diharamkan, sebagaimana terjemahan dari ayat ini:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Q.s.Al-Ahzab: 36)

Perlu diketahui bahwa ada diantara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajipan-kewajipan, atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakanoleh para ulama: "Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui." Misalnya, kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya.

Hal ini kerana ia termasuk dalam rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan,misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar (benda yg memabukkan) dan sebagainya. Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qishash, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya.

Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum tersebut atau menganggap ringan dan menpersendakan, maka dia menjadi kafir dan murtad. Hal ini kerana, hukum-hukum tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan menjadi ijma' oleh ummat nabi Muhammad saw. dari generasi kegenerasi.

Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini,seolah-olah telah mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur,kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari sumber pengetahuan islam. Misalnya tinggal di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin dan tiade maklumat atau sumber-sumber yang boleh di ambil maklumat. Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka terbebanlah atau tertaklif hukum baginya.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Mencari Ketenangan di Celah Kesibukan

Saturday, 28 June 2008

Hakikat seorang pejuang Islam, dirinya akan sentiasa disibukkan dengan bebanan amanah dakwah. Di mana – mana, tanggungjawab menegakkan agama Allah tidak akan terlepas dari dirinya. Kita melihat dengan penuh keinsafan bahawa Islam kini di pinggirkan, dusturnya diremeh – remehkan, syiarnya hanya tinggal perlembagaan, sedang izzah sebenar Islam tidak mampu untuk kita tonjolkan. Justeru sebagai mukmin sejati, antara sifat utama yang perlu ada pada diri kita adalah sensitive pada keadaan sekeliling dan juga permasalahan ummah, merasa diri terpukul ketika melihat sahabat seaqidah kita dipermainkan.

Lantaran kita telah berbaiah untuk setia bersama perjuangan, kita perlu melalui denai dan lorong yang gelap lagi susah. Kerja mengembalikan kedaulatan ummah bukan sesenang bicara yang kita sering ungkapkan, tuntutan perjuangan memaksa kita berpenat dan bersusah. Seringkali kita terpaksa merelakan waktu luang kita berlalu kerana orang lain, tiada lagi istilah waktu keemasan untuk bersantai atau berehat dari kamus kehidupan kita.

Sesekali menyuluh ke dalam diri…Kita sebenarnya mempunyai terlalu banyak kepincangan. Jika anda antara mereka yang sibuk menginfaqkan diri, tenaga dan masa fisabilillah, renungkanlah seketika, teliti dan selidiklah hati yang kadangkala kita abaikan. Rasulullah pernah menyuarakan:

Tetaplah seorang hamba itu dalam kebaikan selagi mana hatinya menjadi penasihat untuknya..

Sebenarnya, Rasulullahlah yang menjadi model kehidupan ummat adalah manusia yang paling sibuk. Tugas mendidik ummah terpikul di bahu baginda, mad’u baginda bukan seorang dua, malah amanah dakwah merata kepada semua manusia lain. Ujian untuk baginda bukan macam kita, baginda ditekan dan diuji sehinggakan penduduk bumi seolah – olah tidak menerima baginda lagi. Namun itulah yang dinamakan hukum alam sahabat-sahabat sekalian, betapa setiap saat kehidupan baginda mengandungi banyak hikmah yang patut diteladani oleh kita semua. Rasulullah terhina dan terluka, tapi baginda masih boleh berbuat rahmah dan kembali kepada Allah. Baginda sentiasa tenang di celah kegawatan, bahagia di tengah derita dan ujian.

Hati kita tentu pernah mengimpikan ingin menjadi setabah Rasulullah. Dalam doa kita pada Tuhan, kita pasti memohon dikurniakan tempias kesabaran baginda, kerana kita penyambung yang diwariskan. Tetapi kitakah pemilik ketabahan dan kesabaran ini?

Sabar bukan sekadar dimulut, kadang-kadang bibir mampu menuturkan kalimah sabar tapi hati kita mengkal dan luluh dengan ujian Tuhan, seolah-olah tidak meredhai ketentuan. Kita mungkin mengatakan nawaitu kita dalam beramal hanya mutlak pada Allah, tapi mampukah kita bulatkan tajarrud bila ujian dating menimpa kita? Kita juga sering mengatakan ingin berkorban sepenuhnya untuk perjuangan tetapi bila sesekali maslahah perjuangan bertembung dengan peribadi, mana yang kita aula’kan? Jawapannya, tanyalah diri kita sendiri.

Sahabatku harapan ummah, seandainya kita adalah orang yang paling sibuk, kita sepatutnya merupakan orang yang paling tenang, kerana jiwa kita tertarbiyyah dengan taujihat dan peringatan secara langsung daripada Allah. Ketenangan akan datang apabila kita sentiasa merasa kebersamaan Allah dalam setiap pekerjaan. Ketenangan akan hadir bila kita mampu kembalikan susah dan senang kita padaNya. Peruntukkanlah satu ruang khusus untuk kita bersendirian merintih pada Tuhan, sumber ketenangan adalah Allah dan ia akan di berikan kepada mereka yang tidak putus-putus meminta.

Sekiranya Rasulullah menjadikan solat sebagai qurratul’aini dan peluang untuk berehat dari segala keresahan dunia, kita juga perlu begitu. Hanya wasilah taqarrub dan keintiman kita dengan Allah akan menentukan istiqamahnya kita di jalan ini. Kita mungkin mampu menjadi pemimpin yang hebat di mata manusia, kita mungkin mampu mengatur strategi dan perancangan melebihi orang lain, tetapi kita tidak pasti nilaiannya disisi Allah. Sekiranya kita disisi manusia dipandang tinggi, biarlah nama kita juga harum di kalangan penduduk langit, biarlah nama kita diseru-seru dan biarlah kita ini yang sentiasa diminta pengampunan oleh para malaikat. Biarlah kita menjadi hamba yang sebenar-benar hamba, tunduk dan patuh pada Pencipta.

Dhoifnya manusia, dia terkadang tunduk pada emosi dan naluri melebihi ketundukkannya kepada Allah, kerana itu keresahan dan kegelisahan yang sentiasa menghuni hati. Oleh yang demikian, jadikanlah segala gerak kerja kita sebagai wasilah memperoleh ketenangan. Memang kesibukan bertali arus, memang penat takkan berakhir tapi tetaplah tersenyum, zahirkan ketabahan. Kita sebenarnya diberi hadiah oleh Allah untuk mengumpul pahala dariNya. Tak terasakah beruntungnya kita ini?

Teruskanlah memujuk hati agar terus melawan nafsu yang inginkan kerehatan. Mujahadah yang berterusan akan melahirkan kemanisan dan kemanisan itulah ketenangan yang dicampakkan Allah ke dalam jiwa hamba-hambanya yang terpilih. Mudah-mudahan kita antara mereka.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang (dilimpah nikmat iman dan islam), kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan redha dan juga diredhai (olehNya)" Al-Fajr, 89: 27-28.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

NS Song

Friday, 27 June 2008







Credits: Evil Bunny

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Suara Ke telinga yang Pertama

Thursday, 26 June 2008

Islam adalah 'deen' yang menitik berat aspek pendidikan dan pembentukan manusia yang baik. Pendidikan di dalam masyarakat Islam bermula dari individu. Kemudian berkembang kepada rumah tangga dan seterusnya pembentukan masyrakat serta negeri,Negara dan sebagainya.

Jadi yang Terbaik

Pendidikan individu pula bermula sejak dia di dalam kandungan ibu lagi. Malah, sebelum sebelum itu lagi. Iaitu pada diri ibu dan ayah anak ini. Ibu dan ayah mestilah terlebih dahulu mendidik diri agar menjadi seorang muslim yang soleh. Seorang mukmin yang patuh dan tunduk kepada perintah Tuhannya.

Kemudian ia berlanjutan kepada masa pemilihan bakal isteri atau suami. Masa pertunangan. Pernikahan tidak melanggar etika yang telah ditetapkan oleh syarak. Hubungan diantara suami isteri. Tempoh mengandung bagi ibu yang solehah. Dalam tempoh ini ada peraturan, adab-adab dan amalannya yang diajarkan oleh al-Quran dan Sunnah.

Pendidikan anak Antara pendidikan awal terhadap anak ialah sejurus selepas dia dilahirkan ke dunia. Perkara pertama yang sunat dilakukan ialah mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak.

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya.

Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & al-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’.

`Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.

Mengapa azan? Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhada keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w.

Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri dan jiwa anak ini.

Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini. Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.

Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.

Tahnik (belah mulut)

Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah `tahnik’, iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata. Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain. Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.


Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)

Cukur

Antara sunnah menyambut kelahiran anak ialah mencukur kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan perak seberat timbangan rambutnya itu.

Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah: Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)

Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. Begitulah yang terdapat di dalam sunnah.

