Tidak.. :'(

Friday, 21 September 2007

Assalamu'alaikum wrt wb.

Tadi ana ke Woodlands kerana ada kompiter yang sakit. Alhamdulillah sempat mengejar bas 187 yang terakhir. Penuh juga bas, ramai penumpang walaupun sudah larut malam.

Ana dapat tempat duduk yang ketiga dari belakang. Dan di kerusi depan ana tu, ada seekor belalang sesat entah dari mana dan berapa lama ia berada dalam bas yang sejuk itu. Ana rasa sejuk, abih nampak macam belalang tu pun menggigil. Maka ana suspek yang belalang itu pun kesejukkan.

Besar juga belalang ni. Bukan seperti belalang-belalang yang kita selalu tangkap di padang sekolah waktu kecil-kecil dahulu. Yang ni saiznya macam hotdog. Bayangkan ada hotdog warna hijau yang boleh lompat berada depan mata antum. Anjat tau boboi!

Kesian belalang ni, ke hulu ke hilir ia berulang-alik. Mesti tengah risau dan rindu isteri tersayang di sarang keseorangan. Dalam bas kesejukkan lagi. Zakat belum bayar. Nanti sahur anak-anak nak makan apa?

Ia henti di hujung kerusi, berdekatan dengan tingkap. Lama ia termenenung. Teringat pesan arwah datuknya, jangan naik bas yang berhawa dingin. Tingkapnya tidak boleh dibuka. Tapi ia nekad untuk keluar juga. Barangkali ia tidak dapat mengenal apa itu pintu.

"Tup!"

Aduh terhantuk di kaca tingkap. Gagal percubaannya untuk melompat keluar. Kalau saiznya kecil macam lipas ke cicak, tak apa juga ana boleh tangkap dan tetap menten macho. Tapi apakan daya. Ana pun bukan pakar serangga. Kot-kot spesis ini kalau disentuh nanti boleh mengakibatkan kulit gatal. Ya ana tau ana gatal, tapi kalau gatal bertemu dengan gatal, miang lah jawapannya.

Belalang itu pun hinggap di kaca tingkap, masih mencari jalan keluar. Terlalu dekat, tapi masih terlalu jauh.

Perhentian bas ana pun dah nak dekat. Tsk. Macam mana ni? Guna songkok? Tapi kalau terlepas, aniaya ia terbang ke depan buat nyonya yang duduk terkangkang tu pekik. Depan ana pula ada sepasang kekasih sedang mentel bercumbu-cumbu. Nanti dorang ingat ana cuba nak mengendap pula.

"Ding-Dong!"

Dengan berat hati ana melangkah ke pintu. Belalang masih mabuk di belakang, menghinggap di kaca tingkap. Terasa sebak, ana cuba tahan air mata. Bas pun bergerak dan ana hanya mampu melihat belalang itu pergi. Entah apalah nasibnya. Macam mana kalau tak dapat keluar? Bas lepas syif akan terus pulang ke depot. Keseorangan. Kegelapan. Dahaga. Lapar. Sunyi.

Terduduk sekejap ana di bangku perhentian bas. Orang berhampiran pun pelik apa hal si dekni menangis malam-malam buta. Namun Allah saja tahu apa yang terbuku di hati ini.

Ya Allah, Kau selamatkanlah dan lindungilah belalang dalam bas 187 itu..

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59  

4 comments:

aaaawwhh.. that's so sad!!
kesiannyer..

but i think there's hope. insyaAllah.

balik depot.. nanti bas tu will be cleaned up kan. kalau belalang tu besar gitu.. insyaAllah i think the cleaner pun takut nak pukul.. he will probably chase it out.

then, after that...

:\

madame blossom said...
23 September 2007 at 9:16 am  

sejak dua menjak ni asik nak nangis je. orang kalau tak tau ingatkan gembeng huhu

24 September 2007 at 11:34 pm  

maybe Ramadan effect ke.. ur heart da jadi more sensitive to your surroundings. :)

madame blossom said...
27 September 2007 at 11:05 pm  

agaknya kot.. agaknya pasal ni ramadhan terakhir di tanahair buat setengah kurun yang akan datang kot..

28 September 2007 at 12:02 am  

Post a Comment