Manchester United 1 - 0 Manchester City

Sunday, 30 November 2008

1st Half Highlights


Full Match Highlights

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 2 comments Links to this post  

YOGA

Saturday, 29 November 2008

MUIS: BOLEH DIAMAL UNTUK KESIHATAN

Usah libatkan ritual agama dan Muslim perlu jaga iman


SEORANG Muslim boleh mengamalkan senaman yoga jika semata-mata untuk manfaat kesihatan dan fizikal, dan beliau tidak melibatkan ritual keagamaan daripada apa yang ditetapkan agama Islam,tetapi perlu memastikan keimanannya terpelihara.

Demikian penjelasan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi satu kenyataannya semalam.

Muis menerusi kenyataannya itu merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar The Straits Times pada 9 November, yang melaporkan bahawa pemimpin Islam di sini menyatakan tiada masalah bersenam yoga asalkan tiada amalan aspek spiritual.

Menyusuli artikel tersebut, Muis menerima pertanyaan media berhubung pendiriannya tentang yoga.

'Muslim digalak berusaha memelihara kesihatan mental dan fizikal mereka pada setiap masa. Ini cukup jelas daripada ajaran Rasullulah yang menggalak umat Islam berpuasa dan makan secara sederhana.

'Muslim juga digalak mencari ketenangan emosi menerusi muhasabah, zikir, solat atau melalui cara-cara lain sejajar dengan ajaran Islam,' kata Muis dalam kenyataannya.

Dalam mengamalkan sebarang bentuk senaman mental atau fizikal, masyarakat Islam harus sentiasa mengetahui dan sedar akan segala aspek senaman itu.

Dengan berbuat demikian, mereka akan dapat lebih memahami bentukbentuk senaman tersebut, lantas membezakan antara ekspresi fizikal dan keagamaan.

'Pendekatan seperti itu harus digunakan bagi kesemua aspek kehidupan keagamaan umat Islam, yang menggalak mereka mengamalkan kepercayaan mereka dengan selesa dan yakin,' kata Muis.

Menurutnya, atas dasar itu Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa pada 1984 yang bertujuan menerangkan bahawa masyarakat Islam tidak dibenarkan mengamalkan yoga dalam bentuk yang secara jelas mengandungi elemen ritual dan kepercayaan agama lain.

Yoga menimbulkan tengkarah di Malaysia apabila majlis fatwa kebangsaan negara itu mengeluarkan fatwa bahawa yoga haram bagi penganut Islam.

http://cyberita.asia1.com.sg/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Pernah Lihat Mereka Semasa Tidur?

Thursday, 27 November 2008

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Coloured Words

Wednesday, 26 November 2008

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

Doa Isteri Solehah

Tuesday, 25 November 2008



Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

http://afizart.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Takbir Otromen

Monday, 24 November 2008

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments Links to this post  

What Does Your Burger Say About You?

Sunday, 23 November 2008




What Your Burger Says About You



You are very gluttonous. Even if you're full, you'll still clear your plate.



You are the ultimate foodie. You're picky about food quality, but you're not picky about eating strange things.



You are bold and resolute in your choices. You don't back down, and you aren't afraid to go at something full force.



You tend to gravitate toward strong, pungent foods. Even if it means having bad breath!



You consider yourself a healthy eater. But you're not about to sacrifice taste or quantity!



You are straightforward, honest, and ambitious. You tend to be direct about what you want when it comes to food.



You are emotional. You have a big heart, and you tend to go for comfort foods.



You have trouble making decisions quickly. Everything looks good to you... especially at a restaurant.



You are creative, open minded, and friendly. You are interested in all types of food and new dishes.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Cita-Citaku

Saturday, 22 November 2008

Munsyid: Nadamurni

Cita-citaku islam gemilang
Cita-citaku daulahnya berulang
Cita-citaku islam cemerlang
Cita-citaku islam tinggi menjulang

Kawan mari susun barisan
Kita mara ke hadapan
Mari berjuangkan islam
Kita tagih yang dijanjikan

Kawan mari kumpul tenaga
Kita korbankan harta punya
Jangan kita buang masa percuma

Kawan mari kumpul tenaga
Kita korbankan harta punya
Berjuangkan islam hingga berjaya

Kawan jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan berangan-angan yang merugi
Dunia menipu kita hindarkan
Cita-cita islam kita tunaikan

Ayuh mari mara kehadapan
Jangan buang masa lagi
Inilah masanya tunjukkan bukti

Ayuh mari mara kehadapan
Jangan buang masa lagi
Kalau benar cintakan islam


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Ali, Budin & Ciko

Friday, 21 November 2008

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan Tok Imam tak senang duduk. Pada satu hari Tok Imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu mencabar 3 remaja tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan!"

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib, pergilah 3 remaja tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera Tok Imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang Tok Imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk juga lagi. Masuk je kali ketiga, Budin panggil Tok Imam. "Tok, Tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun mengangkat takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee Tokkkk!!". Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pula si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai habis solat. Siap dengan wiridnya sekali. Punyalah respek Tok Imam kat si Ciko ni!

Lepas solat, Tok Imam pun puji-memuji si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata...

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku solat. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpanah...

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Aurat

Thursday, 20 November 2008

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Spice up your inbox with colors and themes

Wednesday, 19 November 2008

Gmail fans have been building unofficial extensions to spice up their inboxes for a while, but up til now themes haven't been an integral part of Gmail. We wanted to go beyond simple color customization, so out of the 30 odd themes we're launching today, there's a shiny theme with chrome styling, another one that turns your inbox into a retro notepad, nature themes that change scenery over time, weather driven themes that can rain on your mailbox, and fun characters to keep you in good company. There's even an old school ascii theme (Terminal) which was the result of a bet between two engineers -- it's not exactly practical, but it's great for testing out your geek cred. We've also done a minor facelift to Gmail's default look to make it crisper and cleaner -- you might notice a few colors and pixels shifted around here and there.



To customize your inbox, go to the Themes tab under Settings. We'll be rolling out themes to everyone over the next couple of days, so if you don't see them yet, check back soon.

http://gmailblog.blogspot.com/

spiderman_pink: teka mana satu theme yang ana guna ^_^

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 3 comments Links to this post  

Barakah sebelum berkahwin

Tuesday, 18 November 2008



5 bulan sebelum berkahwin

“Wan..macam mana persediaan?” tanya seorang kakak senior.

“Tak tahulah akak. Wan rasa macam diri ni tak mampu nak jadi seorang isteri kepadanya nanti. Mampukah wan nak pikul tanggungjawab semua tu? Mampukah wan menjaga keredhaan seorang suami terhadap isterinya agar tidak berubah menjadi murka? Wan lemah akak..wan sangat kurang dalam segala hal..doakan wan ye akak..”

Lantas kakak senior menjawab,“Wan..ingatlah perkahwinan itu bukan segalanya indah. Pasti akan ada onak duri atau badai yang melanda. Tapi satu wan..apabila kita letakkan Allah sebagai tunjang dalam perkahwinan..apabila redha Allah menjadi pokok asas kita membina rumahtangga..percayalah wan..perkahwinan akan bahagia selamanya..datanglah badai macam mana pun cuba menggoncang perkahwinan korang..pasti akan selamat..kerana apa? Kerana Allah yang menjaga perkahwinan itu. Apabila Allah menjaga sesebuah perkahwinan..maka insyaAllah selamanya akan bahagia hingga ke jannah.”

Kakak senior menyambung lagi,“Wan..dalamilah ilmu agama sebanyak mungkin sebelum kahwin..sebab itulah yang akan berguna nanti bila korang dah berkahwin..banyakkan bertaubat..bersihkan diri dari segala dosa..supaya keredhaan Allah mengiringi perkahwinan korang nanti. Ingatlah korang akan bina masjid Allah..dan tunjang sebuah masjid adalah ilmu yang mendalam tentang Allah dan agamaNya.”

Kata-kata azimat kakak senior itu begitu berkesan dihatiku. Ku kagum dengan mereka yang begitu menjaga hak-hak Allah..ku lihat betapa barakahnya perkahwinan mereka yang menjanjikan sakinah dunia dan akhirat.

Sebulan sebelum berkahwin

“Wan..saya tengok awak ni asyik je duk preparekan diri untuk majlis. Xde nampak pun wan preparekan diri untuk menjadi seorang isteri”, soal seorang sahabat.

