Pemuda Dan Burung Pipit
Wednesday, 17 September 2008
Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.
Pemuda: Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?
Burung: Saya ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.
Pemuda: Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung: Saya tahu.
Pemuda: Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung: Saya tahu wahai pemuda.
Pemuda: Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?
Burung: Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada saya nampak atau tidak kebakaran itu, saya akan jawab bahawa saya nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha saya untuk membantu. Lalu saya akan menjawab bahawa saya telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.
Pemuda: Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.