Pengantin Lelaki Tiba-Tiba Gagap
Friday, 19 December 2008
SUDAH jenuh Ustaz Haji Ahmad Mughni Abdul Rahman mengajar, namun pengantin lelaki di hadapannya itu masih lagi gagal melafazkan dua kalimah syahadah. Lidahnya tetap kelu dan keras seperti kayu;
"Asyhadu... asyhadu..."
Ustaz Mughni, jurunikah kariah Masjid An- Nairn, Jalan Kebun, Klang, Selangor dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada pengantin tersebut.
"Isyyy. Teruk ni. Dah lebih 10 kali cuba, pun tak boleh rnengucap. Menggelabah ke takut ni, atau...," katanya di dalam hati.
Muka pengantin yang tadinya merah kerana malu kini sudah bertukar pucat kerana takut. Orang yang menyaksikan upacara pernikahan pula mula berbisik-bisik.
"Macam ni ajalah. Kita buat lafaz nikah pula. Ikut saya baca ya. Aku nikahkan dikau dengan si polan binti si polan dengan mas kahwinnya RM40 tunai," katanya sambil menggoncangkan tangan yang sedang menggenggam erat tangan pengantin lelaki.
"Aku... aku errr... Aku nikah... err," balas pengantin tersebut.
"Bertenang. Jangan gemu-ruh. Kita cuba lagi. Aku nikahkan...," kata Mughni, 68, sekali lagi.
"Aku errr... aku terima errr...," balas pengantin lelaki tadi.
Teruslah peristiwa itu berlaku berulang-ulang kali hingga Ustaz Mughni merasa agak letih sementara muka si pengantin pula seperti sudah tidak berdarah lagi. Peluh jantan dan betina berjurai membasahi tubuhnya. Orang ramai yang menyaksikan upacara itu pula mula riuh. Ada yang berbisik, adayangbersimpati, dan tidak kurang pula yang ketawa terbahak-bahak.
Melihat keadaan pengantin lelaki yang sudah tidak tentu arah, Ustaz Mughni menyerahkan tanggungjawab seterusnyakepada adik ipar beliau, Haji Yusof Kas-sim. Haji Yusof merupakan saksi setiap pemikahan yang dijalankan oleh Ustaz Mughni.
Haji Yusof memulakan tugasnya. Songkok pengantin lelaki itu diambil dan dibacakan selawat, Fatihah serta doa menghalau syaitan, kemudian dihem-buskan ke kepala dan dada pengantin lelaki berkenaan. Songkok itu diletakkan semula di kepala pengantin dan upacara diteruskan. Tapi lidah pengantin masih keras;
"Errr... errr."
Apabila kaedah itu tidak berkesan, Haji Yusof tahu apa yang sedang berlaku. Pengantin lelaki diganggu dengan ilmu hitam. Ada seorang tetamu majlis yang sedang menggenggam tangannya kuat-kuat. Mulutnya pula terkumat-kamit, antara lain berbunyi; "Aku tidak lipat jari-jariku tapi aku lipat lidah si polan bin si polan (pengantin lelaki)."
Patutlah si pengantin lelaki tergagap-gagap, lidah lembut menjadi keras bertulang, rupa-rupanya ada orang yang sedang mendengkinya.
Haji Yusof berkata kepada Ustaz Mughni, "Kita buat upacara ini di rumah sebelah." Kali ini cuma orang-orang penting sahaja yang dibenarkan menghadirinya.
Di rumah kedua, pengantin lelaki diarahkan mengambil wu-duk. Upacara dimulakan semula, namun dia masih gagal mela-fazkan akad. Lafaz akad dalam tulisan jawi diberikan, tapi dia tidak faham pula. Lalu lafaz akad tulisan rumi dihulurkan. Akhimya upacara nikah berjaya dijalankan — setelah semua pihak kele-tihan...
"Kalau di kampung-kam-pung, selalu juga berlaku macam tu. Agaknya sebab dengkikan pengantin lelaki atau pengantin perempuan, dia buatlah macam-macam.
"Kita bawa pengantin lelaki ke rumah lain kerana biasanya kuasajahat itu cuma dibuat untuk kawasan rumah pengantin perempuan saja. Kita minta orang penting saja ke rumah sebelah pula supaya orang yang meng-ganggu itu tidak ikut sama. Kalau dia ikut, tentu Idta akan kenal dia sebab tangan dia tergenggam. Muka dia pun lain macam saja," jelas Ustaz Mughni.