Saya tersentak dengan soalan itu.

“Preparekan diri untuk menjadi seorang isteri??”, soalan itu berlegar-legar difikiranku.

Sahabat saya menyambung lagi, “Dulu bukan main lagi kata nak penuhi ilmu agama sebanyak mungkin sebelum jadi isteri orang. Bila dah makin dekat..saya nampak wan makin alpa. Makin leka dengan persediaan majlis je..seolah-olah nak bagi majlis begitu sempurna..tapi wan lupa persediaan diri untuk menjadi seorang isteri yang terbaik..”

“Ya Allah..sungguh ku alpa” bisik hatiku. Diriku tertunduk malu dengan Tuhan Pencipta. Lantas ku teringat pesanan akak seniorku dulu.

Kata-kata sahabatku itu benar-benar mengetuk pintu hatiku yang sedang leka dengan persediaan majlis. Ya Allah..sekelip mata saja ku tenggelam dalam kealpaan duniawi..ku begitu tertumpu pada majlis semata-mata..sehingga ku alpa untuk mendalami ilmuMu yang akan membimbingku menjadi isteri solehah disisiMu.

Teguran sahabatku dan pesanan kakak senior sehingga kini masih terngiang-ngiang di telingaku. Seolah-olah menjadi perisai untukku tidak alpa walaupun sesudah bergelar isteri. Ku berterima kasih pada kalian kerana menegurku. Jazakumullahu khairan kathira..barakAllahu fiikum..

Buat sahabatku yang lain yang bakal mendirikan masjid Allah..janganlah asyik leka dengan preparation majlis sahaja..tapi ingatlah yang lebih utama..preparekan diri dengan ilmu dan amal agar diri sentiasa terbimbing dalam melayari bahtera rumahtangga kelak.

http://wan.humaimee.com/

Read More...

Goodbye, Firewire 400

Monday, 17 November 2008



We'll miss you.

spiderman_pink: haha XD

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Janban Li Janbin

Sunday, 16 November 2008

Sampainya aku di bilik, Amir sedang solat Asar,tanpa melengahkan masa aku segera mengambil wudhu’ dan terus bersedia untuk solat mengikutinya.

”Allahuakbar…”Aku terus bertakbir.

”Eh..apsal ko berdiri sebelah aku ni?” Teriak Amir terkejut dengan tindakanku yang berdiriselari atau sebelah menyebelah denganya.

Terbantut keinginanku berimam..

”Ya Allah..apsal plak ni?kan dah elok-elok solat tadi.” Ayat-ayat spontan terpacul keluar dari mulutku akibat tindakannya.

“Eh, aku pulak yang salah? yang ko pergi berdiri sebelah aku tu buat apa? kan ko tu makmum, diri la belakang sikit!”Amir menyuarakan apa yang terbukudihatinya sehingga membuatkan solatnya terbatal.

Aku hanya mampu tersenyum sinis mendengar kata-katanya. Otak aku ligat bekerja mencari jawapan yang sesuai dengan pemahamanku tentang kedudukan makmum seorang diri.

"Em..ko belajar makmum kene belakang sikit dari imam ker?”Aku cuba bertanya walaupun tahu akan jawapannya.

"Ek eleh..mestilah,habis tu takkan la kedudukan imam belakang makmum?” Jawapan Amir cuba menyindir. Aku segera cuba menjernihkan keadaan takut kalau-kalau Amir“terbakar” dengan pertanyaanku.

"Makmum sebelah kanan kan?” Aku bertanya lagi.

"Yela!” Amir menjawab keras kerana soalanku yang dikira tidak relevan pada usianya. Untuk menguatkan hujahnya dia membacakan hadithyang dihafalnya sejak di sekolah menengah agama.

"Artinya : Dari Ibnu Abbas, ia berkata ; "Aku pernah shalat bersama Nabi shallallahu'alaihi wa sallam pada suatu malam. Lalu aku berdiri di sebelah kiribeliau, kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memegangkepalaku dari belakangku, lalu ia tempatkan aku di sebelah kanannya....(Shahih Riwayat Bukhari I/177)."

“Pergh..mantap jugak budak Amir ni.”hatiku berbisik penuh kekaguman." Tapi tu just dalil yang mengatakan makmum disebelah kanan jer?” Aku cuba menjauhkan perbualan. Walaupun jam telah menunjukkan tepat pukul 5.30 petang, aku berniat melewatkan sedikit solatku untuk sesuatu yang ku harapkanmemberi manfaat kepada pengetahuan Amir.

"Memangla makmum sebelah kanan,habis tu?”soalan Amir menunjukkan seolah-oleh beliau tidak fahamakan soalanku.

“Selain dalil bahawa makmum sepatutnya berada di sebelah kanan, ada juga dalil lain yakni…
Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata ; "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallampernah berdiri shalat, kemudian aku datang, lalu aku berdiri di sebelahkirinya, maka beliau memegang tanganku, lantas ia memutarkan aku sehingga ia dirikan aku di sebelah kanannya. Kemudian datang Jabbar bin Shakr yang langsung ia berdiri di sebelah kiri Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu beliau memegang tangan kami dan beliaumendorong kami sehingga beliau mendirikan kami dibelakangnya (Shahih Riwayat Muslim & Abu Dawud)." Terjah Amir menguatkan hujah-hujahnya dengan hadith sahih.

“Tapi kedua-dua dalil yang kau berikan ni just menceritakan bahawa kedudukanmakmum di sebelah kanan,yang aku persoalkan sekarang ni ialah bagaimana dengan posisi makmum tu, sebelah menyebelah imam atau sebelah kanan dan belakang sikit, ada tak dalil?” Aku terus menyoal membuatkan dahi Amir berkerut.

Beliau seolah-olah tercabar. Soalanku seolah-olah menambah minyak petrol ke dalam api yang baru hendak marak, tetapi aku beranggapan bahawa tindakan aku seterusnya diharap mampu membuatkan Amir faham.

“Ah..dahla, nak solat ke tak ni? karang habis plak waktu.”Amir cuba berdalih.

Barangkali dia tidak ketemu jawapan bagisoalanku. Amir terus bertakbir dan meneruskan niatnya untuk solat. Akubersangka baik bahawa kemungkinan dia tidak mahu melewat-lewatkansolatnya. Akibat berpegang teguh dengan kefahamanku, aku meneruskan“sunnah”yang dianggap pelik oleh Amir dengan solat sejajardengannya. Barangkali solat Amir tidak khusyu’ dengan tindakanku yangdianggap pelik.

Selesai solat, setelah berzikir secara sir’, aku memulakan muzakarah yang terbantut sebentar tadi, Amir seolah-olah“melarikan diri”.

"Amir….”Aku menyapa.

Amir yang tadinya bergegas bangkit menoleh melihatku.

"Dalam hadits Jabir bin Abdullah tu, sewaktu datang Jabbar bin Shakhr lalu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menempatkan keduanya dibelakangnya. Ini menunjukan kedua sahabat itutadinya berada di samping Nabi sejajar dengan beliau. Kemudian Nabishallallahu 'alaihi wa sallam mendirikan mereka di belakangnya. Tidakakan dikatakan "Di belakang" kalau pada awalnya sahabat itu tidakberada sejajar dengan baginda shallallahu 'alaihi wa sallam? Apabila ma'mum dua orang atau lebih, maka barulah harus berdiri di belakangImam” pertanyaanku yang berbentuk ulasan membuatkan Amir melabuhkan punggungnya semula di atas hamparan sejadah.

“Ha..tula, bab-bab hadith ni ko kene berguru, bukan boleh baca ikut buku jer.”Amir cuba memperliku sambil tersenyum sinis. Aku masih cuba bertenang walaupun agak terasa dengan kata-katanya.

“Tapi dalam Al-Muwattha karangan Imam Malik diterangkan bahwa Ibnu Mas'ud pernah shalat bersama Umar. Lalu Ibnu Mas'ud berdiri dekat di sebelah kanan Umar sejajar dengannya.Apa pendapat ko?” Aku cuba membentang hujah.

“Ha..tula ko, berguru dengan buku, sampai lupa kita tinggal kat Malaysia.kita kan mazhab Shafie.yangnak ikut sangat mazhab Maliki tu kenapa? mana boleh tukar-tukar mazhab.” kata Amir dengan hujahnya.

