Menjalin Hubungan Bahagia
Friday, 15 February 2008

Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Abdullah Hassan
Himpunan panduan dan petua yang patut diamalkan oleh suami isteri bagi menjamin hubungan bahagia.
Satu-satunya buku yang sesuai dijadikan pilihan pasangan suami isteri yang mengidamkan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga. Buku ini menghimpunkan pelbagai panduan dan petua yang berguna bagi menjamin kebahagiaan dalam rumah tangga.
Antara yang terkandung dalam buku ini adalah bagaimana berkomunikasi dengan positif, bagaimana menjaga hubungan baik antara pasangan, bagaimana menyemarakkan rasa cinta antara pasangan dan banyak lagi. Ia sesuai dibaca oleh pasangan yang hendak berkahwin, baru berkahwin ataupun yang sudah lama berkahwin.
Wedding For Dummies
Thursday, 14 February 2008
Nak Kawin??? Ok..sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin . Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan ... ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak. Kekadang tu pasangan tak jadi pahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.
So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis walimah...untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer. Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah. Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.
1. Kadi:
At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu as kahwin yg akan diberikan,tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book....jgn dua dua gi book plak. kos kadi : $80 + +
2. Kursus rumahtangger:
Kener pergi....kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus (nie aku punyer experience lah)..whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. alaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui. kos kursus : around $80 for the whole session (tengok tempat)
3. Book Mak Andam:
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan.....pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah,lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least
six months misti nak book...later than that u might have a problem finding one.....kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe. Kos : $1200 (tengok baju aper...kalau ader baju batman atau otromen mungkin mahal sikit)
4. Photographer:
Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai....dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Kos : $800
5. Kompang / Hadrah
Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.
Kos : $300
6. Dekorasi blok dan pelamin
Sekarang sudah canggih...kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal ....kalau tak pun jadi macam lori cina mampos....letak kacang samer kuaci suah original beb....tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern. Kos:$1000
7. Tukang Masak and Khemah kosi meja
Tukang masak mesti ader beb...kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's. Kos : $7000 (tengok kepaler yg datang)
8. Kereter
Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter. (*naik basikal bleh gaks.. ) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer...Merc ke?...Jag ke?.kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah
plak badan korang besau abih sewa Kancil ...... sampai besok pun takleh masok! Kos: $300
9. DJ/Karaoke
Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book.
Kos : $850 (dengan dinner sekali)
10. Berkat
Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi...tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif...ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar,mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc. Kos : $3000++
11. Miscellaneous
Perkara perkara kecik owang selalu overlook...perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunger Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa
kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan...... Kos : $2500 ++
TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KELUARKAN IALAH : $17,110
Belom termasok hantaran lagi beb....korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin.......SELAMAT PENGANTIN BARU!
Untuk mereka yang bakal-bakal.... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer..... Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga.Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai...macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum $6000. Hantaran $5000; $4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.
Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah...korang bacalah :- Sebab
1. Anak pompan sorang.
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat.
3. Anak pompan paling jambu dalam family.
4. Anak pompan kerja high post.
5. Anak pompan biasa pakai barang branded.
6. Anak pompan yang tastenya ... berkajang-kajang kalau disenaraikan.
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus.
8. Anak pompan yang rasa dirinya .... lengkap segala-gala.
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif.
10. Anak pompan tu pun jenis ek ... semacam jer.
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je ):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih.
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek cam kena lenyek je".
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.
Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."
Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya;jawapannya:
1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni;kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"
Haa...tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berrpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit.
Kesimpulan; Materialistik. its all about the money, its all about ding ding daradam dam.
http://www.angelfire.com/super/nazri/mugo/kawin.htmlspiderman_pink: nilah realiti. terpulanglah samada nak ikut trend, atau nak jadi trendsetter. tepuk dada tanya iman yea? ^_^
Jadual Program Ziarah Habib Umar di Malaysia
Wednesday, 13 February 2008
Maka disini aku turunkan jadual lawatan Habib Umar حفظه الله ke Malaysia
2 Safar 1429H/ 9 Februari 2008 (Sabtu)
Tiba dari Singapura.
3 Safar 1429H/ 10 Februari 2008 (Ahad)
- Ziarah al-‘Arifbillah Habib Ali bin Ja’afar al-Aidrus حفظه الله
- Ke Melaka. Ziarah dan program bersama anak Habib Ali bin Ja’far al-Aidrus حفظه الله
- Maghrib di Kg Ulu, Bandar Melaka
4 Safar 1429H/ 11 Februari 2008 (Itsnin)
* Berangkat ke Kelantan Darul Naim. Kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan Darul Naim. Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar serta beberapa orang Exco Negeri. Penyampaian Cenderahati
* Lawatan ke YIK dan KIAS. Majlis Ramah Mesra dan Perbincangan Manhaj Pengajian
* 2.30 petang - Ziarah Makam Tok Kenali
* 3.30 ptg - Lawatan Ke Pondok Moden Kandis, Bachok.Majlis Ramah Mesra Warga Pondok Moden
* Berangkat Ke Pondok Pasir Tumbuh. Solat Maghrib. Majlis Zikir & Maulid. Ceramah Memperingati Ulamak Silam (Tok Kenali)
5 Safar 1429H/ 12 Februari 2008 (Selasa)
* 9.30 pagi - Bicara Ilmu (Balai Islam Lundang, Kelantan). Sesi Penyampaian Ceramah:Tajuk : “al-Tariqah al-Sufiyah Sebagai Dakwah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Berhadapan Arus Globalisasi”.
* 10.30 pagi - Minum Ringan
* 11.00 pagi - Sesi Dailog dan Soal Jawab
* 2.30 petang - Majlis Tausiyat dan Taujihat Kepada Pelajar. Sesi Penyampaian Ceramah Tajuk : “Madrasah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Pembinaan Spritual, fikrah dan Fizikal Pelajar Muslim”. Sesi Soal Jawab
* Program bersama para saadah Ba’alawi Kelantan
* 9.00 malam - Ceramah Perdana (Padang Perdana Kota Bharu). Tajuk ceramah: Hijrah al-Rasul
6 Safar 1429H/ 13 Februari 2008 (Rabu)
* Berangkat ke Terengganu Darul Iman Kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Sri Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
* 3.00 petang - Pertemuaan dengan Para Pendakwah Terengganu.