Nama

Antara sunnah menyambut kelahiran bayi ialah memberinya nama dengan nama-nama yang baik. Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)

Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.

Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketiga, dan boleh ada hari ketujuh.

Aqiqah

Antara sunah menyambut kelahiran bayi ialah beraqiqah. Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun begitu berdasarkan pendapat imam Malik bahawa penentuan hari ketujuh seperti yang dilihat pada zahir hadis hanyalah berbentuk anjuran sahaja. Oleh itu, seandainya tidak dapat dilakukan pada hari berkenaan, maka beraqiqah pada hari keempat, kelapan, kesepuluh atau hari berikutnya sudah memadai.

Masalah aqiqah ini telah dibahas oleh ulamak dengan panjang lebar pada bab khusus mengenainya.

Antara sunah menyambut kelahiran bayi ialah setiap muslim dianjurkan memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri sembahyang di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (ai-imran :ayat 39)

Ibnu Qaiyim al-Jauziyah menyebutkan di dalam Tuhfatul Maudud, dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu:"Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keldai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga ia mencapai masa balighnya."

Begitulah secara asasnya beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi. Sunah-sunah ini masih belum terasa janggal untuk diamalkan kerana ramai yang beramal dengannya. Oleh itu, kita juga perlu sama-sama beramal dengannya, semoga ia menjadi sebahagian dari tahap pendidikan ke arah mewujudkan genarasi Muslim yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Tuhannya dan ia boleh menghindarkan masyarakat dari penyakit masyarakat yang paling kronik kini.

Read More...

Tolong!

Wednesday, 25 June 2008

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
Usah diluka hati dan perasaan mereka

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah AlQuran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh siaran

Tolong ingatkan aku
Dimana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat, dijarangkan

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Dalam memilih pasangan utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya diserahkan jiwa
Segala-galaNya
Dialah tumpuan

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Stong-ed

Tuesday, 24 June 2008

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

سلام الله عليكم



Kite seme STONG enuff ar! =D

Alhamdulillah, selamat Stong dan selamat kembali! =D

Stong, tempatnya sama saja. Tetap indah masha Allah. Tapi yang berbeda adalah ikhwah dan akhwat yang pergi kali ni.



Lazimnya kalau ada mukhayyam atau ekspidisi, ana akan jadi pengikut. Kalau tak pun tolong belakang tabir; tolong gulung tikar ke, tolong tukar lampin ke, siapkan makan ke, tolong makan ke. Tapi kali ni terpaksa jadi AJK pula. Hanya satu perkataan yang dapat menyimpulkan ekspidisi ke Gunung Stong ni...


PENAT! huhu

Oh and I must add this! I’m so amazed at how Hairil can hike with slippers, sometimes even barefoot. And his slippers are the selipar jamban type hokay no kidding (the brand was “Tat Sing”). Even the rangers hike with shoes on. *Salute big time*

Actually we’re the spoilt & pampered ones.. Zaman dulu where got track shoes..

http://simplymardy.wordpress.com/





If I were the participant giving my evaluation of the whole Stong trip, I would say it has exceeded my expectations in a good way. Emotions and spiritual connection wasn't what I came for but it eventually became what I was looking for when the whole trip ended. And a sweet heart to heart, soul to soul talk with my dearest sisters. Alhamdulillah...

http://seekinghuda.blogspot.com/




Alhamdulillah. Harap semua yang telah mengikuti program tersebut mendapat manfaat insha Allah. Dah lama kan mata tak hujan? =D Tambahan pada tu, maggi goreng kat warong makcik dabong tu power lah!



Orang dulu-dulu cakap "A picture paints a thousand words" kan? Ape lagi, jom tengok gambar-gambar di Saff@Multiply

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Keluarga Bersendi Takwa

Monday, 23 June 2008


Penulis: Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Ramlah Rashid
Penerbit: Jasmin Enterprise
ISBN 983-3423-79-5
Harga: RM 27.50
Berat: 0.525kg
Tebal: 384muka surat
Cetakan 2006M/1426H

Buku KELUARGA BERSENDI TAKWA ini merupakan sebuah buku yang berisi formula Islami membentuk sebuah rumah tangga dan memantapkannya supaya terwujud satu keluarga yang rukun, kukuh, sihat serta harmoni. Lebih penting lagi ialah keluarga tegak yang selari dengan tuntutan Islam, iaitu yang diasaskan di atas prinsip taqwa.

Dengan kata lain, buku ini ditulis untuk dijadikan panduan hidup berumah tangga dan memantapkan institusi keluarga berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Bagaimana pula dengan seorang anak yang hidup dalam istana serta banglo yang megah, kemudian merendah dan menghina kedua-dua ibu bapanya?

Bagaimana pula dengan orang yang lebih mengutamakan isteri berbanding ibunya?

Bagaimana pula dengan orang yang kasar dalam bercakap dan tidak beradab ketika menyahut?

Itulah gambaran-gambaran yang berulang-ulang dalam masyarakat kita dan kita sering melihat dan mendengarnya.

Wanita yang pertama berkata: “Suamiku adalah daging unta jantan kurus di atas puncak gunung. Tidak mudah untuk dinaiki dan tidak gemuk sehingga mudah dipindah.”

Yang kedua berkata: “Tentang suamiku, aku tidak ingin menyebarkan beritanya. Sesungguhnya aku takut untuk mengatakannya. Jika aku mengingatnya, maka aku akan mengingat aib dan cacatnya.”

Yang ketiga berkata: “Suamiku orang yang buruk akhlaknya, jika aku bercakap, maka aku akan ditalak dan jika aku diam, maka aku terkatung-katung.”

… milikilah buku ini untuk mendalami ilmu berumahtangga.

Kandungan:
1.
Jangan sesekali menengking ibu atau bapa

2. Keluh-kesah kedua ibu bapa

3. Dialog Allah denagn Rahim (ikatan persaudaraan)

4. Suasana dan persekitaran rumah

5. Asas-asas pendidikan dari Nabi S.A.W.

6. Nasihat dan pesanan keapda para ibu bapa

7. Layanan Nabi S.A.W. terhadap kana-kanak

· Nabi Muhammad amat menyayangi kanak-kanak

· Pendekatan Nabi S.A.W. mendidik kanak-kanak

· Kasih sayang Nabi S.A.W. kepada kanak-kanak

· Hukum-hakam berkenaan kanak-kanak

· Kematangan kanak-kanak zaman dahulu

8. Menyambut cahaya mata

· Tarif Aqiqah

· Hukum Aqiqah

· Maksud membuang kotoran

· Maksud tergadai

· Tujuan memberi nama

· Hadith “Dua ekor kambing yang sama”

· Hadith “Kami melumurinya dengan za’faran”

· Nabi mengaqiqahkan Hasan dan Husain

· Bersedekah dengan Perak

· Mengazankan anak baru lahir

· Suruhan menyuap bayi (tahnik)

· Memilih nama yang elok

· Bolehkah beraqiqah denga selain kambing?

· Adakah syarat aqiqah sama dengan syarat berkorban?

· Masa menyembelih aqiqah

9. Hak-hak anak ke atas ibu bapa

10. Hak- hak anak ke atas bapa

· Memilih Isteri (bakal ibu) yang solehah

· Memilih nama yang bagus

· Menyusukan anak sesuai dengan ajaran Islam

· Menerusi keteladanan

· Menyuruh Solat

11. Hendaklah menjaga solat

12. Memelihara solat teramat penting

13. Suruhan melindungi kaum wanita

14. Apa yang boleh kami Bantu, wahai saudariku?

15. Suka duka seorang gadis

16. Wanita dan keimanan

17. Pelbagai kemusykilan wanita muslimah

18. Gadis yang dihimpit tekanan batin

· Surat rintihan seorang gadis yang malang

19. Ciri-ciri wanita yang beriman

· Ciri-ciri wanita Islam

20. Jangan perkecilkan kebaikan suami

· Memetik faedah daripada hadith

21. Percakapn ibu-ibu yang jahat (ummu zara’)

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

My Mum Is Amazing

Sunday, 22 June 2008

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 3 comments Links to this post  

Would You Be a Cool Parent?

Saturday, 21 June 2008




You Will Be a Cool Parent



You seem to naturally know a lot about parenting, and you know what kids need.

You can tell when it's time to let kids off the hook, and when it's time to lay down the law.

While your parenting is modern and hip, it's not over the top.

You know that there's nothing cool about a parent who acts like a teenager... or a drill sergeant!

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Sketsa Kehidupan

Friday, 20 June 2008

Munsyid: The Zikr
Album: Secerah Pawarna

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah
Ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

R u STONG enuff?

Thursday, 19 June 2008


Time To Stong 1429H
Are you Stong Enough?

