Hantaran tinggi cetus rasa riak

Wednesday, 31 October 2007

Mukadimah
Menyebut perkataan kahwin memang mudah. Namun, proses persediaan ke arah mendirikan rumah tangga tidak semudah ia disebut. Selepas proses meminang gadis yang diminati, timbul pula soal wang hantaran. Jika bernasib baik, jumlahnya berpatutan. Jika sebaliknya, ia mungkin mencecah lima angka.

Malah, ada ibu bapa yang seperti ‘berlumba-lumba’ meletakkan harga wang hantaran anak perempuan mereka.

Inilah yang menggerunkan sesetengah lelaki untuk mendirikan ‘masjid’ sedangkan keinginan untuk berkahwin amat tinggi. Sedangkan wanita yang solehah itu adalah sebaik-baik harta benda. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w., Dunia itu harta benda dan sebaik-baik harta benda dunia ialah perempuan yang solehah. (Riwayat Muslim).

Bagi mendapatkan pandangan dari sudut agama, wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Selangor, Aluwi Parman di pejabatnya di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, Jumaat lalu bagi mengupas isu hantaran perkahwinan yang tinggi ini.

Dan untuk mewakili wanita pula, pada hari yang sama wartawan SADATUL MAHIRAN ROSLI menemu bual Prof. Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Beliau ialah Ketua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) merangkap Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM).

Hasil temu bual berkenaan, mereka sependapat bahawa hantaran tinggi ini boleh menimbulkan rasa riak atau takbur yang sudah bertentangan dengan Islam. Bagi mereka, perkahwinan perlu mengambil kira kemampuan seseorang, bukan bertujuan menunjuk-nunjuk ‘anak siapa lebih mahal’. Apa yang membimbangkan, akibat hantaran tinggi akhirnya pasangan berkenaan menanggung hutang selepas beranak-pinak.

MINGGUAN: Wang hantaran yang tinggi seolah-olah menjadi trend sehingga ada lelaki yang sanggup meminjam dan menanggung hutang bagi memenuhi kehendak keluarga wanita. Adakah tindakan ini wajar?

DR. NIK SAFIAH: Wang hantaran merupakan satu aspek budaya masyarakat Melayu yang telah diamalkan dalam majlis perkahwinan. Ia adalah pemberian ikhlas pihak lelaki kepada wanita yang ingin dikahwini. Namun budaya itu telah disalahgunakan sehingga menyusahkan lelaki. Hantaran tinggi telah menjadi trend untuk menunjuk-nunjuk bahawa lelaki mampu dan dari keluarga berada serta berjaya menawan hati perempuan yang mempunyai peminat ramai. Kadangkala pihak perempuan yang meminta manakala lelaki malu menolak untuk menjaga maruah. Apabila yang diminta terlalu tinggi sehingga tidak termampu, maka berlakulah pinjam-meminjam dan bergolok bergadai.

Sebaik-baiknya perkahwinan itu dimulakan dengan keadaan yang baik tanpa masalah kewangan yang boleh membawa kepada kemudaratan sehingga merosakkan keharmonian rumah tangga. Pada saya, wang hantaran tinggi bukan perkara yang membanggakan tetapi menyusahkan. Pada saya, adalah manis jika hikmah yang dipraktikkan oleh masyarakat dahulu diguna pakai iaitu pemberian itu bagi menunjukkan penghargaan pihak lelaki kepada perempuan. Gejala ini harus ditangani kerana ia mempunyai lebih banyak kesan negatif daripada positif.

Adakah isu ini merupakan punca utama peningkatan golongan membujang?

DR. NIK SAFIAH: Itu sudah pasti, tetapi kesan jangka panjang yang mungkin berlaku ialah kaum lelaki akan ragu-ragu mengambil langkah meminang dan mendirikan rumah tangga. Maka ramailah pasangan lelaki dan perempuan yang hanya berkawan tanpa ikatan perkahwinan. Perkara ini tidak akan membawa kesan yang baik pada masyarakat kita.

Apakah kesan akibat penentuan jumlah wang hantaran yang tinggi ini?

DR. NIK SAFIAH: Antaranya kesan ekonomi. Bagi yang mampu, ini tidak membebankan tetapi apabila diikuti oleh pihak yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh, maka ini memberi kesan bukan sahaja kewangan pihak lelaki malah ekonomi negara kerana bakal melahirkan ramai pemiutang.

Kedua, dari segi agama iaitu perasaan riak dan hendak menunjuk-nunjuk. Kita perlu menjadi masyarakat yang sederhana. Bagi yang ada duit dan membuat kenduri besar, lebih baik membuat ibadah iaitu bersedekah duit itu kepada rumah kebajikan.

Ketiga, dalam jangka masa panjang, bilangan yang hendak berkahwin akan berkurangan, sekali gus meningkatkan bilangan gadis dan teruna yang membujang. Dalam keadaan ini mereka terus bersahabat tanpa perkahwinan dan akan membawa kepada gejala sosial seperti bersekedudukan dan berzina.

Keempat, bebanan hantaran melewatkan tarikh perkahwinan kerana terpaksa menyimpan wang yang banyak. Apabila kahwin lewat, anak pun sedikit.

Kelima, kahwin lari akan bertambah.

Jelaslah, hantaran tinggi tidak patut digalakkan kerana bakal meruntuhkan institusi perkahwinan.

Siapakah yang selalunya menentukan jumlah wang hantaran?

DR. NIK SAFIAH: Kadangkala bukan pasangan yang menentukan tetapi ibu bapa dan saudara-mara. Saya harap saudara-mara tidak campur tangan. Bagi saya wang hantaran itu hanyalah sebagai ukuran. Katalah wanita itu siswazah dan bakal suaminya siswazah, maka kerana taraf kelulusan dan pekerjaan yang baik, hantaran tinggi. Ini bukan cara terbaik. Permintaan perempuan biarlah berpatutan.

Saya ingin menekankan kepentingan perbincangan antara pasangan, perlu ada persefahaman antara keluarga. Kadang-kadang satu pihak sengaja hendak meninggikan harga itu iaitu pihak lelaki. Kita berharap kesederhanaan pada kedua-dua pihak.

Apakah faktor dalam menetapkan hantaran?

DR. NIK SAFIAH: Bergantung kepada kedudukan kedua-dua pihak. Bagi pihak perempuan mungkin kelulusan manakala pihak lelaki pula kemampuannya. Yang lain ialah kerelaan hati, berapa banyak pihak lelaki sanggup memberi tetapi janganlah terlalu murah hati. Selain itu, kedudukan keluarga itu dalam masyarakat. Misalnya hendak pergi meminang itu anak pak imam, anak guru besar, jumlahnya mungkin lain bagi menghormati kedudukan bapa perempuan dalam masyarakat.

Dalam pada itu, perbandingan dengan pihak-pihak lain jangan dijadikan faktor.

Jika dilihat keadaan ekonomi dan kos perbelanjaan perkahwinan yang semakin tinggi, apakah kadar minimum wang hantaran?

DR. NIK SAFIAH: Saya berpendapat antara RM5,000 hingga RM10,000, bergantung kepada latar belakang pihak berkenaan. Jika lebih daripada RM10,000 itu agak banyak dan tinggi kerana wang hantaran itu hanya sebahagian daripada persiapan perkahwinan itu. Ini belum termasuk barang hantaran seperti barang kemas, hadiah-hadiah seperti sepersalinan pakaian, alat solek, set dandanan diri, jam dan telefon bimbit yang harus diberi oleh pihak lelaki. Ini bermakna lelaki bukan sekadar terpaksa menyediakan wang hantaran, tetapi barangan lain yang jumlahnya mencecah ribuan ringgit.

Daripada mengadakan majlis kenduri yang besar-besar, apa salahnya wang itu diberikan kepada pihak pengantin untuk memulakan rumah tangga seperti membeli perabot dan menyewa rumah.

Adakah budaya pemberian wang hantaran ini boleh dihapuskan?

DR. NIK SAFIAH: Sebenarnya wang hantaran merupakan unsur budaya yang waktu dahulu ada hikmahnya. Namun untuk menghapuskan bukan mudah terutama di kalangan orang tua dan keluarga perempuan yang berpegang kuat pada budaya itu. Apa yang boleh kita lakukan ialah menunjukkan aspek keburukan ini dan melalui pendidikan. Kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai perspektif lebih sihat. Kita juga tidak mahu menghapuskan unsur budaya yang pada asasnya mempunyai gejala baik iaitu sebagai hadiah dan tanda kasih sayang kepada isteri dan kalau perlu gunakan untuk kebaikan pasangan yang berkahwin.

Adakah mungkin, disebabkan hantaran tinggi lelaki akan memilih wanita negara lain yang tidak memerlukan wang hantaran yang tinggi?

DR. NIK SAFIAH: Ia mungkin berlaku, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di negara Asia Barat di mana hantarannya terlalu tinggi. Mereka lebih senang mencari wanita dari luar. Perkara ini mungkin berlaku di Malaysia sekiranya isu ini tidak dibendung. Saya risau jika perkara ini benar-benar berlaku, maka banyak kesan negatif yang harus ditanggung oleh masyarakat. Apabila seseorang berkahwin dengan bangsa lain, maka budaya turut berubah. Begitu juga yang berkahwin dengan yang tidak seagama, mungkin menimbulkan masalah penerapan nilai-nilai agama dalam diri pasangannya.

Terdapat fenomena segelintir umat Islam mencari angka tertentu dalam menentukan jumlah wang hantaran kononnya mempunyai tuah.

DR. NIK SAFIAH: Perkahwinan ini perkara yang serius dan harus dilalui dengan perasaan khusyuk. Walaupun cantik beberapa angka dan membawa pengertian khusus bagi pasangan seperti tarikh lahir dan sebagainya, saya rasa pemilihan berdasarkan itu tidak sesuai dan kadangkala menyusahkan untuk menyebutnya semasa akad nikah. Sebenarnya kita tidak ada budaya mempercayai angka boleh membawa tuah melainkan budaya Cina yang mempercayai angka boleh membawa kerahmatan kepada mereka.

Adakah wajar beban wang hantaran yang tinggi itu dikongsi bersama dengan ahli keluarga supaya pihak lelaki tidak malu?

DR. NIK SAFIAH: Kalau perempuan sedar bahawa pihak lelaki tidak begitu mampu, janganlah minta terlalu banyak. Tetapi kalau keluarga sanggup membantu, eloklah daripada dia meminjam dari sumber yang tidak begitu sesuai. Tetapi adalah lebih penting tidak membebankan keluarga.

Sudah sampai masanya keadaan yang bersesuaian dicari untuk memudahkan perkahwinan ini. Mungkin Prof. ada cadangan.

DR. NIK SAFIAH: Pertamanya seseorang lelaki yang hendak mendirikan rumah tangga mesti membuat persiapan. Jika tidak bekerja, carilah pekerjaan. Kalau sudah bekerja, mula dari awal menyimpan duit dan jangan membebankan ibu bapa. Lainlah ibu bapa orang senang dan merupakan anak tunggal.

Setelah bersedia ingin berkahwin, adakan perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan supaya pihak perempuan mendapat tahu keupayaan pihak lelaki dalam soal hantaran. Saya juga berharap wang hantaran jangan digunakan semata-mata sebagai perbelanjaan untuk kenduri besar. Dalam hal ini soal berjimat cermat perlu dititikberatkan. Kesederhanaan dan keinsafan sebagai orang Islam yang soleh harus diterapkan, jangan sekali-kali meniru apa yang dibuat oleh jiran dan artis.

Bagaimana pendapat Prof. supaya wang hantaran dijadikan mas kahwin bagi mengelakkan wang tersebut dibelanjakan untuk kenduri?

DR. NIK SAFIAH: Susah. Mas kahwin itu wajib dan hak perempuan. Wang hantaran sebagai mas kahwin itu boleh dijadikan cadangan tetapi hakikatnya, pemberian wang itu merupakan unsur budaya dan telah menjadi amalan akan digunakan untuk perbelanjaan kenduri dan membeli perkakas perkahwinan.

Apa yang boleh dilakukan ialah berkempen untuk mengurangkan jumlah wang hantaran atau diberikan kepada pasangan memulakan kehidupan baru.

Bagaimana untuk menerapkan kesedaran keburukan pemberian wang hantaran yang tinggi?

DR. NIK SAFIAH: Saya rasa aspek ini perlu dibincangkan dalam kursus perkahwinan atau diselitkan dalam salah satu mata pelajaran di sekolah-sekolah menengah secara tidak langsung. Begitu juga semasa khutbah dan ceramah-ceramah agama.