* 7.00 petang - Kuliah Maghrib di Masjid Cabang 3.
7 Safar 1429H/ 14 Febuari 2008 (Khamis)
* 8.00 pagi - Lawatan ke Universiti Darul Iman ( KUSZA ) .
* Kembali ke Kuala Lumpur
* 7.00 petang – 9.30 malam di Masjid Putra Jaya. YAB Perdana Menteri Malaysia akan turut bersama.
8 Safar 1429H/ 15 Februari 2008 (Jum’at)
* Berkhutbah Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak
* Malam – Program di Madrasah al-Hasaniah (Yayasan Sofa), Shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki ar-Rembawi. – Rembau, Negeri Sembilan.
9 Safar 1429H/ 16 Februari 2008 (Sabtu)
* 10.00 pagi - Muhadarah di Seminar Fiqh Nusantara. Anjuran Yayasan Itmam, Abim,Muafakat dan Persatuan Ulama’. Pembentangan oleh Habib Umar di sebalah pagi sebagai tetamu undangan atas tajuk, “Hubungan FIQH MAZHAB SHAFIE dengan ALIRAN ASYA'IRAH”. Pembentangan ini akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu
* Seminar Fiqh Nusantara ini diadakan dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang bertemakan MENGURANGKAN KEKELIRUAN – PENGUKUHAN PERPADUAN. Seminar berlangung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pendaftaran dan Bayaran : Pelajar (RM5) / Dewasa (RM10) Untuk penyertaan dan lebih pasti sila hubungi Tuan Haji Ghazali 019-3402578 atau En Fadzil 012-3307172 atau layarilah website ini atau sila lihat aturcaranya di sini
* 7.30 malam - JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. Majlis bermula dari jam 5.30 petang. Tajuk ceremah Habib Umar adalah Tariqat Sufiyah: Definisi, sejarah, kepentingan dan peranannya di dalam penyebaran dakwah Islam. Insyaallah ada penterjemah ke bahasa Melayu.
9 Safar 1429H/ 17 Februari 2008 (Ahad)
* Pertemuan dengan para pelajar Madras Nur
* Habib Umar dan Rombongan berangkat kembali ke Yaman
http://majlisilmu.blogspot.com/spiderman_pink: siapa-siapa yang tak sempat untuk ke kuliahnya di singapura, masih sempat kot nak kejar habib di mesia XD
Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik
Tuesday, 12 February 2008
Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah,fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka.
Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa,ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua." Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Bagaimanapun,fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan,sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu,rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,
“Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."
Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya. Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?
Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing. Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah, Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki. Ekoran fitnah itu, ada umat Islam yang mempercayainya. Sedangkan yang sebenarnya, Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya. Disebabkan peristiwa itulah,Allah s.w.t. menurunkan ayat itu. Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:
"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."
Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja. Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina), sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima, jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah, yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.
Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang. Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik. Sebaliknya ia telah menjadi umum. Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina, perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik. Jadi maknanya,jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik, yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu, Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.
Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia. Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan. Ini adalah dakwah.
Dalam Islam, kalau seseorang tu telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu. Kalau tidak,berdosa. Sebab dalam Islam,orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat. Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita.Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga. Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan, penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya. Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya. Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui." ( Ali Imran : 135 )
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )
Carilah Rusukmu Yang Hilang
Monday, 11 February 2008
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan
terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.
Dell XPS 730 H2C spotted in the wild
Sunday, 10 February 2008

Ever since that XPS 630 went all mid-level on us we've been on the hunt for a new gamer desktop heartthrob, and it looks like we've found one in the XPS 730 H2C from Dell. This one was semi-announced at CES, and the official image (along with a shot of the innards) is after the break, but a friendly tipster just hooked us up with some spy sots from what we can only assume are the bowels of Dell. The desktop looks to be a worthy successor to the XPS 720, if perhaps a notch down in sexy, uses DDR3 memory, and is "at least" triple SLI ready. Obviously the H2C cooling will be a big draw for overclockers, but we're most excited about all those drive bays in front: floppy RAID here we come! No other specs or release info is available at the moment, but we're sure it'll spill out of Dell soon enough.
http://www.engadget.com/
spiderman_pink: floppy raid eh haha. orang yang minat kompiter je paham kot XD
Ibu Bapa Ku Sayang
Saturday, 9 February 2008
Sebab apa kita perlu berbuat baik pd Ibu bapa kita...
1. Seorang lelaki datang berjumpa dgn Nabi s.a.w lalu berkata: "Aku hendak berbaiah untuk berhijrah dgnmu dan aku telah meninggalkan kedua ibu bapa ku dlm keadaan menangis." Lalu Nabi bersabda:
(ارجع إليهما فأضحكهما كما أبكيتهما)
Maksudnya: "Kembalilah pada kedua ibu bapamu dan buatlah mereka ketawa seperti kamu buat mereka menangis." (Hr Abu Daud)
2. Talhah bin Muawiyah berkata: "Ya Rasulullah. Aku nak berjihad fi sabilillah." Rasul bertanya: "Adakah ibumu masih hidup?" Dia menjawab: "ya". Rasul bersabda:
(الزم رجلها فثم الجنة)
Maksudnya: "lazimi kakinya; maka di situlah syurga." (HR Thabrani)
3. Nabi bersabda:
(عفوا عن نساء الناس تعف نساءكم وبروا آباءكم تبركم أبناؤكم)
Maksudnya: Peliharah daripada berbuat dosa dengan wanita-wanita lain; nescaya akan terpelihara isteri dan anakmu daripada lelaki-lelaki lain berbuat dosa dengan mereka. Berbuat baiklah kepada ibu bapamu nescaya anak-anakmu akan berbuat baik padamu. (HR Hakim)
4. Nabi bersabda:
(من سره أن يمد له في عمره وزاد له في رزقه فليبر والديه وليصل رحمه)
Maksudnya: Sesiapa yang suka untuk dipanjangkan umurnya dan ditambah rezkinya maka hendaklah dia berbuat baik kepada ibu bapanya dan sambungkan hubungan silatur rahim. (HR Ahmad)
5. Firman Allah:
(أن اشكر لي ولولديك)
Maksudnya: Hendaklah kamu bersyukur kepadaku dan kpd dua ibu bapamu. (14: Luqman)
Ulama berkata: Allah mewajibkan bersyukur padaNya dan pada kedua ibu bapa. Sesiapa yang tidak bersyukur kepada ibu bapa maka dia tidak bersyukur kepada Allah.