Date: 19 - 22 June 2008
4 Days and 3 Nights

Destination: Mount Stong
Kelantan, West Malaysia

Height of Summit: 1433m
Ranked 5th in Malaysia


Mode of Transport: Train
aka Keretapi Tanah Melayu (KTM)


You can get the registration forms from:
Perdaus Bedok Centre
-OR-
Saff Student Service Centre
-OR-
DOWNLOAD IT HERE

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 00:00 5 comments Links to this post  

Cerita Sedih

Wednesday, 18 June 2008

Ada tiga orang sahabat si Abu, si Bakar dan si Chairu, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka pun pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik terpadam dan lif tidak berfungsi.

si Abu: Macam mana ni, rumah kita plak atas sekali?
si Bakar: Aduhhhh. Bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si Chairu: Aku rasa baik kita panjat tangga aje. Kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si Abu: Aku ada satu idea! Kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje. Sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas bila kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, maka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita...

si Abu: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...

Punya la sedih mereka mendengar cerita si Abu hingga nangis meleleh-leleh. Sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata. Kemudian mereka kembali memanjat sambil si Bakar pula bercerita...

si Bakar: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga nangis meleleh sedih. Punyalah lama cerita si Bakar dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi. Sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si Chairu: Alaaaaaa... Korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.
si Abu: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si Chairu: Emmmm... Mungkin hari ini dalam sejarah...
si Bakar: Cerita aje le. Kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si Chairu: Aku sedih kerana...

.. KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA... UWAAAAAA!!!


Jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih huhu

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Pejuang?

Tuesday, 17 June 2008

Benarkah engkau seorang pejuang? Mengaku diri sebagai pejuang, sebagai jundullah, sebagai aktivis, namun akhlak maupun tsaqafahnya tidak mencerminkan hal itu. Mengaku diri sebagai mujahid, namun niat ternoda oleh selain-Nya. Inilah yang Allah Subhanahu wa Ta’ala sindir di dalam Al Qur’an,

“Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan saja mengatakan ‘kami beriman’ sedang mereka tidak di uji lagi?” (QS. Al Ankaabut: 2-3)

Sang Pejuang Sejati

Masing-masing kita sebaiknya mengevaluasi diri, apakah kita memang sudah benar-benar menjadi pejuang di jalan-Nya atau jangan-jangan, baru sebatas khayalan dan angan-angan kosong belaka. Inginkan syurga, tetapi tidak siap menggadaikan diri, harta dan jiwa.

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (QS. 3:142)

Ya, kita mengira akan masuk surga dengan pegorbanan yang sedikit, seakan ingin menyamakan diri dengan hukum ekonomi kapitalis, “Mendapatkan output yang sebesar-besarnya, semaksimal mungkin, dengan input yang seminimal mungkin.”

Aduhai, sesungguhnya hari akhir itu adalah perkara yang besar. Dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi itu, sangat mahal harganya. Rasulullah SAW bersabda:

“Generasi awal sukses karena zuhud dan teguhnya keyakinan, sedang ummat terakhir hancur karena kikir dan banyak berangan muluk kepada Allah.”

Saat nasyid-nasyid perjuangan dilantunkan, gemuruh di dalam dada menjadi berkobar-kobar untuk berjuang. Tetapi sayang, ternyata hanya tersimpan di dalam dada dan semangat itu ikut surut seiring dengan berakhirnya lantunan nasyid. Tidak keluar dalam amaliyah yang nyata.

Demi Allah, keimanan bukanlah dilihat dari yang paling keras teriakan takbirnya, bukan pula dari yang paling deras air matanya kala muhasabah, dan bukan pula dari yang paling ekspresif menunjukkan kemarahan kala melihat Israel menyerang Palestina. Bukan pula dari yang paling banyak simbol-simbol keagamaannya. Karena itu semua hanya sesaat.

Sesungguhnya keistiqomahan dalam berjuang, itulah indikasi keimanan sang pejuang yang sebenarnya. Pejuang yang sabar menapaki hari-hari dengan mengibarkan panji Illahi Rabbi. Yang selalu bermujahadah mengamalkan Al Qur’an. Teguh pendirian. Tak kenal henti. Hingga terminal akhir, syurga.

Pengorbanan

Apakah dengan memakai sedikit waktu untuk berda’wah, sudah menganggap diri telah melakukan totalitas perjuangan? Padahal para nabi tidaklah menjadikan da’wah ini hanya sekedarnya saja, tetapi sebagaimana dicantumkan dalam Surah Nuh ayat 5:

“… Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam.”

Pun dalam surah Al Muzzamil,
“Hai orang yang berselimut, bangunlah lalu berilah peringatan, dan Rabbmu agungkanlah.”

Sejak ayat itu turun, sang nabi akhir zaman selalu siaga dalam kehidupan. Bahkan, hingga menjelang ajalnya, Rasulullah tengah menyiapkan peperangan untuk menegakkan Al Haq.

Sang pejuang, tetapi makanannya adalah sebaik-baik makanan, dan pakaiannya adalah sebaik-baik pakaian. Dan dengan tanpa rasa berdosa, asyik menonton sinetron-sinetron cinta dan acara gosip, mendengar lagu-lagu cinta, berghibah, perut kenyang, banyak tidur, dan mengabaikan waktu, lalu berharap mendapatkan syurga? Sangatlah jauh, bagaikan pungguk merindukan rembulan.

Alangkah berbedanya dengan yang dicontohkan Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar, Mush’ab bin Umair dan para sahabat yang lainnya. Yang setelah mendapatkan hidayah, mereka justru menjauhi kemewahan hidup. Mereka mampu secara ekonomi, tetapi mereka tidak rela menikmati dunia yang melalaikan.

Seorang pejuang harus memahami jalan mendaki yang akan dilaluinya. Sang Nabi tak pernah tertawa keras apatah lagi terbahak-bahak. Dan hal itu dikarenakan keimanan yang tinggi akan adanya hari akhir, akan adanya syurga dan neraka. Ada amanah da’wah yang besar di pundaknya, lantas bagaimana mungkin seorang pejuang akan banyak bercanda? Imam Hasan Al Banna memasukkan “keseriusan” atau tidak banyak bergurau sebagai bahagian dari 10 wasiatnya. Dan dikisahkan pula bahwa Sholahuddin Al Ayyubi tak pernah tertawa karena Palestina belum terbebaskan.

Keringnya suasana ruhiyah di lingkungan kita, bisa jadi karena di antara kita -saat di luar halaqah- jarang saling bertaushiyah tentang hari akhir. Bahkan sungguh aneh, dapat tertawa dan tidak menyimak ketika Al Qur’an dibacakan di dalam pembukaan ta’lim. Atau saat kaset murottal diputar, mengobrol tak mengindahkan. Yang mengindikasikan bahwa Al Qur’an itu baru sampai di tenggorokan saja.

“Akan tiba suatu masa dalam ummat ketika orang membaca Al Qur’an, namun hanya sebatas tenggorokannya saja (tidak masuk ke dalam hatinya).” (HR. Muslim)

Dimanakah air mata keimanan? Ya Rabbi, ampunilah kelemahan kami dalam menggusung panji-Mu.

Kederisasi generasi sebaiknya tidak melulu tentang pergerakan dan mengabaikan aspek keimanan. Keimanan harus senantiasa dihembuskan dimana saja karena ia adalah motor penggerak yang hakiki. Iman adalah akar.

20 Muwashofat Sang Pejuang
Setidaknya, ada 20 kriteria yang harus dimiliki pejuang, yang disarikan dari Al Qur’an dan hadits, yaitu:

1. Aqidahnya bersih (saliimul ‘aqiidah)
2. Akhlaknya solid (Matiinul khuluqi)
3. Ibadahnya benar (Shohiihul I’baadah)
4. Tubuhnya sehat dan kuat (Qowiyyul jismi)
5. Pikirannya intelek (Mutsaqqoful fikri)
6. Jiwanya bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)
7. Mampu berusaha mencari nafkah (Qaadiirun ‘alal kasbi)
8. Efisien dalam memanfaatkan waktu (Hariisun ‘alal waqti)
9. Bermanfaat bagi orang lain (Naafi’un lighoirihi)
10. Selalu menghindari perkara yang samar-samar (Ba’iidun ‘anisy syubuhat)
11. Senantiasa menjaga dan memelihara lisan (Hifdzul lisaan)
12. Selalu istiqomah dalam kebenaran (istiqoomatun filhaqqi)
13. Senantiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
14. Lemah lembut dan suka memaafkan (Latiifun wahubbul ‘afwi)
15. Benar, jujur dan tegas (Al Haq, Al-amanah-wasyja’ah)
16. Selalu yakin dalam tindakan (Mutayaqqinun fil’amal)
17. Rendah hati (Tawadhu’)
18. Berpikir positif dan membangun (Al-fikru wal-bina’)
19. Senantiasa siap menolong (Mutanaashirun lighoirihi)
20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir (Asysyidda’u ‘alal kuffar)


