Showing posts with label kempen bina bait muslim. Show all posts
Showing posts with label kempen bina bait muslim. Show all posts

Walimatul Urus: Hairil Bin Abu Bakar & Siti Aishah Bint Mohd Fuad

Friday, 27 February 2009



Merisik sudah bertunang pun sudah,
Nikah dilafaz tiba masanya,
Termeterai sudah janji kasih bermadah,
Maka dijemput pembaca-pembaca blog yang setia sangat. haha ke majlis perkahwinan kami


Hairil Bin Abu Bakar
dan
Siti Aishah Bint Mohd Fuad


Gambar Nikah & Walimah
Ridzwan's Picasa

Yani's Multiply

Hairil's Multiply

*
klik gambar untuk melihat laman jemputan. jemputan pihak perempuan di malaysia, jemputan pihak lelaki di singapura. sudilah hadirkan diri ye ^_^

Read More...

Bermesra, Berpahala Dan Menghapus Dosa

Sunday, 1 February 2009

Kemesraan hubungan antara suami isteri tentunya merupakan dambaan setiap keluarga. Kemesraan bukan hanya ada pada ketika suami isteri melakukan hubungan seks (jima’) sahaja, akan tetapi ada banyak perkara yang dapat menjadikan hubungan suami isteri mesra dan harmoni.”

Perkara ini terkadang tidak disedari, sehingga jarang dilakukan secara sedar untuk menjaga kemesraan tersebut. Padahal bila dilakukan dengan niat yang benar akan dapat menambah kemesraan, mendapat pahala dan sekaligus dapat menghapus dosa-dosa.

Kita sebagai muslim patut bersyukur, kerana Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik kita telah memberikan petunjuk yang lengkap termasuk dalam perkara menjaga kemesraan hubungan suami isteri. Dengan demikian kita tidak perlu mencari-cari sumber lain yang terkadang justeru menjerumuskan ke dalam perkara-perkara yang melanggar syari’at. Beberapa perkara yang dituntunkan Rasulullah SAW dalam menjaga kemesraan hubungan suami isteri antara lain:

a. Bergandingan Tangan

Bergandingan tangan (saling memegang tangan) kelihatannya merupakan perkara remeh yang kadang dilupakan oleh pasangan suami isteri. Padahal bila ini dilakukan dengan lemah lembut dan perasaan kasih sayang yang mendalam, merupakan satu perkara yang dapat menjadikan suasana semakin mesra bagi pasangan tersebut.

Ini amat bermanfaat jika sebelumnya ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan, sehingga untuk membicarakannya perlu suasana yang tenang dan penuh kasih sayang.

Yang lebih penting lagi, bila dilakukan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah, ketika seorang suami memegang tangan isterinya dengan penuh kasih sayang, dosa-dosa mereka akan keluar melalui celah-celah jari tangan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam hadith dari Abu Sa’id.

Mari kita renungkan sejenak:

”Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka.”

b. Membelai

Perkara yang kedua yang dicontohkan Rasulullah SAW, yang menambah kemesraan hubungan suami isteri adalah membelai. Dengan belaian yang lembut penuh kasih sayang dari suaminya, seorang isteri akan merasakan ketenangan batin, sehingga perkara ini dapat menjadikan dia semakin sayang kepada suaminya. Perkara ini dilakukan Rasulullah SAW kepada para isterinya, sekalipun beliau belum akan mencampurinya. Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadith dari sahabat : ” Rasulullah SAW biasa setiap hari tidak melupakan untuk mengunjungi kami ( para isterinya ) seorang demi seorang. Beliau menghampirinya dan membelainya, sekalipun tidak mencampurinya, sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya, lalu bermalam disitu. ”
HR. Abu Dawud

Perkara ini kadang tidak dilakukan oleh pasangan suami isteri, kerana mungkin dinilai memperlakukan isteri seperti kanak-kanak, atau memang belum mengetahui bahawa perkara ini sebenarnya diperlukan isteri untuk menunjukkan kasih sayangnya.

c. Mencium

Ada cara lain untuk menciptakan suasana kemesraan suami isteri yang juga dicontohkan Rasulullah SAW, diantaranya adalah beliau mencium isterinya sekalipun ia sedang berpuasa. Berciuman merupakan cara sederhana dan mudah dilakukan untuk tetap menjaga kemesraan suami isteri.