Berbuat baiklah kita kepada ibu bapa sebelum mereka meninggalkan kita. Ingat-ingatlah mereka. Balaslah jasa mereka. Jagalah hati mereka. Sentiasalah berdoa untuk mereka.
Kasih Kekasih
Friday, 8 February 2008

Munsyid: In-Team
Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati
Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi
Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia
Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku
Oh.. Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan
Oh.. Kasih
Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan
Buah Durian
Thursday, 7 February 2008
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian. Lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.
Samdol: "Bang harga durian ini berapa?"
Orang Asli: "Yang ini, sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Samdol buat tahu dan cuba menawarnya.
Samdol: "Bang. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli: "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol: "Lahupa. Boleh ya?"
Penjual orang asli itu kebingungan. Lalu bertanya pada Samdol.
Orang Asli: "Lahupa itu berapa?"
Samdol: "Cakap dulu. Sepopit itu berapa?"
Nikahun Mubarakun Akh Rizal wa Ukh Hidayati
Wednesday, 6 February 2008
Assalamu'alaikum wrt wb.
Subhanallah! Macam mana boleh terlupa eh pasal ni! Ana asif! :D
Kisahnya begini. Pada suatu hari........
Nur Hidayati & Rizal
.... Rizal dengan Yati nikah. Tadaaa!
Ameen!
Gambar (dan gambar-gambar lagi) oleh Akh Remy
Tentang mereka
Lagu ni khas untuk para mempelai ^_^
Selamat Pengantin Baru
Munsyid: Hijjaz
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
Selamat pengantin baru
Selamat pengantin baaaaaaaru
Ridzwan, Remy, Rizal, spiderman_pinkspiderman_pink: perst taim seh konon-konon muka bercahaya. padahal, padahal XD
Panduan Membentuk Istana Bahagia
Tuesday, 5 February 2008

Panduan Membentuk Istana Bahagia
Hasanah Che Ismail,
PTS Millennia Sdn Bhd (PTS M)
Sinopsis
Rumah tangga ibarat bahtera.Ada masanya laut itu tenang, ada masanya bergelora. Waktu air tenang, mana-mana kapal pun bisa belayar. Cuma waktu gelora saja, barulah keutuhan kapal dan isinya diuja.
Suami adalah nakhoda dan isteri adalah pembantu. Lemah nakhoda, terancamlah pelayaran. Tanpa pembantu, tidak akan tercapai segala perancangan.
Biar pendekatan agama dan rohani kita fahami kerana pendekatan ini kerap menjadi penyelamat rukun perkahwinan terutamanya apabila pasanganjujur menghayati dan mempraktikkannya.
Asalnya manusia ini dijadikan berpasangan seperti yang digambarkan dalam surah an-Nisak ayat 1 yang bermaksud,"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu bermula daripada satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai."
Kesejahteraan serta dorongan daripada pasangan yang beriman membawa kecemerlangan amalan di dunia untuk bekalan di akhirat.Institusi perkahwinan yang stabil menentukan kestabilan masyarakat.
Gambaran dan kelebihan menangis
Monday, 4 February 2008
((إذا تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجدا وبكيا)) (مريم: 58)
Maksudnya: Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yang maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis.
(سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: -منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.)
Maksudnya:
Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya.
(HR Bukhari dan Muslim)
(لا يلج النار رجل بكى من خشية الله، حتى يعود البن في الضرع)
Maksudnya:
Tidak masuk neraka lelaki yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu masuk ke dalam putingnya kembali (menunjukkan kepada takkan masuk ke neraka lelaki tersebut)
(HR Tirmizi)
(طوبى لمن ملك لسانه، ووسعه بيته، وبكى على خطيئته)
Maksudnya:
Beruntunglah seiapa yg dapat menjaga lidahnya dari dosa dan kesalahan, rumahnya selesa baginya dan menangis terhadap kesalahnya.
(HR Thabrani)
NABI MENANGIS
(عن عبد الله بن الشخير قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بنا، وفي صدره أزيز كأزيز المرجل من البكاء
Maksudnya:
Abdullah bin Syikhir berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w bersembahyang menjadi imam kami dan dadanya ada mempunyai bunyi esakan kerana menangis seperti bunyi periuk yang menggelegak."
(HR Abu Daud dan Tirmizi)
SAHABAT MENANGIS
وعن أنس قال: (خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ما سمعت مثلها قط، قال: لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا. قال: فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم لهم خنين )
Maksudnya:
Anas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berkhutbah yang tidak pernah ku dengar selama ini." Baginda berkata: "Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Beliau berkata: "Lalu sahabat2 Rasulullah s.a.w menutup wajah mereka dlm keadaan mereka teresak-esak menangis.
(HR Bukhari dan Muslim)
UMAR MENANGIS
Abdullah bin Syaddad berkata: Aku mendengar esakan dari tangisan Umar r.a (sedang menjadi imam) ketika aku berada di belakang sof. Beliau menangis ketika membaca ayat:
((إنما أشكو بثي وحزني إلى الله)) (يوسف: 86)
Maksudnya: Aku hanya mengadu kesusahanku dan kesedihanku kepada Allah.
