Asam Garam Gula & Kopi

Friday, 12 September 2008



Penulis: Abd. Jalil Ali

Setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini bermula dari angka sifar. Begitu juga ibaratnya sebuah perkahwinan. Bertatih dari tingkat pertama hinggalah berjaya membina sebuah rumah tangga yang aman dan bahagia.

Buku Asam Garam Kopi & Gula ini merupakan kompilasi pelbagai cerita dari Majalah Pesona Pengantin dan Majalah Seri Dewi & Keluarga tentang gelagat lelaki dan wanita sebelum dan selepas menempuh alam perkahwinan.

Pelbagai kisah dan kerenah yang melucukan dipaparkan dari pandangan mata pena penulis. Setiap artikel cukup menarik kerana ia ditulis dengan gaya yang santai dan bahasa yang humor. Namun di sebalik ketawa dan senyuman, ia sebenarnya mengandungi mesej teladan dan sempadan terutama bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan.

Bermula dari risik merisik, bunga telur, malam pertama, mengandung anak sulung dan berpoligami, semuanya mengandungi nasihat dan asuhan. Cuma terpulang pada kebijaksanaan kita sebagai suami dan isteri untuk membina rumah tanggah dengan markah yang lebih cemerlang.


Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

0 comments:

Post a Comment