Al-Kisah Cinderella
Monday, 11 August 2008
Pada satu hari ada seorang budak pompan bernama Cinderella. Dia tinggal dengan emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punya laki. Eh salah. Kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kena buli dengan kakak-kakak tiri dan emak tiri dia. Hari-hari dia diperintah oleh manusia-manusia yang tak berhati perut ni.
"Cinderella! Gosokkan baju aku!!!"
"Cinderella! Ambilkan kan aku air dalam esbok!"
"Cinderella! Pi kasi makan kuda aku!"
"Cinderella! Pi gali perigi!"
Pada satu hari, ada satu majlis tari-menari di istana yang dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, jadi dijemputlah semua anak-anak gadis di negara itu untuk menghadiri temasya tari-menari.
Tiga-tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali. Mak dia pun sama. Jadi diorang pun bersiaplah untuk majlis tersebut dengan harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masukk share pasal mak dia muka pecah, jadi dia hanya boleh kasi sokongan moral je kat tiga-tiga anak dia ni. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi melainkan dia dah habiskan kerja-kerja rumah yang ditugaskan kepadanya. Kerana terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan semua kerja-kerja rumahnya.
"Ok Emak, semua sudah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" tanyanya dengan nada yang cukup gembira.
Mak tiri dia ni sememangnya tak mahu dia pergi, hati dia busuk kerana dia tahu Cinderella memang jambu. Jadi di perintahkannya lagi untuk terus bekerja.
"Oh kau dah habis ye? Ok sekarang kau cat rumah ni, lepas tu kau pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalau dah siap baru kau boleh pergi" perintah mak tiri dia.
Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia boleh buat semua kerja-kerja tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak-isak menangis. Tetiba Fairy Godmother dia turun dari kayangan.
"Apesal kau bersedih Cindy?" tanya fairy godmother
"Sedih ah takleh pergi party unless semua kerja kerja ni siap" jawab Cinderella.
"Lerr buat lah kerja tu. Maner tahu kalau sempat"
"Mana sempat. Nak jalan pi shopping bebarang, abih nak buat kerja lagi. Jalan nak shopping bebarang je dah makan masa dua tiga hari" balas Cinderella.
"Oh pasal tu? Don't you worry. I can help you on that" balas fairy godmother.
"Camner?" tanya Cinderella
Si fairy godmother pun ambil sekeping buku yang dah lusuh, ambil tongkat hikmatnya dan transform tu buku ke satu buku baru yang sangat tebal. Di campakkannya kepada Cinderella.
"Nak save time? Nah ambil ni. Yellow Pages. Let your finger do the walking"
Pengajaran: jangan nak berangan, kalau nak sesuatu benda tu kena usaha siket. jangan harap lah boleh jadik dengan serta merta"