(HR Bukhari)
UTHMAN MENANGIS
Hanie seorang hamba Uthman telah berkata: Suatu hari Uthman berdiri di tepi kubur sambil menangis sehinggalah basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya:"Engkau ingat syurga dan neraka tapi kau tidak menangis, kenapa engkau menangis bila melihat kubur? Beliau menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
(إن القبر أول منازل الأخرة، فإن نجا منه فما بعده أيسر منه. وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه)
Maksudnya:
Sesungguhnya kubur adalah tempat persinggahan pertama dalam menuju ke akhirat. Jika seseorang itu selamat ketika berada di dalam kubur maka selepas itu akan menjadi lebih mudah. Jika dia tidak selamat maka selepas itu akan menjadi lebih sukar.
TANGISAN PARA ULAMA
Suatu hari Fudail bin Iyad membaca Quran surah Muhammad dan menangis. Beliau mengulang-ulang ayat ini:
((ونبلوا أخباركم )) (محمد: 31)
Maksudnya: Dan kami akan singkap dan dedah segala perlakuan mereka.
Beliau berkata: "ENGKAU DEDAH SEGALA CERITA KAMI dan terus mengulang2 dan berkata: "KALAU ENGKAU DEDAH SEGLA PERLAKUAN KAMI…MAKA MALULAH KAMI DAN ENGKAU SINGKAP SEGALA RAHSIA2 KAMI… KALAU KAU DEDAH CERITA KAMI BINASALAH KAMI DAN KENA AZABLAH KAMI…..
Dan beliau terus menangis..
GESAAN NABI SUPAYA KITA MENANGIS
(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)
Maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu tak boleh menangis buat2lah menangis (sehingga bleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah ada anak-anak sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka. (Hadis Hasan)
Bagaimana dengan Anda? Bila nak menangis terhadap dosa-dosa yang banyak..? Adakah anda menunggu sampai sanak saudara menangisi kematian anda..? Atau malaikat membantai anda di kubur..? Atau melihat neraka pd hari kiamat..? Atau...?
Rujukan: Al-Buka min Khasya tiLLAh oleh Husain 'Uaisyah dan Al-Riqqah wal Buka oleh Ibnu Quddamah al-Maqdisi.
Masa itu lebih berharga dari emas
Sunday, 3 February 2008
Masa amat penting bagi manusia. Ia lebih mahal drpada emas. Ini berdasarkan Firman Allah: Sesungguhnya org2 kafir dan mati dalm kekufuran, maka tidak diterima jika mereka hendak menebus terhadap kesalahan mereka dengan emas sebesar bumi...(Surah Ali Imran: 91).
Ini kerana mereka tak menggunakan masa sebaiknya untk beriman dan beramal ketika mereka di dunia.Allah Juga akan menjadikan masa sebgai hujjah untk mendakwa manusia. Firman Allah:Bukankah kami telah memberi masa dan umur pd kamu, kalau kamu manfaatkannya dgn keimanan dan ketakwaan pasti kamu dapat manfaatkannya dan telah tiba peringatan pdmu. Maka rasailah azab seksa dan tidak ada penolong bg og2 yg zalim.(Fatir: 37).
Diantara perkara menunjukkan pentingnya masa ialah Allah s.w.t telah bersumpah dengan masa. Tuhan telah bersumpah dgn Malam dan siang(Al-Lail: 1 dan 2), waktu pagi (AL-Fajr: 1), subuh (AL-Takwir: 18), matahari di waktu senja (Al-Insyiqaq: 16), dhuha ((Ad-Dhuha:1) dan masa (Al-Asr: 1). Tuhan bersumpah dgn hnya perkara yg penting.
Nabi bersabda:
نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس: الصحة والفراغ
Maksudnya:Dua nikmat yg sering dicuaikan oleh ramai manusia ialah nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan. (HR Bukhari). Kelapangan adalah nikmat mase yg dicuaikan oleh manusia.
Imam Syafie telah berkata: Aku telah berkawan dgn org2 sufi dan telah mengambil dua perkara yg amt penting dr mereka: 1. Waktu seumpa pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, dia akan memotongmu. 2. Diri kamu kalau tidak disibokkan dengan kebaikan maka ia akan melakukan kebatilan.
Ibnu Masud telah berkata: Tidak ada perkara yg lebih aku kesali drpd ketika terbenamnya matahari dlm keadaan berkurangnya umurku dan tak bertambah amalku.
Umar bin Abdul Aziz berkata: Sesungguhnya malam dan siang berkerja untukmu, maka hendaklah kamu berkerja untuknya.
Kita lihat contoh para ulama zaman dahulu dan salafus soleh yg benar2 manfaatkan waktu mereka dlm kebaikan.
1. Imam Hammad.
Musa telah berkata: Aku tidak pernah melihat Hamad bin salamah ketawa. Dia sibuk dengan meriwayatkan hadis, membaca, bertasbih, senbahyang. Beliau membahagikan waktu siangnya dgn perkara2 tersebut. Hammad meninggal dlm solatnya.
2.Imam Khalil alfarahidi. Beliau berkata: Waktu yg amat berat(tak disukai) bgku ialah waktu makan.Adapun kita waktu mkanlah saat yg kita nanti2kan. Sembng pun makan,mengaji pun makan, study pun makan, makan pun makan.
3. Muhammad bin Hasan anak murid Imam Abu Hanifah: Beliau tidak pernak tido malam dan meletakkan pelbagai kitab ditepinya. Bila dia boring baca satu kitab dia akan baca kitab lain. Dia menghilangkan rase mngantuk dgn air dan berkata: Sesungguhnya mengantuk adalah dr kepanasan.