Berciuman tidak hanya dilakukan ketika akan melakukan hubungan seksual. Perkara ini baik juga dilakukan pada saat terlarang untuk berhubungan seksual. Mithalnya ketika sedang berpuasa dan saat isteri sedang haid atau nifas. Pada saat-saat itu kemesraan tetap harus dijaga. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya : Dari Umar bin Abu Salamah, sungguh ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ”Apakah seorang yang berpuasa boleh mencium?”

Beliau menjawab: Tanyakan kepada orang ini (maksudnya Ummu Salamah) .

Lalu (Ummu Salamah) memberitahukan bahawa Rasulullah sering berbuat begitu.”
HR. Muslim

Dalam beberapa riwayat lain juga dijelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isterinya setelah beliau berwudhu sebelum menjalankan sholat.

d. Tidur Seranjang

Jika suami isteri tidur seranjang, tentunya lebih banyak perkara yang dilakukan dalam bermesraan. Dengan tidur satu ranjang memungkinkan mereka saling berdakapan dan berpelukan. Perkara ini menjadikan keduanya merasa tenteram dan tenang. Perkara ini juga dapat menjadi wacana hiburan atau penyegaran setelah melakukan tugas rutin sehari-harian.

Mengingatkan pentingnya tidur seranjang ini, maka Rasulullah SAW mencontohkan bahawa, beliau tetap tidur seranjang dengan isterinya sekalipun isterinya sedang haidh, seperti diceritakan pada sebuah hadith: Dari Aisyah RA, ujarnya: ”Rasulullah SAW dahulu biasa menyuruh kami berkain, lalu beliau sentuhkan dirinya padaku, padahal saya sedang haidh.”
HR. Bukhari dan Muslim

Sebaliknya seorang isteri yang tidak bersedia tidur seranjang akan mendapat laknat malaikat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hadith berikut: Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: ”Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Jika seorang isteri semalaman tidur memisahkan diri dengan suaminya, maka malaikat melaknatnya hingga subuh.”
HR. Bukhari

e. Mandi Bersama

Mandi bersama juga merupakan perkara penting untuk menjaga kemesraan suami isteri. Mandi bersama dapat menjadikan hiburan yang menyenangkan sekaligus menyegarkan. Rasulullah SAW sebagai tauladan kita juga mencontohkan mandi bersama isterinya, sebagaimana diriwayatkan pada hadith berikut: Dari Aisyah RA, ia berkata: “Aku biasa mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu tempat mandi. Antara tanganku dan tangan beliau saling bergantian mengambil air, tetapi beliau mendahului aku, sehingga aku berkata: ‘Sisakan untukku, sisakan untukku‘. Ketika itu kami sedang junub.”
HR. Bukhari dan Muslim

Di samping sebagai perantaraan menambah kemesraan hubungan suami isteri, seorang isteri yang memandikan suaminya dengan niat mencari redha Allah akan mendapatkan rahmat. Perkara ini dijelaskan pada hadith berikut: Dari Aisyah RA, ia berkata: ”Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Semuga Allah merahmati suami yang dimandikan isterinya dan ditutup (kekurangan) akhlaknya.”
HR. Baihaqi

Itulah beberapa perkara yang dapat kita lakukan untuk menambah kemesraan hubungan suami isteri sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW, dengan harapan kita mendapat pahala dan sekaligus dosa-dosa kita diampuni.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Anak perlu ada model bentuk akhlak mulia

Thursday, 25 December 2008

Oleh Lokman Ismail

SEMAKIN banyak diperkatakan mengenai disiplin pelajar dan remaja, semakin banyak kes baru membabitkan salah laku timbul. Apa yang jelas, permasalahan ini semakin serius yang memerlukan tindakan segera secara berkesan untuk mengelak berlakunya masalah lebih besar kepada masyarakat dan negara.