Penutup

Menjadi pejuang, hendaknya bukanlah angan-angan kita belaka. Menjadi pejuang, memiliki kriteria (muwashofat) yang harus di penuhi. Jangan sampai kita terkena hadits ini, “Akan datang suatu masa untuk ummatku ketika tidak lagi tersisa dari Al Qur’an kecuali mushafnya dan tidak tersisa Islam kecuali namanya dan mereka tetap saja menyebut diri mereka dengan nama ini meskipun mereka adalah orang yang terjauh darinya.” (Ibnu Babuya, Tsawab ul-A mal)

Pejuang di jalan-Nya hendaknya bukan dari kacamata kita, tetapi dari kacamata Allah Subhanahu wa Ta’ala. Alangkah ruginya bila kita menganggap diri sebagai pejuang, padahal dalam pandangan Allah Subhanahu wa Ta’ala, kita tak ada apa-apanya. Maka, bersama-sama kita memuhasabahi diri, agar cinta kita kepada-Nya bukan hanya angan semata, agar cinta kita tak bertepuk sebelah tangan. Karena pembuktian cinta haruslah mengikuti dengan keinginan yang dicinta. Jika tidak, maka patut dipertanyakan kebenaran cintanya itu. Cinta sejati, tidak hanya dimulut dan disimpan di dalam dada saja, tetapi harus dibuktikan, agar sang kekasih percaya bahwa kita mencintainya. Kita mencintai-Nya dan Dia pun mencintai kita.

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya..” (QS. Al Maidah : 54 - 56)

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Tentang Nafsu

Monday, 16 June 2008

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T, kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai akal! Siapakah aku?" Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!" Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Lapar Karena Tamu

Sunday, 15 June 2008

Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."

Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy: 9)

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Sifat Riak

Saturday, 14 June 2008

Setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan, terlepas dari melakukan sebarang perkara (yakni melanggar perintah Allah). Walau bagaimanapun itu bukanlah menjadi tiket untuk kita terus lemah semangat untuk memohon keampunan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Salah satu dosa-dosa yang seringkali kita lakukan ialah sifat ‘riak’. Barangkali ada yang tidak tersedar apabila melakukan. Bahkan mungkin ada juga yang tidak tahu adakah sifat riak itu hanyalah sekadar dosa-dosa kecil sahaja, tidak melibatkan sebarang hukuman hudud serta qisas seperti mana dosa mencuri, berzina, minum arak. Memang benar, sifat riak itu tidaklah sampai dikenakan hukuman tersebut. Akan tetapi jika kita teliti penulisan karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, sifat riak ini bukanlah perkara yang boleh dipermain-mainkan. Bukanlah suatu perkara yang hanya sekadar suka-suka. Malah akan di akhirat kelak akan dilemparkan oleh Allah SWT kedalam neraka jahannam, nauzubillahi min zalik. Seterusnya, takrifan serta penerangan yang dikemukan oleh beliau:-

Riak menurut apa yang dibahaskan didalam kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali dinamakan "syirik khafi" satu di antara dua bahagian syirik.

1. Syirik khafi: Ertinya syirik yang samar, iaitu riak.

2. Syirik Jali: Ertinya syirik yang jelas, iaitu syirik menyembah berhala.

Apa yang dimaksudkan dengan makna riak menurut kefahaman kitab tersebut ialah bahawa engkau mencari sebarang penghargaan di hati manusia sehingga dengan itu engkau dapat mencapai pangkat dan darjat.

Manakala cinta kepada pangkat dan kedudukan pula menurut Imam Ghazali ialah termasuk dalam istilah "Hawan Muttaba" ertinya: Hawa nafsu yang diperturutkan. Akibat sifat riak inilah ramai yang menjadi binasa. Maka tidak ada yang membinasakan manusia kecuali hanya manusia itu sendiri. Seandainya manusia mahu memikirkan hakikat perbuatan mereka tentu mereka tahu bahawa kebanyakan ilmu yang mereka cari, apatah lagi adat yang mereka lakukan, tidak lain adalah berpunca dari dorongan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain sedangkan tujuan seperti ini adalah menghilangkan pahala amalan seperti yang disebutkan di dalam hadis Rasulallah SAW :

Ertinya: "Sesungguhnya ada orang yang mati syahid yang akan dihumbankan ke dalam api neraka pada hari kiamat nanti. Lalu ia merasa hairan dan mengadukan halnya kepada Allah sambil berkata: Wahai Tuhanku! Bukanlah aku telah mati syahid dalam membela agamamu? Allah menjawab: Tidak! Sebenarnya engkau sanggup mati syahid supaya engkau dikatakan seorang yang berani. Dan telah pun dikatakan orang demikian kepadamu. Maka itulah ganjaranmu."

Begitulah pula halnya dikatakan kepada orang yang alim, haji dan qari (yang mereka riak pada amalan mereka). Mereka juga seperti mana orang-orang yang berperang semata-mata kerana riak untuk menunjukkan kehebatan di medan perang. Dewasa ini kita boleh menyaksikan, ramai manusia menjadi alim semata-mata mahu dipandang di mata masyarakat. Begitu jua sesetengah mereka yang mengerjakan haji, hanya bersifat hipokrit semata-mata untuk digelar dengan gelaran ‘haji’. Bahkan ada juga sesetengah qari/qariah tidak terlepas peluang untuk terlibat sama dengan saham dosa riak. Mendendangkan pelbagai alunan gaya bacaan, kemudiannya mengharapkan pujian dari manusia tetapi bukanlah kerana untuk mendapatkan keredhoan dariNYA. Sebenarnya tidak menjadi masalah untuk memperindahkan bacaan bahkan disuruh oleh baginda SAW. Akan tetapi amat malang sekali, bukan sahaja bergelumang dengan dosa riak bahkan kefahaman isi ayat tidak lagi menjadi pedoman hidup, segala macam hukum syariat hanya sekadar menjadi lukisan zaman yang terpahat didalam lembaran kalamullah. Itulah realiti masyarakat kita sekarang, baik di Malaysia khususnya dunia Islam umumnya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah kembali diri masing-masing, menghitung sejauh mana diri kita terhindar dari sifat-sifat mazmumah seperti ini. Semoga saya dan sahabat-sahabiah sekalian mendapat manfaat bersama dari artikel yang di siarkan. Insya’Allah di lain waktu jika diberi kesempatan oleh Allah SWT saya akan bawakan topik perbincangan yang lain pula.


Rujukan: Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Ikuti Cara Rasulullah S.A.W

Friday, 13 June 2008

Setelah Muhammad diutus menjadi Rasul, baginda telah menyeru kepada kaum Quraish untuk menerima Islam. Rasulullah kemudian berjaya meng-Islamkan beberapa orang sahabat baginda. Sahabat-sahabat yang telah menyahut seruan Rasul ditasqif (bina) dengan memantapkan diri mereka dengan aqidah Islam. Mereka kemudian diajak berfikir mengikut tuntunan Islam (Qiyadah fikriyah) untuk melihat kehidupan, alam serta peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka sepertimana dijelaskan di dalam banyak ayat Al Quran. Dari ayat-ayat ini dapat difahami bahawa Allah memerintahkan manusia untuk memperhatikan dan berfikir tentang ciptaanNya agar yakin dengan adanya Allah. Sesungguhnya segala sesuatu yang wujud menjadi bukti adanya Pencipta, yang Maha Esa, Maha Mengetahui, wajibul wujud iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala. Seruan Allah supaya manusia itu mencapai wihdatul tauhid (kesatuan tauhid) melalui 'proses berfikir' menunjukkan pentingnya peranan berfikir dalam Islam.

Melalui proses berfikir itulah para sahabat sebenarnya telah memeluk Islam dan seterusnya memantapkan keyakinan mereka dengan Deen baru ini. Rasulullah terus-terusan berdakwah kepada kaum Quraish dengan menyeru mereka supaya berfikir dan merubah pemikiran mereka untuk menerima Islam. Rasulullah tidak membawa sebarang wang, kemewahan, harta benda, senjata, teknologi canggih atau apa-apa alat di dalam seruan baginda supaya masyarakat mundur tadi (Jahiliyyah) menerima Islam. Satu-satunya senjata yang Rasulullah bawa adalah pemikiran. Rasulullah telah 'berperang' dengan golongan mundur ini dengan menggunakan senjata pemikiran di dalam menyeru kaum Jahiliyyah ini kepada Islam. Ternyata, pemikiran Islam yang Rasulullah bawa telah berjaya mengalahkan pemikiran kufur yang ada pada kaum Quraish. Sebahagian mereka memeluk Islam dan sebahagian lain mengingkari, walaupun sebenarnya golongan yang engkar tersebut kalah di dalam 'perang pemikiran' dengan Rasulullah. Kesombongan mereka telah menghalang mereka dari tunduk kepada Rasulullah.