4.Imam Ibnu Jarir. Secara puratanya beliau menulis 40 helai sehari sejk muda sampai dia meninggal.Kita nak baca 4 helai buku agama pun payah..isk isk
5. Imam Khotib al-Bagdadi. Beliau bejalan sambil membaca kitabnya.
6. Imam Nawawi. Beliau belajar dgn syeikh sehari 12 mata pelajaran (ini menunjukkan ilmu diperolehi dgn brguru sperti Nabi juga berguru dgn Jibril, xbleh dgn membca buku atau layari internet shja), sibuk siang malam mengaji dan menelaah kitab sehingg ketika berjalan dan hanya makan sekali sahaj sehari selepas isyak dan minum diwaktu sahur selama enam tahun. Dua tahun beliau tidak membaringkan tubuhnya untuk tidor.Beliau tidak makan buah2an kerana taku bnyak tido.kita nak mengaji agama seminggu sekali pun letih dan sibok sangat...
7. Imam Alusi seorang pakar tafsir mengajar sehari 24 mata pelajaran. ketika beliau sibok menulis, beliau mengajar 12 subjek sahaja sehari. Rujukan sy adalah kitab Qimatuz zaman indal Ulama yg dikarang syekh Abdul Fattah Abu Guddah(gambar). Kitab ini dihasilkan dr kajian beliau selama 20 tahun. Sejak thn 1984 smpai 2002 sudah 10kali dicetak kitab ini.SY akhiri dgn kate2 dr Ibnu Ataillah as-Sakandari dlm kitab hikamnya:
ما حصل لك من وقتك فلا قيمة له، وما فاتك منه فلا عوض له
Mksudnya: Tidak ada ternilai waktu yg engkau dapat manfaatkan utk kebaikan. Tidak ada ganti waktu yg engkau tdak manfaatkan utk kebaikan.
Gunakanlah waktu utk membuat amal sebagai bekalan ke akhirat...
What's Your Power Bird?
Saturday, 2 February 2008
Your Power Bird is a Dove |
![]() Deep and emotional, you can connect well with almost any living creature. You bring hope and optimism to any dire situation. You are both gentle and affectionate with everyone you love. Truly nurturing, most people consider you to be a mother figure. |
Tuntunan Bertaubat kepada Allah SWT
Friday, 1 February 2008
oleh Dr. Yusuf al Qaradhawi
Syarat-syarat Istighfar dan Etika-etikanya
Istighfar yang diterima oleh Allah SWT harus memenuhi syarat-syarat dan etikanya; yaitu, antara lain:
1. Syarat yang pertama adalah: niat yang benar dan ikhlas semata ditujukan kepada Allah SWT. Karena Allah SWT tidak menerima amal perbuatan manusia kecuali jika amal itu dilakukan dengan ikhlas semata untuk-Nya. Allah SWT berfirman:
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta'atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus" [QS. Al Bayyinah: 5].
Dan sabda Rasulullah Saw :
"Seluruh amal perbuatan manusia ditentukan oleh niatnya. Dan orang yang beramal mendapatkan balasan atas amalnya itu sesuai dengan apa yang diniatkannya". Hadits muttafaq alaih.
2. Syarat kedua adalah: agar hati dan lidah secara serempak melakukan istighfar. Sehingga tidak boleh lidahnya berkata: aku beristighfar kepada Allah SWT, sementara hatinya ingin terus melakukan maksiat. Dari Ibnu Abbas r.a. diriwayatkan, ia berkata: "orang yang beristighfar kepada Allah SWT dari suatu dosa sementara ia masih terus menajalankan dosa itu maka ia seperti orang yang sedang mengejek Rabbnya!"
Rabi'ah berkata: istighfar kita butuh kepada istighfar lagi! Jika istighfar kita hanya dengan lidah saja, tidak disertai dengan hati.
3. Di antara adab yang melengkapi istighfar itu adalah: agar ia berada dalam keadaan suci, sehingga ia berada dalam kondisi yang paling sempurna, zhahir dan bathin. Seperti dalam hadits Ali bin Abi Thalib, ia berkata: Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. (dan apa yang diucapkan oleh Abu Bakar itu adalah benar adanya) meriwayatkan kepadaku bahwa ia mendengar Rasulullah Saw bersabsda:
"Tidak ada seseorang yang berbuat dosa, kemudian ia bangun dan bersuci serta memperbaiki bersucinya, kemudian ia beristighfar kepada Allah SWT, kecuali Allah SWT pasti mengampuninya" [Al Hafizh berkata: hadits ini diriwaytkan oleh Ahmad dan yang empat dan Ibnu Hibban mensahihkannya. Fathul Bari: 11/ 98. Sedangkan dalam Jami' Shagir dinisbahkan kepada Abi Daud dan Tirmizi. Sementara Al Albani menyebutkannya dalam Dha'if al Jami' (5006)]. Kemudian Rasulullah Saw membaca ayat :
"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui" [QS. Ali Imran: 135].
Dalam hadits Abu Bakar secara marfu' dikatakan:
"Tidak ada orang yang dianggap terus melakukan dosa jika ia langsung beristighfar dan meminta taubat, meskipun dalam satu hari ia dapat mengulang (dosa itu) sampai tujuh puluh kali " [Dalam Fathul Bari: Hadits dikeluarkan oleh Abu Daud dan Tirmizi juga].
4. Di antara adab itu adalah: agar ia ber istighfar kepada Allah SWT, dan ia berada dalam kondisi takut dan mengharap. Karena Allah SWT menyifati diri-Nya dengan firman-Nya:
"Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya" [QS. Ghafir: 3].
Dan firman Allah SWT :
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya dan bahwa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [QS. Al Maidah: 98].
"Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai ampunan (yang luas) bagi manusia sekalipun mereka zhalim, dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar sangat keras siksaan-Nya" [QS. ar-Ra'd: 6].
"Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [QS. al Hijr: 49].
Ayat-ayat semacam ini banyak, dan seluruhnya menanamkan keseimbangan dalam hati antara takut dan mengharap. Tidak ada yang merasa aman dari balasan Allah SWT, kecuali mereka yang merugi. Dan tidak ada yang putus asa dari rahmat Allah SWT kecuali orang-orang kafir.
Oleh karena itu orang yang melakukan dosa tidak seharusnya meninggalkan istighfar, sebanyak dan sebesar apapun dosa yagn telah ia perbuat. Karena ampunan Allah SWT lebih besar dari dosanya itu, rahmat-Nya lebih luas, dan ampunanNya lebih besar.