Kurang didikan akhlak dikenalpasti punca masalah yang melanda golongan remaja dan pelajar. Justeru, langkah penyelesaiannya ialah dengan menekankan lebih banyak didikan akhlak diberikan kepada golongan yang mempunyai peranan besar pada masa hadapan itu.

Dalam kes ini, ibu bapa bertanggungjawab mendidik akhlak anak sejak kecil. Jika, ibu bapa berjaya mendidik anak dengan akhlak yang baik, sudah tentu masalah yang dihadapi remaja dan pelajar sekarang dapat diatasi.

Masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar adalah berpunca kegagalan ibu bapa dalam mendidik akhlak anak. Ibu bapa bersikap lepas tangan dalam soal pendidikan akhlak anak berpunca diri ibu bapa sendiri kurang didikan akhlaknya.

Proses mendidik anak bermula sejak alam kanak-kanak lagi. Tanam dan suburkan sikap menghormati ibu bapa, orang dewasa, rakan, berbudi bahasa, jangan berbohong, sabar dan jujur dalam diri kanak-kanak.

Ibu bapa tidak boleh berkompromi dengan sikap anak yang nakal melakukan perbuatan tidak baik. Jangan anggap itu perkara biasa dilakukan oleh kanak-kanak yang akan bertukar baik apabila meningkat dewasa. Sebenarnya, kebiasaan itu akan kekal dalam diri jika tidak diubah ketika kecil.

Sesungguhnya pembentukan akhlak memerlukan masa berterusan. Ibu bapa dan keluarga mengamalkan budaya hidup positif adalah sebahagian proses mendidik anak. Penghayatan dan amalan yang dilakukan hasil dari asuhan ibu bapa, keluarga dan masyarakat akan membentuk jatidiri seseorang.

Budaya atau cara hidup masyarakat mempengaruhi nilai diri seseorang. Sebab itu amat penting seseorang bergaul dalam kelompok yang mengamalkan budaya hidup sihat. Selain ibu bapa dan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran paling kuat mempengaruhi pembentuk akhlak dan sahsiah remaja.

Justeru, ibu bapa perlu mengawal anak mereka agar tidak berkawan dengan rakan sebaya yang bermasalah dari segi akhlak dan pekertinya. Ibu bapa perlu ambil tahu dengan siapa anak berkawan dan apa yang dilakukan untuk mengelak anak terpengaruh dengan unsur negatif.

Bahkan, masyarakat sepatutnya menegur jika melihat ada golongan remaja melakukan perbuatan tidak baik. Sikap masyarakat tidak ambil peduli perbuatan tidak bermoral remaja sebenarnya boleh mengundang masalah kepada masyarakat sendiri.

Cara mendidik bukan dengan secara memberitahu atau menyatakan teorinya saja. Mesti ada contoh untuk diikuti. Remaja lebih mudah mengikuti apa yang dilakukan orang dewasa, berbanding mendengar saja itu baik dan ini buruk.

Sesungguhnya, apa dilakukan ibu bapa lebih banyak mempengaruhi pembentukan akhlak anak berbanding apa yang dicakapkan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan teladan yang baik agar mudah diikuti.

Kegagalan ibu bapa mempamerkan cara hidup yang baik sama seperti 'mendidik’ anak melakukan akhlak buruk. Anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa dan menganggapnya sebagai semuanya betul.

Tingkah laku ibu bapa yang sering memperlihatkan sikap kasar, mencarut, tidak menghormati orang lebih tua, malas, tidak bertimbang rasa dan biadab menyebabkan anak turut terpengaruh mengikuti sikap berkenaan.