Bermula dari perubahan pemikiran inilah (pemikiran kufur kepada pemikiran Islam), kaum Muslimin mula bangkit dari keterpurukan Jahiliyyah. Dengan pemikiran Islam yang telah ditanam dan dimantapkan oleh Rasulullah kepada mereka, para sahabat benar-benar faham dan telah berjuang mempertahankannya. Mereka semacam telah mendapat satu suntikan baru, peningkatan paradigma berfikir yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Mereka menjadi orang-orang yang sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah. Hasil dari perubahan berfikir ini, tidak ada seorang pun yang berpaling tadah, walaupun nyawa mereka telah menjadi taruhan.

Jika diteliti sunah Rasul di atas, kita akan sampai kepada kesimpulan bahawa yang merubah manusia itu adalah pemikirannya. Ini bertepatan dengan firman Allah yang menyatakan :-

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan satu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka" [QS. Ar-Ra'du: 11]

Para mufassirin menyatakan "apa yang ada pada diri mereka" adalah sebagai akal (pemikiran) yang digunakan untuk berfikir oleh kaum tersebut. Inilah yang akan mengubah mereka.

Wahai saudaraku yang mulia! Rasulullah telah berjaya membangkitkan satu bangsa yang paling mundur, bangsa Jahiliyyah, melalui perubahan berfikir yang telah menjadi anjakan kepada perubahan-perubahan yang lain. Bermula dari perubahan pemikiran kufur kepada pemikiran Islam, yang akhirnya telah berjaya mewujudkan satu Negara, umat Islam telah bangkit dengan sebenar-benar kebangkitan. Justeru, tidak ada jalan lain dalam menuju kebangkitan kecuali mengikuti thariqah (method) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa Sallam.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Mencari Semangat Yang Hilang Dalam Dakwah

Thursday, 12 June 2008

Jiwa manusia tak jauh bezanya dengan anggota tubuh yang lain. Tangan akan lelah jika terus mengangkat. Kaki akan lenguh jika terus berlari. Mata akan berair jika tak henti menatap. Dan, lelahnya jiwa ketika semangat kian surut.

Ada sesuatu yang aneh dirasakan Ka’ab bin Malik. Entah kenapa, sahabat yang begitu dekat dengan Rasul ini merasa enggan untuk segera berangkat bersama yang lain menuju Tabuk. Padahal, hampir tak seorang pun yang luput dari perang besar ini. Semuanya siap ikut. Paling tidak, memberikan sumbangan yang mereka ada. Ada apa dengan Ka’ab?

Selama ini, hampir tak satu pun peluang jihad disia-siakan Ka’ab. Tapi di Tabuk ini, ia merasa kalau ladang gandumnya yang sedikit lagi panen benar-benar menyibukkannya. Ah, nanti saja. Nanti saja, akan saya kejar rombongan Rasul itu. Nanti, dan nanti. Akhirnya, Ka’ab benar-benar tertinggal hingga peperangan yang memakan waktu sekitar satu setengah bulan itu berakhir.

Mungkin, bukan cuma Ka’ab yang sempat merasakan keanehan itu. Kita pun secara sedar atau tidak, pernah merasa ada sesuatu yang mengganjal. Semangat untuk aktif tiba-tiba mengendur. Dan keasyikan pun muncul saat diri cuma sebagai penonton.

Beberapa ulama dakwah menyebut gejala ini sebagai penyakit futur. Sayid Muhammad Nuh misalnya, menyebut lemahnya semangat dakwah yang sebelumnya berkobar-kobar sebagai futur.

Dari segi bahasa, futur bererti berhenti setelah sebelumnya bergerak. Allah swt. berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 19 dan 20 yang di antaranya menyatakan kalau malaikat tidak pernah futur.

“Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada (futur) henti-hentinya.”

Manusia memang bukan malaikat. Al-Insan atau manusia berasal dari kata nasiya yang berarti lupa. Kadar keimanan manusia pun boleh naik turun. Itulah di antara kelemahan manusia. Dan saling memberi nasihat adalah obat agar lupa tidak berakibat fatal.

Masalahnya, tidak semua yang sedang bermasalah boleh lapang dada menerima nasihat. Bahkan boleh jadi, mereka tidak sadar kalau dirinya sedang masalah. Setidaknya ada tiga keadaan yang menunjukkan kalau seseorang itu memang positif futur.

Pertama, ada kemalasan dalam menunaikan ibadah. Apa saja. Boleh salat, tilawah, zikir, apalagi infak. Kalaupun tertunaikan cuma sekadar menggugurkan kewajiban. Tidak ada semangat berlomba dalam kebaikan.

Kedua, ada keinginan untuk selalu menyendiri. Selalu muncul seribu satu alasan agar diri boleh selalu sendiri. Alasannya boleh macam-macam. Mulai kesibukan ekonomi, urusan keluarga, sibuk menghadapi ujian sekolah, dan sebagainya. Pokoknya, selalu ada halangan dalam berbagi dengan yang lain.

Ketiga, munculnya kepekaan emosi yang berlebihan. Orang jadi mudah tersinggung. Jangankan ditegur, dipuji pun boleh memunculkan kesalahpahaman. Yang ada di benaknya cuma ada pola berpikir negatif. Semua orang selalu salah, kecuali yang benar-benar cocok dengan dirinya. Dari situ pula, muncul ukuran siapa yang bicara, bukan apa yang dibicarakan.

Bayangkan jika sebuah amanah dipegang oleh mereka yang punya keadaan seperti di atas. Akan terjadi beberapa kemungkinan. Boleh jadi, amanah akan terbengkalai kerana ditinggalkan dengan tanpa beban. Kemungkinan berikutnya, terjadi konflik dalam pos yang diamanahkan. Kerana orang yang punya kecenderungan bekerja sendiri sulit boleh menyatu dalam kerja tim.

Betapa sukarnya jika futur menghinggapi diri. Kerana itu, perlu berhati-hati agar tidak terjebak dalam futur. Ada beberapa sebab sehingga seorang mukmin boleh futur. Pertama, berlebihan dalam memahami dan menerapkan ajaran agama.

Sebab ini muncul kerana kurangnya pemahaman bahwa Islam sangat sejalan dengan fitrah manusia. Tidak ada yang sulit dalam Islam. Pengamalan Islam akan menjadi berat jika diberat-beratkan. Bahkan, dalam jihad pun.

“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…” (QS. 22: 78)

Rasulullah saw. pernah memberi nasihat, “Sesungguhnya agama Islam itu mudah dan tidaklah orang yang berlebihan dalam beragama melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (HR. Bukhari)

Dalam hadits lain, Rasulullah saw. bersabda, “Berbuatlah sesuai dengan kemampuanmu, sesungguhnya Allah tidak akan merasa bosan sampai kamu sendiri yang merasa bosan. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang terus-menerus sekali pun sedikit.” (Mutafaq ‘alaih)

Sebab kedua, berlebihan dalam hal yang dibolehkan, mubah. Seorang mukmin menempatkan sarana hidup sebagai kendaraan buat kebahagiaan akhirat. Bukan buat pelampiasan.

Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Siapa yang kekenyangan maka akan mendapat enam bahaya: kehilangan manisnya bermunajat kepada Allah, susah menghafal ilmu, kurang peduli terhadap sesama (kerana mengira semua orang kenyang seperti dirinya), merasa berat beribadah, dan bergejolak syahwatnya. Kerana, seorang mukmin akan menyibukkan diri berada di lingkungan masjid sementara orang yang perutnya kenyang akan sibuk di sekitar tempat pembuangan sampah.” (Riwayat Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumidin)

Ka’ab bin Malik memang pernah mengalami surut semangat dalam dakwah dan jihad. Tapi, sahabat yang banyak meriwayatkan hadits ini memohon ampun pada Allah kerana kekhilafannya. Walaupun ampunan itu mesti ia tebus dengan dipulaukan oleh kaum muslimin selama empat puluh hari.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Ketika Cinta Bertasbih

Wednesday, 11 June 2008


Ketika Cinta Bertasbih Episod 1 & 2
Pengarang:
Habiburrahman El Shirazy

Entah kenapa tiba-tiba ia merasa berdosa. la merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri yang begitu rapuh, mudah terperdaya oleh tampilan luar yang menipu. la jijik pada dirinya sendiri yang ia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. la hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. la beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali ia meminta ampun pada Dzat yang menguasai hatinya.

Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati ia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. la juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang Mesir tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus ia sirnakan.

la harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh siapapun juga. la yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita dari Eliana, dan lebih baik darinya. la yakin itu tekadnya. la ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. la rajut dengan doa. la bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

We're Just Friends

Tuesday, 10 June 2008

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

How Independent Are You?