Dalam hadits qudsi yang terkenal, yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Dzar dari Nabi Saw dari Rabbnya Azza wa Jalla:
"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian berbuat dosa pada malam dan siang hari, dan Aku mengampuni dosa-dosa seluruhnya, maka minta ampunlah kepada-Ku niscaya Aku ampuni kalian ".
5. Di antara adab itu adalah: agar ia memilih waktu yang utama. Seperti saat menjelang subuh. Seperti firman Allah SWT :
" Dan yang memohon ampun di waktu sahur" [QS. Ali Imran: 17].
"Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)" [QS. adz-Dzariaat: 18].
Dan ketika anak-anak Ya'qub berkata kepada ayah mereka: "Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa)". Ya'qub berkata: "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [QS. Yusuf: 97-98].
Para mufassir berkata: beliau menunda istighfar itu hingga waktu menjelang subuh, karena pada saat itu, doa lebih dekat untuk dikabulkan, jauh dari ria, lebih bersih bagi hati, dan ia adalah waktu tajalli Ilahi pada sepertiga terakhir dari waktu malam.
6. Di antara adab itu adalah: istighfar dalam shalat. Pada saat bersujud, sebelum salam atau setelah salam.
Rasulullah Saw telah mengajarkan Abu Bakar untuk mengucapkan sebelum salam: "Wahai Allah, sesungguhnya aku telah berbuat zalim kepada diriku dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Engkau, maka ampunilah daku dengan ampunan dari-Mu, dan kasihilah aku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi ampunan dan Maha Penyayang ".
7. Di antara adab itu adalah: agar ia berdo'a bagi dirinya sendiri dan bagi kaum mu'minin, sehingga ia masuk dalam kelompok mereka, semoga Allah SWT menyayanginya dan mengampuninya dengan berkah mereka dan dengan masuk dalam kelompok mereka.
Oleh karena itu kita dapati para nabi tidak hanya ber istighfar kepada diri mereka. Namun juga bagi diri mereka, bagi kedua orang tua mereka, serta bagi kaum mu'minin dan mu'minat seperti terdapat dalam do'a Nur dan Ibrahim serta nabi-nabi lainnya.
Di antara do'a Nuh itu adalah:
"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan" [QS. Nuuh: 28].
Dan dari do'a Ibrahim adalah:
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang -orang mu'min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)" [ QS. Ibrahim: 41].
8. Di antara adab itu adalah: agar ia berdo'a dan ber istighfar dengan redaksi yang disebutkan dalam al Quran dan sunnah. Karena ia adalah redaksi yang terbaik, paling besar nilainya, paling luas maknanya serta paling merasuk dalam hati. Berbeda halnya dengan redaksi-redaksi doa dan wirid lain yang dibuat oleh manusia, di sana tidak ada kemanusiaan susunan kalimat al Quran serta keindahan kata-kata yang digunakan dalam hadits.
Dan dalam ber istighfar dan berdo'a dengan al Quran dan hadits itu mendapatkan dua balasan:
1. Balasana doa dan istighfar.
2. Balasan mengikuti al Quran dan sunnah.
Di antara redaksi-redaksi doa al Quran adalah; doa yang diucapkan oleh Adam, Nuh, Ibrahim dan nabi-nabi serta rasul-rasul yang lain. Di antaranya adalah:
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi" [QS. al A'raaf: 23].
"Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali, " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami Ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" [QS. al Mumtahanah: 4-5].
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum kafir " [QS. Ali Imran: 147].
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang" [QS. Al Hasyr: 10].
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu"; maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti" [QS. Ali Imran: 193].
Dan dalam hadits terdapat do'a dengan redaksi yang bermacam-macam. Di antaranya adalah sayyidul istihgfar yang telah kami sebutkan sebelumnya. Di antaranya adalah:
"Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku, kebodohanku serta tindakanku yang berlebihan dalam urusanku".
Di antaranya adalah:
"Ya Allah, jauhkanlah daku dari kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan antara Timur dan Barat. Ya Allah, sucikanlah aku dari kesalahanku dengan air, salju dan embun. Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahan seperti baju yang putih dibersihkan dari kotoran". Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abi Hurairah dan diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim dari A'isyah. Dan adalah Rasulullah Saw berdo'a dengan do'a itu setelah takbiratul ihram dalam shalat, serta sebelum membaca surah Al Fatihah.
Di antaranya adalah:
"Ya Allah, ampunilah kesalahanku, luaskanlah rumahmu dan berilah keberkahan dalam rezekiku". diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi serta ia menilainya sebagai hadits hasan, dan Abu Ya'la serta periwayat yang lain dari Abi Musa.
(sebelum, sesudah)
Judul Asli: at Taubat Ila Allah
Pengarang: Dr. Yusuf al Qardhawi
Penerjemah: Abdul Hayyie al Kattani
Penerbit: Maktabah Wahbah, Kairo
Cetakan: I/1998
Sleeping vs. Prayer
Thursday, 31 January 2008
spiderman_pink: oh jangan lupa untuk tonton semua videonya kalau ada masa >_<
Jangan Optimis Meskipun Dalam Ketaatan
Wednesday, 30 January 2008
Oleh: Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Di antara hasrat dan cita-cita orang-orang yang beriman itu tidak lain ialah untuk menjadi hamba Allah yang taat, melaksanakan segala kewajiban dan kefarduan, agar menjadi orang yang soleh dan bertaqwa. Menghindari segala yang dilarang oleh Allah SWT, serta menghindari sifat-sifat keji, seperti yang diajar oleh Rasul SAW dan berusaha mencari keredaan Allah Ta’ala berpandukan wahyu-Nya.