Aku tetap mengukir senyum dan mengangguk mengiakan kata-katanya.

”Seorang da’e yang bijak harus mengetahui cara bagaimana mengawal emosinya sebelum dia ingin mengawal emosi mad’unya” terngiang kata-kata ustaz di telingaku.

”Inilah masanya bom atom digugurkan…huhu” Bisik hatiku.

"Pernah tak ko dengar hadith Dari Ibnu Abbas, ia berkata ; "Aku pernah shalat di sisi/tepi Nabishallallahu 'alaihi wa sallam dan Aisyah shalat bersama kami dibelakang kami, sedang aku (berada) di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, aku shalat bersamanya (berjama'ah) (Shahih Riwayat Ahmad dan Nasa'i)”

“Err..tak pernah”Amir menjawab dengan muka penuh kekeliruan.Mendengar perkataan tidak pernah aku terus menyambung.”Perkataan, "Aku shalat di sisi/tepi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam", terjemahan dari kalimat "Shallaitu ila janbin nabiyi shallallahu 'alaihi wa sallam".

“Hadith tu guna root word 'janbun'?” Pertanyaan Amir menunjukkan simpulan tali makin terurai.

Sebagaiseorang pelajar bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa semestinyabeliau memahami perkataan itu seperti mana dalam kamus-kamus bahasaArab artinya : sisi, tepi, samping, sebelah, pihak, dekat.

"A’ah.. Jika dikatakan dalam bahasa Arab "janban li janbin" maka artinya :Sebelah menyebelah, berdampingan, bahu-membahu kan?” Aku cuba menyoal.

"Em…a’ah” Jawapan Amir lambat seperti jawapan itu memakan tuannya.

"Em..takpelah.aku pun tak berapa tahu sangat bahasa Arab ni. Sajer tanye.” Aku cuba merendah diri dengan menyorok di belakang bidang ekonomiku.

Aku meninggalkan Amir yang masih duduk di hamparan kekeliruannya itu. Cukuplah motifku untuk menimbulkan persoalan dengan hadith tersebut yang boleh difahami jelas dari segi bahasanya bahawaIbnu Abbas ketika shalat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, ia berada di samping/sejajar dengan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

Keesokkan harinya, aku pulang ke bilik setelah habis kelas seperti biasa.Biliklengang dan aku menghamparkan tubuhku di atas katil. Menghembus nafas syukur kerana hari Khamis sememangnya jadualku padat dan akhirnya dapatku lalui hari ini degan lancar. Berselimutkan keletihan sepanjang hari, maka dengan sendirinya aku terlelap.

”Eh..ya Allah! Pukul berapa dah ni?”aku tersedar dari lamunan tidurku. Jam telahpun menunjukkanpukul 6.Aku terlena lebih kurang satu jam lebih tanpa sedar.

"Ish..taksolat lagi ni”. Aku segera ke bilik air mengambil wudhu’.

“Allahuakbar..” Aku melafazkankan takbir tanpa melafazkan niat secara jahar.

”Allahuakbar” Tiba-tiba takbirku disambut Amir yang berada di sebelahku.

Amir berdiri di sebelah kanan dan sejajar denganku menjadikannya makmum dan aku sebagai imam. "Alhamdulillah..faham gak dia apa yang aku cuba sampaikan semalam.” Bisik hatiku.

Selesai solat aku melihat ke arah Amir, menunggu responnya.

"Ko tahu Mi, semalam pas ko tanya aku tu,aku try lah check hadith tu guna software Maktabah Syamilah, memang betul matan hadith ada"Shallaitu ila janbin nabiyi shallallahu 'alaihi wa sallam". Malah ada gak dalam kitab Subulus Salam, Diriwayatkan bahwa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in),"Seorang menjadi ma'mum bagi seorang, dimanakah ia (ma'mum) harus berdiri .? Jawab Atha', "Di tepinya". Ibnu Juraij bertanya lagi,"Apakah si Ma'mum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu shaf dengannya, yaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma'mum dan imam) ?"Jawab Atha'; "Ya!" Ibnu Juraij bertanya lagi, "Apakah si ma'mum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada lowong antara mereka (ma'mum dan imam)?Jawab Atha' : "Ya".(Subulus Salam jilid 2 hal.31). " Jawapan Amir dengan wajah yakin.

"Ye ke?” Reaksiku dengan mimik muka terkejut bercampur bangga sekurang-kurangnya Amir tidak lagi bertaqlid dalam hal ini..Belum sempat dia menjawab, aku menambah "Maknanya…betullah apa yangaku buat semalam?" Soalku dengan agak sinis. Amir hanya mampu membisu tanda mengiakan.

"Takpelah, sekurang-kurangnya lepas ni ko dah tak payah nak tepuk-tepuk bahu imam dari belakang kalau nak jadi makmum, kalau imam tu ada heart-attack, terkejut, kan payah?.” Aku cuba berjenaka menjernihkan keadaan. Mendengar kata-kata ku itu, Amir tergelak hingga ternampak putih giginya.


Ibn Yusof
14 Zulhijjah 1427/ 04 January 2007
5.15 p.m

Dengan sedikit suntingan oleh alFaisal

http://ibnyusof.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Nikahun Mubarakun Akh Farhan & Ukht Nazlin

Saturday, 15 November 2008

"Barakallah laka, wa barakallahu 'alaika, wa jamaa bainakuma fi kulli khair.."

"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.."



Farhan & Nazlin


Selamat Pengantin Baru
Munsyid
: Hijjaz

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

Selamat pengantin baru
Selamat pengantin baaaaaaaru


Read More...

Selamat Menunaikan Ibadah Haji Cik Fadil!

Friday, 14 November 2008



1st Row (Kanan-Kiri) Cik Rozali, Cik Fadil, Cik Fendi
2nd Row (Kanan-Kiri) Cik Yusof, Abi

Kami akan sentiasa merinduimu. Nanti balik boleh makan-makan macam biasa tiap Sabtu lepas subuh insha Allah k? =D

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Earphone Termahal Seantara Dunia!

Thursday, 13 November 2008



http://www.telegraph.co.uk/

spiderman_pink: Aku terima nikahnya si Fulanah binti Fulan dengan mas kahwinnya sepasang earphone emas 18 karat dan 118 berlian berharga £3,499 *pengsan* huhu

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Qurban for Refugees from Palestine and Darfur

Wednesday, 12 November 2008





Above are some glimpse of what life is for refugees living in Lebanon (from Palestine) and in Central Africa (from Sudan and Darfur) - both groups running from their land because of war due to unresolved conflicts, oppression and injustice.

The United Nations (2007) fact sheet mentions: "More than 200,000 people are estimated to have died and at least 2 million displaced from their homes in Darfur since fighting broke out in 2003 between Government of Sudan forces, allied Janjaweed militia and other armed rebel groups. Atrocities such as the murder of civilians and the rape of women and girls have been widespread and continue, underscoring the necessity for urgent action."

For the Palestinian, they are suffering from the occupation of a government and a radical movement whom are tyrants and have no care for the word justice or human rights - interestingly they are well represented especially in the US through AIPAC and other Zionist lobby group.

As a result, the only "Palestinian territories" left: Gaza and the West Bank have become highly overpopulated with very little resources left to be shared and refugee camps that shares the same fate or if not worse existing near Jordan and in Lebanon. This, while Israel thrive and prosper with plenty of space and resources for its population which by the way is lesser than the Palestinian living in the Palestinian territories and in refugee camps.

In addition, the killing by trained Israeli military personnel equipped with military equipments and tanks onto civilian termed: terrorists - whose only armor are the strength of their unwavering spirit and only weapon are the memories of their murdered relatives - are truly causes for a concern. Especially since in view of religious edicts or phrases from the scriptures with whom these people (Israeli) constitute their administration.

The Old Testament reads when God ask Cain after the first blood was shed: "Where is Abel thy brother?" And he said, "I know not. Am I my brother's keeper?" And the Lord said, "What has thou done? The voice of thy brother's blood crieth unto me from the ground. And now art thou cursed ..." (Genesis 4:9-11)



Saff Perdaus is humbled to be given the opportunity in organizing a Qurban campaign where canned "qurban" meat from Australia will be distributed to the refugees from Darfur and Palestine. Since, there are lack of electricity thus proper refrigeration, canned meat are the best form of contribution from us to them.