Monday, 9 June 2008




Your Independence Level: High



You are extremely self reliant and autonomous.

You are definitely into doing your own thing.

But you also wouldn't turn down help if you needed it.

You follow your own path, but you don't do so blindly.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Ghorbah

Sunday, 8 June 2008

Munsyid: Ebdaa Band

جـئت من شـوقي أعــاني في الهوى جور الزمــاني
أرســـل الأشعــار لحـــنـاً صـادقــاً عــذبـاً وحـــاني
فـجـأة مـن بعـد عـمـــري لـن أرى أغـلـى مكــــاني
وانكــوى مــني فــــؤادي كاليــتـــيـــم إذا يعـــانــي
يو دانه يوداني دانه

يــا ربــوعــــاً لــن أراهـــــــا عشـت يـومـاً فـي ربـاهـا
كـــانـت الـنــفــس تـغــنــي وتــرى فــيــهـــا صـبــاهــا
وريــــــاضــــاً كــم رتــعـنـــــا وانـطـلـقـنـا فـي سـمـاهــا
ســوف تـبـقـى فـي خيالي كـالـجـنــان فـي بـهـــاهــا
يو دانه يوداني دانه

إن رحــلــت الآن قــلـبـــــي ســـوف أهــديــك وحــبي
ودمـوعي ســــوف تـــــروي قــصـة الـشــوق بــدربـي
وعــلى الذكـــرى ســـأبـقى أقــــســـــم الآن بـــربـــي
لـسـت أنـسـى فـيـك حـبي بــيــن أضــلاعــي يــلـبـي
يو دانه يوداني دانه

مــوطــنـي يـــا عـــــز ذاتـي يــــــا ربــيــع الأمـنــيــاتـي
أنت لـو تـهــــــــت مـــــلاذي عـنـدمــا تـقـسـو حــيـاتـي
أنـت فـي القـلـــــب شـــراع كـــــان لي طــوق النــجــاة
ســيـظــل العـشـــق فــيـــك ولـهــي حـتـى الــمـمـــــات


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Ahmad, motor dan...

Saturday, 7 June 2008

Kisah ni berlaku pada seorang yang bernama Ahmad. Dia ni kerja kilang ikut shif. Shif dia petang jadi balik tengah malam. Satu malam tu dia lalu jalan nak pergi airport di Ipoh ni sampai lah di sebuah masjid. Depan masjid tu ada tempat sampah. Selalunya tempat sampah kan busuk. Tapi malam tu tempat tu wangi pula. Kebetulan, ada sorang perempuan pakai baju serba putih tahan dia. Katanya nak tumpang sampai ke hujung kampung.

Ahmad pun terpaksa lah bagi dia tumpang. Perempuan tu pun naik. Dia punya wangi semacam aje. Ahmad pun dah naik seram sejuk. Dalam perjalanan, sampai di satu jalan yang berbukit. Jadi dia tekan minyak motor dia sebab nak cepat dan dah rasa semacam bawak perempuan tu. Lepas aje kawasan bukit tu, dia rasa motor dia ringan. Bila dia paling muka ke belakang, tengok-tengok perempuan tu dah hilang tapi masih ada bau wangi. Apa lagi dia terus pecut motor balik rumah masuk selimut tidur bawah katil.

Esok seperti biasa dia bekerja. Balik ikut jalan yang sama juga. Sampai di tempat semalam, perempuan yang dia jumpa semalam
ada lagi di situ. Ternaik bulu roma dia hendak terus pecut motor. Tapi motor dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan perempuan tu. Apa nak buat dah terhenti di situ. Perempuan tu celapak naik (tumpang tu) motor si Ahmad ni. Dalam keadaan seram sejuk Ahmad ni terus aje bawak motor tanpa tengok belakang sambil baca ayat-ayat apa yang patut. Sampai tempat berbukit semalam, perempuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad. Tapi Ahmad tak nak paling belakang jugak. Perempuan ni tepuk lagi bahu dia. Bila dah dua tiga lagi tepuk baru dia paling. Perempuan tu masih kat belakang motor dia.

Perempuan tu cakap kat Ahmad, "Abang, jangan bawak laju sangat. Semalam adik jatuh tergolek kat sini".

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Akhlak Ad'Daa'iah

Friday, 6 June 2008

Ibarat laut yang tak bertepi. Mungkin ini adalah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan rintangan dan tribulasi sepanjang sejarah perjuangan dakwah dan harakah. Seorang da'i akan berhadapan dengan seribu satu bentuk ujian dan cubaan sama ada dari dalaman atau luaran. Dari dalaman dia akan bertarung melawan keinginan jiwanya, fikiran, syahwat dan ketamakannya, manakala dari segi luaran pula dia akan berperang melawan sosok manusia penentang yang sentiasa merancang tanpa henti dengan pelbagai strategi untuk menyingkirkannya. Namun sesungguhnya ujian dan cubaan yang melanda diri para pendakwah merupakan suatu bukti dan tanda cinta Allah kepada mereka. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan mengujinya."

Malah Allah SWT tidak meninggalkan para du'at begitu sahaja ketika mereka mengatasi gelora jiwa dan menanggung kebuasan musuh-musuhnya. Allah SWT menyediakan bekalan besama mereka yang mampu mengubati jiwa-jiwa ini secara halus dan mendalam iaitu al-Qur'an. Rawatan dan terapi Rabbani ini telah digunakan secara menyeluruh oleh mereka yang berpegang teguh pada Din ini sehingga mereka berjaya menyandang izzahnya (kemulian). Oleh itu para du'at mesti memiliki dan memenuhi beberapa bentuk tuntutan akhlak dalam meniti landasan dakwah dan harakah agar mereka juga dapat menggapai izzah yang telah dikecapi oleh mereka yang terdahulu. Di antara akhlak tersebut adalah sebagaimana yang termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka teguhkanlah hatimu dan berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfaal: 45-46)

1. Tsabat

Salah satu sikap yang harus dimiliki oleh seorang muharrik (bergerak) adalah tsabat (teguh). Iaitu dia harus selalu berusaha untuk tetap konsisten dalam kebenaran, tabah dan tegar menyonsong kesempitandan kesulitan dalam perjuangan. Tetap tegak berdiri di hadapan tribulasi (tentangan) dalam setiap keadaan walaupun berada dalam keadaan yang menggugat. Sebagaimana yang dirakamkan oleh Allah dalam firman Nya di atas, sikap tsabat akan menjadi kunci penentu kejayaan dan keberhasilan dakwah. Tanpa sikap tsabat akan menjadi sebab kegagalan menimpa. Sebagaimana suatu peristiwa yang menjadi bukti dalam hal ini iaitu apabila hancurnya dinding tsabat beberapa pasukan Islam ketika melihat ghanimah pada peperangan Uhud. Hilangnya sikap ini nyaris membuat mereka kalah.

Sayyid Qutb rahimahullah menyatakan dalam tulisannya "Sikap tsabat adalah awal perjalanan menuju kemenangan. Sikap tsabat yang akan menentukan siapakah pemenang antara dua kelompok. Orang-orang mukmin barangkali tidak mengetahui bahawa musuh-musuh mereka menderita dengan penderitaan yang lebih berat dan musuh-musuh itu juga mengalami kesakitan yang sama seperti yang dirasakan oleh kaum mukmin. Namun perbezaannya adalah musuh-musuh itu tidak dapat memohon kepada Allah seperti permohonan kaum mukminin. Musuh-musuh juga tidak akan memperolehi bantuan apa-apa daripada Allah yang akan memantapkan langkah dan hati mereka".

Sesungguhnya jika mereka (orang beriman) mahu tsabat, nescaya musuh mereka akan segera hancur dan dikalahkan. Siapakah yang dapat menggugat pendirian orang beriman sedangkan mereka tsiqah (yakin) dengan salah satu husnayain (dua kebaikan)? Syahadah (mati syahid) atau kemenangan. Sementara musuh mereka tidak mengingini selain dunia dan setelah dunia tidak ada lagi kehidupan bagi mereka (Fi Dzilal al-Qur'an).

