Hari Yang Pasti
Thursday, 6 November 2008
Anti..
Bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada anti,
Tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
Ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai,
Di hari-hari yang pasti.
Bukan ana tidak mahu bercakap dgn anti,
Tapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
Tika mana ana dan anti 'bukan' lagi 'ana' dan 'anti',
Di hari-hari yg pasti.
Bukan ana tidak mahu chatting dgn anti,
Tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut anti,
Di hari-hari yang pasti.
Bukan ana tidak mahu mesej anti,
Tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
Tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati di waktu ini.
Bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk hari jadi anti,
Tapi ana bimbang hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk anti.
Tidak lagi,
Di hari-hari yang pasti.
Bukan ana tidak mahu memandang wajah anti,
Tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti.
Hari-hari yang pasti.
Bukan ana tidak ingin memandang wajah anti,
Tapi ana bimbang wajah ini tidak akan lagi memberikan senyuman di setiap pagi,
Di hari-hari yang pasti.
Bukan ana tidak ingin memandang senyuman anti,
Tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
Di hari-hari yang pasti.
Bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada anti,
Tapi ana selalu tersenyum di dalam hati,
Agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin di sarungkan di jari..
Anti..
Yakinlah,
Percayalah.
Bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada anti,
Tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Illahi,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.
Bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai anti,
Tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada Illahi,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti,
Ana tidak mahu agar hati ana dan anti mati,
Lalu mematikan hubungan ana atau anti dengan ILLAHI.
Anti..
Intailah sebentar hari-hari yang pasti.
Tika itu,
Andai ana jatuh,
Anti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan.
Tika ana kesedihan,
Anti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan.
Tika ana berseorangan,
Anti lah teman.
Tika ana kelalaian,
Anti lah yang mengingatkan.
Tika itu,
Ana dan anti,
Bukanlah 'ana dan anti' lagi.
Kerana,
Ia adalah hari-hari yang pasti.
Berdoalah untuk hari-hari yang pasti,
Hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran,
Dan itulah jalan yang telah Islam berikan.
Selamat malam anti..
Moga kita dipermukan nanti,
Di hari-hari yang pasti,
Seperti yang Allahu Rabbi telah janji,
Bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati di hari-hari yang tidak pasti.
Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah
------------------------------------------------
"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku keranaMu dan DakwahMu! Ameen"
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu..
4 comments:
ek pandai-pandai je buat spekulasi =P ni entry kopi pasta lah
Assalamu'laikum..
Mas, syukron untuk postingnya yang begitu bagus!!
semoga ia akan menyadarkan hati ini!!
ana minta ijin menyimpan postingnya dan mempostingkannya di blog ana.
Syukron!!
semoga dengan membacanya ketika mengingat masa silam itu, akan membuat ana kuat dan optimis menjalani hari-hari ke depan.
Syukron katsiran!!
Jazakallah Ahsanal Jaza'
Wassalam
a nice one!
wah3 ...
akhi hairil akan menikah x lama lg ... :-P