Kawin-Kawin

Tuesday, 18 September 2007



Karya: Azizi Hj. Abdullah
Tajuk: Kawin-kawin

Buku ini memenangi tempat pertama Hadiah Sako 2 - Novel Nasional pada tahun 2001. Terlebih dahulu dalam Hadiah Sako 1, Azizi pernah memenangi tempat ketiga menerusi novel 'Wi dan William'.

Ini kisah orang gatal nak kahwin. Seorang bujang terlajak bernama Malang mengidamkan untuk kahwin sama Mas Umm dan tinggal di banglo besar kepunyaan Mas Umm. Tapi ini bukan kahwin biasa, Mas Umm suka bertukar laki dan cuma nikah mut'ah saja. Mas Umm amat setia pada kitab Arraya karangan Dr. Demo. Kalau lulus ikut kitab itu, mana-mana lelaki boleh jadi suaminya, asal saja Dr. Demo angguk setuju dan nikah dibaca oleh Abul Ahkam Hajjul Fatawa.

Ini kisah satira, mempunyai 3 belahan dan 24 fasal. Ia memaparkan bahagian manusia paling jijik dan meloyakan dengan watak Malang yang suka cabut bulu ketiak, kentut di tempat awam, korek lubang hidung dan sebagainya. Berkali-kali sifat buruk Malang ini diulang dalam teks bagi menggambarkan betapa buruknya perangai orang yang munafik, tak ikut suruhan agama dan suka mengamalkan mut'ah.

Dalam belahan kedua, setelah mendapat nasihat Hajjul Fatawa, Malang berhijrah ke daerah Siti Menurra selepas agak kecewa dengan Mas Umm yang terus sambung kontrak mut'ah dengan Muallim. Dia bukan apa, nak tunjuk insaf dan cuba kahwin dengan Siti Menurra untuk dapat pengaruh sahaja. Tujuan utama masih nak mut'ah dengan Mas Umm. Tapi Siti Menurra pun pandai, nak kahwin boleh, tapi mas kahwin kena bayar dulu - salin al-Quran 30 juzuk, barulah boleh...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:30  

3 comments:

Ah hah, interesting book kan?

Unknown said...
21 September 2007 at 5:39 am  

a'ah. ada part meluat, ada part gelihati, ada part terasa. apapun, buku yang bagus, rugi tak baca :)

21 September 2007 at 7:00 pm  

Saya baru baca dalam bln ramadhan ni, kebetulan kena wat asagmn. Ingat citer apa, rupanya org gatal nak kawin. Geli pun ada, kelakar dan 1 cerita yg patut dibaca.

IRAWATY said...
30 September 2009 at 8:03 am  

Post a Comment