(Sumber diperolehi daripada Utusan Malaysia Online - kolum Rencana, bertarikh 13 Mei 2007)

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 18:18 0 comments Links to this post  

Pernikahan dan Wang Hantaran

Tuesday, 30 October 2007

(Jangan baca kalau tiada akal untuk memikirkan dan tiada kesabaran untuk menerima kenyataan)

Daripada Abi Hatim Al-Muzni ra yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : Sekiranya datang kepada kamu lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia sekiranya kamu tidak melakukannya maka akan berlakulah fitnah dan kerosakan di muka bumi (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 1085 dan sepertinya dari Ibn Majah dan Hakim).

Adat Melayu dan Malaysia sudah sampai masanya diganti dan ditukar dengan pengamalan sunnah dan pertunjuk Islam yang sahih. Kedengaran sana sini zina dan bersekedudukan di luar nikah menjadi biasa dan ibu bapa bodoh, pak cik dan ahli keluarga gila babi masih menetapkan wang hantaran ribuan ringgit bagi anak gadis mereka.

Bukan sahaja kita ada pusat akademik sia-sia yang melatih anak-anak muda remaja menjadi pengamal cara hidup barat dan menjadi perlaku maksiat profesional dan bukan sahaja kita ada rancangan realiti televisyen yang menghasilkan kehancuran akhlak bahkan persekitaran, suasana masyarakat kita telah rosak dari institusi pemerintahan hinggalah kepada kekeluargaan.

Secara ikhlas ana kerap dimarahi oleh pihak ibubapa kerana selalu memusuhi mereka dalam tulisan ana apabila menyentuh soal kemasyarakatan. Tentulah ana perlu memarahi golongan ibubapa dan keluarga kerana segala punca masalah keruntuhan sosial dan penghinaan kepada agama bermula dari keluarga.

Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah maka ibu bapanya yang menjadikan dianya (anak mereka) yahudi atau nasrani atau majusi (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1293 dan Muslim no.2658).

Sekiranya sebuah faraj wanita dirobek oleh sebuah zakar secara zina maka siapa yang harus dipersalahkan ? Sebelum menunding jari kepada anak lelaki yang mempunyai zakar itu dan sebelum menyalahkan anak gadis yang menghulurkan farajnya itu maka ana terlebih dahulu akan menyalahkan ibubapa dari kedua-dua belah pihak.

Sikap degil, jahil, bodoh, bahlul, goblok, sendat otak, akal sempit, saluran darah tersumbat dan pelbagai lagi kerosakan akal dan mental pihak keluarga yang mengakibatkan anak-anak mereka terjebak dalam kemaksiatan dan kedosaan serta perkara yang haram.

Mereka wajib dipersalahkan kerana mereka tidak menikahkan anak lelaki mereka demi mengelakkan dari terjebaknya kepada zina dan juga mereka wajib dihukum oleh hukuman takzir dibawah pemerintahan Islam apabila mereka meletakkan harga yang mahal bagi maskahwin dan duit hantaran untuk anak gadis mereka sehingga menyusahkan pernikahan.

"Ketahuilah sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu ialah fitnah dan sesungguhnya di sisi Allah itulah ganjaran yang besar"(Al-Anfaal : 28).

Perkara yang halal dipersusahkan dan dipersulitkan hanya kerana perihal duniawi dan material konon untuk mengadakan persalinan, hantaran, hiasan dan kad jemputan dan pelbagai lagi.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).

Baginda rasulullah bernikah dengan mudah, demikian para sahabat dan golongan salaf soleh manakala golongan bodoh serta ibubapa jahil hari ini yang bodoh ini mempunyai anak gadis yang tidak pun mampu menghafaz Al-Qur’an, wajah yang cantik seperti lembu dan akhlak yang sangat manis dan lembut seperti monyet yang terlepas dari hutan lalu diletakkan mahar dan hantaran ribu-ribuan ringgit.

Kebanyakkan wanita Malaysia hari ini yang pakaiannya pun jarang dan ketat, menampakkan bentuk badannya sehingga boleh ditatap oleh mana-mana lelaki, kemahiran memasak yang mencapai tahap cipan, hobi yang mulia dengan menonton filem Hindustan dan Korea serta wajah cantik hasil percampuran benih ibu dan ayah yang tidak soleh dan tidak bertaqwa dan membesar dalam persekitaran sosial dan maksiat lalu diletak harga ribuan ringgit apabila dipinang hanya kerana hasil solekan dan kesan khas (side-effect) memang membuatkan ramai lelaki teraniaya apabila terpaksa bersusah payah mendapatkan wanita seperti ini sebagai teman hidup.

Dari riwayat Abu Zar ra bahawa baginda nabi pernah bersabda : “Dan pada kemaluan (persetubuhan) kamu itu sedekah” lalu baginda ditanya oleh sahabat, wahai rasulullah apakah seseorang yang memenuhi syahwatnya (dengan isteri) itu mendapat pahala ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa jika seseorang itu meletakkan syahwatnya pada yang haram itu satu dosa ? Maka demikianlah jika dia meletakkan syahwatnya pada yang halal maka baginya pahala” (hadith sahih riwayat Muslim no 1006 dan Abu Daud no 1286)

Sangat sedih dan kasihan kepada lelaki yang ingin bernikah kerana mahu menjaga agamanya dan menyalurkan nafsu dan fitrahnya kepada yang halal, yang inginkan menegakkan sebuah keluarga muslim yang soleh, yang ingin mempunyai anak-anak dan generasi soleh terpaksa menghadapi dilema ini. Bayangkan lelaki seperti ini sekiranya mahu mendapatkan kepuasan sudah lama bohsia di jalanan dapat dijadikan sebagai teman.

Tidak susah mendapatkan haiwan yang mempunyai faraj yang berkeliaran di jalanan dan lorong-lorong kota raya dengan hanya bayaran berapa puluh dan ratus ringgit sudah boleh untuk menikmati tubuh pelbagai bangsa. Juga sekiranya lelaki-lelaki ini mahu bukankah sangat mudah mengambil peluang kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dengan skirt biru atau gadis genit dari kilang atau wanita cantik dari kolej atau universiti.

Hanya kerana lelaki-lelaki Islam di Malaysia yang masih beriman mahu mencari pasangan yang halal dan mahu menamatkan zaman bujang dengan bernikah bukan dengan berzina maka mereka terpaksa pula berdepan kerenah keluarga pihak wanita yang rosak aqidah, iman dan akhlak dan gila duitan dan hiburan.

Sudahlah setelah terpaksa bersusah payah mendapatkan seorang wanita yang dibeli melalui bayaran yang mahal dari keluarganya maka pihak lelaki terpaksa pula menyara hidup wanita ini, mencari rezeki dan memberi nafkah dan kemudian mesti pula melayan keluarga pihak wanita itu baik-baik. Mereka bukan sahaja terpaksa mengajar, mendidik wanita ini faham Islam dan agama, terpaksa pula memastikan wanita ini metaati Allah, menyuruh mereka melakukan kebaikan dan melarang mereka dari maksiat kepada Allah swt.

Sangat ramai wanita malas solat konon alasan mereka itu cuti dan belum termasuk dengan tidak menutup aurat dan menjaga lisan dan bicara mereka dari fitnah, mengumpat dan mengeji. Bahkan sekiranya wanita ini melakukan dosa dan kemaksiatan maka pihak lelaki pula yang terpaksa menanggung beban dan menanggung dosa kerana mereka ialah ketua keluarga.

“ Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yang kamu pimpin” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829).


Kesimpulannya wanita dan keluarga mereka tidak perlulah diberi muka sangat kerana hanya membuang masa dan waktu golongan yang beriman kepada Allah swt dan cukuplah saya mencadangkan golongan lelaki yang beriman di Malaysia mencari alternaif lain misalnya menikahi wanita dari Petani (selatan Thailand) yang kini diancam oleh keganasan.

“Dan orang-orang yang tidak mampu bernikah lantaran kesusahan maka mereka itu hendaklah memelihara kesucian mereka sehingga dikurniakan Allah dari kesenangan dari rahmat-Nya” (An-Nur : 33).


Menyelamatkan wanita Petani yang muslim dengan menikahi mereka, atau menikahi wanita Indonesia yang datang ke negara Malaysia ini untuk mencari kehidupan dan wanita dari bangsa lain misalnya Cina dan India dengan mendakwahkan mereka kepada Islam lebih utama dan mulia dari menyusahkan diri menikahi wanita Melayu yang tidak usahlah saya dedahkan lagi aibnya.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.



p/s :

Ada seorang kawan saya (pensyarah disebuah IPT sekarang ini) pernah berkenalan dengan seorang wanita yang kemudiannya kawan saya ini ingin melihat wajah wanita itu sebelum meminangnya. Sekalipun kawan saya ini tidak mempedulikan sangat wajah perempuan ini kerana akhlak wanita ini baik namun saya mengarahkan kawan saya melihat dahulu wajahnya.

Malangnya wanita ini mewarisi kebodohan wanita melayu yang kemudiannya memberikan gambar palsu kepada kawan saya ini kononnya mahu menguji apakah kawan saya ini memilih kecantikan atau hati.

Gambar yang diberikan ialah seorang wanita yang berkulit gelap dan berjerawat dan memakai tudung dengan menampakkan rambut dan saya katakan pada kawan saya perempuan ini tidak sesuai untuknya kerana kawan saya itu seorang yang kacak dan biarlah mencari yang sepadan dan lebih sopan pada pemakaian.

Sabda rasulullah : Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kalian melihat kepadanya menenangkan hati...(hadith sahih riwayat Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Hakim).

Akhirnya setelah menolak perempuan itu atas nasihat saya maka selepas itu barulah perempuan bodoh celaka ini muncul semula pada kawan saya dan mempamirkan dirinya yang sebenar dengan sengaja memperlihatkan dirinya yang memang cantik manis, memakai jubah dan bertudung labuh dengan berkulit putih pipi kemerah-merahan.

Kawan saya merasa menyesal menolak muslimat ini namun saya katakan pada kawan saya bahawa wanita ini hanyalah wanita bodoh yang memiliki wajah dan diri yang cantik tapi jahil dan celaka dan jauh dari pertunjuk sunnah dan bahkan saya doakan pada kawan saya ini mendapat muslimah yang lebih solehah dan semoga wanita ini mendapat lelaki yang sehodoh mungkin sesuai dengan gambar palsu yang diberikan kepada kami.

Sesungguhnya sunnah yang diajar oleh rasulullah ialah bolehnya lelaki melihat wanita dan wanita melihat kepada lelaki dan hal ini sudah ijmak ulama fuqaha ummah namun masih wujud wanita bodoh berwajah cantik dalam masyarakat Melayu konon hendak menguji lelaki. Sesungguhnya baginda rasulullah sendiri menyukai wanita cantik dan menyuruh supaya melihat dahulu wanita yang ingin dinikahi apakah cantik dan menarik hati.

Celakalah wanita bodoh ini yang masih hidup dan bernyawa dalam jasad yang tidak berguna pada agama satu sen pun.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

http://ustaz.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 14:41 2 comments Links to this post  

Cerita tentang kahwin...

Monday, 29 October 2007

Terbaca satu artikel di BH hari ni, iaitu Konsep kasta kikis keikhlasan kenduri kahwin, agak lucu juga. Lucu bukan sebab isunya, tapi lucu sebab teringat kisah lama. Kang abah cerita kisah abah tu, sebelum tu nak mengepek sikit ttg isu hantaran terlalu tinggi.

Abah tahu ada orang setuju hantaran tinggi, ada yang tidak. Yang setuju selalunya sebelah perempuan la, dan yang tak setuju, sebelah lelaki. Masing-masing betul, sebab masing-masing punya alasan kukuh untuk setuju atau tidak setuju.

Kalau anda tanya abah, abah kata, "Hantaran hendaklah atas dasar tolak ansur dan permuafakatan kedua belah ahli keluarga, samada lelaki atau perempuan."

Yang penting bukan hantaran, tapi nikah, atau bersatunya dua manusia yang dipanggil anak-anak. Jika kedua-dua belah keluarga dapat bersepakat dan bertimbangrasa, abah fikir, isu hantaran tidaklah menjadi isu sangatpun. Cuma yang jadi isu, bila hantaran cuma berpihak pada satu belah sahaja, iaitu pihak perempuan. Bukan abah tidak pernah dengar isu keluarga perempuan tetapkan 'harga', dan bila di'tawar', tidak boleh langsung.

