Ibadat & Adat
Saturday, 27 October 2007
Saya timbulkan isu ini untuk mendapat maklumbalas daripada rakan pembaca. Mungkin bagi sesetengah pihak, persoalan IBADAT dan ADAT ini tidak besar. Ini kerana dalam banyak kes, "sempadan" antara kedua-duanya tidak jelas, macam seakan...apa tu orang sekarang kata, "borderless"?? Tak jelas tu sebenarnya salah kita juga. Kita tak cukup ilmu dan tak usaha untuk cukupkan ilmu. Pemahaman diterima sejak turun- temurun dan tidak mempraktikkan apa yang diterima turun-temurun ini dianggap satu kesalahan, atau dosa mungkin!. Tapi pernahkah kita ambil tahu samada apa yang diamalkan turun-temurun itu betul atau tidak , dari hukum-hakam agamanya? Fokus perbincangan saya di sini mengenai dua perkara:
1) Hantaran kahwin - le ning musim kenduri kahwin. Zaman saya dulu (1994) hantaran sekitar RM5,000. Sekarang (2007), dengar khabar sekitar RM8,000. Tahun 2010 pula RM berapa agaknya? Yang berpuluh ribu tu, kita tak payah ceritalah...kita cerita kasta biasa. Mungkin, hantaran kahwin pun kena ada harga bumbung jugalah gamaknya suatu hari nanti. Isu di sini ialah kebimbangan bahawa ADAT akan menghalang IBADAT. Jika hantaran sekitar RM8,000. Belanja kenduri dan perbelanjaan lain pula RM10,000, dah jadi RM18,000. Untuk anak muda yang baru kerja, mana nak cari RM18,000????? Masalahnya, masyarakat kita ni masyarakat "banyak mulut" (sayangnya, bukan tentang nahi mungkar!) dan tak ramai keluarga yang sanggup "tutup telinga". Jadi kita lebih bimbang masyarakat mengata ("berapa hantaran kahwin anok dia tu? Bak po sikit sangat hahhh...?&^%X#@") dari lihat anak muda terus "bergandingan", tidak kahwin disebabkan tidak dapat memenuhi "harga pasaran semasa" hantaran kahwin. Jadi guano?
http://negarakumalaysia.blogspot.com/