As such, I implore you to join us in this cause. A sheep (S$195.00) is enough for 24 cans of meat which can help families to sustain for weeks if not months - something we take for granted here in Singapore.

For more information or to order - email to Sis Afifah (Executive Officer, Saff Perdaus): afifah@perdaus.org.sg or call us at 65132305.

Fulfill your ibadah qurban in the best possible way with us today!


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Indahnya Pabila Semuanya Berlandaskan Syariat Allah

Tuesday, 11 November 2008

Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama, saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Cinta itu ibarat pohon. Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu. Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. "I will marry a stranger!" Namun aku pasrah.

Jam 8.00 malam

"Yang mana satu ek.?"

"Yang itukan?"

"Iskh, bukan lah. Itu kawan dia"

"OOo ye ke. Hurm.. Takde beza pun. Mana satu ni?"

"Aku terima nikahnya Najdatul 'Iffah binti Umar Faruq dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.."

"'Iffah dah jadi zaujah!" Bisik Wafa' sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira.

Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku.

Bila ada keindahan,
Yang mewujud utuh.
Dalam seluruh dimensi.
Dan menyentuh utuh.
Sepenuh rasa di jiwa,
Itulah detik ijab qabul.
Selamanya.
Indahnya nyata.
InsyaAllah!


"Assalamu'alaikum!" sapa satu suara. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar.Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.

"Tak sempat lagi tengok muka dia."

"Tak sempat ke? Tak berani ke? Ke malu?" Wafa' masih tersengih memerli.

"Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?"

"Makan kot.kat luarlah. Pergilah tengok!"

"Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula."

Aduhai.

Akhawat yang ada geli hati agaknya melihat gelagat 'Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.

Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali.

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, 'Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan.

'Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana intima" dan kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas, tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.

Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, 'Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.

Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di "cc" kan pada mereka yang selayaknya.

Ustaz, Ukhti..

Entah di mana ana harus mulakan. Agak segan menulis kata-kata walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua. Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi. Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah. Ana pasti ukhti 'Iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing-masing faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita. Ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t. Semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti 'Iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti.


Perbincangan sering berlaku lewat email dan "yahoo messenger". Atas alasan untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yang mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di "cc" kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya 'Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan "doakan diriku pejuang sejati" mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq Zayyad: Ok ukht, ana undur dulu.
'Iffah: Ok, jaga diri .
Thariq Zayyad: Doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)
'Iffah: InsyaAllah :) wassalam
Thariq Zayyad: Wslm wr wbt.


Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh.malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,
Dalam kesedaran cinta ilahi,
Sebagai sebenar-benar cinta..


Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita.

Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata.
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa..


Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya..

Kala cinta bertanya pada cinta.
Imanlah jawabnya..


Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut.bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?

Di sini teduh hadir kukuh,
Di kelopak cerah segala bunga,
Di pucuk-pucuk hijau segala rasa..


Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah. nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih.

Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku..

"Ya Allah!
Dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati,
Kecuali pada cintaMu.
Ke mana lagikah hati ini harus berlabuh,
Kecuali pada kasihMu.
Jadikanlah hati yang lemah ini ya Allah,
Tertambat kukuh hanya padaMU.
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu,
Kesejukan setelah matiku,
Kenikmatan memandang wajahMu,
Dan kerinduan untuk berjumpa denganMu.
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah!
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu"


"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu,
Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
Padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: 216)

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

“Holy Water” Versi Orang Melayu

Monday, 10 November 2008

http://an-nawawi.blogspot.com/

Kalau suatu ketika atau mungkin sehingga masa ini, nama Holy Water (Air Keramat) memang cukup terkenal sebagai air sihir yang dikatakan dihasilkan oleh golongan paderi dari kalangan penganut kristian. Sebahagian masyarakat Islam khususnya dari kalangan orang Melayu pernah menggembar-gemburkan isu air tersebut (Holy Water) yang dikatakan memiliki kuasa tertentu yang mampu menjadikan seseorang penganut Islam yang meminumnya murtad dengan serta-merta akibat dari melupai Allah, gagal membaca syahadah, dan lantas membenci agama asalnya. Tetapi sebaliknya akan terus berminat kepada agama kristian dan menganutinya.

Nah! Betapa hebatnya air Holy Water!

Namun sayangnya, fakta-fakta tersebut telah disangkal sendiri oleh para paderi kristian sekaligus menafikan kewujudan air sihir yang bersifat seperti itu. Seandainya ia benar sekalipun, ia tidak akan mampu memudharatkan umat Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta’la telah berfirman,

“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada sesiapa pun, kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 102)

Secara logiknya, sekiranya Holy Water tersebut benar-benar wujud sebagaimana dikata yang memiliki kuasa sihir untuk mempengaruhi manusia memeluk kristian, sudah tentu tidak akan ada orang kristian yang akan masuk Islam. Tetapi itulah hakikatnya, di mana puluhan ribu manusia penganut kristian boleh memeluk Islam dengan sukarela saban waktu. Sehingga paderi-paderi mereka pun ramai yang mendapat hidayah memeluk Islam dan kini giat menjadi pendakwah yang mengajak orang lain menganut Islam.

Setelah kewujudan air “Holy Water” kristian itu menjadi reda, air “Holy Water” buatan orang melayu masih belum reda malah semakin menyubur sehingga ke masa ini.

Holy Water milik masyarakat melayu ini dikatakan mampu menjadikan seseorang yang asalnya malas menjadi rajin, si bodoh boleh menjadi bijak, orang yang gelap hatinya akan menjadi ulama, orang yang selalu gagal boleh menjadi manusia berjaya, orang bujang boleh segera bertemu jodoh, malah sehingga boleh menjadikan seseorang yang sakit tenat kembali sihat. Sehingga terdapat Holy Water dengan ramuan-ramuan yang tertentu mampu membantu mengubati sehingga penyakit jantung dan buah pinggang yang kronik.

Begitulah keajaiban Holy Water versi melayu. Ia bukanlah suatu yang ditakuti sebagaimana kewujudan Holy Water versi kristian. Tetapi, Air keramat versi melayu ini adalah air yang menjadi buruan masyarakat yang benar-benar belum mengerti yang mengejar keajaiban segera. Mereka sebenarnya menjadi mangsa oleh golongan agamawan yang merosakkan.

Malah, kini ia bukan lagi setakat air, tetapi produk ini kini diperluaskan lagi ke dalam bentuk lainya seperti melalui “Kismis Keramat”, “Madu Keramat”, dan seumpamanya. Produk-produk ini kini memiliki nilai komersil yang begitu hebat sekali.



Akhirnya, cara menghasilkan air-air keramat dan produk-produk keramat itu kian terbongkar! Caranya amat mudah iaitu hanya dengan memanggil mana-mana orang berpangkat tok-tok guru atau ustaz-ustaz tertentu supaya mereka membacakan doa-doa tertentu, atau jampi-jampi tertentu, atau dengan mana-mana ayat-ayat suci al-Qur’an atau kebiasaannya surah Yasin, pada produk-produk tersebut. Setelah dibacakan pada produk tersebut, maka ianya akan dibungkuskan untuk dipasarkan kepada para pengguna atau pembeli yang mengkehendakinya. Malah ada juga produk seperti madu asli yang khas dibacakan dengan 30Juzuk al-Qur’an oleh Ma’had-ma’had tahfiz tertentu bagi menjadikan madu tersebut lebih “power” (memiliki nilai tambah) berbanding madu asli yang lainnya. Malah dengan bacaan tersebut, akan menjadikan madu tersebut memiliki kuasa terapi dan daya penyembuhan yang lebih dasyat. Sehingga mampu memberikan keajaiban segera kepada para peminumnya. Wallahu a’lam.

Namun, tidak pula kita temui daya tambah yang seperti itu melalui kalam Rasulullah... wallahu a’lam. Meminum madu itu sememangnya anjuran sunnah, sayangnya tidak pula Rasulullah Shalallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan atau menunjukkan kaedah nilai tambah sebagaimana yang tersebut.

