Kenapa kahwin?

Thursday, 21 February 2008

Tiba-tiba dapat idea ni. Ha, kenapa kahwin?

Mengikut teori pelajaran, kahwin untuk memenuhi tuntutan fitrah manusia. Fitrah apa? Fitrah ingin berpasangan lelaki dan perempuan... lelaki dengan lelaki serta perempuan dengan perempuan adalah berlawanan dengan fitrah. Fitrah seks. Fitrah mahu berkeluarga. Dan aplikasinya, orang yang dah nak kahwin dan sedang bercinta tanpa akad boleh jawab soalan ni.. selalunya nak menghalalkan apa yang tak halal sebelum kahwin. Fikir sendirilah...

Mudah sahaja mahu berkahwin. Ada bakal suami, bakal isteri, ada wali, ada saksi, tok kadi, dah boleh nikah. Macam mudah. Kalau dalam komik yang saya baca dulu, ada bakal suami, bakal isteri dah cukup... bersaksikan langit. Sempat lagi mek memasukkan unsur komik. Ha ha ha! Habis tu, apa yang susah sangat?

Lelaki dan perempuan, imaginasinya luas menuju satu impian, mahukan pasangan yang perfect, mengikut mata mereka. Jika tidak, yang mana mereka berkenan. Lelaki complaint perempuan banyak kekurangan. Perempuan complaint lelaki banyak kekurangan. Akhirnya, tak kahwin-kahwin, kerana tidak menemui pasangan impian. Walhal Rasulullah dah cakap, pilihlah yang beragama. Tolak tepi fizikal dia, keturunan dia, harta dia. Kerana yang beragama, datang sahaja sebarang masalah, dia akan kembali pada Allah... bukan bertindak ikut nafsu.

Masyarakat memandang jelik pada mereka yang tidak berkahwin. Label terlalu memilih bakal diberi. Dan status sebagai andalusia dan andartu dipikul oleh wanita. Lelaki? Bujang terlajak. Bila wanita berkahwin dengan lelaki yang lebih muda darinya, segala tohmahan pula diberi. Padahal berkahwin untuk mengelakkan fitnah. Fitrah jadi fitnah. Siapa kita mahu mempertikai jodoh mereka? Saya tinggalkan soalan ini.

Fitrah ini datang dengan tanggungjawab. Ingat senang ke nak tunaikan tanggungjawab? Berapa ramai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tidak menguasai al-Quran? Berapa ramai ibu bapa yang benar-benar memastikan anak-anak menguasai fardhu 'ain?

Sebab-sebab dan situasi-situasi yang saya kemukakan di atas adalah situasi orang awam, bukan du'at. Para da'i juga manusia, maka tuntutan fitrah menguasai mereka. Tetapi, mereka masih ada tuntutan lain yang perlu diambilkira.

Du'at ada maratibul (tangga) amalnya sendiri. Sementara masih bujang, dia di tahap paling bawah, sebagai individu. Bila berkahwin, dia maju satu anak tangga tanpa melupakan tangga sebelumnya. Tangga keluarga. Kadang-kadang, kerana mereka sentiasa cuba mematuhi suruhan Allah, mereka tidak berupaya mencari pasangan sendiri. Lalu mereka menyerahkan pada orang tengah. Hari ini, terdapat segelintir yang menyalahkan orang tengah... terutama bila mereka bertemu dengan seseorang yang menjadi impian mereka bila sudah senang. Tidak dapat maju ke anak tangga seterusnya. Tangga masyarakat. Diceraikan isteri yang sama-sama susah dahulu. Di sinilah persoalan kenapa kahwin...

Teori yang dapat saya simpulkan, seorang da'i berkahwin kerana tuntutan dakwahnya di samping fitrah. Dakwah adalah tugas wajib setiap individu yang mengaku Muslim. Anda akan didapati bersalah sekiranya anda tidak pernah menerangkan Islam kepada orang yang anda kenali. Lebih-lebih lagi non-muslim. Wajah, keturunan, kekayaan, tak dapat bawa ke syurga. Bukan setakat beragama, tetapi bersedia berganding bahu memastikan matlamat dakwah dapat dicapai. Perbezaan usia bukan suatu masalah. Kerana yang utama adalah dakwah itu sendiri.

Da'i tidak ada kepentingan diri. Kerja? Belajar? Semua itu tuntutan sosial sampingan. Jangan lupa, kufu juga perlu diambil kira.

Rintihan Hati:

Ya Rabb!
Kurniakanlah pasangan yang beragama, cocok dan kufu dengan diri ini...
Yang bakal sama-sama berjuang memburu syahid...
Yang sama-sama mengimpikan syurga...

http://maryamabuahmad.blogspot.com/

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32  

1 comments:

katod couple dgn anod ...
positif partner dgn negatif ...
ish ...
macam2 lagilah ...
Jodoh d'tangan Tuhan ... Jika tiada di dunia , d'akhirat sudah pasti ad yg m'nunggu ... beta percaya pd yg ini ... :)

maaf psl copy & paste ... lps nih x wat lg ... :(

jelikweyh said...
23 February 2008 at 4:28 am  

Post a Comment