Abah tak tahu apa sebab jadi macam itu, tetapi abah fikir, keadaan macam itu berlaku atas sebab-sebab keduniaan, yang boleh diubah pun sebenarnya. Kos sara hidup tinggi, belanja kenduri tinggi, anak dara saya graduan, dia kerja besar, saya orang berkedudukan, dialah satu2nya anak dara saya, etc. etc. Senarai alasan tak akan habis, sebab banyak sangat. Tapi itulah, itu semua benda2 yang boleh dibincang dan ditolakansurkan.

Yang penting kebahagiaan anak-anak kita. Kalau hantaran RM20000 pun, tapi lepas kahwin anak menantu bertengkar sebab tak cukup duit, apa guna? Puas ke kita jika dapat tahu keluarga lelaki terpaksa bergolok bergadai nak memenuhi kehendak kita hanya semata-mata sebab anak lelakinya dah sangat sayang dengan anak dara kita? Adakah kita berbangga dapat buat majlis kahwin besar-besaran, dan dibelakangnya, duit hantaran itu menantu kita sebenarnya dapat dari pinjaman peribadi dengan bank?

Pada mak ayah seperti abah, harap-harap dapatlah berfikir dengan baik ttg isu2 macam ini. Apahal sekalipun, berbincanglah dan bertolakansurlah dikedua belah pihak. Kalau mampu, buatlah apa yang dirancang, kalau kurang mampu, jangan dibeban kehidupan orang lain, dan diri kita.

Tidak guna hantaran RM10000 dan kenduri kendara 3 hari 3 malam, kalau kasih sayang anak2 cuma bertahan sekejap saja. Yang penting bila anak2 nak kahwin, selidiklah keperibadian bakal menantu itu, jangan diselongkar sangat berapa harta yang dia ada. Jika menantu itu manusia yang baik, bertanggungjawab, patuh pada tuntutan agama, dan sangat sayang pada anak dara kita, nikahkanlah mereka, walaupun tidak berkenduri besar2an jika tidak mampu. Dipenghujung harinya, hanya kebahagiaan mereka yang kita hendak lihat.

Bercerita tentang kahwin ni, teringat cerita abang tukang gunting kat rumah abah waktu abah kekedai dia 2 hari lepas. Katanya, "Adik perempuan saya kahwin dengan seorang anak Datuk. Ingatkan nak pakat ramai2 la adik-beradik pergi bertandang kerumah pihak lelaki, tetapi bila Datuk itu siang-siang lagi cakap, "Hanya 20 orang saja boleh datang, dan tak boleh bawak budak-budak", terus mati niat kami nak pergi ramai-ramai."

Itu cuma satu kisah, dari sekian banyak kisah yang wujud bila cerita bab kahwin kenduri nih. Anda fikirkanlah sendiri apa pengajarannya.

Ini pulak kisah abah waktu malam akad nikah hampir 7 tahun dulu. Abah yang sememangnya cuma tahu akan kewujudan mas kahwin(mahar) dan wang hantaran, tanpa kaji selidik, telah bersetuju dengan keluarga untuk mengikut kebiasaan itu. Abah silap sebab tak tanya keluarga sebelah Ummi. Bila tiba waktu akad nikah, barulah abah tahu, rupa-rupanya diKelantan, tiada istilah wang hantaran, mereka cuma ada konsep mas kahwin sahaja. Jadi, katakan kita bawa hantaran RM8000, kiranya waktu akad tersebut, RM8000 la yang akan dilafazkan sebagai mas kahwin.

Dan alhamdulillah syukur pada Allah, kerana keluarga Ummi tidak tetapkan sebarang nilai untuk hantaran kami. Bila mak abah tanya, jawab pihak mereka, "Terpulanglah pada perbincangan mereka berdua(abah dan mi).". Syukur ya Allah atas nikmat perkahwinan, dan kelancaran proses perkahwinan kami berdua.

Oklah, nak kena mula buat kerja, kang tak siap lak kang kerja2 abah. Hehe.

http://abahmuizz.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 15:15 0 comments Links to this post  

Pernikahan paling diberkati yang paling sedikit mas kahwinnya

Sunday, 28 October 2007

Dalam artikel lalu, antara lain, penulis menyatakan: "Kata ustaz itu, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT. "

Apa yang ditulis pada keluaran lalu, benar-benar berlaku sekarang ini. Sebagai seorang Muslim dan bapa kepada beberapa orang anak remaja yang akan berkahwin suatu masa nanti, eloklah penulis menyentuh hal ini supaya masyarakat Islam dapat bersama-sama membanteras gaya hidup baru yang tidak Islamik ini.

Kebetulan kelas pengajian kuliah Subuh yang penulis ikuti di masjid sekarang ini membicarakan soal nikah. Ustaz terbabit tidak terlepas daripada memberitahu jemaah bahawa perkahwinan dengan hantaran wang sebegitu banyak bukan daripada ajaran Islam.

Beliau memberitahu dua sebab mengapa amalan berkenaan mesti ditentang selain daripada membazir dan menunjuk-nunjuk. Pertamanya ia dikhuatiri akan menjadi contoh kepada masyarakat dan yang kedua perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu.

Jika orang berada dan berpangkat berbangga dan menghebahkan seluruh negara akan hantaran dan pemberian hadiah yang sebegitu besar, dikhuatiri ia akan menjadi panduan masyarakat. Tidak menghairankan jika bakal keluarga pengantin perempuan akan menuntut wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000, RM15,000 dan RM20,000.

Apa akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak.

Seorang anak muda lulusan universiti (untuk ijazah pertama) ketika mula bekerja sudah berusia 23 tahun. Gaji permulaannya mungkin RM1,300 sebulan. Ditolak dengan bayaran pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, sewa bilik, pemberian kepada keluarga dan pelbagai perbelanjaan lain, mungkin dia dapat menyimpan RM200 sebulan.

Jika dihitung setahun, dia baru mampu mengumpul RM2,400. Kalau 10 tahun menghimpun, dia baru mengumpulkan RM24,000. Ketika itu pun umurnya sudah terlajak ke 33 tahun.

Bagi kebanyakan anak muda, pada usia 25-30 tahun, mereka sudah 'gatal' untuk kahwin. Tapi wang tiada. Disebabkan oleh 'segolongan manusia' yang gila glamour dan sebagainya, ibu bapa 'buah hati' mereka akan tetapkan wang hantaran melampau seperti RM10,000, RM20,000 atau RM30,000. Cuba bayangkan bagaimana anak muda kita hendak 'cekau' duit sebegitu banyak bagi membolehkan mereka kahwin?

Bukankah ini akan menimbulkan masalah besar dalam masyarakat. Bukankah akan berlaku fitnah paling hebat dalam masyarakat? Anak-anak muda yang kemaruk untuk kahwin tetapi tidak dapat kahwin akan menerbitkan rangkaian masalah yang bukan saja menjejaskan masyarakat tetapi juga negara, bangsa dan agama.

Ustaz itu bertanya betapa banyak bakal pengantin dan keluarga pengantin cuba mendalami pengajian agama. Katanya, tidak ramai sebab kebanyakan manusia hari ini mengejar dunia dan segala perhiasannya. Jika mereka tahu ilmu agama tidaklah mereka berbuat seperti hari ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya."

Apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada masyarakat kita? Nampaknya, masyarakat sedang menuju ke arah fitnah terbesar sedangkan sebahagian besar anggotanya tidak menyedarinya. Mereka yang mengaku beragama Islam tidak lagi hidup berpandukan ajaran Rasul tetapi mengikut hawa nafsu yang berdasarkan logik akal masing-masing.

Dalam bab perkahwinan ini pun, orang Islam tidak mengikut contoh yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. tetapi membiarkan diri mereka terjerumus ke dalam lembah yang ditunjuki oleh orang Yahudi dan Nasara.

Misalnya, dalam bab berpakaian, orang Islam yang berkahwin pun mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara. Sedangkan sudah jelas dinyatakan salah satu perkara yang membezakan antara orang Islam dengan orang Islam ialah dari segi berpakaian.

Jika pengantin wanita Islam memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka, apakah yang membezakan antara diri mereka dengan orang bukan Islam? Jika mereka memakai gaun menunjukkan sebahagian buah dada atau telanjang belakang (bare back), apa bezanya mereka dengan orang bukan Islam.

Jika Allah SWT mengancam menghumbankan si kufur ke lembah azabnya, apakah jaminan untuk orang Islam yang hidup mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara tidak sama dicampakkan ke sana.

Alangkah peliknya sesetengah anggota masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita hidup bagai 'sumpah-sumpah' yang boleh bertukar 'color' (warna). Jika nikah di masjid, boleh pakai tudung litup, majlis bersanding boleh pakai gaun dedah sana dedah sini. Jika khatam Quran, begitu manis bersopan bertudung litup tetapi pada majlis jamuan, tudung ke mana, pakaian seksi juga jadi kebanggaan.

Yang dibimbangi, golongan ini akan menjadi ikutan, 'set trend' dalam masyarakat. Akan timbullah kata-kata seperti, 'si dia tu boleh buat begitu, kenapa kita tidak boleh?' 'Si dia tu, boleh bikin pelamin dalam masjid, kenapa kita tidak boleh?' 'Anak dia dapat hantaran RM22,222.22, kenapa anak kita tidak boleh dapat RM33,333.33 kerana anak dia lulus SPM saja sedangkan anak kita lulusan universiti luar negara?'

Ustaz kuliah Subuh itu cukup bimbang, perkembangan hal ehwal kahwin di negara kita sedang menuju apa yang berlaku di sesetengah negara Arab. Katanya, di negara berkenaan, adalah sukar seorang bujang berkahwin kerana tuntutan keluarga pengantin perempuan terlalu banyak dan tinggi. Misalnya, menyediakan rumah, kereta dan pembantu rumah.

Mampukah si bujang menyediakan kemewahan ini sedangkan mereka 'baru nak kenal hidup'. Ramailah anak bujang Arab, jadi bujang terlajak. Ramai yang kahwin warga asing dan tak kurang juga yang hanyut di kota-kota maksiat seperti Bangkok, London dan Paris.

Jadi kepada mereka yang prihatin kepada kesucian Islam, marilah sama-sama membanteras amalan kurang sihat yang mula menular dalam masyarakat kini. Tidak kiralah sama ada anda ustaz, jurutera, tukang masak, pekedai, atau orang kaya raya atau berpangkat, marilah bersama-sama kita melawan golongan yang hidup tidak berpandukan agama ini.

Antara langkahnya boleh dimulai dengan keluarga sendiri. Janganlah kita mengada-ngada meletakkan hantaran anak-anak kita RM1/2 juta, RM222,222.22, RM77,777.77 atau RM22,222.22. Ingatlah pernikahan paling diberkati adalah yang paling sedikit mas kahwinnya seperti disabdakan oleh junjungan besar kita.

http://www.darulkautsar.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 17:21 0 comments Links to this post  

Ibadat & Adat

Saturday, 27 October 2007

Saya timbulkan isu ini untuk mendapat maklumbalas daripada rakan pembaca. Mungkin bagi sesetengah pihak, persoalan IBADAT dan ADAT ini tidak besar. Ini kerana dalam banyak kes, "sempadan" antara kedua-duanya tidak jelas, macam seakan...apa tu orang sekarang kata, "borderless"?? Tak jelas tu sebenarnya salah kita juga. Kita tak cukup ilmu dan tak usaha untuk cukupkan ilmu. Pemahaman diterima sejak turun- temurun dan tidak mempraktikkan apa yang diterima turun-temurun ini dianggap satu kesalahan, atau dosa mungkin!. Tapi pernahkah kita ambil tahu samada apa yang diamalkan turun-temurun itu betul atau tidak , dari hukum-hakam agamanya? Fokus perbincangan saya di sini mengenai dua perkara:

1) Hantaran kahwin - le ning musim kenduri kahwin. Zaman saya dulu (1994) hantaran sekitar RM5,000. Sekarang (2007), dengar khabar sekitar RM8,000. Tahun 2010 pula RM berapa agaknya? Yang berpuluh ribu tu, kita tak payah ceritalah...kita cerita kasta biasa. Mungkin, hantaran kahwin pun kena ada harga bumbung jugalah gamaknya suatu hari nanti. Isu di sini ialah kebimbangan bahawa ADAT akan menghalang IBADAT. Jika hantaran sekitar RM8,000. Belanja kenduri dan perbelanjaan lain pula RM10,000, dah jadi RM18,000. Untuk anak muda yang baru kerja, mana nak cari RM18,000????? Masalahnya, masyarakat kita ni masyarakat "banyak mulut" (sayangnya, bukan tentang nahi mungkar!) dan tak ramai keluarga yang sanggup "tutup telinga". Jadi kita lebih bimbang masyarakat mengata ("berapa hantaran kahwin anok dia tu? Bak po sikit sangat hahhh...?&^%X#@") dari lihat anak muda terus "bergandingan", tidak kahwin disebabkan tidak dapat memenuhi "harga pasaran semasa" hantaran kahwin. Jadi guano?

http://negarakumalaysia.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 07:07 0 comments Links to this post  

Jangan jadikan wang hantaran sebagai beban

Friday, 26 October 2007

BESUT 5 Mei – Masyarakat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak menjadikan wang hantaran sebagai satu beban sehingga menimbulkan masalah kepada bakal pengantin.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, perkara tersebut sepatutnya difahami dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan timbul masalah seperti lambat berkahwin terutama di kalangan gadis.