Sehinggakan saya sendiri pernah melihat ada sebahagian majlis-majlis bacaan yasin (yasinan) dan majlis-majlis tahlil (tahlilan) yang menyediakan air dalam jumlah-jumlah tertentu dengan diletakkan pada bekas-bekas tertentu yang kebiasaannya botol-botol bersaiz bekas mineral water, diletakkan pada kedudukan di tengah-tengah lingkaran majlis tersebut diadakan. Lebih menariknya, apabila bacaan/majlis hendak dimulakan, penutup bekas (atau botol) akan dibuka dan setelah tamat majlis, penutup botol akan ditutupkan semula. Kemudiannya air-air tersebut akan diagih-agihkan dan diminum dengan hasrat akan memberi keberkatan dan penerang hati kepada si peminumnya.

Malah, selain dari majlis itu, air-air seperti itu kini kian menjadi suatu bahan produk yang benar-benar memiliki nilai yang tinggi hasilnya. Serta memiliki nilai permintaan yang begitu tinggi di negara kita. Sekaligus mampu memberikan hasil pendapatan yang lumayan kepada para penjualnya.

Begitulah betapa telah meluasnya produk-produk ganjil dan aneh tersebut di dalam pasaran negara kita hari ini. Semuanya tidak lain, ianya wujud dan menjadi begitu “demand” disebabkan oleh kejahilan sebahagian masyarakat kita terhadap agama.

Jikalah benar para ustaz dan tok-tok guru tersebut ikhlas mahu membantu, apalah salahnya sekiranya dijampikan saja air sebanyak di lautan, air sepanjang sungai, air-air di empangan milik jabatan bekalan air, selebar air di tasik-tasik, air setelaga, beras di gudang-gudang, dan padi yang sedang menguning di sawah-sawah padi. Cara seperti ini lebih membantu, malah hasilnya kelak bakal diterima oleh keseluruhan masyarakat dengan lebih komprehensif dan adil. Kebaikannya bakal dapat dirasai bersama. Sama ada masyarakat yang miskin atau kaya. Yang mengetahui atau yang tidak mengetahui. Lalu, akan cerdik agama, bijak bestari dan sihat-sihat belakalah seluruh masyarakat kita lantaran berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Akhirnya, seluruh negara akan mendapat manfaatnya. Nescaya akan cemerlang, gemilang dan terbilang masyarakat kita di Malaysia dengan berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Kelak akan lahirlah bijak pandai Melayu yang bakal menerima anugerah Nobel di peringkat antarabangsa, dan apabila ditanya tentang rahsia kejayaannya, maka jawablah, “Saya mengamalkan memakan madu keramat atau air penerang hati atau mungkin juga kismis doa!”

Tidak dinafikan memang wujud hadis-hadis yang menunjukkan kepada adanya persoalan ruqyah dan jampi. Namun bukanlah sehingga diperluaskan skopnya kepada semua persoalan dan malah sehingga ianya dikomersilkan (dipasarkan).

Perlu untuk kita fahami sesuatu konsep itu dengan betul. Bahawa orang yang jahil (bodoh), ubatnya adalah dengan menuntut ilmu, orang yang gelap hatinya adalah dengan mempelajari al-Qur’an dan hadis, ubat bagi sebuah kegagalan adalah dengan meningkatkan daya usaha dan perancangan, orang yang malas ubatnya adalah dengan motivasi dan galakkan, orang yang sakit adalah dengan berjumpa doktor. Jangan kita brputus asa, Malah Allah memberi ruang kepada kita agar sentiasa berdoa memohon kepadanya.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’d, 13: 11)

Mungkin ada sebahagian penyakit seperti kerasukan jin atau terkena sihir, bolehlah dia diruqyah iaitu diberi rawatan dengan cara terapi jampi berpandukan petunjuk as-Sunnah. Iaitu dengan doa-doa tertentu yang tsabit dari as-Sunnah dan dengan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an tertentu. Juga mereka yang terkena sengatan lipan dan gigitan haiwan berbisa tertentu, maka memang ada sunnahnya dalam hal ini. Namun, perlulah merujuk dengan kaedah yang benar-benar sahih dari petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukannya main hentam kromo mengikut hawa nafsu yang kemudiannya dijadikannya sebagai produk meraih keuntungan. Bukanlah juga dengan sekadar membeli air pelbagai kegunaan cap “tok ustaz” di pasaran lalu diberikan kepada anak-anak yang sedang demam, anak yang mahu mengambil peperiksaan, anak-anak yang mahu menambah daya hafalan, dan seumpamanya.

Cara yang terbaik adalah si pesakit (yang mengalami gangguan) mengubati dirinya sendiri berpandukan zikir-zikir atau doa-doa yang ditunjuk-ajarkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis-hadisnya yang sahih. Di samping itu, mereka sendirilah yang perlu mengubah cara hidupnya iaitu dengan cara memperbaiki amal-amalnya, menjauhi syirik (sentiasa memelihara aqidah), dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Tidak lupa supaya dia sentiasa membaca, meneliti, serta mengamalkan isi kandungan al-Qur’an di mana pun dia berada. Jangan sehingga menjadikan rumahnya seperti kawasan kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an. Begitulah indah dan mudahnya mengamalkan Islam. Ia dipraktikkan berdasarkan ilmu dan keikhlasan.



Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari lelaki atau perempuan, dan ia sentiasa di dalam keadaan yang beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, 16: 97)

Berdoalah dan mintalah kepada Allah dengan istiqomah dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada syirik. Mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Penyayang, dan Maha memperkenankan doa. Dia sentiasa dekat dan memberikan pertolongan kepada hamba-hambanya yang beriman.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Maka, dengan ini, tinggalkanlah air-air keramat berupa produk-produk yang boleh menjadikan kita sebahagian dari pengikut hawa nafsu! Berubahlah dengan menjadi manusia yang beragama berpandukan ilmu.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Hukum Hand Phone Semasa Solat

Sunday, 9 November 2008

Soalan

Surachei Suksuvan a/l Ron < surachei@aicsemicon.com > wrote:


ASSALAMUA'ALAIKUM UST,

Saya muhammad yusuf surachei b. Abdullah dari kulim, kedah.. Saya adalah saudara baru yang telah convert hampir 4 tahun, saya telah baca beberapa artikel yang telah ust huraikan dalam website ust terutama mengenai isu2 semasa seperti pelaburan internet, asb, dan sebagainya.. Di sini saya ada satu attachment mengenai hukum mematikan hp ketika solat.. Apa pendapat ust tentang perkara ini? Terima kasih.. ..

Tutuplah ia semasa solat

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Selamat datang ke web saya dan terima kasih atas kesudian membacanya.

Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).

Ini kerana :-

1) Tegahan dari terpesong minda & hati: Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.


2) Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran " ( Riwayat Abu Daud : 1332)

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

18 Safar 1428 H

8 Mac 2007

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Husnuzzan (Berbaik Sangka) Sesama Muslim

Saturday, 8 November 2008

Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda.

Sama-samalah kita berlumba membuat kebajikan dan amalan soleh serta memperbaiki diri sebagai bekalan untuk hari esok sebagaimana firman Allah Ta’ala (yang bermaksud): “Hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera”.[Surah Asy-Syu’ara’ 88-89]


Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan syariat) Islam, iaitu berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah, berkasih sayang dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk mengekalkan hubungan dan ikatan sesama insan seteguh cerucuk yang ditanam dan sekukuh bangunan yang dibina, kita hendaklah bertemu manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih dan muka yang manis. Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia, menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang, pegangan (aqidah) dan perkataan mereka.

Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang tercarik dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas.

Banyak kedengaran dalam majlis perbincangan umum ataupun khusus, tuduhan-tuduhan seperti; ‘pulan bermaksud begini’, ‘niat si pulan begini’, ‘maksud perbuatan atau perkataannya begini’… perkara seperti ini, semuanya lahir daripada buruk sangka yang merosakkan, menyalakan perasaan dengki dan kebencian, meruntuhkan hubungan baik masyarakat, menggoncangkan keutuhan ukhuwwah, memutuskan tali kekeluargaan, menanamkan sifat ragu dikalangan individu dan masyarakat. Bahkan berapa banyak yang telah kita dengar peristiwa besar dan bencana yang menimpa berpunca daripada sangkaan jahat (su’ uzzan) yang diletakkan bukan pada tempatnya.

