Cintakan Allah SWT

Tuesday, 4 March 2008

Firman Allah SWT;

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar-benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya, oleh itu jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang kafir". (Surah Ali Imran; ayat 31 & 32)

Kita disuruh untuk membaca Al-Quran itu dengan sebenar-benar bacaan, dengan maksud menjuruskan fikiran kepadanya. Dengan demikian kelak terasa hubungan antara satu ayat dengan ayat yang lain. Justeru, apakah kesan yang terasa dalam hati orang yang beriman tatkala bacaannya tiba ke ayat ini? Iaitu cinta, kasih sayang Tuhan kepada hambaNya. Maka dengan sendirinya, dalam perasaan si hamba terbitlah keinginan untuk membalas cinta itu. Dalam suasana rasa yang sedemikian, datanglah ayat 31; surah Ali Imran ini. Maka perasaan yang tadinya samar-samar, laksana mencari-cari antara hamba dan Tuhannya, sekarang rahsia itu telah terbuka.

Tetapi cinta dalam ucapan sahaja tidak cukup. Menyatakan cinta, padahal kehendak hati yang dicinta tidak diikuti adalah cinta palsu. Allah tidak menyukai kepalsuan. Oleh sebab itu, datanglah ayat 32; Surah Ali Imran. Taatlah kamu kepada Allah dan ikuti jejak rasulNya, nescaya kamu akan yakin bahawa bimbinganNya tidak akan membawamu pada kecelakaan. Apabila kamu telah cinta kepada sesuatu, tentulah keinginannya adalah keinginanmu. Apatah lagi cinta kepada Allah.

Maka ada orang-orang yang tercampak, terkeluar dari golongan pencinta Allah. Ada yang mengaku cintakan Allah tetapi bukan bimbingan Rasulullah yang hendak diikutinya. maka dia pun tersingkir ke tepi. Dia maghdhuub, dimurkai Tuhan. Ada yang cuba-cuba membuat rencana sendiri, memandai-mandai. Maka dia pun terlempar keluar. Dia dhalliin, orang yang tersesat.

Ada yang tidak sabar, lantas tercicir di tengah jalan. Ada yang terpesona dengan beberapa hal yang disangka indah sehingga dia lupa bahawa yang akan dituju ialah yang sebenar-benar indah. Sebab itulah maka cinta yang sejati ialah penyerahan diri bulat-bulat, bukan sayang yang berbelah bagi dan mesti sabar menerima apa-apa yang ditimpakan kekasih. Sehingga ada orang yang berkata kepada kekasihnya, "Walaupun ke lautan api sanggup kanda redah bersama, dinda rela". Ucapan yang sedemikian hanya layak diucapkan kepada Allah dan Allah tidak akan membawa kecintaanNya ke lautan api, bahkan ke syurga.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 221;

"...mereka (orang-orang kafir) itu mengajak kamu ke neraka, sedang Allah mengajak kamu ke syurga dan maghfirah dengan izinNya..."

Jelas kepada kita bahawa kedua-dua ayat ini berhubung rapat antara satu sama lain. Datang ayat yang pertama mengatakan bahawa cinta sejati hanya kepada Allah dengan mengikuti Rasulullah. Sesudah itu datang ayat yang lebih tegas menyuruh supaya taat kepada Allah dan RasulNya. Maka kalau kita renungkan pertalian kedua-dua ayat ini, nampaklah bahawa orang-orang yang imannya sudah sangat mendalam dan cintanya sudah tidak berbelah bagi, biar mati, mereka tidak akan dipesongkan dari cinta yang utama, iaitu Allah SWT.

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

2 comments:

'kuat' tau ayat tu :D some ppl refer it as 'Ayat pengasih'..

the other one is

'Iz Qala Yusufu Liabi-Ya abati inni raaitu ahada 'asyara kaukabaw-was-syamsa-wal-qamar. Raaituhum lii sajidin'.

kene hati2 sikit baca... hehe. byk peminat nanti. :p

Anonymous said...
5 March 2008 at 11:52 am  

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". [12:4]

gaknya mohksin baca ni kot, tu pasal banyak peminat XD

5 March 2008 at 12:09 pm  

Post a Comment