Kasih sayang adalah pengikat hubungan antara semua ahli keluarga. Rasa disayangi, dimiliki dan dihormati dapat menghalang diri daripada melakukan perbuatan yang tidak disukai keluarga. Anak yang terdidik akhlaknya tidak akan mengecewakan keluarga yang sentiasa mengasihinya.

Remaja daripada keluarga yang subur dengan kasih sayang akan berasakan bahawa setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada seluruh ahli keluarga. Setiap apa yang dilakukan akan difikirkan apakah kesan terhadap diri dan keluarganya. Sesuatu yang buruk sudah tentu akan dijauhi dari dilakukan atau terlibat sama.

Didikan akhlak adalah harta pusaka paling berharga daripada ibu bapa kepada anak. Mereka yang terdidik akhlaknya dapat menggunakan harta paling berharga itu sepanjang hidupnya tanpa berkurang sedikit.

Sebaliknya, anak yang mendapat harta yang banyak daripada ibu bapa, tetapi miskin akhlaknya, melalui hidup yang sukar. Anak menggunakan harta kekayaan milik ibu bapa dengan melakukan perbuatan yang akan merosakkan diri sendiri.

Sebab itu, ibu bapa yang baik lebih mementingkan memberi kasih sayang, mendidik pekerti mulia dan memberi perhatian kepada anak sebagai bekalan meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini.

Individu yang mengetahui hukum halal haram dan tuntutan syariat tidak akan terbabit dengan perkara mendatangkan keburukan dan merugikan.

Pemahaman agama yang betul pasti akan membentuk sahsiah yang menuju ke arah kebaikan. Malah, perlakuan hasil penghayatan terhadap ajaran agama menjadi perhiasan diri yang mampu menarik orang lain turut melakukan kebaikan yang sama.

Apa yang berlaku dalam masyarakat membabitkan semua pihak. Perkara yang baik dikongsi bersama, manakala yang buruk cuba diatasi dengan bijaksana. Masyarakat hendaklah menghentikan sikap tuduh menuduh. Tindakan yang sepatutnya ialah mencari jalan penyelesaian bagaimana memperbaikinya. Pastikan anak tidak lagi terbabit melakukan perbuatan buruk.

Kita yakin, jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti anak itu akan berdisiplin ketika berada di luar rumah.

Sikap meletakkan kesalahan pada pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah. Sudah pasti pihak yang dipersalahkan itu ada keinginan untuk mempersalahkan pihak lain pula.

Sumber: Berita Harian

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Tips untuk mendisiplinkan anak

Wednesday, 24 December 2008

ANDA mungkin selalu menghadapi situasi ini, anak anda enggan makan malam bersama bila di­ajak. Dia berdiam diri apabila diminta mengemas barang mainannya. Membuat bising apabila adik tidur dan lari ketika disuruh mandi. Dia degil, tetapi mengapa dia degil?

Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Tanda dia sudah membina identitinya sendiri dan berasa lebih selamat, tetapi itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak.

Kalau anda ingin tahu, berdegil adalah cara untuknya menunjukkan ketegasan­nya. Jadi apabila dia menolak untuk be­kerjasama dengan anda, dia sebenar­nya cuba memberitahu anda, “saya tidak sukakan peraturan mama.” Jadi apa yang boleh anda buat?

Cuba memahaminya. Jika anda meminta dia makan dan dia menjerit tidak mahu, paksaan hanya akan membuatkan dia menangis. Cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika dia sibuk bermain, datang kepadanya, dakap dia dan beritahu dia mengapa perlu makan. Ini untuk memberitahunya secara psikologi, anda sebenarnya mengambil berat dan ingin tahu mengapa dia tidak mahu makan. Jangan marah dia tetapi pastikan juga dia makan apa yang sepatutnya.

