Eid ul Adha

Tuesday, 11 December 2007

Assalamu'alaikum wrt wb.

Ya ikhwah, tak lama lagi eid ul adha akan menjelang. Memandangkan ini eid ul adha yang terakhir sebelum ana berangkat, dan kalau ana masih hidup lagi, tahun ini ana akan bersama kambing-kambing di masjid al-iman. Macam romantic gitu eh bersama-sama kambing :D


(Pemotong daging yang terhebat seantara dunia!)

Ingat lagi tak antum? Rasa macam begitu cepat masa berlalu kan, tapi sedar atau tidak sudah hampir setahun berlalu. Kenangan di Masjid Asy Syafaah masih lagi segar diingatan.

Nahnu bertiga, ana, hanif dan rabbany tiba di masjid jam 11 lebih malam. Disusuli wan yang tiba lebih kurang jam 12.

Bila sampai saja, kumpulan belia di sana sedang di pertengahan taklimat. Tugas-tugas diagihkan. Kerana nahnu asyik tangkap kambing pada tahun-tahun lepas, kasi chan lah budak-budak baru bergusti kali ini. Nahnu pun setuju dengan tugas menyiat kulit kambing.


(*ehem*ehem* Yours Truly~)

Seronok kan kongsi nasi sebungkus. Tapi pedas lah. Hampir jam satu, nahnu pun naik ke atas mencari tempat untuk tidur. Esok hendak kerja keras kan.

Alangkah terkejutnya apabila nahnu dikejutkan pada jam 2 pagi! Katanya ada kambing yang sedang nazak. Kan belia masjid ramai? Awat pendekar bujang lapok yang bertauliah ni pula yang diganggu? Chis bedebah. Baru nak tidur nyenyak mimpikan bidadari dari syurga. Bukannya selalu tidur di masjid :P

Ingat dorang bedek je, nahnu pun tidur lah balik hehe. Sekali dorang kejut lagi. Ikutkan hati nak je sembelih dorang. Tapi tak sampai hati. Memandangkan nahnu yang paling tua dan hensem antara mereka, nahnu ikutkan je lah.


(rabbany, sama lah! Adik-beradik ke? :D )

Sampai dibawah je, kambing dah sedia untuk disembelih. Ramai pula belia-belia yang berkerumun di situ. Jakun agaknya. Tu pun lagi nak kejut nahnu. Geram betul rasa.

Dah selesai sembelih dan digantung kambing itu, giliran kami lah menyiat. Satu-satu belia lesap. Padahal tadi boleh buat dua pasukan bola sepak siap dengan pengadil dan penonton. Tau-tau semua cabut. Tinggalah nahnu berempat, seekor kambing, dan bunyi cengkerik -_-"


(Seeeeekill ar hanif! *tabik spring*)


(wan, kambing tu dah mati lah. potong macam serial killer seh :P )


(buat kerja apa pun, gaya mesti ada. yeah! :D )

Alhamdulillah, tugas itu dapat juga diselesaikan. Pada mulanya, memang ana rasa geram amat sangat dengan sikap belia masjid itu. Rasa tak puas hati betul. Dah lah kene siat, kene potong pulak. Dahtu nak kene simpan dalam peti sejuk lagi! Tapi ana sedar, mungkin itulah pengorbanan kecil dari ana. Bila datang kesusahan, yang lain semua berpaling tadah. Tinggalah ikhwah yang tersayang disisi. Nahnu sanggup berkorban, untuk tetap teguh bersama. Dan bila yang lain nyenyak tidur, nahnu berkorban untuk menguruskan kan daging kambing tu. Yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan apa yang ana tidak suka itu, mungkin baik bagi ana. Allah maha mengetahui, dan ana tidak.

Ya ikhwah, ana uhibbukum fillah abadan abada!

http://www.flickr.com/photos/80866545@N00/sets/72157603445639687/

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

2 comments:

OI!! setak gambar aku tak mintak izin!! mene boleh, malu lah dengz...!! gRR!!! buang2... -_-"

Anonymous said...
24 December 2007 at 1:55 am  

eh, tau malu ke? hehe :D

24 December 2007 at 6:46 am  

Post a Comment