Bagaimana untuk mencapai hasrat dan cita-cita tersebut amatlah sukar bagi manusia yang lemah ini, meskipun seseorang itu telah mendapat hidayah sehingga pada zahirnya dia menjadi orang yang taat, namun Allah mempunyai kuasa mutlak untuk merubah keadaan itu menjadi sebaliknya, kerana kehendak Allah SWT tidak siapa yang dapat memaksa Dia. Meskipun manusia berusaha untuk berdiri teguh di atas keimanannya, namun terserah kepada kemahuan Allah SWT, dan natijah kepada segala perbuatan manusia itu sesungguhnya masih ghaib dan hanya dalam ilmu Allah Azza wa Jalla.
Justeru, tidak boleh bagi seseorang yang telah melakukan ketaatan kepada Allah Ta’ala, merasa senang hati di atas segala qurbah atau usaha mendamping diri kepada-Nya, melalui ibadahnya seperti solat, puasa, zakat, haji, jihad dan sebagainya. Walaupun segala usaha ketaatan telah dilakukan sekuat tenaga sedaya mungkin, tetapi oleh kerana ibarat cerita yang masih dipertengahan, belum diketahui apakah kesudahannya, maka atas alasan apakah sesorang itu boleh merasa senang hati?
Sejak mula kejadian manusia lagi, apabila Allah menciptakan Adam dan mengumumkan untuk menajdi khalifah Allah di muka bumu, sedangkan sebelum itu makhluq ciptaan Allah bernama Iblis yang telah beribadah kepada Allah sepuluh ribu tahun, merasa sangsi di atas kewibawaan manusia untuk menjadi khalifah di bumi.
Kesangsian iblis menyebabkan dia tidak bersedia untuk sujud kepada Adam sekalipun Allah SWT menyuruh golongan iblis dan malaikat berbuat demikian. Iblis bukan sahaja enggan malah berdendam kepada Adam AS dan keturunannya, apabila Allah Ta’ala melaknat iblis di atas keangkuhannya. Iblis yang tersisih kerana keingkarannya dan ditaqdirkan bakal menjadi penghuni neraka, mereka berazam untuk terus memusuhi keturunan Adam, agar dia tidak keseorangan di dalam neraka, tetapi turut ditemani oleh anak cucu Adam yang dapat dipengaruhinya.
Bertaruh dengan musuh secara berdepan adakalanya manusia tertewas, tidakkah manusia akan lebih sulit apabila bertarung dengan musuh yang tidak dapat dilihat? Iblis yang menubuhkan pasukan tenteranya akan terus-terusan mengatur serangan terhadap keturunan Adam, tanpa mengenal penat lelah, tanpa tidur tanpa rehat dan tanpa lalai. Dengan demikian manusia pasti terdedah dengan ancaman iblis, sebahagian manusia sudah menjadi tawanan iblis dikenali sebagai golongan kuffar.
Iblis sebagai makhluq yang tidak dapat dilihat dengan indera penglihatan, pasti lebih mudah menyusup ke dalam diri dan hati manusia. Sehingga kadang kala berjaya membentuk rekrut baru di kalangan manusia, yang akhirnya menjadi pendukung ideology iblis, serta memusuhi golongan orang yang beriman yang mendokong aqidah yang benar dan bertauhidkan Allah Ta’ala.
Di kalangan orang yang beriman pun kadang kala tentera iblis berjaya menyusup, sehingga golongan beriman turut bertelagah sesama sendiri, kerana sebahagian daripada mereka sudah termakan hasutan iblis. Yang selamat hanyalah golongan yang mendapat pertolongan dan taufiq daripada Allah SWT, iaitu mereka yang digelar sebagai hamba Allah yang mukminin, solihin dan muttaqin.
Manusia yang hidup di muka bumi ini adalah khalifah dan tentera Allah, yang sedang berperang dan bertarung dengan musuh tradisi dari luar iaitu iblis, serta disokong pula oleh musuh dalaman iaitu nafsu yang sering mengajak kepada kegiatan yang buruk.
Merasa amankah setiap orang yang sedang berperang? Sedangkan musuh terus-menerus menghujani berbagai-bagai jenis peluru yang dahsyat. Musuh tradisi itu menggunakan peluru hasad, peluru dengki, peluru tamak, peluru khianat, peluru takbur, peluru ‘ujub, peluru riyak, peluru sum’ah dan berbagai-bagai lagi. Justeru tidak ada kawasan aman dan selamat sehingga manusia tidak mungkin dapat rehat.
Dalam suasana begini mana mungkin manusia merasa optimis untuk mencapai kemenangan yang total terhadap iblis itu, justeru sikap optimis akan menjadikan manusia lalai dan tidak waspada malah tidak berusaha untuk mengatasi musuhnya.
Sekalipun sudah dimaklumi bahawa segala yang ma’ruf itu disukai Allah Ta’ala, malah dijanjikan pahala bagi mereka yang melakukan ketaatan, tetapi janganlah merasa bangga dengan semua ketaatan yang telah dilakukan itu. Kerana walaupun demikian namun segala usaha itu ibarat seorang usahawan yang menggunakan modal orang lain.
Jika seseorang melakukan solat, dia menggunakan anggota tubuh yang dipinjamkan. Jika menunaikan haji, pasti menggunakan kemudahan rezeki yang didatangkan oleh Allah. Berda’wahlah dan mengadakan kuliyah pengajian, tidak lain hanyalah menyampaikan ilmu yang didatangkan oleh Allah Ta’ala melalui Rasul-Nya. Jika dia banyak menderma untuk kebajikan, tidak lain hanyalah ibarat memulangkan wang yang dipinjam. Sesungguhnya semua itu adalah pemberian dan kurnia Allah yang mencurah kepada hamba-Nya, maka yang manakah yang datang dari diri manusia sendiri?
Oleh kerana manusia melakukan segala ketaatan kepada Allah, tidak lain mereka menggunakan semua kurnia dari Allah, maka tiada suatu pun ketaatan amalan yang bersifat mendampingkan diri kepada Allah SWT itu dapat dibanggakan dan dimegahkan oleh manusia itu, ibarat orang yang bermegah dengan baju yang dipinjam daripada orang lain. Jika manusia hendak berbangga dengan ketaatan sedikit sebanyak yang telah dilakukan itu, hanyalah ibarat orang yang bermegah dengan harta orang lain.
