Taman Perling

Friday, 17 August 2007

Assalamu'alaikum wrt wb.

Alhamdulillah, jalan raya di singapura akan selamat buat 4 bulan akan datang :D

Doa, check.
Usaha, check.
Yakin, check.

Pass? Tak.

Tapi ana dapat ganjaran yang paling manis sekali. Redha!

Na'am, Allah mengajar macam mana nak redha. Manis dan lazatnya redha itu. Ana masih ingat TP yang pertama, bila dapat keputusan macam nak rebah jatuh ke tanah, kaki menggigil. Rasa seperti ditolak pinangan hehe.

Kali ini bila tester kata "Nevermind, try again next time", ana hanya tersenyum dan lafaz dengan perlahan "Alhamdulillah, jalan raya di singapura akan selamat buat 4 bulan akan datang". Masa jumpa instructor, boleh gelak-gelak lagi. Dia ingat senyum-senyum riang gembira pasal pass.

Mujur juga ada intructor yang sama beriman. Banyak nasihat, kata perangsang dan kisah-kisah lucu diceritakan. Dia bercerita tentang pengalamannya, yang selama dia menjadi instructor ni dah ramai dan segala macam orang telah menjadi muridnya. Dan selalunya orang-orang yang kuat agamanya susah nak pass. Malu sungguh ana dengar begitu pasal ananya agama kuat, ha ha?

Baru-baru ini Ustaz Hussein dari Masjid An-Nur belajar dengan dia. Katanya pada ustaz, "Ustaz jangan marah eh. Tapi kalau nak pass, buang jelah title ustaz tu. Tak ada gunanya title." Terkejut sekejap ustaz lantas bertanya mengapa dia berkata begitu. "Selama saya mengajar ni, orang yang kuat imannya paling kuat juga dicuba". Bi iznillah, memang ustaz tu pun belum rezeki untuk pass.

Muridnya yang lain, seorang tabligh. Tiap kali belajar biasa lah datang berpakaian jubah, kelihatan zuhud. Masa nak bayar duit pun, keluarkan dari kantong. Samalah, tak pass. Lepastu berteriak "Susahlah nak pass TP! Kenapa ni?! Asik fail je!"

Memang dah bukan rezeki, apa nak buat kan. Semuanya telah dirancang Allah. Kalau dah memang nak diberi Allah, ana rasa ana kalau drift ke, powerslide ke, buat stunt ke, mesti pass punya. Tapi ternyata belum masa untuk pass.

'Ala kulli hal, alhamdulillah wa syukurillah. Memang susah nak redha. Jadi kalau tak dapat nikah cepat, atau tak dapat nikah dengan pilihan sendiri, takpe. Allah pasti ada rencana yang lebih baik untuk hambaNya.

Allah s.w.t berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. (Al-Insyirah: 5-6)

TP pertama tak pass.
TP kedua pun tak pass.
TP yang ketiga akan datang, insha Allah pass! Kalau tak, redha jelah :D

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar.

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59  

1 comments:

=D

alhamdulillah..

dapat main2 kat circuit lagi..

btw i passed mine on the 4th.. bila da macam give up.. like 'ah drive aje lah.. nak pass pass.. tak pass sudah" skali pass. :)

madame blossom said...
18 August 2007 at 10:23 am  

Post a Comment