Didik Anak

Saturday, 1 September 2007

Oleh Dr. Fadzilah Kamsah

Masa saya kecil-kecil dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen nasi yg dia makan. Dan pagi-pagi sebelum ke sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dalam cawan yang dia dah minum sebelum tu. Seperti biasa, mesti ada sikit belen. tapi taklah setiap masa. Secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat gitu.

Sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni masih berjalan. Antara belen makanan mak atau abah. Tapi kalo belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak.

Jadi satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni pada mak. Akhirnya mak dedahkan bahawa memang sengaja dia buat gitu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri. Arwah tok pompuan kami sebelah abah. Mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat pada mak bapak. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya, nak menjawab balik memang tak nak walaupon kita tau yang kita betul. Dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya. Mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib lah, mereka-mereka ini akan Allah (SWT) cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib. Kalau ada lebih dari sorang anak, suruh seorang azan dan sorang qiamat. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat. Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya sendiri memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali. Tak percaya cuba buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali maghrib. Dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. Dan jugak kesan solat jemaah walau hanya bagi waktu maghrib.

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:11  

0 comments:

Post a Comment