Menurutnya, jika masalah itu dibiarkan berlarutan. mungkin ramai gadis akan menjadi anak dara tua, manakala masalah sosial lain seperti bersekedudukan, zina dan membujang di kalangan lelaki akan bercambah.

Menurutnya, dalam Islam, kesudian golongan wanita untuk diterima menjadi isteri merupakan satu penghargaan kerana ia merupakan satu kesanggupan untuk menjaga anak dan suami.

“Bagi lelaki pula, persetujuan wanita menjadi isteri mereka merupakan satu ganjaran yang tidak ternilai harganya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Cakna dan Mesra Rakyat di kediamannya di Kampung Baharu, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada tiga pelajar daerah itu yang mencipta nama setelah muncul sebagai pelajar terbaik dan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Antaranya ialah Nadia Rohani Malek Panter Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq yang memperolehi 14 A1 dan muncul pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan tersebut.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Besut berkata demikian sebagai mengulas trend segelintir masyarakat Islam negara ini yang meletakkan hantaran perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Beliau berkata, jika wang hantaran tinggi menjadi amalan, tidak mustahil lelaki negara ini berkahwin dengan wanita negara lain atau pasangan bernikah di negara lain yang tidak memerlukan wang hantaran yang banyak.

“Jika ini berlaku, sudah pasti akan menimbulkan masalah dalam masyarakat kerana ramai gadis di negara ini akan menjadi anak dara tua,'' katanya.

Beliau juga menegurkan segelintir umat Islam yang mencari angka tertentu untuk menetapkan jumlah wang hantaran kononnya mempunyai tuah dan sebagainya.

“Jangan kita percaya angka-angka tertentu boleh mendatangkan tuah kerana tidak ada ketetapan itu dalam Islam, sebaliknya ambillah jalan yang tidak mendatangkan masalah kepada kedua-dua pihak,” ujarnya.

Comment:-

Kita sepatutnya kembali kepada Islam. Tidak perlu terlalu mengikut adat. Tidak salah berbelanja untuk mengadakan majlis seperti kebiasaan jika berkemampuan. Tetapi, dalam keadaan sekarang (khusus untuk graduan) dimana taraf hidup meningkat, begitu juga pengangguran, kerja yang tidak tetap, kerjaya baru bermula, pinjaman belum berbayar; agak sukar untuk mereka mengumpul belanja kahwin untuk mengadakan majlis seperti kebiasaan dalam masa terdekat. Benda yang baik seeloknya dipermudahkan. Mengapa benda-benda yang haram/maksiat lebih mudah diperolehi? Seperti kata MB Selangor, Dato' Seri Dr Khir Toyo, "hari-hari mendatang selepas berkahwin lebih penting daripada satu hari kita menjadi raja sehari". Nabi juga pernah bersabda, "berkendurilah kamu walaupun dengan hanya menyebelih seekor kambing". Sama-sama kita fikirkan.

http://formerigp.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 20:02 0 comments Links to this post  

Hantaran perkahwinan tinggi: Apakah penyelesaiannya?

Thursday, 25 October 2007

Assalamualaikum wbt.

‘Duit hantaran? Ish, mana lagi nak cari duit sebanyak itu. Kita ni pun gaji hanya cukup-cukup makan..’

‘Pinjam daripada ceti, tak pun daripada ah long, mungkin boleh selesaikan masalah aku ni,’

Itu antara dialog-dialog yang mungkin kita akan dengar daripada mulut sang lelaki yang sedang berkira-kira untuk melangsungkan perkahwinan. Seringkali juga kita dengar bermacam-macam gaya keluhan lelaki ini, menunjukkan betapa susahnya mendirikan rumah tangga pada masa kini. Apakah yang menyebabkan hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi ini? Ada yang berpendapat, kos sara hidup kini yang semakin meningkat, menyebabkan ayah dan ibu pihak perempuan memikirkan soal ini. Namun, apakah itu benar? Adakah Islam pernah menyuruh penganutnya meletakkan hantaran yang tinggi?

Islam hanya mewajibkan pembayaran mas kahwin sebagai syarat wajib seseorang lelaki untuk menikahi perempuan. Mas kahwin di Malaysia tidaklah terlalu membebankan. Ini kerana setiap negeri di Malaysia telah pun menetapkan nilai mas kahwin tersebut. Ini tidak lagi menjadi persoalannya. Masalahnya ketika ini, mampukah pihak lelaki untuk menyediakan wang hantaran yang tinggi itu? Kebanyakan lelaki akan menjawab tidak kerana mereka tidak mampu. Bagi yang mampu, itu tidak menjadi masalah besar.

Purata gaji di Malaysia ini atau dalam kadar kehidupan sederhana di Malaysia ini antara RM1000-RM3000 sebulan. Jumlah wang hantaran kebanyakannya berjumlah antara RM4000-RM10000. Rasionalkah jumlah ini? Itu baru sahaja wang hantaran. Belum dicampur dengan urusan kenduri kendara. Mungkin nilai sehingga RM10000 itu dicampur dengan nilai urusan kenduri, tetapi melalui pengamatan yang saya lihat, tidak banyak urusan kenduri dicampur dengan jumlah wang hantaran. Duit urusan kenduri selalunya dikira kemudian. Tidakkah ini semakin membebankan pihak lelaki?

Tujuan Islam mengalakkan pengikutnya berkahwin adalah untuk melahirkan zuriat yang dapat membantu agama Islam berkembang dan mengharmonikan bumi ini. Jika hantaran yang terlalu tinggi dan menyebabkan orang lelaki tidak dapat menyediakannya, tidakkah ini akan mengalakkan gejala sosial yang lebih teruk berlaku? Ibu bapa sering menyalahkan anak mereka kerana terlibat dalam masalah sosial, tetapi bagaimana pula dengan membuat hantaran yang tinggi? Tidakkah perkara ini akan menyebabkan perzinaan berlaku, kahwin lari, dan sebagainya?

Hayatilah nilai-nilai murni dalam Islam. Islam tidak membebankan penganutnya, malah membuatkan kehidupan bertambah selesa jika kita mengikuti apa yang telah ditetapkan dalam Islam. Pesan saya kepada ibu bapa pihak perempuan, tidaklah salah untuk meletakkan hantaran, tetapi biarlah berpada-pada dan tidak terlalu membebankan pihak lelaki. Apa yang penting adalah mas kahwinnya, bukan pada hantaran. Kenapa kita perlu menganggu pembinaan ‘masjid’ sedangkan pembinaan ‘masjid’ itu dapat diselesaikan dengan cara yang mudah? Fikir-fikirkanlah…

Sokong garis panduan elak hantaran tinggi

SEREMBAN: Sikap sebahagian besar masyarakat hari ini yang mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran untuk menunjuk-nunjuk walaupun ia menyimpang daripada tuntutan agama menjadi punca wang hantaran perkahwinan tinggi.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Mohd Zaidi Ramli, berkata sikap itu sukar dikikis sekali pun ia bukan tuntutan Islam.

Beliau berkata, satu garis panduan wajar diwujudkan bagi menangani masalah hantaran perkahwinan tinggi, namun hakikatnya terpulang kepada perbincangan dan kemampuan pasangan pengantin.

“Masalah wang hantaran perkahwinan tinggi tidak timbul di negeri ini kerana sistem adat yang diamalkan menekankan kepada perbincangan dan permuafakatan antara kedua-dua pihak sebelum ditentukan,” katanya.

Beliau berkata, penentuan wang hantaran harus bersesuaian dengan keadaan hari ini kerana perkahwinan di kawasan bandar sudah tentu berbeza dengan di kampung.

Mohd Zaidi berkata, beliau amat bersetuju dengan pandangan mufti lain untuk mengadakan garis panduan mengenai wang hantaran bagi mengelak pelbagai masalah.

“Apa yang penting memahami prinsip perkahwinan itu sendiri iaitu untuk melahirkan zuriat,” katanya mengulas pandangan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Mohamad Yusof Hussain supaya Jabatan Agama Islam Negeri mewujudkan garis panduan berhubung hantaran perkahwinan tinggi.

Sumber: Harian Metro Online


http://almarbawi.wordpress.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 4 comments Links to this post  

Bulan pun jadi pink

Wednesday, 24 October 2007



Bulan ini untuk kesekian kalinya teman2 dekatku menikah. Ada rasa haru, malu -malu bercampur bahagia yang kutangkap dari wajah - wajah mereka. Mulai dari prosesi ijab qabul, apalagi tatkala kupergoki mereka berjalan mesra berdua. Gak akan terbayang, serasa dunia hanya milik mereka berdua.

Katanya sih cinta itu suatu yang penuh warna dan kehangatan. Gejala - gejala "pink virus" ini biasanya sesorang akan sering melamun sendirian, makan bisa lupa waktu (hati - hati bisa obesitas lho...),bahkan sering senyum - senyum sendirian apalagi didepan PC (hehehe...ketahuan lagi chating ama siapa hayooo...). Jujur aja kadang aku ikut panas mendengar kisah kasih mereka. Terkadang juga muncul keinginan untuk segera melakukannya, hehehehe... sorry beuh, saat ini aku masih tetap setia bergabung dalam barisan JIL (jaringan ikhwan lajang ^_^). Yaah... masih menikmati masa kesendirian gicthu...(justifikasi ^_^).

Tak ada kisah seindah cinta, itulah yang kuresapi dari bahasa mereka. Ada satu rasa yang muncul, "betapa agungnya cinta". Karena dengan citalah kita lahir, tumbuh dewasa, ta'aruf, menikah, punya anak, punya isteri yang kedua, ketiga, keempat (lho....kok !!!) dan akhirnya kerana cinta jua kita kembali kepada sang pemilik "cinta" sejati. Jangankan kita, pujanggapun akan kehabisan kata - kata mengungkapkannya. Betapa dahsyat anugerah yang satu ini. Namun satu hal yang harus menjadi prinsip adalah cinta kita pada isteri, anak, harta dll adalah subordinat. Cinta kepada Allah lah cinta yang hakiki.
So...
Tetap jaga cinta dalam hati kita, jangan pernah lupa betapa cintanya sang pemberi cinta pada kita.

Oke buat pembaca budiman, sampai disini dulu ya. Soalnya bentar lagi ana harus dokumentasi pesta pernikahan ^_^.

http://photocyber.multiply.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Hantaran Calculator

Tuesday, 23 October 2007

Talk about rising costs of living.

It seems that the Hantaran (dowry) for Muslim brides have increased too. The dowry is a fixed amount of money that the groom has to pay to the bride's parents, on top of wedding expenses. As recently as a few years ago, the Hantaran for a Muslim bride would be about $7000. Today a figure as high as $10,000 is not unheard of.

From what I understand, some Malay men have decided to take out an installment plan on their brides too.

So how much is a Muslim lady worth and how do you determine her value anyway? Many of my friends have been asking this question.

With that I have configured a Hantaran Calculator

Do give it a try and see how much you (or your bride) is worth.

But a word of caution though. The Hantaran Calculator has been configured with deep-seated Malay stereotypes, based on certain qualities that our elders look out for when "valuing" a girl. For example her age (too old is not good), education level (too high is not good either), and whether or not she is a virgin (some elders can actually tell).

