ikan fugu, lukisan & jimson

Wednesday, 5 September 2007



Rabiah menyeluruhi badan nenek Maneesha yang agak terdedah itu. Kesan
bedsore jelas pada belakang badan orang tua malang tersebut. Rabiah tahu kesakitan akibat berbaring terlalu lama itu boleh membawa kepada ulser decubitus. Rabiah juga melihat rambut nenek Maneesha banyak yang gugur, mungkin juga kerana direntap dari belakang.

‘Binatang itu menarik rambut orang tua ini.’ seru hati Rabiah. Rasa geram membuak dalam diri. ‘Memang tidak syak lagi dia mendera nenek Maneesha. Kalau tidak masakan keadaan orang tua ini sebegini teruk.’

Rabiah duduk perlahan-lahandi sisi nenek Maneesha yang kelihatan dalam keadaan ketakutan. Dia menghidupkan rakaman pada pemain MP3, menyemat pada poket baju kurungnya. Rabiah sedar nenek Maneesha sebenarnya dalam keadaan terkejut dan trauma. Bukan sekali dia mendengar Raveena menempik-nempik kepada nenek Maneesha di malam hari. Kesan tersebut tentulah mendalam.

“Nek, nama saya Rabiah…yang datang pagi tadi, ingat tak?”


Mereka kembali!

Dalam lingkugngan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.

Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa.

Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson membawa anda ke lokasi kes forensik di Sungai Congkak; kes kecurian catan di dewan pameran Dubai; dan kes penderaan warga emas hartawan.

Detektif Indigo sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pembaca akan teruja dengan setiap kes dan cara penyelesaiannya yang tersendiri.

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59  

0 comments:

Post a Comment