Ikuti Cara Rasulullah S.A.W
Friday, 13 June 2008
Setelah Muhammad diutus menjadi Rasul, baginda telah menyeru kepada kaum Quraish untuk menerima Islam. Rasulullah kemudian berjaya meng-Islamkan beberapa orang sahabat baginda. Sahabat-sahabat yang telah menyahut seruan Rasul ditasqif (bina) dengan memantapkan diri mereka dengan aqidah Islam. Mereka kemudian diajak berfikir mengikut tuntunan Islam (Qiyadah fikriyah) untuk melihat kehidupan, alam serta peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka sepertimana dijelaskan di dalam banyak ayat Al Quran. Dari ayat-ayat ini dapat difahami bahawa Allah memerintahkan manusia untuk memperhatikan dan berfikir tentang ciptaanNya agar yakin dengan adanya Allah. Sesungguhnya segala sesuatu yang wujud menjadi bukti adanya Pencipta, yang Maha Esa, Maha Mengetahui, wajibul wujud iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala. Seruan Allah supaya manusia itu mencapai wihdatul tauhid (kesatuan tauhid) melalui 'proses berfikir' menunjukkan pentingnya peranan berfikir dalam Islam.
Melalui proses berfikir itulah para sahabat sebenarnya telah memeluk Islam dan seterusnya memantapkan keyakinan mereka dengan Deen baru ini. Rasulullah terus-terusan berdakwah kepada kaum Quraish dengan menyeru mereka supaya berfikir dan merubah pemikiran mereka untuk menerima Islam. Rasulullah tidak membawa sebarang wang, kemewahan, harta benda, senjata, teknologi canggih atau apa-apa alat di dalam seruan baginda supaya masyarakat mundur tadi (Jahiliyyah) menerima Islam. Satu-satunya senjata yang Rasulullah bawa adalah pemikiran. Rasulullah telah 'berperang' dengan golongan mundur ini dengan menggunakan senjata pemikiran di dalam menyeru kaum Jahiliyyah ini kepada Islam. Ternyata, pemikiran Islam yang Rasulullah bawa telah berjaya mengalahkan pemikiran kufur yang ada pada kaum Quraish. Sebahagian mereka memeluk Islam dan sebahagian lain mengingkari, walaupun sebenarnya golongan yang engkar tersebut kalah di dalam 'perang pemikiran' dengan Rasulullah. Kesombongan mereka telah menghalang mereka dari tunduk kepada Rasulullah.
Bermula dari perubahan pemikiran inilah (pemikiran kufur kepada pemikiran Islam), kaum Muslimin mula bangkit dari keterpurukan Jahiliyyah. Dengan pemikiran Islam yang telah ditanam dan dimantapkan oleh Rasulullah kepada mereka, para sahabat benar-benar faham dan telah berjuang mempertahankannya. Mereka semacam telah mendapat satu suntikan baru, peningkatan paradigma berfikir yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Mereka menjadi orang-orang yang sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah. Hasil dari perubahan berfikir ini, tidak ada seorang pun yang berpaling tadah, walaupun nyawa mereka telah menjadi taruhan.
Jika diteliti sunah Rasul di atas, kita akan sampai kepada kesimpulan bahawa yang merubah manusia itu adalah pemikirannya. Ini bertepatan dengan firman Allah yang menyatakan :-
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan satu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka" [QS. Ar-Ra'du: 11]
Para mufassirin menyatakan "apa yang ada pada diri mereka" adalah sebagai akal (pemikiran) yang digunakan untuk berfikir oleh kaum tersebut. Inilah yang akan mengubah mereka.
Wahai saudaraku yang mulia! Rasulullah telah berjaya membangkitkan satu bangsa yang paling mundur, bangsa Jahiliyyah, melalui perubahan berfikir yang telah menjadi anjakan kepada perubahan-perubahan yang lain. Bermula dari perubahan pemikiran kufur kepada pemikiran Islam, yang akhirnya telah berjaya mewujudkan satu Negara, umat Islam telah bangkit dengan sebenar-benar kebangkitan. Justeru, tidak ada jalan lain dalam menuju kebangkitan kecuali mengikuti thariqah (method) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa Sallam.
artikel anda bagus dan menarik, artikel anda:
agama terhangat
"Artikel anda di infogue"
anda bisa promosikan artikel anda di www.infogue.com yang akan berguna untuk semua pembaca. Telah tersedia plugin/ widget vote & kirim berita yang ter-integrasi dengan sekali instalasi mudah bagi pengguna. Salam!