Impian Palestin
Monday, 8 October 2007
PENGARANG: Randa Ghazy
Kisah Sebuah Persahabatan, Cinta dan Peperangan Randa, gadis manis warganegara Itali berdarah Mesir yang baru berusia lima belas tahun ketika menyaksikan berita di kaca seorang kanak-kanak Palestin yang bemama Muhammad al-Durrah ditembak mati dengan sebutir peluru tentera Israel yang menembusi tubuh mungilnya. Hatinya betul-betui tersentuh akan apa yang dilihatnya itu. Dan Randa temyata adalah seorang gadis yang mempunyai bakat sastera yang luar biasa.
Randa tidak dapat mempercayai apa yang disaksikannya itu. Dia betul-betui tidak tahu apa sesungguhnya yang terjadi di bumi Palestin selain melalui berita dan analisis yang diwar-warkan oleh media Barat. Dia tidak percaya bahawa apa yang tengah disaksikannya juga dilihat dan sampai ke telinga seluruh masyarakat dunia.
Dia merasa hairan dan keliru. Maka dia kemudian memutuskan untuk mencari kebenaran. Dia banyak bertanya kepada kedua ibu bapanya, membaca buku dan melayari internet untuk mencari hakikat sebenar yang terjadi di Palestin. Setelah mendapatkan pelbagai jawapan dan maklumat yang memuaskan rasa ingin tahunya, maka dia menulis sebuah cerpen yang kemudiannya memperoleh penghargaan kesasteraan kanak-kanak di Itali.
Atas permintaan sebuah syarikat penerbitan di Itali, maka cerpen tersebut selanjutnya dijadikan sebuah novel yang sungguh menarik dan menakjubkan.
la mendapat sambutan ramai sehingga diulang cetak sebanyak tiga kali, dan mendapat ratusan komen dari para ahli. Novel ini diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa di banyak negara sehingga menjadi satu novel fenomenal di kalangan masyarakat antarabangsa, meskipun Lobby Yahudi cuba menyekatnya kerana mereka tidak ingin dunia membaca, melihat atau mendengar kisah rakyat Palestin selain menurut perspektif mereka sendiri.