YOGA

Saturday, 29 November 2008

MUIS: BOLEH DIAMAL UNTUK KESIHATAN

Usah libatkan ritual agama dan Muslim perlu jaga iman


SEORANG Muslim boleh mengamalkan senaman yoga jika semata-mata untuk manfaat kesihatan dan fizikal, dan beliau tidak melibatkan ritual keagamaan daripada apa yang ditetapkan agama Islam,tetapi perlu memastikan keimanannya terpelihara.

Demikian penjelasan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi satu kenyataannya semalam.

Muis menerusi kenyataannya itu merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar The Straits Times pada 9 November, yang melaporkan bahawa pemimpin Islam di sini menyatakan tiada masalah bersenam yoga asalkan tiada amalan aspek spiritual.

Menyusuli artikel tersebut, Muis menerima pertanyaan media berhubung pendiriannya tentang yoga.

'Muslim digalak berusaha memelihara kesihatan mental dan fizikal mereka pada setiap masa. Ini cukup jelas daripada ajaran Rasullulah yang menggalak umat Islam berpuasa dan makan secara sederhana.

'Muslim juga digalak mencari ketenangan emosi menerusi muhasabah, zikir, solat atau melalui cara-cara lain sejajar dengan ajaran Islam,' kata Muis dalam kenyataannya.

Dalam mengamalkan sebarang bentuk senaman mental atau fizikal, masyarakat Islam harus sentiasa mengetahui dan sedar akan segala aspek senaman itu.

Dengan berbuat demikian, mereka akan dapat lebih memahami bentukbentuk senaman tersebut, lantas membezakan antara ekspresi fizikal dan keagamaan.

'Pendekatan seperti itu harus digunakan bagi kesemua aspek kehidupan keagamaan umat Islam, yang menggalak mereka mengamalkan kepercayaan mereka dengan selesa dan yakin,' kata Muis.

Menurutnya, atas dasar itu Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa pada 1984 yang bertujuan menerangkan bahawa masyarakat Islam tidak dibenarkan mengamalkan yoga dalam bentuk yang secara jelas mengandungi elemen ritual dan kepercayaan agama lain.

Yoga menimbulkan tengkarah di Malaysia apabila majlis fatwa kebangsaan negara itu mengeluarkan fatwa bahawa yoga haram bagi penganut Islam.

http://cyberita.asia1.com.sg/

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

1 comments:

As for me, I'm not for Yoga, because of the following 2 opinions that I have:
1. It is an act from a Yogish religion - branched out from Hinduism.
2. Mengingatkan Hadith Rasulullah SAW bawasanya... bagi sesiapa yang meniru kelakuan sesuatu kaum, maka mereka adalah antara kaum itu.

I feel that there are soo many other senaman yang kita boleh buat e.g. pilates (unless that also originated from some religious act? I don't know of that at this point), jogging, spring cleaning the house etc.. jadi tak payahlah kita pilih yang itu satu kontroversi punya.. As mentioned in another hadith :D
"The halal is clear and the haram is clear. Between the two there are doubtful matters concerning which people do not know whether they are halal or haram. One who avoids them in order to safeguard his religion and his honor is safe, while if someone engages in a part of them he may be doing something haram, like one who grazes his animals near the hima (the grounds reserved for animals belonging to the King which are out of bounds for others' animals); it is thus quite likely that some of his animals will stray into it. Truly, every king has a hima, and the hima of Allah is what He has prohibited." (Reported by al-Bukhari' Muslim, and others)

Wallahu'alam.

madame blossom said...
22 December 2008 at 8:53 pm  

Post a Comment