Tetapkan hadnya. Apapun yang dia lakukan, pastikan dia tahu semua itu ada hadnya. Beritahu dia, anda menya­yanginya dan apa yang anda lakukan untuk kebaikannya. Jika dia ada masalah mematuhinya (selalunya memang begitu) fikirkan cara terbaik menyelesaikan keadaan itu. Contohnya, jika dia tidak mahu tidur dalam gelap, beri dia lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram.

Tunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal dan degil, cuba dekati dia ketika dia dalam ‘angin baik’. Beritahu dia apa yang betul dan tidak betul. Selalunya apabila anak membuat kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi jangan cepat mengamuk, sebaliknya cakap secara baik dan beritahu dia mengapa anda marah terhadapnya.

Jika kita sendiri bersikap buruk bagaimana dia membesar dengan mengamalkan sikap yang baik? Contohnya jika bergaduh suami isteri di hadapan anak dengan suara tinggi dan sepak terajang, bukankah logik anak akan membesar dengan sikap yang sama? Anda tentu malu sendiri kalau dia berkata, mengapa abang tidak boleh cakap menjerit-jerit tetapi mama boleh menjerit-jerit pada ayah?

Ingat juga mendisiplinkan anak bukan bermaksud mengawalnya. Sebaliknya, ia bermaksud mengajar dia untuk mengawal dirinya sendiri. Hukuman mungkin akan membuat dia lebih berdisiplin tetapi jika hukuman itu tidak ‘menakutkan’ anak. Dia akan berasa lebih selesa berbuat baik atas kesedarannya sendiri bukan kerana takut dirotan ibu bapa.

Jika kedegilannya benar-benar mencabar, cuba bertenang dan buat dia selesa. Jika rasa marah anda membuak, jauh diri darinya. Bila anda rasa tenang semula, beritahu dia apa yang patut dan tidak patut.

Beri dia peluang untuk membuat pilihan. Mulakan dengan benda yang mudah, beri dia pilihan memilih pakai­an sendiri. Satu lagi cara membuat dia rasa dia punyai hak mengawal dirinya beritahu dia apa yang dia boleh buat. Jika dia bermain badminton di dalam rumah, daripada berkata ‘jangan bermain badminton dalam rumah’, ajak dia bermain di luar. Jika dia mahukan ais krim pada waktu malam, alihkan perhatiannya dengan memberinya pilihan, kakak hendak makan buah apple atau hendak makan anggur?

Jauhkan situasi yang mungkin membuatkan anda malu dengan kedegilannya. Misalnya jika berjalan-jalan di kompleks membeli belah, dan anda tahu dia sukakan ais krim tetapi anda tidak mahu membelinya, jauhkan dia dari kedai yang menjual ais krim.

Hormati dunia unik anak anda. Mungkin dia sedang leka bermain waktu anda hendak keluar. Dia tidak punya masa untuk memakai kasut dan anda sudah berada dalam kereta. Dia tentu akan membuat perangai kerana takut anda meninggalkannya. Jadi, beritahu dia lima minit sebelum keluar, ‘mama hendak keluar, kalau abang nak ikut, cepat pakai kasut’.

Memang semua ini bukan jaminan untuk dia tidak lagi berdegil atau merungut, tetapi dengan kesabaran anda, dia sebenarnya secara perlahan akan belajar bahawa berdegil bukan cara terbaik untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.

Sumber: Berita Minggu

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Untuk apa punya zuriat

Sunday, 21 December 2008

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.

Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh itu, pasangan yang telah diizinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman, "Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan
(kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (asy-Syura: 49-50).

Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, "Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)". (al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, "Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau." (ali Imran:
38). "Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya'kub." (Maryam: 5-6).

Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, "Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa". Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.

Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, "Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani". (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak.

Rasulullah SAW bersabda, ".... dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya".

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur'an". (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).

Baginda SAW juga pernah bersabda, "Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik". (Riwayat at-Tirmidzi).

Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak- anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, "Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?".

Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, "Wahai orang- orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka". (at-Tahrim: 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments