Amalan Setiap Muslim

Wednesday, 2 July 2008

Amalan Islamiyyah Harian

1. Bangun pagi sebelum fajar dan solat subuh berjemaah di masjid.
2. Hendaklah berzikir mengingati Allah Ta’ala sehingga matahari terbit.
3. Solat Dhuha.
4. Apabila masuk masjid, hendaklah ditunaikan solat Tahiyat Rabbull Masjid 2 rakaat.
5. Mengamalkan wirid Rabitah.
6. Membaca Ma’athurat selepas subuh dan asar,(atau mana-mana hizib seperti Hizib Bahar, Hizib Imam Nawawi berdasarkan kepada kecenderungan diri)
7. Wirid Qurani, sekiranya mampu satu juz sehari atau istiqamah dengan jumlah bacaan tertentu.
8. Memperbanyakkan tahlil, selawat, istighfar, tasbih, tahmid, takbir, hauqalah dan lain-lain zikir dengan jumlah yang istiqamah dan ditambah sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuan sepanjang hayat. Zikir dan berdoa munajatlah kepada Allah dalam segala ketika dengan kusyuk, sedar dan penuh perasaan.
9. Mengkaji dan membaca buku yang sesuai dan berfaedah.
10. Solat Witir sebelum tidur, jika yakin boleh bangun maka solatlah witir pada sepertiga malam.
11. Solat Tahajjud sehingga jiwa menjadi jernih dan bersih dan tinggi himmah.
12. Muhasabah kesalahan diri sebelum tidur, jika ternyata baik bersyukurlah pada Allah, jika tidak… bertaubatlah dan pohon ampun daripadaNya.
13. Riadah harian supaya sihat tubuh badan, cergas dan ringan walaupun dengan berjalan kaki sahaja.

Amalan Mingguan

1. Belajar semalam dalam seminggu untuk bermuzakarah dengan ahli-ahli lain agar hati terjalin erat dan jiwa bersatu rapat dengan isi pengajaran yang sama daripada sumber yang sama agar wujud wehdatul fikri dan wehdatul amal dalam perjuangan.
2. Memperuntukkan semalam untuk menulis. Waktu malam itulah waktu yang tenang dilimpahi berkat di mana pancaran ilham Rabbani menjelma kepada hamba yang ikhlas dan bertaqwa.
3. Solat Subuh berjemaah bersama-sama sahabat seperjuanagan
4. Rehlah atau riadah.
5. Hari jumaat : Mandi sunat jumaat, menunggu dan mengintai waktu istijabah, membaca surah-surah yang disunatkan pada hari dan malam tersebut, memperbanyakkan selawat dan salam kepada Nabi saw.

Amalam Bulanan

1. Yaumun Nasihah : pada hari ini hendaklah ditunaikan kewajipan menyuruh yang baik mencegah yang mungkar secara tersusun dan bijaksana.
2. Yaumul Akhirah : peruntukan sehari sebulan untuk membersihkan jiwa, menyisihkan diri dari hingar-bingar kehidupan duniawi menuju alam damai, menziarahi perkampungan akhirat dan pusaranya. Melawat perkuburan seraya menghitung kesalahan diri yang terlanjur. Memohon ampun kepada Allah. Cukuplah maut memberi pengajaran kepada insan.
3. Yaumul ‘Iyadah : melawat orang-orang Islam yang sakit, menyukakan hati, meghilangkan kegundahan perasaan mereka. Ini boleh menautkan hubungan jiwa dan kasih sayang.
4. Yaumu Atta’aruf dan ziarah kerana Allah : kunjungi saudara-saudara yang muslim, mengadakan haflah atau jamuan ala kadar untuk berkenalan antara mereka dan menanan perasaan mahabbah dan mawaddah.
5. Yaumul Islah : menemui orang yang berkelahi serta cuba menyelesaikan pertikaian mereka sebaik dan sebijaksana mungkin berdasarkan ajaran Islam.
6. Yaumil As—Sadaqah : pejuang mesti mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk Allah, kerabat, fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan. Pejuang mesti melatih diri agar pemurah dan tidak sayang kepada harta dunia.
7. Yaumul Arrifi : mengarahkan usaha kegiatan untuk menyampaikan dakwah di kawasan-kawasan tertentu. Mengenalkan masyarakat kepada keindahan agama serta keadilan Syariat Allah dengan menurut jejak langkah para ulama. Dengan demikin pejuang boleh berlatih:
a. Berdakwah.
b. Bersyarah
c. Menerapkan Islam secara praktikal terhadap dirinya.
d. Mengamalkan sopan-santun Adab Annubuwwah.
e. Melepaskan dirinya daripada ikatan terlalu berpaut dengan dunia dan berserah penuh kepada Allah.
8. Puasa : seelok-eloknya tiga hari sebulan, berbuka secara berjamaah dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

Amalan Tahunan

1. Hendaklah menyambut hari-hari kemenangan Islam dan hari-hari kebesaran Islam. Mengingatkan keluarga, rakan-rakan serta orang di sekitar kita akan erti hari tersebut.
2. Bersungguh untuk beri’tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.
3. Menunaikan zakat harta.
4. Menyediakan satu program yang positif untuk membina diri, keluarga dan sahabat-handai supaya diamalkan. Ini bertujuan menjaga tubuh, akal, kewangan, kepentingan orang lain, berdakwah, melatih diri bersusah-susah dan bersifat lelaki.
5. Dalam cuti tahunan hedaklah setiap muslim keluar dengan rakan seperjuangan untuk menunaikan kewajiapan berdakwah, melatih diri dalam dunia realiti perjuangan, agar kita keluar daripada alam teori kepada alam realiti.

Amalan Seumur Hidup

1. Hendaklah berusaha mendirikan rumahtanggaa yang benar-benar menghayati islam. Rumahtangga yang islamik ini hendaklah diikat dengan rumahtangga saudara-saudaranya yang lain sehingga terbentuk masyrakat Islam yang sebenarnya.
2. Hendaklah bersiap-siap dan menyediakan bekalan untuk menunaikan fardu haji.
3. Hendaklah bersiap sedia, melindungi dan menjaga pencapaian Islam yang strategis. Jangan sampai Islam dikhanati dalam pos penjagaanya. Ia harus ikut berjihad dalam segala lapangan yang terbuka.
4. Pejuang Agama Allah mestilah sentiasa ada dalam jiwa mereka setiap masa sehingga akhir hayat cita-cita untuk memperteguhkan peribadi muslim (fardul muslim), azam untuk membina keluarga yang penuh islamik yang akhirnya insyaAllah akan melahirkan masyarakat yang beramal dengan amal islami. Meneruskan perjuangan menegakkan negara islam dan menyatukkan ummat manusia di bawah satu khilafah(fardu muslim, usrah muslimah, mujtama’ Islam, daulah Islamiyyah, ummah muslimah)

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

4 comments:

ahh i love this. dah macam Guidebook #101! :)

alfaqeer said...
4 July 2008 at 1:29 am  

i love it too. though most of them seem really far fetched. oh Allah, i am so ashamed of myself.. =(

4 July 2008 at 1:44 am  

amalan seumur hidup #1... bila lagi? :))

Maryam said...
4 July 2008 at 1:24 pm  

cakap oghang, dia pun sama! chett! =P

4 July 2008 at 2:39 pm  

Post a Comment