Keras Kepala

Friday, 21 March 2008

Said dan Dol, sepasang rakan karib yang suka sangat dengan aktiviti adventure. Said seorang yang sering mengatakan sesuatu perkara dengan benar dengan melihat dahulu kesahihannya. Manakala si Dol pula, sering tidak bersetuju dengan pendapat Said, dan sering menafikannya.

Pada suatu hari, mereka telah meredah satu hutan. Apabila memasuki hutan tersebut, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan gerak-geri sesuatu di celah-celah pohon renek. Benda alah tu sebenarnya burung jer. Mereka berdua pon bertikam lidahlah kerana sifat degil si Dol.

Said: Itu betol la burung Dol.
Dol: Mana boleh burung, kuat tu bunyi!
Said: Burung la Dol.
Dol: Aku pasti sangat kambing.
Said: Burung la.
Dol: Kambing la.

Setelah bertekak selama lebih kurang 10 minit, tiba-tiba burung tu keluar dan menampakkan dirinya, sepantas kilat Dol berkata..

Dol : Hah, kan aku dah cakap! Kau tengok tu, kambing terbang! Burung ape ke bendanya!

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

1 comments:

i'm stubborn too ... tp klu dh terang2 salah ... kena r gak terima org lain nyer p'dpt ... kena didik diri jd openminded ... normally , lelaki & org tua yg ad sifat cm nih ... paling suka buat perkara begini ialah Ind**n ... ngehehe ... dh real tau ... I mls nk mention tol2 ... takut2 msk isu p'kauman lak ... hehehe ...

jelikweyh said...
25 March 2008 at 2:11 am  

Post a Comment