Note: Islam frowns upon wastage and preaches moderation, even when holding weddings. So take the calculator with a pinch of salt :)


http://muhammad-ridzwan.blogspot.com/


spiderman_pink: yea! $900! siapa nak kahwin? :D

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 10:10 8 comments Links to this post  

Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan

Monday, 22 October 2007



Alangkah seringnya
Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan
Membuat detik-detik di depan terasa hambar

Belajar dari ahli puasa
Ada dua kebahagiaan baginya
Saat berbuka
Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

Inilah puasa panjang syahwatku
Kekuatan ada pada menahan
Dan rasa nikmat itu terasa, di waktu buka yang penuh kejutan

Coba saja
Kalau Allah yang menghalalkan
Setitis cicipan surga
Kan menjadi shadaqah berpahala


Buku ini dipersembahkan untuk mereka yang lagi jatuh hati atau sedang pacaran bersama doi yang dipenuhi hasrat nikah dini tapi belum bernyali yang sedang menjalani proses penuh liku dan yang ingin melanggengkan masa-masa indah

Alangkah seringnya mentergesai kenikmatan tanpa ikatan. Membuat detik-detik di depan terasa hambar. Belajar dari ahli puasa, ada dua kebahagiaan baginya, saat berbuka dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala. Inilah puasa panjang syahwatku, kekuatan ada pada menahan dan rasa nikmat itu terasa, di waktu buka yang penuh kejutan. Coba saja, kalau Allah yang menghalalkan, setitis cicipan surga kan menjadi shadaqah berpahala.Buku ini dipersembahkan untuk mereka yang lagi jatuh hati atau sedang pacaran bersama doi yang dipenuhi hasrat nikah dini tapi belum bernyali. Yang sedang menjalani proses penuh liku dan yang ingin melanggengkan masa-masa indah pernikahnnya.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Nikah muda: Sebuah pilihan atau unsur lain?

Sunday, 21 October 2007

Baru – baru ini saya melihat banyak sekali buku-buku tentang nikah [esp tentang nikah muda]. Jujur, ketika saya membaca beberapa buku tentang tersebut, terlintas dalam pikiranku “benar juga ya?”.. ya iyalah, kan diperkuat dengan Al Quran dan Hadist. Saat ini nikah muda belum menjadi trendsetter, banyak yang kuliah dulu, kerja, “memapan”kan dirilah, trus nikah. Coba kita hitung [itungan seorang laki-laki], normalnya umur 18 tahun masuk kuliah, trus kuliah 4 tahun, cari kerja plus memapankan diri 2 tahun, berarti kira-kira umur 24-25 tahun menikahlah, itupun kalau sudah dapat calon. Kalau gak dapat-dapat, ya mau bagaimana lagi.

Untuk mengantisipasi hal itu [belum dapat calon istri, red], tak jarang sedari kuliah atau kerja, banyak yang cari calon pendamping, entah bagaimana caranya. Jika sudah menemukan trus belum siap, ikatan tunangan-pun digelar, entah ini sebagai “pengikat” atau memang hanya sekedar perayaan belaka, supaya tetangga-tetangga kita tau bahwa kita sudah punya calon atau ada unsur lain?

Saya pernah dimintai konsultasi seorang sahabat saya, sebut saja Ariel, dia pendiam tapi bisa jatuh cinta juga,hehe9x [maap ya yang ngerasa], dan calonnya sebut saja Luna Maya [lho, lho, lho ini bukan infotainment lhooo]. Keduanya memang punya prinsip tidak mau pacaran sebelum menikah, tapi keduanya terlanjur jatuh cinta. Hal ini membuat mereka memutar otak, pacaran seperti orang kebanyakan yang tiap malam minggu keluar jalan, berpegangan tangan, atau apalah, sangat tidak mungkin untuk dijalankan. Ariel berniat melamar Luna Maya dan melaksanakan pernikahan sesegera mungkin, tapi apa yang terjadi? Sebelum melamar Luna Maya, Ariel mendapat kabar bahwa Luna Maya sudah dijodohkan orang tuanya, lha terus?? Setelah Ariel cek langsung, ternyata berita itu benar adanya. Akhirnya mereka sepakat untuk menjalani apa adanya dulu, mereka berjanji untuk menjaga hati masing-masing, toh mereka gak tau berjodoh apa tidak?

So, nikah muda tidak mudah untuk dilakukan. Tidak hanya lamaran, berucap ijab qabul, resepsi, trus selesai, tidak semudah itu..!!! trus bagi yang laki-laki, istri kita nanti dikasih makan apa? rumput? Hehehe99x…

Tapi kalau kasusnya kayak artis ibu kota kayak Nana Mirdad-Andrew White yang musti nikah karena ketahuan hamil di luar nikah, gimana? tau ah gelap. Itu memang murni “kecelakaan” yang disebabkan mereka sendiri. Ya itulah pentingnya menjaga hubungan antara laki-laki perempuan, saya gak perlu menulis batasan-batasan pergaulan laki-laki dengan perempuan, toh persepsi dan batasan tiap orang tentunya berbeda. Gaya hidup yang semakin tahun kok nampaknya semakin rusak ya? Artinya kasus seperti Nana Mirdad dan Andrew White sudah dianggap hal biasa dan sangat wajar, Astagfirullah…

Pergaulan Bebas

Ngomong-ngomong soal pergaulan bebas, bukan hanya penyakit anak muda saja kok, orang yang sudah berkeluarga juga [maybe…] mengalaminya. Gimana ya? Apakah ini menjadi trendsetter atau gimana saya gak tau. Saya masih ingat betul tayangan Kupas Tuntas yang beberapa waktu yang lalu pernah disiarkan di Trans 7, kalau tidak salah topiknya Dayang-dayang DPR-MPR atau apalah, saya tidak begitu ingat dengan judulnya. Hmm…. sungguh diluar dugaan saya. Tentu ingatkan kasus bagaimana Gusti Randa menceraikan Nia Paramitha, desas-desusnya karena perselingkuhan Nia Paramitha dengan pimpinan partai poliltik, bahkan Nia sempet dikabarkan aborsi. Trus kasus serupa juga, ME dan YZ, yang taulah video mesumnya yang beredar di masyarakat. Padahal mereka adalah publik figur, tokoh masyarakat, golongan elite politik, wakil rakyat, tapi kenapa? Mbok ya ngaca gitu, apa gak malu…?. Saya bukannya sok suci atau gimana ya, tapi inilah yang memang terjadi, sebuah kebobrokan moral di Indonesia. Ya Allah, ampunilah kami ya Allah… Mungkin saja bencana yang terjadi di Indonesia baru-baru ini memang karena segala bentuk kelakuan kita yang sudah keterlaluan? Wallahua’lam…

Hikmahnya

Kembali ke Laptop… btw, nikah muda dengan pergaulan bebas ada hubungannya gak ya? kalau di hubung-hubungkan pasti adalah hubungannya. Semoga saja tulisan ini berguna bagi pembaca sekalian. Hikmahnya apa ya? Sebagai makhluk Allah harus senantiasa taqwa kepadaNya, menjaga hati, insya Allah kita termasuk golongan orang yang selamat dunia akhirat, amien….

Tulisan ini adalah murni pikiran saya sebagai pribadi yang kebelet nikah tapi belum kesampaian

http://hasanjunaidi.wordpress.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 22:22 0 comments Links to this post  

Naluri dan fitrah

Saturday, 20 October 2007

'hei hei kamu. kamulah!! apa yang kamu menungkan?' aku merosakkan khayalanmu saat mata kamu redup memandang skrin komputer. kamu memberitahu aku 'tak adalah. aku sedang berfikir.'

oohh.. aku tahu. tentang cinta. cinta yang telah terpesong menjadi fitrah. aku masih ingat lagi, saat itu kamu sedang menatap helaian 573, kitab fikah mazhab Syafi'e(jilid4), yang membincangkan bab undang2 kekeluargaan. kamu membaca..


hikmat perkahwinan disyariatkan


perkahwinan mempunyai banyak faedah dan hikmah, antaranya;

1. Menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah.

Allah telah mencipta manusia serta membekalkan mereka dengan keinginan seksual dan keinginan kepada wanita. fitrah ini juga dibekalkan kepada wanita-wanita.

oleh kerana Islam merupakan agama fitrah, Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk menyahut seruan fitrah yang terpahat di jiwa manusia. Islam menjadikan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan yang boleh memenuhi tuntutan itu.

fitrah....'

kamu menyelak helaian 574, dan kamu membaca lagi....

'Islam tidak menyekat naluri ini. ia tidak menghancurkan kehidupan manusia dengan mengharamkan perkahwinan. ia juga tidak menyeru manusia agar membujang dan hidup seperti seorang rahib.

naluri.....'

lagi kamu membaca....

'Islam tidak membiarkan naluri manusia tidak dipenuhi. Islam juga tidak memberikan manusia kebebasan sepenuhnya untuk memenuhi keinginan seksual sehingga boleh merosakkan diri, orang lain, akhlak, meruntuhkan keluarga dan rumahtangga serta membuka pintu yang luas kepada godaan syaitan. sebaliknya Islam berpendirian sederhana dengan memenuhi keinginan fitrah manusia serta mengaturnya supaya dapat berperanan dengan baik dalam melahirkan keturunan manusia serta memastikan kesinambungan kehidupan manusia.'

kamu berfikir sejenak tentang fitrah dan naluri. apakah dia fitrah dan naluri bagi manusia? segera kamu berpindah ke halaman 573 untuk mendapatkan jawapan.

jawapannya ialah seksual dan keinginan kepada wanita. dan fitrah ini juga dibekalkan kepada wanita-wanita. ini adalah nafsu..

kamu berfikir lagi. cinta itu fitrah, fitrah itu seksual dan keinginan kepada wanita. seksual dan keinginan kepada wanita adalah nafsu. mengikut ajakan nafsu yang bukan pada tempatnya adalah berdosa. jadi, cinta itu nafsu. dan cinta sebelum kahwen adalah berdosa... yah..

tapi... cinta itu fitrah. dan semua orang bercinta. ustaz dan ustazah pun bercinta. budak2 yang belajar agama pun bercinta. penasyid2 pun ada yang menyanyikan lagu cinta sedang mereka juga bercinta. lagi pula mereka yang hidup tidak berpedomankan Islam. ya, cinta itu fitrah. tak ada siapa yang boleh menolaknya. semua pun memerlukannya.'

aku lalu menyampuk. 'itu adalah fitnah kamu. bukan fitrah. cuba kamu baca balik, Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk menyahut seruan fitrah iaitu seksual dan keinginan kepada wanita2 yang terpahat dalam jiwa manusia. bukannya dengan percintaan kamu. jika disyariatkan percintaan, pastinya menyalahi arahan supaya menjauhi bibit2 zina. kalau menyalahi, bermaksud, menyamai...

cuba kamu renung balik sejarah Nabi berurus niaga dengan Khadijah yang akhirnya mereka ke jinjang pelamin. pastinya Nabi juga meminati Khadijah. cuma Nabi tidak meluahkannya dan menahan dirinya dari bercinta. inilah dia perlambangan yang tercatit dalam helaian 573 ini. lagi pula tidak pernah terjumpa kisah2 percintaan para ulama silam seperti al-Ghazali, imam Syafi'e, imam Muslim yang kaya, dan lain2 lagi.'

kamu membaca lagi di helaian 578..

'Abdullah bin Mas'ud r.a berkata;

'ketika kami muda, kami berada bersama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa2 harta. Baginda berkata kepada kami: "wahai para pemuda! jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana puasa itu adalah pendinding baginya."

aku menyampuk lagi. 'maksudnya.. sesiapa yang mampu menyediakan mas kahwin, menyara anak, bakal isteri dan diri sendiri, hendaklah dia berkahwin. sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa. bukan bercouple. itulah jalan penyelesaian fitrah....

jadi sebenarnya kamu telah melakukan dosa. tapi kamu tidak sedari kerana akal yang merasionalkan kehendak nafsu dengan ayat 'cinta itu fitrah'. dan kamu juga sejuk hati bila ustaz2 dan ustazah2, pelajar2 agama mengiakan tindakan kamu. bahkan menasihati kamu dan memberi tip2 supaya cinta kamu berdua tetap mekar diredhoi Allah.

aahh karut semuanya itu..' hamburku pada kamu.



kamu persoal 'tapi kenapa para penasyid pun menyanyikan lagu cinta. macam lirik ni..

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya
yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri...

Tak akan ku persia
limpah rahmat Yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Illahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia..

dan banyak lagi lirik2 cinta dalam lagu2 nasyid... cinta itukan kurniaan Tuhan mengapa harus kita pertikaikan. wajarkah ia dikatakan dosa? sepatutnya kita bersyukur...'

aku menambah.. 'wah wah kamu.. pandainya bercakap.. memang cinta itu kurniaan Tuhan. bersyukurlah atas nikmat itu. jangan kamu cemarkan ia dengan maksiat dosa bercinta. tak semua yang menyanyi lagu nasyid dari kalangan yang faham agama. mereka hanya menyanyikan lirik yang dituliskan untuk album mereka sahaja tanpa fahaman agama. yang menulis lirik itu pun bukan dari kalangan yang faham agama. tapi sama sahaja dari kalangan yang menyanyikannya juga.

tapi cuba kamu hayati lirik2 nasyid dari album Raihan, tiada satu lirik pun yang memfitrahkan cinta.'

kamu termenung. sedang hati kamu tidak dapat menerima hakikat bahawa cinta itu fitnah. tidak, cinta itu fitrah, tiada siapa yang dapat menghindarkannya. sedang kita lahir juga atas nama cinta..

aku menyampuk 'hidayah memang tidak akan masuk pada hati yang keras hitam dengan dosa.'

keras kamu menyanggah 'siapa???!!"

