Memeluk Gerhana
Friday, 16 November 2007
Judul: Memeluk Gerhana
Pengarang: Isa Kamari
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings
Genre: Novel
Mukasurat: 480 halaman
Cetakan Pertama: 2007
ISBN: 9833991082
Zaman kanak-kanak... kita merasa dengan kaki dan tangan. Sampai luka-luka bila tersandung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula?
Inilah kisahku, anak muda berumur dua puluh satu tahun. Ilham Sidek. Anak kampung Tawakal. Pelajar Raffles Institution. Tahanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri... Aku utuskan doa kepada ayah dan ibu. Aku rindukan Syakila, kulitnya yang cerah, matanya yang jernih... tawanya yang riang serta hatinya yang teguh dan ikhlas. Kata-kata hikmah Syakila kepadaku menjelma lagi dalam ingatan. 'Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh...yang sukar tertempuh oleh manusia biasa.'
'Inilah warkahku dari perut bumi. Entah berapa lama lagi aku terpaksa memeluk gerhana ini.'
3 comments:
da besar budak hairil ni eh.. da boleh kawin.
kalau da dewasa.. rasa dengan all 4 la.. tangan, kaki, akal, hati.. semua go. tapi insyaallah.. trial and error nyer.. luka2 nyer berkurangan - pasal da dewasa.. da sepatutnyer lebih pandai kan?
kalau makin beriman seseorang itu, ujian pun lebih berat.
kalau hambaNya sakit, sakit para nabi dan rasul berkali-kali ganda lebih.
kalau dah dewasa, luka-luka pun lebih teruk kot. kalau main bola, kaki boleh patah. main golf bola boleh terhantuk kepala. luka di hati pun mendalam, kerana masalah orang dewasa ni kompleks..
kalau dewasa, NO KOMEN!
haha!
cepat seh dah dewasa. rasa macam semalam baru belajar abc gitu.