2. Memperbanyakkan Zikrullah

Zikrullah dalam semua bentuk merupakan satu-satunya wasilah atau sarana bagi orang beriman untuk memperolehi pertolongan Allah.Anjuran agar berzikrullah dalam arena dakwah adalah taujih abadi bagi seluruh orang beriman. Al-Qu'an sendiri banyak merakamkan kisah para umat terdahulu yang menegaskan pentingnya zikrullah ketika menghadapi para penentang. Contohnya seperti kisah para ahli sihir pada zaman Fir'aun yang akhirnya beriman kepada Musa AS. Ahli sihir- ahli sihir ini telah mendapat ancaman dan kecaman yang serius daripada Fir'aun, namun dengarkanlah keteguhan hati dan doa yang mereka ucapkan sehingga dirakamkan Allah dalam Kitab Nya:

"Dan kalian tidak menyalahkan kami melainkan kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (Kepada Mu)." (Al- A'raaf: 126)

Contoh peristiwa lain adalah tentang golongan minoriti dari Bani Israel ketika menghadapi Jalut dan bala tenteranya juga turut dirakamkan oleh Allah dalam firman Nya yang bermaksud:

"Tatkala mereka dilihat oleh Jalut dan tenteranya, (Talut dan tenteranya) berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami atas orang-orang kafir." (Al-Baqarah: 250)

Dalam sebuah hadis marfu', dikatakan bahawa Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Aku sangat mencintai hamba Ku yang tetap berzikir kepadaku ketika pedangnya terhunus dalam perang." Ibnu Kathir menjelaskan maksud hadis tersebut adalah orang itu tidak dilalaikan dari aktiviti zikir kepada Ku, berdoa dan memohon pertolongan Ku walau pun dalam keadaan genting. Ka'ab al-Ahbar mengatakan: "Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah daripada qira'atul Qur'an dan zikir. Kalau tidak demikian nescaya Allah tidak memerintahkan solat ketika qital (peperangan). Tidakkah kalian tahu bahawa Allah memerintahkan manusia untuk berzikir ketika perang"

Dalam sejarah dakwah para sahabat radhiallahu'anhum juga banyakmeraih kemenangan dengan salah satu sebab kemenangan tersebut adalah sikap mereka yang memperbanyakkan zikrullah. Contohnya dalam sebuah pertempuran, Sa'ad bin Abi Waqqas radhiallahu'anhu pernah memerintahkan pasukannya untuk membaca dan mentadabbur ayat-ayat jihad. Kesannya ialah para pejuang kelihatan dan tampak tergugah hati mereka, menangis dan mereka diselubungi sakinah (ketenangan) melalui tadabbur ayat-ayat suci tadi. Setelah selesai mereka merenungi dan membaca ayat-ayat tersebut, Sa'ad bertakbir dan diikuti oleh pasukannya. Semua pejuang kemudiannya bangkit dan bergerak menyerang musuh dan akhirnya mereka memperolehi kemenangan.

3. Taat Kepada Allah SWT dan Rasul Nya

Penegasan untuk taat kepada Allah dan Rasul dianjurkan agar seorang mukmin sejak awal melangkah dalam arena dakwah mesti memiliki sikap tunduk, taat dan berserah secara total pada kehendak dan tuntutan serta keputusan Allah dan Rasul Nya. Taat dan patuh kepada Allah dan Rasul Nya bermakna mengikis sehabis-habisnya seluruh keinginan peribadi, angan-angan dan cita-cita dunia serta yang seumpamanya yang dapat merosakkan nilai ketaatan. Ketaatan mutlak ini sangat penting dalam mencapai suatu kemenangan yang diredhai Allah. Dalam salah-satu karangannya Sayyi Qutb rahimahullah mengatakan:

"Hal itu (kemenangan) baru terjadi ketika jiwa bersih dari ketamakan syahwat, kedengkian dan jaringan-jaringannya, ketika jiwa lari menuju Allah dalam keadaan bebas dari bebanan-bebanan seumpama ini, ketika jiwa itu lepas dari kekuatan yang memperalatkannya, agar dapat menyerahkan segala urusannya kepada Allah, jika tidak demikian keadaannya maka kemenangan itu adalah kemenangan jahiliah ke atas jahiliah yang tidak mempunyai nilai sama sekali di sisi Allah." (Fiqh Dakwah)

Di sini jelas kelihatan pada kita betapa pentingnya marhalah takwin syakhsiah muslimah (fasa pembentukan peribadi muslim) dalam setiap gerakan dakwah. Langkah pertama yang mesti dilaksanakan adalah menyemai dan menanamkan aqidah Islamiah secara benar dan kukuhsehingga menjadi darah daging dan berakar umbi di dalam jiwa kemudian ia akan terjelma dalam tingkah laku, akhlak Islamiah dan amal-amal lain. Sikap taat kepada Allah dan Rasul Nya adalah akhlak yang mesti ada pada semua manusia yang memikul konsepsi Ilahi ini. Namun terdapat seruan dan penyebaran dakwah yang kurang mengambil perhatian dari sudut ini sehingga segala usaha mereka menjadi sia- sia sahaja bahkan menjadi batu penghalang bagi kemenangan Islam itu sendiri.

Marilah kita sama-sama merenung salah satu goresan pena yang ditulis oleh Khalifah Umar bin Khattab RA kepada pasukan tentera Islam di bawah pimpinan Sa'ad bin Abi Waqqas:

"Sesungguhnya aku perintahkan engkau dan pasukan kamu untuk selalu taqwa kepada Allah dalam semua situasi dan keadaan. Taqwa kepada Allah adalah bekalan paling utama dalam menentang musuh dan tipu daya yang paling ampuh dalam peperangan. Aku perintahkan kamu dan pasukan kamu untuk lebih berwaspada dari perbuatan maksiat daripada waspada terhadap musuh. Dosa-dosa pasukan kita lebih aku khuatirkan daripada kekuatan musuh. Sesungguhnya kaum muslimin mendapat pertolongan Allah hanyalah kerana kemaksiatan yang dilakukan musuh-musuhnya. Kalau bukan kerana ketaatan kita maka kita tidak akan memiliki kekuatan sama sekali untuk mengalahkan mereka." (Washaayaa Khalidah, Abdul Badi' Shaqr)

4. Menghindari Perpecahan dan Persengketaan

Perpecahan akan menimbulkan dhu'f (kelemahan), al-fasyl (gentar) dan dzihaabur riih (lenyapnya kekuatan). Berpecahnya barisan dakwah dan timbulnya sengketa dalaman sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan kadar sikap taat kepada Allah dan Rasul Nya yang telah dijelaskan di atas. Terdapat satu ungkapan indah yang telah diungkapkan oleh Sayyid Qutb: "Manusia tidak akan berbantah-bantahan kecuali apabila terdapatnya pelbagai arahan dan arahan qiyadah (pimpinan) serta turut samanya hawa nafsu dalam menentukan pandangan dan pemikiran seseorang. Apabila manusia tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya maka lenyaplah sebab utama yang menyebabkan perselisihan antara mereka, walau pun mereka berbeza pandangan dalam mengatasi kes-kes yang ada. Yang menimbulkan suasana bantah-membantah bukanlah ikhtilaf (perbezaan) pandangan tetapi adalah hawa nafsu yang menjadikan pemiliknya suatu pandangan itu tetap dan memaksa untuk memenuhi kehendaknya (Fi Dzilal al-Qur'an).

Demikian juga ungkapan Ustaz Fathy Yakan ketika menganalisa sebab-sebab hancurnya sebuah 'bangunan' dakwah dan harakah Islamiah (gerakan Islam), di antara faktornya adalah ta'addudiah (pelbagai danberagam jemaah, firqah atau wadah perjuangan). Menurut penilaian beliau bahawa fenomena ta'addudiah ini tidak menjadi masalah jika ia bersih dari ta'asub (bangga terhadap kelompoknya dan memandang rendah kelompok lain). Namun di sinilah letak permasalahannya, hawa nafsu telah berperanan menghembuskan hasad dengki sesama mereka dan akhirnya menyebabkan pertengkaran, saling mengintip dan mengintai kesalahan antara satu sama lain serta mendedahkan 'aurat' saudaranya. Beliau juga menyatakan bahawa fenomena ini telah hidup begitu subur dan tidak terkawal lagi sehingga menyebabkan berlakunya campur tangan musuh-musuh Islam yang akhirnya mereka bermaharajalela di negara-negara Islam. (Aids Haraki, Fathi Yakan) Seterusnya mari kitarenungkan firman Allah SWT:

"Janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah." (Shaad: 26)

5. Sabar

Kalimah sabar disebut dalam Al-Qur'an berulang-ulang kali bagi menunjukkan betapa pentingnya sifat ini menghiasi diri orang-orang yang beriman. Apatah lagi bagi para du'at dimana semua pergelutan dan akibat-akibat yang terdapat dalam usaha menegakkan dakwah Islamiah amat memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Sabar dalammelaksanakan ketaatan, sabar dalam menghindari kemaksiatan, sabar dalam menghadapi segala bentuk tipu daya, sabar dalam menanti pertolongan daripada Allah, sabar dalam menanti kesenangan, sabar dalam mengalami penderitaan, sabar dalam menyaksikan bilanganpendukungnya yang sedikit, sabar dalam memperolehi pertolongan yang sedikit, sabar dalam melalui jalan yang penuh ranjau dan berduri, sabar dalam menghadapi tekanan jiwa, kekesatan hati dankesimpulannya sabar dalam semua keadaan , setiap detik dan masa.