'kamulah!!'

http://mashitahjuki.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 17:17 0 comments Links to this post  

Suka Duka Nikah Muda

Friday, 19 October 2007


Menikah muda, sepertinya saat ini sedang trend di kalangan generasi muda. Ada yang karena pemahaman agama, dengan pertimbangan untuk lebih menjaga hati dan menjauhi zina. Selain itu juga untuk merasakan nikmatnya keluarga sakinah, mawaddah, warohmah. Ada pula karena terlanjur ’kebablasan’ dalam hubungan seks pra nikah. Untuk yang terakhir ini, seorang ustadz mengistilahkan dengan pemilu, alias pengantin hamil dulu. Istilah lain yang dikenal anak muda adalah MBA, alias married by accident.

Jangan heran, di Indonesia yang seperti itu makin hari makin meningkat saja. Bahkan seolah-olah sudah dianggap sebagai sesuatu yang biasa, dan bukan aib lagi. Ketika dibikin sinetron pun laris manis. Bagi yang belum bisa meninggalkan acara televisi mungkin pernah mendengar sinetron Pernikahan Dini. Meskipun ceritanya seputar pasangan pemilu yang sarat konplik, hampir tidak pernah akur, toh ratingnya cukup tinggi juga. Na’udzubillaahi min dzaalik. Yah,, sesuatu kalau awalnya tidak baik, biasanya jarang bisa berakhir dengan baik. Termasuk juga dalam pernikahan. Meskipun bahagia di masa pacaran, tidak menjamin akan bahagia setelah menikah. Apalagi jika sudah punya anak.

Tentu bagi anak-anak muda yang selalu berusaha meniti jalan taqwa, married by accident tidak akan pernah menjadi pilihan mereka. Solusinya yang halalan thoyyiban saja sudah dituntunkan oleh Allah, kok mau milah yang penuh bahaya. Pemuda-pemudi ini pun banyak yang memutuskan untuk menikah muda. Hanya saja, biasanya mereka pacaran setelah menikah. Lalu apa sih suka duka nikah muda?

Suka Duka Nikah Muda

Pengalaman setiap pasangan dalam pernikahan tentu berbeda-beda, baik dari segi alasan mengapa menikah muda? atau pengalaman pribadi di dalam pernikahan itu sendiri. Yang pertama apa sih sukanya dalam nikah muda? Yang jelas ada yang mengatakan bahwa dengan nikah muda akan membuat seseorang lebih happy, lebih sehat dan membuat hidup lebih berarti.


Sebuah penelitian yang dilakukan antara tahun 1950 sampai dengan 1970 menemukan bahwa orang-orang yang menikah cenderung lebih bahagia dibandingkan yang tidak menikah, hidup sendiri atau bercerai. Penelitian ini juga menemukan bahwa disamping pernikahan cenderung menjadikan orang lebih bahagia, kebahagiaan itu sendiri cenderung mendorong untuk lebih cepat menikah. Jika hidup anda kurang bahagia, anda cenderung takut untuk menikah. Salah satunya anda tidak yakin bahwa kebahagiaan nikah dapat diupayakan. Anda membayangkan bahwa pernikahan membuat anda terkungkung dalam rumah tangga. Ketakutan yang sama juga terjadi pada mereka yang ingin memacu prestasi, tetapi tidak mempunyai model yang tepat sehingga mereka sulit membayangkan bahwa kesibukan kita mengasuh anak tidak menghalangi kita untuk mencapai prestasi yang optimal.

Selain lebih happy dengan nikah muda, juga lebih sehat dengan nikah muda. Secara sederhana, meningkatnya kesehatan orang-orang yang sudah menikah dapat dikelompokkan dalam tiga hal berikut:

1.Meningkatkan stamina. Proses-proses faali dalam tubuh karena meningkatnya kebahagiaan membuat kita memiliki daya tahan yang lebih baik. Papalia dan Olds menunjukan bahwa orang yang menikah cenderung lebih jarang mengalami disabilities (ketunaan) dibanding yang tidak menikah atau yang bercerai.

2.Bertambahnya imunitas. Orang-orang yang menikah lebih jarang mengalami gangguan penyakit yang kronis dibanding mereka yang tidak menikah dengan status kesehatan awal yang sama. Maksudnya, jika ada dua orang yang sama-sama memiliki bakat asma dengan tingkatan yang sama, orang yang menikah akan lebih jarang terserang asma dibanding yang tidak menikah, cerai atau terpisah dengan suaminya.

3.Pemulihan kesehatan lebih mudah. Proses penyembuhan dan pemulihan kesehatan orang yang sudah menikah cenderung lebih cepat dibanding orang yang tidak menikah. Orang yang perkawinannya membahagiakan cenderung lebih mudah pulih dibanding orang yang pernikahannya biasa-biasa saja, apalagi yang tidak sangat membahagiakan.


Kemudian dengan nikah muda, membuat hidup lebih berarti. Menikah membuat kita lebih dewasa. Kedewasaan kita akan jauh lebih matang saat anak kita lahir. Jika saat menikah kita mempertemukan dua hati, dua kebiasaan, dua pengalaman hidup, dan bahkan mungkin dua arah tentang perkawinan, maka saat anak kita lahir kita mempertemukan cita-cita yang tinggi dengan kesediaan untuk mengalahkan diri sendiri. Terhadap istri, kita bisa berdialog dan bahkan mungkin sedikit sewot jika ia tidak berperilaku sesuai dengan yang kita harapkan. Akan tetapi, tidak bisa demikan terhadap anak-anak kita yang masih bayi. Kita bisa menuntutnya untuk berperilaku dan bersikap seperti yang kita inginkan. Tidak pula bisa kita ajak berdialog. Yang bisa kita lakukan adalah menyesuaikan dengan pola anak, mengalahkan diri sendiri agar lebih sabar, dan tidak patah dalam menegakkan cita-cita. Melalui proses ini jika kita menghayati, kita akan menjadi manusia yang jauh lebih matang. Sesungguhnya, dalam proses pendidikan anak itu ada pelajaran besar tentang bagaimana menghadapi manusia.

Lepas dari semua itu, ada satu hal yang perlu kita catat. Kedewasaan tidak datang tiba-tiba. Ia perlu upaya, terutama dari diri kita sendiri. Kita perlu mengupayakannya dengan sungguh-sungguh sebab usia tidak dengan sendirinya membuat kita lebih dewasa. Selanjutnya, apa yang bisa kita lakukan untuk meningkatkan kedwasaan kita? Ada beberapa hal yang bisa kita perhatikan. Pertama, menata kesadaran kita tentang tanggung jawab. Kedua, membekali diri dengan ilmu sehingga menjadi orang paham dam mampu. Ketiga, meningkatkan kemampuan kita bertanggung jawab.

Yang diatas tadi adalah gambaran tentang sukanya dalam nikah muda menurut bacaan kami. Sedangkan duka dalam nikah muda, mungkin karena sama-sama muda ada sifat egois yang muncul. Kadang satu sama lain tidak mau mengalah, bisa berakibat kemarahan, dan ini biasanya tidak berlangsung lama kemudian berbaikan lagi.

Adapun suka duka nikah muda menurut kami, atau pengalaman kami yang juga nikah muda memang lebih banyak sukanya daripada dukanya. Tapi terkadang dukanya pun kami alami dan kami hadapi bersama.

Kendala untuk nikah muda

Belum punya mai’syah atau belum dapat mencari nafkah, kadang menjadi salah satu penghalang bagi seseorang untuk menikah. Banyak orang yang sebenarnya sudah ingin menikah, tapi terpaksa menunda karena belum bekerja. Mungkin bagi sebagian orang hal ini dianggap sebagai sesuatu yang realistis. Meskipun demikian, harus diingat bahwa Allah akan membantu mencarikan jalan keluar bagi pemuda yang akan menikah demi menjaga agamnya. Bagaimana jika pemikiran seperti itu dibalik saja. Bukankah dengan menikah, semangat mencari nafkah seorang pemuda akan semakin menggelora? Ini akan terjadi bila sang pemuda menyadari benar akan tanggung jawabnya. Demikian hal tersebut akan lebih memberinya semangat untuk mencari nafkah.

Selain belum punya ma’isyah, yang sering menjadi kendala untuk menikah adalah belum selesai studi. Jika seseorang masih sekolah, biasanya belum berani untuk menikah. Alasan klasiknya, takut tambah repot ngurus keluarga, selain belum punya ma’isyah. Meski demikian, saat ini dikalangan kampus juga marak dengan pernikahan di usia muda. Sebagian aktivis dakwah yang masih mahasiswa pun, tak kalah ketinggalan mengambil pilihan ini.

Untuk itu bagi pemuda-pemudi yang belum menikah, segeralah menikah. Tapi ingat pilihlah yang baik agamanya biar tidak menyesal di kemudian hari. Wallahu a’lam bishawab.


Makalah disusun Oleh: Sisie Annisa
*persyaratan BWKAM di bulan Ramadhan*
*poto pernikahan temenku


http://herdinur.multiply.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 17:17 0 comments Links to this post  

This is the way it should be: pacaran halal

Thursday, 18 October 2007

Siang itu langit berawan, jalanan putih diselimuti bunga es, dingin. Gadis itu duduk sendiri disudut lobby masjid, raut mukanya tenang dihiasi senyuman, cantik sekali. Namanya Vivian, muallaf dari Denmark, dia akan menerima nikah siang itu. Waktu kutanya bagaimana perasaannya menjelang akad nikah, dia hanya tersenyum.

Tak lama, pelengkap lain pernikahan datang, maksudnya mempelai pria, wali dan dua saksi. Terbentuk forum kecil, hanya tujuh orang, sederhana sekali. Dalam forum itu akan diucapkan sebuah janji agung, mitsaqan ghalizan.

Seumur-umur saya tak banyak menyaksikan prosesi akad nikah, masih terhitung jari tangan. Disaat sahabat berbondong mengirimkan undangan pernikahan mereka, saya sudah merantau di tanah seberang, walhasil banyak yang terlewat tanpa saya mampu menghadirinya. Jadi ketika malam itu ada sms masuk mengajak saya menyaksikan prosesi akad nikah di masjid, wah bahagianya saya tak terkira.

Semua sudah siap. Sang Imam yang sekaligus bertindak sebagai wali nikah berbasa-basi sejenak, dan memastikan semua hadirin mengerti apa yang dia bicarakan. Beliau jelaskan sekilas tentang ijab dan qabul kepada kedua mempelai. Kemudian, sambil menggenggam tangan sang mempelai pria, beliau mulai menuntun ijab dan qabul, dalam bahasa inggris dan arab.

voila!



"Now you're married" Hadirin, terutama kedua mempelai, menghembuskan nafas lega.

Khutbah nikah tak seberapa panjang, karena terputus oleh adzan Asar. Tapi yang terpenting janji itu sudah diucapkan, yang haram sudah menjadi halal, penggenapan dien sudah mulai ditunaikan. Semoga Allah memberikan barakah-Nya kepada mereka.

Tak banyak cerita tentang kedua mempelai yang saya tahu. Tapi yang jelas, mereka bertemu melalui perantaraan sang Imam, dan sebagai muallaf, mempelai wanita memandatkan wali nikahnya pada beliau. Dan prosesi singkat itu memberikan romantisme tersendiri bagi saya. Sungguh penyatuan dua insan di jalan-Nya sangatlah mudah dan sederhana.

Ketika saya meninggalkan masjid ba'da Asar, ada banyak hal berkecamuk di benak saya, antara bahagia, cemburu, dan heran. Saya turut bahagia melihat dua sejoli mengikat janji di jalan Allah, dan melihat mereka masih canggung dan malu-malu ketika melangkah meninggalkan masjid sebagai pasangan sah suami istri. Saya cemburu, kapan ya giliran saya *hehehe*. Dan tak ketinggalan, saya heran, sebenernya fiqih nikah itu kan sederhana, tak perlu banyak pernak pernik. Tapi mengapa justru tradisi dan kebiasaan masyarakat kita membuat prosesi nikah itu menjadi hal yang memperlambat terjadinya ijab dan qabul.

