Bertengkar
Monday, 5 May 2008
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
"Kenapa ni?" lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata, "Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini!"
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
"Betul juga kata awak. Saya juga dah tak tahan dengan rumah ini. Saya nak ikut awak keluar dari rumah ini!"
2 comments:
Anonymous
said...
7 May 2008 at 8:29 pm
mestilah. tgk siapa yang post kih kih kih XD
hAiRiL/spiderman_pink
said...
7 May 2008 at 8:59 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
a cute entry, i shall say ..
=D