Allahurabbi..

Wednesday, 21 November 2007



Allahurabbi..
Dikala saat yang lain lagi tidur dengan lena, aku bangun untuk menghadapMu.

Allahurabbi..
Dikala pagi nan syahdu, aku merindu. Aku merindui saat ketika aku bangun untuk berwudhu', isteriku akan menyusuli. Dan aku merindui saat aku mengimamkan solat, isteriku akan berada di belakangku.

Allahurabbi..
Bila rindu itu datang, hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana hati ini menanggung. Rindu itu tidak berteman, rindu itu keseorangan. Hanya air mata menjadi pengubat hati. Sekalipun ia perit di hati, andai rindu ini dapat membawa diri dekat padaMu, andai air mata ini dapat membersihkan mazmumah di hati, aku redha dan pasrah. Kerana aku tahu, rindu ini pasti berbalas.

Allahurabbi..
Di kala aku merindu, janganlah biarkan rindu itu melebihi rinduku terhadap Engkau dan Rasulullah s.a.w kekasihMu.

Allahurabbi..
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Hawa untukku, cukuplah hanya cintaMu memenuhi dan menyinari kekosongan jiwaku, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapaku yang memberi hangat kebahagiaan buat diriku, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan diriku.

Allahurabbi..

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 03:00  

1 comments:

Memula baca ok lagi..

ayat-ayat terakhir cam terconfuse la pulak.

yang itu yang sebenarnya kan rintihan ini?

:)

Maryam said...
22 November 2007 at 10:16 am  

Post a Comment