# Untuk Farhad dan Vivian: Barakallahu lakum wa baraka 'alaykum wa jama'a bainakuma fii khayriin


{ps. foto ini kok romantis ya menurut saya}


http://ciptanti.multiply.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 14:14 0 comments Links to this post  

Khutbah nikah

Wednesday, 17 October 2007


Salam bertemu kembali setelah dua minggu saya menyepi. Bukan sengaja membiarkan laman ini tandus, namun kerana beberapa urusan kekeluargaan yang menuntut saya untuk berpergian. Sepanjang tempoh ini, saya sempat bermusafir ke negeri selatan semenanjung Malaysia, Johor kemudian ke Melaka . Tidak banyak kisah yang dapat saya kongsikan dengan anda di Johor, apa yang boleh saya katakan ianya adalah sebuah bandar untuk shopping. Memang sesuai untuk orang perempuan! Cuma ada sesuatu yang lebih menarik untuk saya sajikan kepada teman semua ketika di Melaka. Ya, khutbah nikah!

Tidak keterlaluan rasanya andai saya ingin mengatakan yang ini adalah pertama kali saya mendengar khutbah nikah dengan penuh teliti yang dibaca jelas oleh seorang imam masjid ketika majlis akad nikah. Sedikit terusik juga hati ini dengan isi kandungannya. Lebih kurang begini bunyinya ( mungkin ada di antara teman semua yang pernah mendengarnya)

Dengan basmallah dan selawat ke atas nabi, majlis yang penuh barakah ini bermula.
Saya hanya quote beberapa baris yang saya rasakan cukup memberi kesan di hati.

Sabda nabi SAW, “ solat 2 rakaat seseorang yang beristeri adalah 70 rakaat lebih baik daripada seorang yang bujang.”(status hadithnya saya kurang jelas)

“ sesungguhnya pernikahan itu adalah sebahagian daripada sunnahku,Maka barangsiapa yang tidak suka akan sunnahku, maka dia bukanlah dari golonganku”-mafhum hadith-

“sejahtera ke atas kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah memilih untuk menutup jalan makskiat.- mafhum hadith-

" Dan kahwinkanlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepadamereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas ( rahmatNya danlimpah kurniaNya ), lagi Maha Mengetahui. " Q.S An-Nuur : Ayat 32

Setelah mendengar keseluruhan isi khutbah nikah itu, secara jujurnya saya dapat rasakan, betapa hebatnya hikmah orang yang bernikah berbanding mereka yang hidup bujang. Betapa Islam memuliakan mereka yang memilh jalan pernikahan daripada mereka yang masih terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, yang keji menjadi suci terpuji. Allah telah menyediakan jalan yang paling mudah utuk menghalalkan cinta sepasang anak Adam, sepertimana yang terdapat dalam hadith bahawa sebaik-baik percintaan adalah percintaan selepas pernikahan. Bukannya Allah tidak mengerti rasa rindu hambanya, rasa kasih yang tumbuh buat insan lain, rasa resah dan duka yang menjerut hati , di mana saat itu kita sebenarya memerlukan seseorang untuk menjadi bahu tempat kita menangis, mendengar jeritan hati untuk kembalikan semangat untuk terus hidup. Lantas Allah menciptakan kita seorang kekasih , moga dengan hubungan kita dengan kekasih itu membuahkan ketenteraman, dan dengan itu Allah menganugerahkan jalan pernikahan. Bercintalah kamu keranaNya.

Namun mengapa masih ramai yang ragu untuk memilih jalan ini andai sudah ada kemampuan? Satu fenomena yang masih saya tidak faham, andai seorang anak itu meminta untuk bernikah awal, ramai ibu bapa yang tidak setuju, katanya masih muda dan tumpukan sahaja pada study, namun tidak mengapa pula jika anaknya habiskan kredit bergayut di telefon, dan keluar berdua-duaan tanpa sebarang ikatan pernikahan. Inilah yang berlaku dalam masyarakat, yang baik dipandang jelek, namun yang buruk itu pula dikatakan tidak mengapa.


http://lailatulmawardah.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 16:16 4 comments Links to this post  

Perlis benarkan wanita berkahwin tanpa wali -- Elak susahkan perkahwinan – Mufti Perlis

Tuesday, 16 October 2007

KANGAR 16 Sept. – Wanita di Perlis yang tidak mendapat persetujuan wali untuk berkahwin masih boleh meneruskan hasrat mereka apabila kerajaan negeri menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2007.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Datuk Abu Bakar Ismail berkata, enakmen itu telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis pada 11 September lepas.

Dengan pindaan itu, Hakim Syariah diberi kuasa membuat keputusan terhadap kes-kes yang wali tidak bersetuju untuk membenarkan perkahwinan itu.

Pindaan itu yang memasukkan perenggan baru selepas perkara 13(b) menyebut: “Dengan syarat bahawa dalam hal di mana wali yang telah enggan memberi persetujuan dengan tiada sebab yang syarie, Hakim Syariah boleh, selepas berpuas hati dan difikirkan patut, memberikan persetujuannya jika penyiasatan itu telah tertangguh sebanyak dua kali.”

Pindaan itu bertujuan memudahkan pasangan yang hendak berkahwin setelah menghadapi kesukaran mendapat persetujuan wali pasangan perempuan, katanya di sini hari ini.

Abu Bakar seperti dipetik oleh Bernama berkata, di bawah pindaan enakmen tersebut, Hakim Syariah berhak memanggil wali pasangan perempuan yang hendak berkahwin bagi membolehkan siasatan dilakukan tetapi jika dua kali wali terbabit tidak hadir selepas dipanggil oleh mahkamah, Hakim Syariah diberi hak meneruskan perkahwinan pasangan berkenaan setelah beliau berpuas hati dan perkahwinan itu difikirkan patut.

“Islam sendiri menggalakkan umatnya berkahwin dan mendirikan rumah tangga untuk mengembangkan zuriat, justeru adalah tidak wajar mana-mana wali cuba menghalang perkahwinan seseorang pasangan perempuan tanpa sebab munasabah hingga boleh menimbulkan implikasi lebih buruk kepada pasangan terbabit.

“Kita tidak mahu disebabkan wali enggan mengahwinkan sesuatu pasangan menyebabkan pasangan berkenaan terus menghadapi tekanan hidup dan lebih membimbangkan lagi kemungkinan mereka akan tersilap langkah hingga boleh membawa kepada kemaksiatan dan penzinaan,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin pula ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, langkah kerajaan negeri Perlis memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah itu dibuat bagi memudahkan perkahwinan.

“Kita kena ambil kira soal ruang untuk melakukan maksiat sekarang sangat mudah, maka tidak wajar kita menyusahkan perkahwinan itu.

“Dari segi hukum, benar kita perlukan wali, tetapi jika wali enggan menikahkan tanpa sebab yang jelas, mahkamah boleh memberi kuasa kepada wali hakim untuk menikahkan pasangan yang ingin berkahwin,” katanya.

http://www.utusan.com.my/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 18:18 0 comments Links to this post  

MWTI Forum review - Gejala Seks Luar Nikah - Hukum dan penyelesaiannya dari sudut Islam

Monday, 15 October 2007



Alhamdulillah.. had the opportunity to attend the forum on "Gejala Seks Luar Nikah - hukum dan penyelesaiannya dari sudut Islam" on Saturday night, then the seminar on "Imej Islam" on Sunday held at Madrasah Wak Tanjong al-Islamiah (MWTI).

I'm gonna focus on the former. Though the forum is more relaxed and casual event compared to the seminar, it is a serious issue focusing on how to deal with the rising trend of Malay Muslims youths being involved in sex before marriage and extends to the discussion of another rising trend of adultery after marriage.

Dr Juanda Jaya and Dr Asri provided preventive measures and solutions, frequently quoting verses from the Quran and also prophetic traditions(hadith) and elaborating on them while Ustaz Abdul Jalil mainly gave a clear view of the current unhealthy trends that is befalling the Malay Muslim society in Singapore and its causes from a psychological aspect.

It began with the speakers explaining that this phenomena is not new. It has happened ever since before Islam came at an even worse state. Islam has managed to change many wayward behaviours of men and controlled the situation until generations later..

Why is this so?

MAIN CAUSE: (when) The basic akidah(belief) of a Muslim is not strong. If every single Muslim take into consideration his/her relationship with Allah SWT and focuses on doing what pleases Him and hating to do anything that He forbids, there won't be a problem at all.

It is important to address the main issues first. As both Dr Juanda and Dr Asri agreed was to focus on instilling the love for Allah SWT and His messenger (saw) and the fear of nearing what Allah has forbid..

Dr Juanda said to impart the knowledge of Islam as simple as possible.. he quoted part a hadith, whereby Rasulullah saw taught the basics of Islam to young Abdullah ibn Abbas ra "Wahai remaja(kanak2).. kamu jagalah Allah niscaya Allah akan menjaga kamu.."

Dr Asri stressed upon the need to focus on what's more important before tackling other issues. Why must we keep reminding the youths that "zina" is bad, that we shouldn't approach zina but at the same time they still don't practice the five daily prayers, don't fast during ramadhan or understand the concept of ibadah or are confused/clueless about the purpose of life?

Once these main issues are tackled, insya Allah the person will slowly change after he/she has understood the implications of his/her actions during the daily course of life in the Islamic context.

As what Ustaz Abdul Jalil said also, most of the cases involving the break-down of marriages are due to not having the values of Islam being the core of the marriage relationship.

The 2nd solution: At a modern age and time where almost everything is possible at a click of a "mouse" it is so easy to find the sources that can lead to "zina". This is the reality of globalisation and it can't be prevented. Islam acknowledges the needs of humans.

It's natural that humans have sexual needs or a girl likes a guy or vice versa. As Dr Juanda said,"Sesuatu perkara yang melanda remaja..Ustaz, saya tak boleh tengok perempuan, kalo tengok perempuan rasa lain macam je. Apa hukumnya? Jawapan saya kepada budak ni, Kalau lelaki tengok wanita rasa lain macam, awak lelaki sejati.. Tapi Kalo dia macam tak rasa apa-apa..Yang ni kena periksa kat hospital"

Islam recognises feelings and sexual needs but disciplines this by allowing it to happen only after marriage!

But the reality is, while it is so easy to reach the sources that lead to "zina", the current traditional practices make it harder for Muslims to be married. Both Dr Juanda and Dr Asri stressed on the importance of easing the process of marriage. There is little need to prevent or delay the process once a guy is known to be ready, being a good practicing Muslim and having good values.

Dr Juanda quoted a hadith, "Apabila datang kepada kamu seseorang yang kamu redhai agamanya, maka kawinkahlah dia..kalau tidak maka akan berlaku kerosakan di atas muka bumi"

A good point that was brought up by Dr Juanda was that everyone wants to find somebody who's a good practicing Muslim with good values. "Kalo kita tengok di akhbar, para artist pon, apabila ditanya, lelaki/perempuan macam mana yang menjadi pasangan idaman?.. mereka akan menjawab, saya harap dapat bertemu seseorang yang beriman..."

So instead of wanting to find somebody with good iman.. we ourselves have to strive to have such qualities ourselves, eventually insya-Allah, we will find someone with that same trait. We have to strive to be that type of person, instead of doing nothing and hoping for someone with good iman to help us be better.

As quoted by Dr Juanda,(translated) "... perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..." [surah an-Nur(24:26)]

In the marriage aspect, couples are reminded to take care of each others' needs. For example, One may have a stronger sexual desire than the other. And if this need is not met, then it there is a higher chance that the "partner in distress" will look for this extra need elsewhere. Dr Asri joked,"Kekadang ada orang nie.. bukan setakat harimau.. hari-hari mauu!?"

The speakers said that while they don't promote poligamy, Islam gives an avenue for example, for guys with these extra needs. Which is better? To control the guy which may lead him to secretly search for an alternative to satisfy his needs in an unlawful manner or to encourage him to seek an alternative which is allowed in Islam by allowing him to marry another?

Of course these measures are only for special cases and are not encouraged. Nobody likes to be a wife of four or two. That is why Islam stresses for couples to keep each other happy and to take care of each others' wants and needs at all times.

Hadiths were mentioned on how romantic the Prophet(saw) was with his wives and how he's the best example of a caring and loving husband to his wives or parent to his children. How the Prophet(saw) reminded wives to dress up for their husbands and also for husbands to look good for their wives at all times! even in the household!

The 3rd solution: Keeping a healthy environment at home. This was brought up by Dr Juanda then elaborated by ustaz Abdul Jalil. This is important as one of the main causes of youths rebelling is the lack of love and care by their parents and the lack of trust and respect is given to them. There is very little "quality family time". Every time they're at home, parents would nag, some even hurl condemning remarks, some parents even quarrel frequently in front of their children. When youths can't find peace and happiness at home, they will go outside and most turn to their friends instead in search of these traits.