Walaupun manusia melakukan berbagai-bagai ketaatan yang melibatkan fikiran tenaga dan wang ringgit, namun tiada tempat bagi manusia untuk berbangga, kerana andainya Allah tidak menerima kesemua jenis kebajikan dan ketaatan yang dibanggakan itu, nescaya ia manjadi kosong ibarat perut unta, kerana sebenarnya perut unta itu jika dibedah, ia hanya dipenuhi dengan najis tetapi kosong dari kebaikan.
Dengan demikian maka tidak ada yang dapat untuk menjadi cagaran bagi manusia di akhirat, kerana sesungguhnya dia telah datang kepada Tuannya dengan bekalan kosong.
Janganlah menjadi manusia yang bangga dengan bunga-bungaan dipohon serta putik-putik buah di dahan, apabila datang hujan ribut yang memusnahkan bunga dan putik buah-buahan itu musnah hingga tiada apa yang tinggal.
Bunga-bunga dan putik buah-buahan itu ibarat amalan kebajikan yang belum ditimpa malapetaka, kerana sesungguhnya malapetaka kepada amal ibadah seseorang itu ialah umpama tidak ikhlas beramal, dengki kepada orang lain lebih banyak dari kebajikan yang dilakukan. Apabila bunga-bunga dan buah amal itu dilanda rebut dan taufan dosa kerana tidak ikhlas, riyak, dengki dan lain-lain lagi, maka gugur bertaburanlah bunga serta buah-buah amal itu.
Justeru tidak ada masa untuk manusia itu merasa senang dan lapang dada sekalipun berbagai-bagai qurbah atau usaha ikhtiar telah dilakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, namun ibarat putik yang belum membesar dan masak sehingga dapat dipetik hasilnya, maka apa yang perlu dilakukan ialah tidak lalai dari mengawasi perkara-perkara yang boleh menghancurkan kebajikan itu.
Seorang yang pulang ketika petang dengan keimanan dan rajin beramal, tetapi pastikah keadaan itu berkekalan hingga esok harinya? Segala kemungkinan boleh terjadi, mungkin ketika malam hari hatinya mendengar bisikan iblis lalu melakukan maksiat, maka matahari yang terbit di pagi itu menyambut dia sebagai seorang yang zalim, bukan lagi sebagai hamba yang soleh dan bertaqwa.
(Dipetik daripada buku, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Insan Ingatlah!, NurfairStreet, Kuala Lumpur, 2006, hlmn 53-57)
Wallahu a’lam.
Layar Keinsafan
Tuesday, 29 January 2008

Album: Layar Keinsafan
Munsyid: Mestica
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku berlayar..
Petai
Monday, 28 January 2008
Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu.
"Encik satu longok, RM1 sahaja. Tapi kalau encik ambil semua, kira murah. RM20 sahaja."
Tanya lelaki berkenaan, "Berapa longok semuanya?"
Jawab Pak Pandir, "Semuanya 20 longgok..."
Akibat tinggal sembahyang
Sunday, 27 January 2008
Solat adalah kewajipan ibadah yang telah difardukan sejak zaman umat terdahulu lagi. Ini jelas disebutkan dalam al-Quran yang menceritakan bagaimana Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya untuk sembahyang:
قال تعالى:
وكان يأمر أهله بالصلاة والزكاة وكان عند ربه مرضيا (سورة مريم: الأية 55)
Maksudnya: Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya dengan solat dan berzakat. Beliau diredai disisi tuhannya.
(Maryam: 55)
Mereka yang meninggalkan solat akan dihukum bunuh dan diperangi sekiranya mereka dalam kelompok yang ramai. Ini jelas daripada hadis yang berikut:
أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام، وحسابهم على الله.
Maksudnya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Sekiranya mereka telah melakukan yang sedemikian maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka melainkan dengan hak-hak Islam (seperti mereka telah membunuh yang tidak dibenarkan). Perkiraan hati akan dinilai oleh Allah.
HR Bukhari dan Muslim
Hukuman ini dilaksanakan apabila mereka tidak mahu bertaubat setelah diminta sedemikian.
Amalan pertama yang dihisab
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته, فإن صلحت، فقد أفلح وأنجح، وإن فسدت فقد خاب وخسر، فإن اتقص من فريضته شيء، قال الرب عز وجل: انظروا هل لعبدي من تطوع؟ فيكمل بها ما انتقص من الفريضة، ثم يكون سائر عمله على ذلك.
Maksudnya:
Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.
Diantara hadis-hadis yang mengancam manusia yang tidak menunaikan sembahyang adalah seperti berikut:
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
من فاتته الصلاة، فكأنما وتر أهله وماله
Maksudnya:
Siapa yang telah meninggalkan solat maka seumpama telah binasa keluarga dan hartanya.
(HR Ahmad)
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الذي تفوته صلاة العصر كأنما وتر أهله وماله.
Maksudnya: Nabi bersabda: Orang yang tertinggal solat asar seumpama dimusnahkan keluarga dan hartanya.
(HR Muslim)
Firman Allah S.W.T:
((فويل للمصلين.الذين عن صلاتهم ساهون))(الماعون: 4,5)
Maksudnya:
Maka celakalah atau lubang dalam neraka bagi bagi orang yang sembahyang; iaitu orang yang meninggalkan sembahyangnya.
Ibnu Abbas berkata: Mereka adalah orang-orang yang melewatkan solatnya dari waktunya.
Abul 'Aliah berkata: Mereka adalah yang menunaikan solat diluar waktunya dan tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya.
Orang yang tidak mengakui kewajipan solat adalah kafir. Berdosa besar bagi orang yang meninggalkannya dan mengatakan ianya fardu.Ini jelas daripada hadis:
العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر
Maksudnya:
Perjanjian diantara orang Islam dengan orang kafir adalah solat; sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia.
(HR Tirmizi)
Rujukan: Jamie al-Muhlikat oleh Syeikh 'Irfan Hasunah dan Feqh al-Manhaji.







