Buah Durian
Thursday, 7 February 2008
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian. Lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.
Samdol: "Bang harga durian ini berapa?"
Orang Asli: "Yang ini, sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Samdol buat tahu dan cuba menawarnya.
Samdol: "Bang. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli: "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol: "Lahupa. Boleh ya?"
Penjual orang asli itu kebingungan. Lalu bertanya pada Samdol.
Orang Asli: "Lahupa itu berapa?"
Samdol: "Cakap dulu. Sepopit itu berapa?"
0 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)