Ciri-ciri munafiq sejati

Wednesday, 9 April 2008

1. Dusta

2. Khianat

3. Berlebih-lebihan dalam pertikaian

4. Mengingkari janji

5. Malas beribadah

6. Riya'

Di hadapan manusia dia solat dengan khusyu' tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya.Apabila bersama orang lain dalam satu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik.Begitu juga dengan tutur bicaranya yang lemah lembut. Namun jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

7. Sedikit berzikir

8. Mempercepatkan solat

Mereka adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyu' sedikit pun.Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya dan hanya sedikit mengingati Allah s.w.t. di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak bersatu.

9. Mencela orang-orang yang taat dan soleh

10. Memperolok-olokkan Al-Quran, As-Sunnah dan Rasulullah s.a.w.

11. Bersumpah palsu

12.Enggan berinfak (membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t. dan bersedekah)

13. Tidak menghiraukan nasib kaum muslimin

14. Suka menyebarkan khabar dusta

15. Mengingkari takdir

16. Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh

17. Sering meninggalkan solat berjemaah

Apabila seseorang itu segar,kuat,mempunyai waktu terluar dan tidak memiliki uzur say'i. Namun tidak mahu mendatangi masjid atau surau ketika mendengar panggilan azan.

18. Membuat kerosakan di muka bumi dengan alasan untuk membuat pembaikan

19. Tiada kesesuaian

Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasulullah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya kesaksian yang tampak benar secara zahir itulah yang menyebabkan mereka masuk ke dalam neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona,tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukkan sedangkan di dalam hatinya penuh dengan pendustaan.

20. Takut terhadap sebarang kejadian dan peristiwa

21. Beruzur dengan berdalih dusta

22. Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan

23.Bakhil

24. Lupa kepada Allah

25. Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya

26. Sombong dalam berbicara

27. Tidak memahami Ad-Din

28. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan dosa

29. Senang dengan musibah yang menimpa orang-orang beriman dan dengki terhadap kebahagian mereka.

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

0 comments:

Post a Comment