jom kita J & T (jogging & tadabbur alam)
Saturday, 18 October 2008
pagi semalam di fateh;
saya: saya dah lama tak bersenam. dulu kat shah alam tiap-tiap hari jalan kaki at least 15-20 min, sekarang dah takde, badan pun lemah, cepat rasa nak tidur.
ukht nik: (gelak)
petang semalam di fateh;
ukht roha: jom kita jogging petang ni (ym dari ofis)
saya: boleh kot, insya Allah (cepatnya Allah menjawab keluhan hambaNya)
sekembalinya ukht roha ke fateh;
ukht roha: hah jom (menuju ke kereta)
saya: eh? naik kereta ke? nak ke mana?
ukht roha: awak nak jogging kat sini je ke? jauh-jauhla sikit
saya: ohh ingat kat sini je (kawasan perumahan). jomla
petang di ukm;
mula-mula kami ‘warm up’, kemudian berjogging mengelilingi tasik di fakulti kejuruteraan. selesai satu pusingan, kami mengelilingi pula sebahagian kawasan ukm. banyak pula stamina pada kali ini, kecuali ketika menaiki tangga dan bukit, sehinggakan kaki tidak mahu berhenti walaupun sudah membuat ‘cooling down’ setelah selesai membuat pusingan di sekitar ukm, sehingga kami membuat satu lagi pusingan mengelilingi tasik itu kembali. laa haula walaa quwwata illaa billah. berjaya juga kami melakukan satu aktiviti dalam rangka mencapai muwasafat ‘jasad yang kuat’, alhamdulillah. ketika berlari-lari anak, saya berimaginasi sedang menjalani latihan ketenteraan dan menemui teknik larian yang boleh mengekalkan saya terus ke depan untuk jangka masa yang lebih panjang daripada sebelum ini, alhamdulillah.
tadabbur aktiviti jogging kami;
1. stamina lebih kuat dan berterusan ketika berjogging di tanah yang mendatar, namun sangat cepat tercungap-cungap dan ‘patah langkah’ apabila menaiki tangga dan mendaki bukit:
lebih senang untuk istiqamah tanpa halangan yang susah dan ketika berada di dalam zon yang selesa dan statik, namun prestasi kita dalam jalan dakwah akan lebih teruji dan sukar dijangka apabila kita mula menempuh halangan di luar kebiasaan iaitu ‘jalan yang mendaki’, perlukan tenaga dan ketahanan yang lebih tinggi bagi menghadapi ‘pendakian’ yang lebih getir, supaya kami tidak berhenti atau berundur ke belakang.
2. ada beberapa ketika, berjogging sambil menarik nafas, dengan tujuan menghirup udara segar. di sesetengah tempat yang sedang direnovasi dengan simen, kami terpaksa menutup hidung menahan bau simen yang menusuk:
udara yang segar dan bekalan oksigen yang tidak dicemari boleh dianalogikan sebagai ‘biah solehah’ yang menyokong kehidupan kami dalam dakwah dan menyihatkan urusan dan kelancaran pergerakan dakwah. jika biah itu dicemari dengan banyaknya anasir jahiliyyah, ada kemungkinan seseorang itu masih boleh ‘hidup’ jiwa islam dan jiwa dakwah kepada islam itu dalam dirinya, namun akan timbul ‘tekanan-tekanan’ akibat berleluasanya pengaruh jahiliyyah yang tercemar itu, sehingga akhirnya terpaksa dielakkan juga supaya tidak terus ‘menyakitkan’ kita.
3. sepanjang beraktiviti, kami tidak sentiasa kekal dalam keadaan berlari-lari anak, sebaliknya turut berjalan kaki, berkawad, dan mempelbagaikan aksi tangan, asalkan tidak berhenti dan terus ke depan:
pelaksanaan dakwah itu berbentuk anjal. dakwah itu sendiri sifatnya fan (seni). perlu sentiasa kreatif, dinamik dan mevariasikan teknik serta kemahiran pada masa yang sesuai bagi menjamin langkah terus ke depan. tidak statik pada satu jenis cara atau kekal pada cara yang lama, bergantung kepada waqi, jika ingin mengatasi kefuturan (kepenatan) sehingga terus berhenti bergerak.
4. ketika mengelilingi tasik, kami singgah di hentian yang menyediakan beberapa prasarana senaman dan mempelajari teknik untuk menggunakannya seperti yang tertera pada papan tanda:
jika kita menemui sumber potensi atau kemudahan baru, maka perlulah juga kita belajar atau mencari panduan bagaimana mahu memanfatkan sumber-sumber yang ada dengan cara yang terbaik, dengan itu ia tidak menjadi sia-sia dan kita juga tidak akan rugi, malah akan menambah nilai kepada diri kita dan seluruh pergerakan islam.
5. sepanjang berjogging, ada beberapa ketika kami memperlahankan langkah ketika ada halangan di tepi jalan seperti orang membaiki motorsikal, ramai lelaki di situ, dan tapak sedang direnovasi. larian hanya disambung sesudah melepasi halangan:
wajar untuk sentiasa berhati-hati di sepanjang jalan, sama ada untuk menjaga sirr atau lain-lain langkah keselamatan.
‘assignment’ untuk ‘jogging’ seterusnya di lain masa;
1. tambah ‘point’ lain
2. syarah ‘point’ sedia ada
3. cari dalil daripada al-Quran, hadith, atau buku-buku yang berkaitan dengan ‘point’ yang telah ditabburkan
http://khalisah.wordpress.com/spiderman_pink: bagus betul penulis ni. tengah jogging pun boleh bertadabbur.
kalau ana jogging, asik pikir bila nak kahwin je. takde benda lain hehe. ai bila lah mula jogging semula. januari kene IPPT. moga Allah izinkan dapat gold. dapat duit kan? =D
2 comments:
mintak izin!
k dah =D
ini entri teman ana... minta izin tak copy nih? :D