Itulah kisah yang berlaku pada pertengahan 1980-an, selepas kira-ldra 10 tahun Ustaz Mughni menjadijurunikah. Kisah 'pengantin yang nakal' yang berlaku pada penghujung 1980-an juga tidak kurang menariknya. Ceritanya begini.
lanya Idsah bakal pengantin lelaki berumur 40-an yang sudah beranak-pinak tetapi masih me-ngaku bujang. Untuk menge-lirukan Ustaz Mughni, lelaki tersebut mengatakan kad penge-nalannya hilang dan dia gunakan kad pengenalan sementara. Pada kad pengenalan sementara itu tercatat statusnya — BUJANG.
"Betui awak masih bujang?" tanya Ustaz Mughni.
"Betui ustaz," jawab lelaki tersebut.
Namun Ustaz Mughni dan Haji Yusof tahu lelaki berkenaan berbohong. Malam itu juga mereka berdua pergi ke rumah Kadi Besar untuk mendapatkan pandangan.
"Kalau dah macam tu, dia nak kahwin sangat, awak kahwinkan sajalah," jawab kadi besar.
Keesokannya lelaki berkenaan dinikahkan. Namun Ustaz Mughni memberikannya per-ingatan tegas.
"Ingat. Apa yang terjadi nanti kami juga akan bertanggungjawab sampai akhirat. Kalau kerja lain bolehlah, ini kerja pasal kahwin... susah kami nak jawab nanti." Peringatan itu menyebabkan lelaki berkenaan termenung panjang.
Upacara pemikahan dijalan-kan. Namun tersekat-sekat se-hingga empat lima kali kerana pengantin lelaki muram dan tidak keruan kerana teringatkan isteri pertamanya!
"Kalau dah ada anak bini, janganlah mengaku bujang. Lepas tu bila nak kahwin lagi isteri tak benarkan, nak menipu kami pula... Tak bolehlah buat macam tu," ujar Ustaz Mughni memberikan peringatan.
Pada 1989 mereka melalui satu lagi peristiwa lucu. Kali ini mengenai kerenah orang ramai yang mengganggu kedua-dua pengantin.
"Perempuan ni masa nikah dia disuruh bacakan ayat-ayat suci. Tapi bacaannya tak sedap, sebutannya tak jelas. Bakal suami tengah dengar pun malu. Pulak tu pakai mikrofon, orang semua dengar."
"Apa lagi, majlis jadi riuh. Maldumlah muda-mudi, mereka bersoraklah. Itu yang pengantin perempuan malu, matanya merah, air mata bergenang."
Kerana tidak tahan lagi menanggung malu, akhirnya mikrofon diserahkan kepada kawan-kawannya untuk mene-ruskan bacaan. Tapi selesai ma-salah pengantin perempuan, pengantin lelaki pula menghadapi masalah.
"Yang si pengantin lelaki ni pulak nak lafaz akad nikah cukup susah. Sebutan dia tu tak berapa faham sebab dia tak ambil kursus macam sekarang ini. Tulisan jawi pun tak tau.
"Tergagap-gagap. Dia pula orang luar, agaknya takut sebab tak kenal orang di situ. Orang-orang yang tengok pula mendengki, sorakkan dia. Sampai enam tujuh kali baru selesai. Itu pun lepas dijampikan sedikit di dahinya."
Begitulah sukamya bemikah. Sebaris ucapan yang cuma mem-punyai 10-12 perkataan menjadi beban kepada pengucapnya yang panik dan menggeletar. Apalagi kalau diganggu dengan kuasa-kuasa supernatural jahat.
"Sebab itulah ada yang minta supaya dinikahkan di masjid, bukan di rumah pengantin perempuan. Di masjid tak ramai orang tengok. Kalau di rumah pengantin perempuan ramai orang berkumpul, tengok, ganggu pengantin lelaki. Ada mikrofon pulak tu.
"Perbuatan mendengki pengantin pun memang ada. Ma-cam-macam cara digunakan. Ada yang gunakan katak ditutup dengan tempurung, ada yang lipat tikar dan macam-macam cara lagi.
"Tapi nasihat saya, janganlah buat begitu. Janganlah diganggu orang yang hendak menunaikan kehendak agama. Berdosa hukumnya.
"Yang nak menikah pula, belajarlah tentang ilmu-ilmu Islam dan hukum-hakam orang yang berumah tangga. Kalau tak faham, tak bersedia, itu yang datang masalah semasa bemikah. Kahwin memang seronok, tapi kepada bakal pengantin, buatlah persediaan secukup-cukupnya," nasihat Ustaz Mughni yang masih lagi menjadi jurunikah sehingga sekarang.
Sumber: Mastika Okt. 97