Apabila penyakit su’ uzzan menular ke dalam diri, ianya akan membawa kepada; terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang, suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik rahsia keburukan orang. Kerana itu kita lihat orang yang bersikap su’ uzzan sering berkata: “Saya akan cuba memastikan kebenaran perkara ini”, maka, dia mula mencari rahsia dan kemungkinan dia akan mengumpat. Mungkin juga, dia akan menyebut saudara muslimnya dengan perkataan jahat maka dengan itu dia telah melakukan dosa yang berganda dan maksiat yang merosakkan. Di sini tersembunyi satu bahaya apabila hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka su’ uzzan, maka sangkaan menjadi asas kepada kasih sayang atau kebencian terhadap seseorang. Semua ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah.

Menebalnya sikap prasangka su’ uzzan akan menjadikan manusia mudah melemparkan tuduhan terhadap sesama mereka, kemudian tidak akan ada lagi sikap saling percaya-mempercayai, bahkan mereka akan sering berbalah-balahan, tidak bertegur sapa dan memutuskan hubungan, ini merupakan suatu sikap yang akan membawa kepada hilangnya kekuatan dan keutuhan umat.

Zan atau sangkaan terbina di atas asas agakan atau satu perkataan atau amalan yang diragukan. Zan akan menjadikan seseorang menurut perasaan di dalam dirinya yang suka membuat tohmahan terhadap saudaranya, maka dengan itu Zan akan menguasai dirinya juga cara pemikirannya. Sehingga kamu akan dapati orang yang bersikap prasangka akan merasakan seseorang yang disangkakan tidak baik itu telah melakukan kesalahan yang banyak berdasarkan khayalan sangkaannya hasil daripada sikap buruk sangkanya terhadap saudaranya.

Bahkan sehingga salam yang diucap oleh seorang muslim kalau telah dilingkungi oleh prasangka, boleh dianggap sebagai ejekan atau celaan, demikian juga dengan senyuman akan dianggap sebagai perlian atau sinisan, pujian dan pemberian hadiah juga boleh disalah ertikan dengan berbagai anggapan yang akan membawa kepada perbalahan dan perselisihan.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain”. [Al-Hujurat: 12].

Ayat ini menunjukkan perintah supaya menjaga kehormatan orang muslim dengan sebaiknya kerana ianya didahului dengan tegahan daripada bercakap tentangnya dengan sangkaan. Kalau orang yang berprasangka mengatakan: ‘Saya akan kaji dan selidik’! Katakanlah kepada mereka: “Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain”. Jika mereka berkata: ‘Saya telah pastikannya dengan tidak mencari keaiban’. Katakanlah: “Janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain”.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan”. Seruan kepada orang-orang mukmin, menyeru agar jangan biarkan diri mereka menjadi mangsa kepada semua yang terlintas dalam hati yang sering menyangka, syak dan ragu-ragu terhadap keadaan orang lain. Dengan ini Al-Quran telah membersihkan hati dari terkena kotoran prasangka yang akan membawa dosa, biarlah hati terus bersih daripada sebarang syak dan keraguan, bersih perasaannya terhadap saudaranya. Alangkah indahnya hidup di dalam masyarakat yang bersih dari prasangka.

Berkata sebahagian ulama’: “Perkara yang membezakan syak atau sangkaan yang mesti dijauhkan daripada yang sebaliknya ialah setiap keraguan yang tidak ada tanda yang sahih serta sebab yang nyata adalah haram, wajib dijauhi. Iaitu jika sekiranya seseorang itu dari kalangan orang yang baik atau yang tersembunyi kejahatannya, seorang yang tampak amanah pada zahirnya, maka meyangka jahat terhadapnya adalah haram. Ini berbeza dengan orang yang telah terkenal dari kalangan manusia yang sering melakukan perkara yang meragukan atau melakukan kejahatan secara terang-terangan”.

Ini kerana kebanyakan ulama’ berpendapat: “Tidak boleh berprasangka buruk kepada orang yang zahirnya tampak baik dan tidak mengapa berprasangka tidak baik terhadap orang yang zahirnya tampak tidak baik”.

Dari Sa’id bin Al-Musayyib rh katanya: ‘Telah menulis kepada saya beberapa orang ikhwah daripada sahabat Rasulullah : Hendaklah engkau meletakkan urusan/perkara saudara engkau di tempat yang sebaiknya selagi kamu tidak didatangi oleh perkara yang menurunkannya dan jangan kamu menyangka satu kalimah yang keluar daripada seorang muslim itu tidak baik sedangkan kamu masih ada peluang untuk menjadikannya baik’.

Manhaj ini sangatlah dituntut apabila berdepan dengan orang yang mempunyai kelebihan dan kebaikan (ulama’, pendakwah dan lain-lain), ini adalah termasuk dalam fiqh Al-Maqasid dan niat, yang mungkin tidak disedari oleh setengah golongan, menyebabkan mereka sering menjatuhkan hukuman salah ke atas orang lain dengan tidak mengambil kira keadaan, niat dan tujuan orang tersebut. Mungkin kesalahan itu merupakan satu perkara yang tidak disengajakan dan beliau tidak bermaksud dengan kejahatan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ibnu Al-Qayyim rh dengan katanya: “Satu kalimah yang sama, diucapkan oleh dua orang yang berbeza, seorang bermaksud dengan kebatilan dan seorang lagi bermaksud dengan kebenaran, yang diambil kira (iktibar) ialah cara, pemikiran, mazhab dan ideologi yang didokong oleh orang yang berucap juga pegangan yang dipertahankannya”.

Kerana itu tidak dihukum kafir seorang yang kerana terlalu gembira sehingga tersalah mengatakan: ‘Ya Allah, Engkaulah hambaku dan akulah tuhanMu’, kerana dia tidak bermaksud menjadikan dirinya sebagai tuhan.

Sheikhul-Islam Ibnu Taimiyah rh menukilkan tulisan orang yang bercanggah dengan pendapatnya kemudian beliau mengatakan: “Kalam ini terlalu umum, orang yang inginkan kebenaran akan meletakkannya di tempat yang baik dan sebaliknya orang tidak menginginkan kebenaran akan memasukkan (menambah, menafsir, mentakwil) nya dengan bermacam-macam…”.

Inilah manhaj yang tinggi, sikap terbuka yang telah diterima oleh As-Salafussoleh… adil dan insaf yang telah digariskan oleh ulama’ ummah… mereka telah meletakkan perkataan yang mengandungi berbagai maksud di tempat yang baik… melapangkan dada yang terbuka, bebas dari pengaruh hawa nafsu, baik diri dan menasihati ummah… di mana kita dengan manhaj ini?

Bukan dari manhaj salaf menambah (menafsir, menghurai..) kan lafaz (yang tidak disebut) sehinggakan mengubah maksud, gembira dengan menyebarkan kesilapan orang dan bermuamalah sesama muslim dengan su’ uzzan, sangkaan jahat.

Sebahagian daripada prasangka ialah meletakkan perkataan dan perbuatan orang lain di tempat yang tidak baik iaitu dengan membesarkan kesalahan dan memandang mereka dengan penuh tohmahan, tanpa meneliti sebab atau mencari keuzuran, setiap perkataan yang boleh ditafsir dengan maksud yang baik dan tidak baik, akan diambil yang tidak baik…Subhanallah! Bagaimana mereka menghukum dengan menafsirkan niat dan tujuan dalam diri orang lain?.

Sesungguhnya perkara yang tersembunyi dan rahsia dalam diri untuk memuhasabahnya adalah ciri-ciri yang hanya tertentu bagi Allah swt Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia. Adapun manusia tidak ada hak baginya ke atas saudaranya kecuali amalannya yang zahir, inilah amalan Salafussoleh yang terdahulu, yang telah penuh hati mereka dengan didikan Islam yang sempurna lagi bersih.

