5 Amalan Penghapus Dosa
Friday, 14 March 2008
1. Bertaubat
Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahri dari sebelah Barat, maka Allah akan emenrima taubatnya". (Riwayat Muslim).
2. Zikrullah.
Rasulullah saw bersabda: "Tidakkah kamu mahu aku beritakan pada kamu semua akan sebaik-baik amalan pada kamu dan secantik-cantiknya di sisi pemilik kamu, dan setinggi darjatnya, dan lebih baik daripada kamu berinfak emas dan perak, dan sebaik-baik daripada kamu berperang dengan musuh, lalu kamu membunuh mereka atau kamu syahid? Lalu sahabat berkata: Ya Rasulullah menyambung: :Zikrullah." (Riwayat Tarmizi).
3. Keluar menuntut ilmu.
Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka Allah akan mempermudah jalannya ke Syurga". (Riwayat Muslim)
4. Melakukan amal kebaikan dan menunjukkan jalan kepadanya.
Rasulullah saw bersabda: "Semua amal makruf adalah sedekah dan penunjuk pada kebaikan seperti orang yang membuatnya." (Riwayat Bukhari)
5. Dakwah pada jalan Allah.
Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang berdakwah pada jalan Allah maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutnya tidak kurang pada pahala-pahala mereka itu." (Riwayat Muslim)
Abu Darda' pernah berkata: "Dapat mempelajari suatu masalah itu adalah lebih saya cintai daripada bangun beribadat sepanjang malam. Orang alim dan si penuntut ilmu itu adalah dua orang yang berkongsi kebaikan. Manakala, orang-orang selain keduanya adalah sesia belaka, tidak berguna sama sekali."