Lepaskanlah
Tuesday, 5 August 2008
Suatu hari, seorang anak kecil sedang bermain-main dengan sebuah vas bunga yang sangat mahal. Ia memasukkan tanggannya ke dalam vas bunga dan tidak dapat menariknya keluar. Ia mulai menangis dan menarik perhatian ayahnya. Ayahnya mencuba membantu sekuat tenaga menarik tangan anaknya dari vas bunga, namun gagal. Setelah beberapa kali mencuba dan gagal, akhirnya mereka berpikir untuk memecahkan saja vas bunga mahal itu.
Tapi tiba-tiba, si ayah mendapat idea, "Nah begini anakku, kita cuba sekali lagi. Lepaskan genggaman tanganmu yang ada di dalam vas itu. Luruskan telapak tanganmu seperti ini," kata si ayah sambil menunjukkan telapak tangannya.
"Lalu tariklah keluar."
Mendengar itu si anak malah merengek yang membuat si ayah keheranan.
Katanya, "tak boleh ayah! Saya tak boleh melepaskan genggamanku kerana nanti duit syiling yang saya pegang ini akan terlepas lagi."
Renungan:
Senyumlah! Bukankah ramai dari kita yang bertingkahlaku seperti anak kecil tadi. Begitu sibuk menggenggam sesuatu yang tak begitu berharga namun rela mengorbankan kebebasan kita. Sekiranya kita dapat segera melepaskan hal-hal tertentu dari hati dan fikiran kita, akan terbentanglah jalan yang selama ini tertutup di mana kedamaian menjadi istananya dan kejayaan bertahta di sana. Lepaskan. Biarkan mereka pergi...