Sheikh Abdur Razzaq Radhiallahuanhu telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud katanya: Aku dengar ‘Umar bin Al-Khattab ra berkata: “Bahawa sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah saw diberi penjelasan dengan wahyu dan wahyu telah terputus, kita sekarang hanya boleh mengambil kira perbuatan yang zahir daripada amalan kamu, sesiapa yang menzahirkan kepada kami kebaikan kami akan percaya dan dekat dengannya, tidak ada hak bagi kami mencampuri perkara yang tersembunyi, Allah akan menghisabnya. Sebaliknya sesiapa yang menzahirkan kejahatan kami tidak akan mempercayai dan membenarkannya, walaupun dia berkata niatnya baik”. Maka setiap muslim hendaklah memuhasabah dirinya dengan setiap kalimah yang diucapkannya atau suatu hukum yang dikeluarkannya, sentiasalah mengingati firman Allah Taala (yang bermaksud): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang perkara yang dilakukan”. [Al-Isra’ 36].

Su’ uzzan atau sangkaan buruk terjadi daripada beberapa sebab, yang paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu dibesarkan dalam suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, buruk sangka, sama ada di rumah atau bersama kawan-kawan, menjadikannya berniat tidak baik dan mempunyai hati yang busuk.

Sesiapa yang mengikut hawa nafsu akan membawanya kepada perasaan zan dan sangkaan dusta, kerana kasihkan sesuatu akan menjadikannya buta dan tuli dan apabila seseorang cenderung kepada yang lain dengan hawanya, akan menjadikannya lupa kesalahan orang itu dan sentiasa berbaik sangka dengannya, walaupun orang itu melakukan kesalahan, demikianlah juga sebaliknya, dia akan sentiasa berprasangka buruk, mencari kesalahan dan menimbulkan kesilapan, walaupun orang itu benar pada dasarnya.

Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

Sesungguhnya fenomena buruk sangka sesama Islam telah begitu meluas di zaman kita, menjadi barah yang meruntuhkan hubungan dan kesatuan (wehdah) di antara individu dan masyarakat muslim, ini adalah merupakan satu kesan negatif terhadap kekuatan masyarakat untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar.

Buruk sangka, menuduh tanpa asas, cepat menghukum telah menakutkan orang, menzalimi beberapa golongan dan beberapa orang yang soleh telah dijauhkan tanpa sebab yang diizinkan oleh syariat, sebagaimana kata orang dahulu: ‘Aku melihat permusuhan tetapi tidak melihat sebabnya’. Semuanya berpunca daripada percakapan yang tidak ada sandaran…hanya sangkaan yang buruk, umpatan jahat dan tuduhan palsu, firman Allah Taala (yang bermaksud): “Dan orang-orang yang menyakiti orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata”. [Al-Ahzab 58].

Setelah jelas kepada kita –wahai saudara- bahawa buruk sangka adalah satu penyakit yang merosakkan, maka kita mesti berusaha untuk membendungnya sebelum ia terus merebak dan menghancurkan.

Di antara ubatnya ialah: berbaik sangka (husnuzzan) dengan manusia, jauhkan sikap buruk sangka, berfikir semasaknya sebelum membuat tuduhan atau hukuman. Sekiranya engkau tersalah kerana berbaik sangka adalah lebih baik daripada tersalah kerana cepat menghukum dengan buruk sangka. Kata Saidina ‘Umar bin Al-Khattab ra: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Ubat yang seterusnya: sentiasa mencari keuzuran yang boleh memaafkan manusia, tinggalkan sikap suka mencari kesalahan atau mengorek keburukan orang lain, sentiasa berpegang dengan adab dan ajaran Islam dalam menghukum seseorang atau sesuatu perkara yang jelas dan meninggalkan segala yang tersembunyi hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui semua rahsia dan segala yang tersembunyi.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran”. [An-Najmi, 28].


Sumber:

PERUTUSAN HARI RAYA 1422H DARI MIMBAR MASJID RASULULLAH SAW
Oleh: Sheikh Dr. Abdul Bari ‘Awad Ath-Thubaiti (Imam Masjid An-Nabawi)
http://alminbar.net/

Alih Bahasa Oleh: Abu Anas Madani.
Madinah, Syawal 1422.
http://www.abuanasmadani.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Nak Juga Cakap Arab!

Friday, 7 November 2008



“Aduh, lambat kita ni!” saya menggelabah.

Ucop dan Munawwar pun berjalan sama.

Hari ini hari pertama Ramadan. Jadual kuliah berubah kerana setiap kelas dipendekkan masa. Kami tersilap melihat jadual, dan sekarang sudah setengah jam lewat masuk ke kelas. Bukan kelas sebarangan, tetapi kelas Hadith 1 yang diajar oleh Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad. Pensyarah paling garang, menggerunkan!

“Anta la ketuk pintu!” Munawwar menyuruh saya.

“Ishh… anta la. Kecut perut ana ni,” saya mengelak.

“Haa, anta la Ucop. Muka anta baik, mesti sejuk hati doktor,” kami menolak Ucop.

“Err… baiklah. Ana berkorban!” kata Ucop, pasrah.

Pintu kelas diketuk.

Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad menoleh. Renungannya bagai menembus jantung kami.

“Kenapa lambat?” beliau menyergah. Keras benar bunyinya.

“Kami tersilap melihat jadual,” saya menjawab antara berani dan takut.

“Sudah, pergi berdiri di belakang kelas!” katanya.

Aduh… malu sungguh terasa. Terkenang kembali zaman sekolah rendah dulu. Lebih baik kami ghaib sepenuhnya daripada kelas pagi ini, berbanding seksa menerima hukuman berdiri. Saya, Munawwar dan Ucop berdiri di belakang. Semua mata memerhati.

Pensyarah meneruskan kuliahnya seperti biasa.

Kami pula kelam kabut menyalin nota sambil berdiri.

Tiba-tiba pintu kelas diketuk.

“Sudah, maut laa mamat sorang ni!” saya berbisik ke Munawwar.

Seorang lagi pelajar senasib dengan kami. Sahabat dari Pattani.

“Grr… seorang lagi. Apa kamu nak????” Dr. Jawwad mengherdik pelajar itu tadi.

“Err doktor, boleh saya Tafaddhal?” beliau bertanya.

Seluruh kelas ketawa berderai mendengar permintaannya. Dr. Jawwad yang bengis itu pun ketawa sampai berair matanya.

Mungkin pelajar itu tadi menyangka bahawa perkataan tafaddhal itu bermaksud ‘masuk’ sebab setiap kali beliau melihat orang Arab menjemput masuk, perkataan yang digunakan adalah tafaddhal! Sedangkan kalimah tafaddhal itu bermaksud ’silakan!’. Subhanallah, tidak pernah dalam kelas Hadith kami ketawa seperti pagi ini.

“Ahaa, boleh, kamu boleh tafadhhal!” kata Dr. al-Jawwad lagi.

Kami tambah ketawa besar.

Oleh kerana kelas telah menjadi kucar kacir, Dr. al-Jawwad telah membatalkan kelas kami yang tinggal 10 minit berbaki itu.

“Aku puasa!” kata beliau semasa meninggalkan kami yang mengesat mata kerana terlebih suka.

TAWAF

“Ya Allah, ampunkan dosa dan kesalahanku,” saya bermonolog sendirian semasa bertawaf mengelilingi Kaabah.

Jika di masjid-masjid lain, penghormatan kita adalah dengan mengerjakan solat sunat dua rakaat sebelum duduk. Tetapi di Masjidil Haram, sunnah penghormatan kepadanya adalah dengan tawaf sunat.

Suasana sungguh hening. Kelihatan burung-burung terbang riang di langit bersih. Malam itu sungguh mendamaikan.

Tiba-tiba telinga saya tertangkap bacaan doa seorang lelaki dan kawan-kawannya di sebelah. Mungkin dari Pakistan. Beliau khusyuk membaca buku yang dipegang di tangan lagak seorang mutawwif, manakala kawan-kawannya mengikut bacaan beliau.

“Allahumma, akhrijna!” katanya.

“Allahumma, akhrijna!” ulang mereka.

“Minad-dhulumaat!” bacanya lagi.

“Minad-dhulumaat!” ulang mereka bersamanya.

“Ilan Naar!” baca mutawwif itu tadi.

“Ilan Naar!” kawan-kawannya mengikut. Setia dan sempurna.

Saya hampir terbelahak mendengarnya. Terasa mahu ketawa, tetapi terkenangkan suasana di sisi Kaabah, segera saya menggigit lidah menahan geli hati.