Dr Juanda proposed a remedy,"Binalah keluarga yang soleh..keluarga itulah yang bertapaknya agama Islam yang terutama..keluarga itulah benteng terakhir, bagi menjaga keluarga, bagi menjaga keturunan, bagi menjaga ugama kita.. Bermula daripada suami yang soleh..disokong oleh isteri yang solehah..kemudian dibentuk oleh anak-anak yang soleh, barulah kita dapat lihat segala gejala maksiat yang wujud di luar rumah akan dapat kita jaga.."

4th solution: To keep oneself busy with time well spent on meaningful activities.

Dr Juanda quoted a hadith,"Dua nikmat yang manusia mudah tertipu yaitu, kesihatan dan masa lapang.."

And he continued,"Masa lapang adalah fitnah yang amat besar kepada manusia..bagaimana kita memanfaatkan masa lapang?"

then quoted a saying,"Orang yang sibuk, tidak akan disibukkan.."..and advised "kalau kita ada masa kosong..isikan masa kosong itu dengan perkara yang bermanfaat kalau tidak, maka akan datang perkara yang bermaksiat.. dan inilah yang banyak berlaku kepada generasi muda kita.." which is so true..

As the Arabic saying goes;

"Air yang tidak mengalir akan merosakkan air itu, pemuda yang banyak masa kosong akan dibunuh oleh masa kosong itu.."

5th solution: Don't ever try to test our faith (iman)! Ouu.. saja je (mendekati apa bentuk zina pon) nak test iman aku kuat ke tak.. don't ever do that. Even when a person is a good Muslim, it does not guarantee how he/she behaves when overcome by lust and sexual desires.

As Dr Asri said,"ustaz tak ustaz, lebai tak lebai, Mufti tak Mufti...dalam hal nafsu nie kalau tak jaga, semua sama!"

We must strive to stay away from what may lead to zina. For example, freely mixing with those who are not of our muhrim. It doesn't mean that we cant even interact but do it only when there is a need to.. Even with our close relatives like cousins or uncles and aunties.. always take care of our eyes from roaming and stay alert of what possibly may lead to flirting. Keep our activities and behaviours in check.

Dr Asri also gave a reality check on this summing up,"Kalo anak-anak kita tu, solatnya terjaga, menjauhi perkara yang berkaitan dengan dosa-dosa besar, jaga perhubungan dengan yang bukan muhrim..kita bagi "A" kat dia. Kalo dosa-dosa kecil insya-Allah akan terjaga.. Kekadang tuh.. ada yang comel-comel berlalu kat depan.. ustaz-ustaz pon tertengok juga!?" Again, he reiterated the importance of focusing on tackling big issues that we have before we tackle the smaller ones.

There was one important point that he brought up. No matter what, it is important by the age of 40 we should control our unnecessary worldly desires and revert more to healthier, Islamic activities. He proposed that we supplicate(doa) and renew our taubah at the age of 40 or even at any age for that matter as what is taught in the Quran..

(terjemahannya)... Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu-bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" [surah al-Ahqaaf 46:15]

Hmm, for now, this is some of what I've gathered from the forum to be shared. I hope that more of such forums involving speakers with such personality, credentials and credability will continue for many years to come, insya-Allah. Do leave comments or thoughts if any..

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30)

Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Allah SWT knows best.

http://rilekwancorner.blogspot.com/

Read More...

Early marriage

Sunday, 14 October 2007

Semalam entah apa pangkalnya, Mdm Faizah, pensyarah EOP kami bercakap tentang kahwin awal. Dia nasihatkan kami supaya kalau boleh, elakkan dari kahwin awal.

Bila ditanya mengapa, Mdm cakap, "Our preference sometimes changes. Maybe this time you prefer this than this, next time others."

'CEO' kami, AbdulRahman bangkang juga. Dia ni dah ada dua orang anak. Jangan tanya berapa orang isteri.

"But, Madam, isn't marriage makes someone be more mature?"

"Yes, it is an advantage for married people. Because they have responsibilities they have to carry. If they are not responsible, then who will feed their children?”

"When you get married in early age, you will be satisfied with what you have. I have my wife and kids, what else should I go for? You know..?" Sambungnya.

"How old are you guys now?"

Kami sama-sama jawab, "23."

"Ah, still young. The ladies should get married at youngest of 25. And the guys… 30"

"What? OMG! 30 madam?" teriak seorang pelajar Indonesia dalam kelas tu.

"Yea. For now, just focus on what you want for your career. Get a job and a good salary. Spend it for your parents' hajj and umrah. Build your life first. Then, you can start thinking about getting married."

Apa pendapat kalian?

http://mirakimura.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 22:22 17 comments Links to this post  

Puasa enam gilap ibadat Ramadan

Saturday, 13 October 2007

Oleh Wan Aminurrashid

UMAT Islam menyambut Syawal sebagai hari kemenangan dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerana dapat menyelesaikan puasa selama sebulan dan merayakan Aidilfitri. Dalam bahasa Arab, Syawal bermaksud "peningkatan". Ini bermakna frekuensi ibadat umat Islam yang melaksanakan puasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah akan meningkat dari segi kualiti amal sesudah Ramadan. Ini wajar kerana dengan latihan sebulan pada Ramadan dapat dijadikan pelajaran yang bermanfaat.

Umat Islam yang berjaya dengan baik menghadapi puasa akan lahir sebagai "pemenang" Aidilfitri kerana hari mulia ini adalah milik mereka yang berpuasa. Justeru, dalam usaha meningkatkan amalan yang berterusan selepas Ramadan, kita sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari, yang dikenali dengan puasa enam. Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadan walaupun hanya sekadar enam hari. Rangsangan kepada mereka yang berpuasa enam ialah ganjaran yang besar seperti mana Nabi Muhammad bersabda: "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari pada Syawal, maka ia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Muslim).

Hikmah atau rahsia puasa enam hari Syawal untuk mendidik kesabaran kita, tidak menjadikan hari raya sebagai sebagai medan atau masa membalas dendam iaitu dengan makan makanan lazat sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa. Ia juga memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada tanggal 2 Syawal kerana pada saat itu, godaan makanan melimpah ruah menerusi rumah terbuka. Matlamat puasa ialah melahirkan takwa. Jadi selepas Ramadan habis, bukan bermakna berakhir suasana ketakwaan kepada Allah SWT tetapi kita harus membuktikan ibadat Ramadan dengan peningkatan ketakwaan kepada Allah.

Oleh kerana Syawal bererti peningkatan, maka di sinilah letaknya kepentingan memelihara nilai ibadat Ramadan, terutama dalam memelihara ketakwaan kepada Allah SWT.

Selepas selesai menyambut kemenangan pada Aidilfitri, bukan bermakna berakhir perjuangan kita. Menurut pendapat hukama', seseorang yang mahukan buah daripada pokok yang ditanamnya, maka ia perlu merawat (menjaga) dengan cara menyiram sehingga akarnya dapat diserapi air dan menyebabkan daun-daun tidak kering dan layu. Apabila pokok tidak disiram maka daun dan batangnya akan layu dan kering, sementara buah yang diharapkan pasti tidak akan muncul. Demikianlah suasana raya. Selepas umat Islam menyambut lebaran dengan segala kegembiraan dan saling bermaaf-maafan, diharapkan mereka tidak lagi melakukan kesalahan dan kejahatan pada hari berikutnya. Ini kerana seseorang yang benar-benar dilatih menerusi Ramadan akan meninggalkan kesan positif dalam usaha membentuk insan muttaqin.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Antara Laylatul Qadar dan Keredhaan Allah

Friday, 12 October 2007

"Hmm, selalunya kereta banyak pukul tujuh ni, apasal pagi ni macam lengang aja, semalam Lailatul Qadar ke agaknya?" itulah perbualan singkat antaraku dan isteriku sewaktu memandu ke sekolah.

Bagi mereka yang mengejar 'hadiah' Laylatul Qadar, mereka akan meningkatkan amalan mereka di 10 malam terakhir Ramadhan. Ada yang 'bunk in' di masjid-masjid dan ramai juga yang beribadah di rumah. Pendek kata mereka inginkan 'bonus' tambahan pahala di bulan Ramadhan. Kini tinggal berapa minit lagi umat Islam akan meninggalkan Ramadhan. Bulan yang mana banyak meninggalkan nostalgia. Dan tidak lama lagi ,kita akan berjumpa dengan bulan Syawal. Tetapi ini tidak bermakna , apabila bukan bulan Ramadhan, maka kehidupan kita kembali seperti sediakala.

Saya teringat intipati dari kata-kata khutbah khatib yang lalu, "Bagi sesiapa yang beribadah kerana mengharapkan Lailatul Qadar, percayalah Lailatul Qadar telah meninggalkan kita. Tetapi bagi sesiapa yang mengharapkan Allah maka Allah akan senantiasa berada di bulan manapun...". Mesej dari kata-kata tersebut adalah supaya umat Islam tidak keliru walaupun tidak salah jika kita beribadah kerana mengejar pahala tetapi yang lebih penting dan lebih kekal adalah beribadah kerana mengejar keredhaan Allah. Berbahagialah orang yang mendapat keredhaan Allah tersebut kerana Allah akan menyayangi, menjaganya dan memeliharanya di mana sahaja dia berada.

Maka itulah kita perlu 'upgrade' ibadah kita dari ibadah seorang 'saudagar' yang motivated apabila dijanjikan habuan sahaja kepada ibadah seorang 'mukhlisin' iaitu seseorang yang beribadah dan patuh hanya kerana harapkan keredhaan Allah semata-mata. Kefahaman ini sangatlah penting terutama kepada mereka yang bekerja untuk Islam kerana Iblis telah bersumpah bahawa dia akan menggoda anak Adam dari berbagai penjuru, dan yang selamat adalah hamba-hamba Allah yang ikhlas sahaja. Perkara ini diceritakan juga dalam sebuah riwayat bagaimana sebuah A'bid yang beribadah bertahun-tahun lamanya akhirnya kecundang diperdaya oleh Iblis melalui amalannya sendiri sehingga jatuh ke kancah kehinaan kerana ingin mengejar ganjaran.

Maka itulah hanya amalan yang ikhlas sahaja yang akhirnya akan mampu beristiqamah di bulan-bulan yang lain selepas Ramadhan. Sayugia, marilah kita keluar daripada Ramadhan dengan membersihkan segala amalan kita hanya kepada mengharap keredhaan Allah. Marilah kita bersihkan niat kita menimba ilmu dari perasaan ingin mendapat gelaran 'ustaz' atau 'scholar' serta dipuji masyarakat, bersihkanlah sumbangan tenaga kita untuk dakwah dari inginkan pujian manusia serta dipanggil aktivis, pemimpin ataupun pendakwah, bersihkanlah ibadah kita dari merasa bangga dengan banyaknya juz atau ayat yang kita dapat baca atau hafal bersihkanlah amalan wakaf, zakat dan sedekah kita dari dikatakan dermawan bersihkanlah ego kita dari perasaan kita tidak perlukan jemaah bersihkanlah hati kita dari perasaan sifat hasad dengki kerana Allah berikan orang lain darjat yang lebih tinggi, ilmu yang lebih tinggi ataupun nikmat yang lebih banyak.

Sebaliknya, walaupun kita dianjurkan supaya bergembira untuk BerHari Raya, berasa takutlah juga kita andaikata usaha dan amalan sepanjang Ramadhan kita selama ini sebenarnya sia-sia dan tidak diterima Allah kerana menyelinap perasaan ujub.

Akhir kata, marilah kita memasuki bulan Syawal dengan mengikuti jejak bersihnya hati seorang Ansar yang Rasulullah 'declare' beliau adalah penghuni syurga sebanyak tiga kali dengan 'confession'nya kepada seorang sahabat yang ingin tahu rahsia beliau dengan kata-kata, "...aku tidak pernah merasa iri hati kepada orang lain."

Wallahua'lam

Abang Janggut aka Mohd Helmi MOHD SOM

--- Di sini Abang Janggut ingin memohon maaf Zahir dan Batin atas segala tulisan, percakapan serta fakta yang salah atau tersinggung. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang 'perfect' dan segala kesalahan adalah datang dari kelemahan saya sendiri.

Selamat berjuang di medan post Ramadhan!!!

spiderman_pink: .. ana pun sedemikian. Minal Aidil Wal Faezeen, Wal Maqbulin, Kullu Am' Wa Antum Bikhair :'(

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 18:18 0 comments Links to this post