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 153)

Sesiapa yang ingin menghadapi "jahiliah" tidak selayaknya mempunyai sifat putus asa dan berprasangka terhadap Allah yang membiarkan 'jahiliah' itu. Sesungguhnya Allah mempunyai hak untuk menentukan kemunculan kebangkitan Islam di setiap tempat dan pada setiap zaman. Oleh itu sebuah kebangkitan mesti direalisasikan ketika 'jahiliah' baru mula 'mengusik-usik' dan cuba mengalahkan al-Haq!

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 5 comments Links to this post  

Karena Perbedaan Pendidikan

Thursday, 5 June 2008

Sebagai wanita, saya memiliki begitu banyak pertimbangan sebelum memasuki pintu pernikahan. Saya menganggap diri saya tergolong cukup sukses dari segi pendidikan karena berhasil meraih gelar sarjana. Sehingga waktu itu saya berpendirian, untuk mendapat suami kelak yang memiliki pendidikan minimal setara dengan saya.

Tetapi Allah-lah yang Maha Mengatur segalanya. Dan saya hanya hamba yang tak berdaya, ketika sudah berhadapan dengan kehendak-Nya. Meskipun pernikahan ini terlaksana atas kehendak kami berdua, tanpa ada paksaan dari mana pun, namun saya saya merasa jodoh yang dikaruniakan Allah ternyata tidaklah seperti yang saya bayangkan sebelumnya. Suami berpendidikan di bawah saya, dengan latar belakang pondok pesantren.

Memasuki sebagai suami istri, di antara kami berdua sering terjadi pertengkaran kecil. Penyebabnya adalah perbedaan prinsip di antara kami, terutama dalam memahami din. Ternyata perbedaan pendidikan, kadang-kadang membedakan pula pola pikir kami. Awalnya, saya merasa tak mungkin bisa terus bertahan bersama suami. Saya merasa akan gagal membina rumah tangga. Namun berbeda dengan saya, suami optimis bahwa saya adalah istri yang tepat untuknya buat selamanya.

Di tengah situasi seperti ini sayapun berpikir, kenapa saya tidak bisa menjadi guru dalam rumah tangga sendiri? Padahal selama ini saya dinilai orang sebagai guru yang berhasil di madrasah tempat saya mengajar. Sebagai guru, saya mampu memenuhi fungsi mengajar, membimbing, mengarahkan dan mendidik. Saya juga harus mampu menghadapi segala situasi dari berbagai keunikan siswa. Apakah dari pengalaman ini saya tidak mampu mengadopsinya dalam rumah tangga sendiri? Tentunya di sini bukan dalam artian mengambil alih kepemimpinan suami.

Sesungguhnya, saya tidak ingin gagal membina rumah tangga, apalagi setelah dikaruniai bayi laki-laki mungil sebagai buah cinta dan kasih sayang kami. Sejak awal pun, cita-cita saya adalah menjadi istri yang shalihat dalam kepemimpinan suami yang juga shaleh.

Setelah saya renungi, ternyata saya lah yang selama ini kurang bisa mendudukkan diri. Saya terlalu terpaku pada teori di bangku pendidikan padahal kehidupan praktis kadang-kadang tidak sekaku teori. Bukankah selama ini suami cukup paham dengan aktivitas saya di luar rumah? Sebagaimana cita-cita awal, yaitu ingin membina rumah tangga sakinah, setiap saat dalam do'a, saya selalu memohon agar perjalanan rumah tangga kami selalu berada di jalan-Nya dan perbedaan pendidikan tidak menjadi masalah yang berarti.

Ternyata betul kata salah seorang psikolog, bahwa menikah adalah sebuah perjalanan tanggung jawab yang besar, mulia, dan agung sehingga siapa pun harus siap menanggungnya. Rumah tangga yang sakinah, mawwadah, dan penuh rahmat memang harus diwujudkan dengan sebuah perjuangan. Kini ketika saya lebih pengertian terhadap suami dengan ditunjang do'a, perbedaan itu seakan kian menipis.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Cinta

Wednesday, 4 June 2008

Kelmarin saya baru menonton film Ayat-Ayat Cinta bersama dengan isteri...pada saya film nya baik dan lakonan para pelakonnya mantap. Buktinya isteri saya meleleh air mata kerana kesedihan..Saya? No komen beb...

Cuma isteri saya tak puas hati kerana tak sama 100% dengan cerita dalam novel serta penggambarannya pula bukan di Mesir. Hmmph..Bukan senang cerita film yang diangkat ke layar perak. Bayangkan, novel 400-500 muka surat perlu dilakonkan dalam masa 2 jam? Pasti ada yang perlu disunting.

Cakap pasal film AAC ni, pelakon utama atau hero nya, dalam film ni ramai betul gadis yang terpikat dengannya. Kesemua gadis dalam film tersebut terpikat padanya kerana kemulian peribadi si 'Fahri'.

Jatuh cinta pandang pertama dengan ketampanan dan kejelitaan seseorang mungkin adalah satu perkara yang biasa kita dengar. Tapi tidak kurang juga ramai yang akan terpaut dengan sikap lemah lembut, sopan santun, bijak, kelakar, intellectual dan yakin diri! Ini biasanya cinta pandang kelima atau kesepuluh lah kecuali pakej ini complete dengan fizikal yang menarik.

Saya cakap begini kerana kadang kala, ada yang merasakan bahawa untuk mendapat pasangan kita perlulah punyai rupa fizikal yang menarik, tapi kalau kita lihat sekeliling, kita akan melihat teman kita atau saudara mara kita punya rupa tetapi masih belum bertemu jodoh, ada juga yang kurang menarik dari segi rupa dan fizikal tapi punya isteri atau suami yang jelita ataupun tampan. Maknanya, rupa bukan segalanya kan?

Nasihat saya yang belum bertemu jodoh dan masih lagi mencari-cari, seseorang tu perlu yakin dengan apa yang Allah ciptakan pada diri kita, yakin diri dengan kemampuan kita dan perelokkan keperibadian kita. Banyak berdoa juga baik diri sendiri atau dari ibu bapa. Paling penting juga, janganlah menyendiri..cuba aktifkan diri dengan aktiviti kemasyarakat dan sukarela.

Dan kalau perlu sound cik abang yang pemalu dan tak faham2 tu, sound lah..tapi biarlah dengan cara yang beradab dan beretika. Kita akan ada email, chat etc? Atau boleh guna orang tengah? Lambat2 nanti melepas, maklum bukan senang cari pemuda atau pemudi yang beriman dan bertaqwa sekarang ni. : )

Tapi kalau masih belum jumpa? Anggaplah itu satu ujian untuk kita dan jangan putus asa. I.Allah adalah tu...

http://abahyasir.blogspot.com/

Read More...

Mari Ngaji Baso Klate

Tuesday, 3 June 2008

Ada cerita (rekaan kot) di sebuah sekolah rendah di luar Kelate yg cikgu besarnya oghe Kelate. Satu hari budok-budok jjupo ular, jadi cikgu ni suruhlah "cepat-cepat lah katok". Budak-budak pun heran dan jawab balik, "bukan katak cikgu, tapi ular." hmmmm konpius...


Katok = pukul, balun, hentam
Bokbong = spesis musang
Ttuyup = pepatung
Pok Kor = spesis mengkarung
Ike Kkhonge = ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik
Saksoba = absorber
Supik Gelenyar = plastik beg (yang nipis tu)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
Gaduh, bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu)
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru)
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
Ghohok = susah, payah
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)


Kelantan + English?? = "Kelantalish"

Contoh:

POZEK = deposit
RIZAT = 1.result 2.reserved
NNEJA = manar
ISTEK = estate
SUWIH = switch
MERKET = market
... dan lain-lain lagi...


Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

Manis = LLETING
Masin = PPEGHAK
Pahit = LLEPE
Mase = PPUGHIK
Tawar = EBER
Putih = SSUEH
Hite = LLEGE
Biru = KKETU
Kuning = NNEHE
Kenye = BBONYAH
Comel = LLOTE
Gemuk = DDEBOK
Busuk = BANGA
Hapok = KOHONG


Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik. Antaranya:

YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?"
... dan banyak lagi...

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Allah Melihat Apa Yang Kita Buat

Monday, 2 June 2008

APABILA disebut nama Azmil Mustapha, majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan, 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen, semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini t elah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana.

Anak saya Noramalia Batrisya,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.

Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.

Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang, yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.

Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.

Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia.

Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan, China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.

Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.

Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika, Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato' Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred "A")

Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al-Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya'.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.

Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.

Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya "Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.

Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.

Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih 'terjajah'. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya, kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu?

Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak, berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi, anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?
Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 6 comments Links to this post