Moga Allah tidak maqbulkan doa mereka di sisi Kaabah, kerana mereka meminta dikeluarkan daripada kegelapan kepada Neraka! Sepatutnya dibaca ilan Noor, iaitu daripada kegelapan kepada ‘Cahaya’!

Hendak ditegur, mereka sudah pun bergerak jauh ditolak ribuan jemaah haji yang sedang bertawaf. Saya hanya mengurut dada.



SA’IE

Badan terasa agak penat.

Sebelum memulakan sa’ie tujuh perjalanan, saya berehat sebentar di tepi Bukit Sofa. Jika boleh dipanggil bukit.

Hanya tinggal sedikit batu hitam, tinggalan zaman berzaman.

Entah macam mana, pendengaran saya tertangkap bacaan oleh sekumpulan jemaah dari Turki. Mutawwifnya membaca sebuah buku yang saya kira ia di dalam Bahasa Arab.

“Dan kemudian!” katanya.

“Dan kemudian!” ikut ahli kumpulannya.

“Angkatlah tanganmu ke arah kiblat!” bacanya lagi. Penuh semangat.

“Angkatlah tanganmu ke arah kiblat!” ulang jemaahnya.

Subhanallah! Mutawwif itu tidak sedar bahawa apa yang dibacanya bukanlah zikir atau pun doa, tetapi ayat arahan tentang kaifiyat memulakan Sa’ie!

Saya menepuk dahi.

“Ya Allah, apakah yang diminta oleh hamba-hamba-Mu ini?” saya keliru antara mahu ketawa dan berduka menyaksikan ‘bencana’ ini.

DOA DAN MAKNA

Berdoalah di dalam bahasa yang kita faham. Semua bahasa adalah bahasa hamba Allah. Dia memahami apa sahaja ungkapan kita, tanpa perlu berbahasa Arab secara dipaksa-paksa. Doa di dalam Bahasa Melayu, Urdu dan Turki, dengan memaksudkan apa yang dipinta, lebih bermakna daripada doa Bahasa Arab yang panjang sedepa, tetapi kosong dari makna dan penghayatan.

“Ustaz, macam mana nak doa minta mudahkan jodoh?” tanya seorang jemaah di masjid kepada saya.

“Ya Allah, mudahkanlah jodohku! Itu sahaja.

Mulakan dengan Tahmid dan Selawat. Tutup dengan Selawat dan Tahmid!” saya menjawab.

Penyoal terpinga-pinga, bagai tidak percaya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Hari Yang Pasti

Thursday, 6 November 2008

Anti..

Bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada anti,
Tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
Ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu bercakap dgn anti,
Tapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
Tika mana ana dan anti 'bukan' lagi 'ana' dan 'anti',
Di hari-hari yg pasti.

Bukan ana tidak mahu chatting dgn anti,
Tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut anti,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu mesej anti,
Tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
Tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati di waktu ini.

Bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk hari jadi anti,
Tapi ana bimbang hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk anti.
Tidak lagi,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu memandang wajah anti,
Tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti.
Hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak ingin memandang wajah anti,
Tapi ana bimbang wajah ini tidak akan lagi memberikan senyuman di setiap pagi,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak ingin memandang senyuman anti,
Tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada anti,
Tapi ana selalu tersenyum di dalam hati,
Agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin di sarungkan di jari..


Anti..

Yakinlah,
Percayalah.

Bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada anti,
Tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Illahi,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai anti,
Tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada Illahi,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.

Kerana ia bukan hari-hari yang pasti,
Ana tidak mahu agar hati ana dan anti mati,
Lalu mematikan hubungan ana atau anti dengan ILLAHI.

Anti..
Intailah sebentar hari-hari yang pasti.

Tika itu,
Andai ana jatuh,
Anti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan.

Tika ana kesedihan,
Anti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan.

Tika ana berseorangan,
Anti lah teman.

Tika ana kelalaian,
Anti lah yang mengingatkan.

Tika itu,
Ana dan anti,
Bukanlah 'ana dan anti' lagi.

Kerana,
Ia adalah hari-hari yang pasti.

Berdoalah untuk hari-hari yang pasti,
Hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran,
Dan itulah jalan yang telah Islam berikan.

Selamat malam anti..

Moga kita dipermukan nanti,
Di hari-hari yang pasti,
Seperti yang Allahu Rabbi telah janji,
Bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati di hari-hari yang tidak pasti.

Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah
------------------------------------------------

"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku keranaMu dan DakwahMu! Ameen"

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu..

Read More...

Semaian Kasih

Wednesday, 5 November 2008

Ustaz Nazri mengakui beliau dan isterinya, Mozirisah Mohd. Zain tidak melalui proses cinta sama seperti orang lain.

"Selepas 3 tahun berada di Mesir, usia saya pun sudah mencecah 25 tahun. Ketika itulah saya memberitahu rakan sekelas hasrat hati untuk mendirikan rumah tangga. Saya minta tolong dia carikan calon lalu dia memberitahu isterinya. Selang beberapa hari, teman saya menunjukkan sekeping gambar seorang gadis."

KELUARGA BAGI SYARAT

"Sebaik menatapnya saya terus bersetuju. Lalu saya solat istikharah selama seminggu dan berdoa. Selama itulah hati saya tenang dan tenteram. Saya kira itulah petanda jodoh saya.

Yang lucunya, sewaktu berdoa saya lupa nama isteri. Maklumlah namanya memang sukar untuk disebut apalagi diingati. Kemudian, saya beritahu sahabat saya untuk melihatnya. Pertemuan diatur di rumah sahabat dan isteri saya ke rumahnya. Saya pula ambil peluang melihat isteri dengan menyembunyikan diri di rumah mereka. Lalu saya beritahu keluarga di Malaysia untuk pergi meminang dan menikahinya. Tetapi hasrat saya ditolak oleh keluarga sebelah isteri yang bimbangkan pelajaranya terganggu. Tetapi saya tidak putus asa dan menghantar rombongan meminang dengan menyatakan bertunang dahulu. Kali ini keluarga sebelah isteri memberi syarat hanya boleh menikah selepas isteri habis belajar iaitu selepas 2 tahun. Saya pula minta agar pertunangan dipendekkan menjadi setahun dan mereka bersetuju.

Namun hal itu tidak berlaku kerana saya tidak mahu bertunang terlalu lama lalu kami bernikah selepas sebulan bertunang. Segala urusan pernikahan dilakukan oleh saya sendiri dengan bantuan rakan - rakan di Mesir. Walaupun tanpa kehadiran kedua belah pihak, majlis tetap berlangsung dengan meriah dan sederhana." ujarnya bercerita mengenai kisah perkenalan ringkas yang berakhir di jinjing pelamin itu.

SUAMI RAJIN MEMBANTU

Sementara isterinya yang berasal dari Perak memberitahu ketika berada di tahun kedua Syariah Universiti Al-Azhar, seorang sahabat memberitahu ada orang ingin berkenalan dan sudah tentu beliau agak terkejut.

"Sahabat ini tadi menunjukkan gambar suami dan setelah melihat gambarnya tanpa teragak-agak terus bersetuju. Saya tidak membuat solat istiqarah sebaliknya saya selidik latarbelakangnya melalui kawan-kawan."

Suami saya tabah, bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu, sentiasa memajukan diri, ringan tulang, dan pandai mengambil hati dengan gurauannya.

Ketika dalam pantang bersalin anak pertama (pasangan kembar), tanpa disuruh dia akan membantu saya membasuh, menyidai pakaian, memasak, mengemas rumah dan mejaga anak kembar kami. Setiap pagi sebelum ke kelas, dia akan menjemur pakaian terlebih dahulu. Pulang dari belajar dia akan memasak dan mengemas rumah. Sememangnya dia seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

Sudah tentu dengan segala kurniaan Allah ini melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada 4 orang cahaya mata" ujarnya anak sulung daripada 6 adik beradik ini.

Majalah MW

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok

Tuesday, 4 November 2008




Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

http://drmaza.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post  

Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam

Monday, 3 November 2008

Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya... Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang.

Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri.Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah.

Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam.Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:“Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah: 2)

Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya:Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.” “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)Menerusi

hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.

Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

Ini jelas dalam firman Allah bermaksud:“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Riwayat: Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.


KOLEKSI ANIS
Oleh Ustazah Siti Bahyah Mahamod

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments Links to this post