Satay! Satay!

Saturday, 4 August 2007

Bayangkan anda seorang penjual di sebuah gerai satay. Dalam daerah itu, gerai anda saja satu-satunya yang menjual makanan halal. Gerai sebelah anda pula ada papan tanda "No pork, No lard". Bahan daging dan ayamnya entah disembelih atau tidak.

Bukan itu saja, anda pula meletakkan harga yang sangat tinggi untuk menu makanan. Satay secucuk $5, nak kena order tidak kurang dari 100 batang. Melampau! Pengunjung datang lalu gerai anda, lihat harga di menu, geleng kepala. Akhrinya dia melanggani gerai sebelah anda.


Anda itu seorang ibu. Makanan itu ibarat anak perempuanmu. Pengunjung itu adalah lelaki yang datang untuk masuk meminang anakmu. Harga menu adalah mahar dan kos-kos untuk pernikahan. Kedai sebelah ibarat maksiat, perkara-perkara yang haram.

Wahai ibu, janganlah letak harga yang sangat tinggi sebagai mahar. Ingat, kamu bukan dalam bisnes menjual anak. Anak itu pinjaman dan amanah dari Allah. Bayangkan kalau kamu itu penjual tadi, dan kamu hanya pentingkan keuntungan sahaja tanpa memikirkan baraqah, atau kamu tidak mensyukuri kepada Allah, bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik balik nikmat itu. Dia turunkan wabak selseme burung, habislah stok ayam. Dia boleh turunkan wabak lembu gila, habislah stok daging. Dia boleh buat apa saja mengikut kehendakNya, hanya dengan "Kun!". Maka jadilah ia.

Kalau yang datang untuk meminang itu elok, soleh, mempermudahkanlah jalan untuk mereka. Kerana sesoleh mana pun, tak bebas dari gangguan syaitan, dan peperangan terhadap nafsu. Lagi soleh dia, lagi tinggilah pangkat syaitan yang datang untuk menggoda. Kalau untuk orang awam, rekrut sudah cukup. Tapi untuk yang tinggi maqam solehnya, silap-silap yang pangkat leftenen datang. Berat tuh. Kesian diaaaa.

Janganlah biar dia jadi seperti pengunjung yang hanya mampu untuk lalu geraimu, dan melanggani gerai sebelahmu. Kerana dia mungkin cenderung kepada maksiat dan perkara-perkara yang haram kelak. Tak usahlah untuk diberitahu contoh, guna imaginasi saja sudah mengerikan.

Kalau pengunjung itu tetap hendak melanggani geraimu, bererti dia tahu yang halal itu tuntutan. Dan besar kemungkinan, makanan itu sedap. Atau mungkin itu makanan kegemarannya. Ya, dia suka satay. Tak kisahlah daging ke ayam. Bersyukurlah kerana usaha anda untuk membesarkan anak yang solehah, sudah menghasilkan buah.

Yang pengunjung pula, janganlah kecewa kalau tak dapat makan satay. Soleh kan diri lebih lagi, dah tau kalau makanan tu tak halal, nak beli jugak. Sengaja cari nahas kan. Puasalah jika perlu. Tak makan satay tak mati apa. Air paip-si kola pun jadilah. Bersyukur tu Allah masih memberi kamu peluang untuk hidup, untuk menebus dosa-dosa yang bertimbun, untuk bertaubat nasuha.

Kalau pergi ke gerai yang kita kenal rapat, kadang-kadang boleh dapat makanan free kan? :D Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 01:05  

5 comments:

Analogy yang menarik...

cerebrator said...
4 August 2007 at 12:09 pm  

dapat ilham dalam bas masa hendak pulang :D seronok juga naik bas. banyak masa untuk baca buku, dengar bacaan qur'an, hafalan.

nanti kalau ada rezeki untuk transport sendiri, macam mana lah agaknya.

4 August 2007 at 12:58 pm  

kalau ada transport sendiri.. hilang opportunity to read during the journey.. tapi dengar bacaan, hafalan masih ok.

anyway.. point taken. I got 3 girls.. insyaAllah.. i will not make it difficult for them to get married to a noble person, yang beriman, nanti bila da sampai masanya. :p

madame blossom said...
5 August 2007 at 12:56 am  

pulang? pulang ke mana?

:D

makan makanan yang halal lagi baik... bukan yang murah dan sedap. penyakit pun banyak datang dari perut, rite?

hehe.. kisah ni bukan boleh diapply kepada kawen aje, luas lagi skop yang boleh dikaitkan... terutama aspek ekonomi ummah. ;)

Maryam said...
5 August 2007 at 7:36 pm  

pulang ke rumah lah. takkan pulang ke pangkuan isteri kan. belum kawennnn :D

na'am memang luas analogy ini. kalau nak guna dan kaitkan dengan yang lain, sila lah. insha Allah takde copyright! :)

6 August 2007 at 12:53 am  

Post a Comment