Tong Merah

Saturday, 18 August 2007

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok" jawab atoknya.

Cucunya bertanya lagi "Kenapa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 15:28  

5 comments:

Sesungguhnya, memang manusia itu tidak dijadikan semula-mengetahui.
(is that a valid word?)

Sebab itu kita ada cikgu-cikgu sekalian.

cerebrator said...
19 August 2007 at 5:52 pm  

oh.. like ada orang kerja jual air.. kat vending machine..

madame blossom said...
19 August 2007 at 9:02 pm  

cerebrator- ana rasa semulajadi lebih tepat. kan?

madame blossom- monyet dalam atm tukang keluarkan duit? :D

19 August 2007 at 11:52 pm  

Bukan semulajadi...
emm..

Mcm gini:
Manusia dilahirkan dengan tidak berilmu. Sebab itu manusia itu perlu pendidikan sejak kecil lagi.

Kalau boleh ditambah lagi,
Maka sebab itu kita tidak boleh menyalahkan orang yang tidak tahu. Sebab kita pon suatu ketika tidak tahu apa-apa

cerebrator said...
21 August 2007 at 11:05 pm  

ana terjumpa nasihat imam syafi'i:

Belajarlah! Tidak ada bayi yang lahir terus berilmu, dan tidak sama antara orang yang berilmu dengan yang jahil. Sebesar mana sekalipun sebuah negara itu, ia tidak akan bernilai jika penduduknya tidak berilmu, apabila dibandingkan dengan negara kecil yang rata-rata penduduknya berilmu. Walaupun negara itu kecil, akan menjadi lebih kuat jika penduduknya berilmu. Sesungguhnya negara itu besar jika dibandingkan dengan negara yang penduduknya tidak berilmu.

25 August 2007 at 9:45 am  

Post a Comment