Sekufu Atau Tidak

Wednesday, 26 March 2008

Kesesuaian atau kesefahaman dalam memilih suami mahupun isteri adalah merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian disini bukan dalam bidang kedudukan, pangkat dan harta kekayaan, akan tetapi kesamaan atau kesefahaman dalam bidang agama.

Di dalam Islam seorang lelaki yang miskin atau seorang budak boleh menikah dengan wanita yang kaya. Orang yang tua boleh menikah dengan wanita atau lelaki yang muda. Akan tetapi orang yang fasiq dan zalim walaupun kaya, tidak boleh menikah dengan seorang wanita yang solehah, taqwa dan baik budi pekertinya.

Kesesuaian atau kesefahaman dalam memilih suami mahupun isteri adalah merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian disini bukan dalam bidang kedudukan, pangkat dan harta kekayaan, akan tetapi kesamaan atau kesefahaman dalam bidang agama.

Firman Allah SWT: “Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh kamu, keturunan atau harta kekayaan mu. Akan tetapi Allah melihat kepada hati. Siapa yang memiliki hati yang soleh, Allah akan mengasihaninya. Sesungguhnya kamu anak Adam, dan orang yang paling Allah cintai ialah yang paling besar taqwanya.”

Di dalam pidato Rasulullah SAW pada hari Tasyriq di Mina baginda bersabda: “Wahai umatku, ketahuilah bahawa Tuhanmu hanyalah satu, dan bahawa nenek moyang mu juga seorang. Renungkanlah, bahawa tidak ada keutamaan bagi orang Arab atas bangsa yang lain dan tidak ada kelebihan bagi yang berkulit hitam atas kulit putih atau kulit putih atas kulit hitam, kecuali dengan taqwanya.”

Jika kesesuaian dalam bidang agama telah masing-masing dimiliki oleh suami isteri, maka Insya Allah kesesuaian dalam bidang lain seperti harta dan sebagainya itu akan mudah pula mengaturnya. Kerana dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah wanita itu tidak dibenarkan dikahwinkan kecuali oleh walinya, dan walinya itu tidak dibenarkan mengahwinkan wanita itu dengan orang yang tidak layak.”
Layak di sini menurut Imam Malik iaitu sesuai dari segi agamanya. Dalam sejarah membuktikan bahawa Nabi Musa a.s datang kepada Nabi Syuib di Negeri Madyan sebagai orang asing yang melarikan diri dalam keadaan yang menyedihkan, dalam keadaan lapar dan pakaian yang buruk. Kemudian Nabi Syuib menikahkan Musa as. dengan puterinya, setelah Nabi Syuib mengetahui tentang agama dan akhlak Nabi Musa as.

Di dalam Islam seorang lelaki yang miskin atau seorang budak boleh menikah dengan wanita yang kaya. Orang yang tua boleh menikah dengan wanita atau lelaki yang muda. Akan tetapi orang yang fasiq dan zalim walaupun kaya, tidak boleh menikah dengan seorang wanita yang solehah, taqwa dan baik budi pekertinya.

Bangsa Arab pada zaman Jahiliah terlalu membanggakan diri mereka dengan keturunan dan kejayaan nenek moyang mereka masa lampau. Setelah datangnya Islam, sikap tersebut menjadi hilang kerana ajaran Islam lebih mementingkan keimanan dan ketaqwaan daripada nasab dan keturunan.

Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, Rasu-lullah SAW bersabda:“Hai manusia, Allah telah menyingkirkan dan kamu keburukan kaum jahiliah, dan membangga-banggakan nenek-moyang. Manusia itu ada dua macam, seorang baik, taqwa dan berbudi luhur dan seorang lagi jahat, celaka dan hina dipandangan Allah. Dan manusia itu adalah anak-anak Adam, dan Adam di ciptakan daripada tanah.” (Riwayat Tarmizi)
Ketika Rasulullah SAW ingin meminangkan bekas budak yang bernama Zaid bin Haritsah dengan puteri pamannya iaitu Zainab binti Jahsy, maka Zainab pun menolak dan menyombongkan diri kerana keturunannya. Maka turunlah Malaikat Jibril menyampaikan wahyu daripada Allah SWT, yang tidak dapat dibantah.

Firman Allah SWT ertinya: “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang Mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya lah dia telah sesat yang nyata.” (Al-Ahzab: 36)

Perkahwinan mereka tersebut terjadi kerana keputusan daripada perintah Allah SWT, tanpa menghiraukan perbezaan keturunan dan sebagainya.

Bilal bin Rabah asalnya seorang hamba dan Bani Jamuh, kemudian di beli dan dimerdekakan oleh Abu Bakar as Siddiq. Dia termasuk salah seorang daripada tujuh orang yang pertama menyatakan Islam secara terang-terangan. Dia ikut dalam perang Badar dan semua peperangan Rasulullab SAW kemudian tinggal di Negeri Syam, dalam pemerintahan Umar bin Khattab.

Kemudian Bilal pergi bersama Abu Ruwaihah ke Kabilah Khaulan dan berkata: “Kami datang kepada kamu untuk meminang. Dulu kami orang kafir, lalu Allah memberikan hidayah kepada kami. Dahulu kami adalah hamba, lalu Allah merdekakan kami. Dulu kami orang miskin, lalu Allah memberikan kekayaan kepada kami.

Kami ucapkan “Al Hamdulillah” seandainya kamu sudi me-nerima pinangan kami. Dan kalau kamu menolak, maka kami akan mengucapkan “La haula Walaa Quwwata Illaa Billah.” Kemudian mereka menerima pinangan Bilal dan Abu Ruwaihah, kerana melihat ketinggian agamanya, akhlaknya dan jasa-jasanya dalam agama Islam.

Begitu juga dengan Abu Huzifah bin Atbah Al-Quraisy, seorang yang ikut perang Badar bersama Rasululah SAW. Beliau dengan senang hati mengahwinkan puteri saudaranya Hindun binti Walid bin Utbah dengan Salim bin Ma’qal Al-Farisi, yang semulanya seorang hamba milik isterinya.

Khalifah Umar bin Khatab telah memilihkan calon isteri untuk anaknya Ashim dengan seorang gadis penjual susu. Beliau tidak melihat dari segi keturunan, pangkat atau kekayaannya, tetapi ia melihat agama serta akhlak yang luhur wanita tersebut.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:

“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?” Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya” Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disem-bah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”

Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Kisah-kisah di atas memberikan bimbingan kepada orang tua mahupun para wanita supaya arif atau bijaksana dalam memilih calon suami. Begitu juga kepada lelaki yang ingin memilih calon isteri, hendaklah memperhatikan keutamaan agama dan akhlaknya daripada yang lain-lain. Dengan cara demikianlah keluarga bahagia yang diredhai Allah dapat dibina.

Betapa pentingnya wanita disisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan. Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

0 comments:

Post a Comment