Kucing

Saturday, 29 December 2007

Di sebuah kampung yang aman damai, hidup sebuah keluarga yang bahagia bersama 2 orang anaknya bernama Pezal dan Miezan, yang belum pun cukup umur (maksudnya tak leh gi sekolah lagi ler tu).

Sejak kebelakangan ini, ada seekor kucing hutan yang suka mencurik ikan yang bonda mereka beli dari pasar. Ibu mereka teramatlah murka kerana insiden itu memang tak dapat nak dielakkan.

Maka, ibu mereka menyuruh si abang, Pezal menjaga ikan-ikan yang dibeli dari pasar, sementara si ibunya hendak menyalin pakaian.

Tugas itu dipegang oleh si Pezal berbulan-bulan adanya. Pada satu hari, kebosanan Pezal telah mencapai tahap maksimum dek kerana tugasnya asyik menjaga ikan jer. Fikir punya fikir, dia pun dapat satu idea!

Satu hari, dia berjaya menangkap si kucing hutan tu dengan menggunakan perangkap canggih yang diciptanya sendiri. Dipanggil si adik untuk membantu.

Pezal : Adik Miezan, bleh tak adik tolong abang?
Miezan: Pasal apa nak kena tolong?
Pezal : Pasal nak mintak tolong ler.
Miezan: Nak mintak tolong apa lak?
Pezal : Tolong buang kucing hutan nih.
Miezan: Boleh, tapi nak buang kat mana?
Pezal : Adik buang je lah tempat yang dia senang nak cari makanan.
Miezan: Dia makan apa bang?
Pezal : Dia suka makan ikan.

Miezan bersetuju lalu membawa kucing tersebut dengan niat untuk membuangnya. 20 minit kemudian, si adik telah selamat kembali ke rumah. Si abang
pun bertanya:

Pezal : Adik Miezan dah buang ker kucing tu?
Miezan: Dah bang.
Pezal : Kat mana adik buang?
Miezan: Kat tempat banyak ikan lah bang.
Pezal : Pasar ke?

Miezan: Taklah! Dekat dalam sungai!
Pezal : ......!?1??!?! (Bendullah adik aku sorang nih!!)

p/s: Jangan menzalimi kucing. Tak elok.

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

0 comments:

Post a Comment