Tidaaak!
Saturday, 16 June 2007
Assalamu'alaikum wrt wb!
'Afwan jiddan! Setelah sekian lama menghilang..
Kini ana muncul kembali.
Sungguh anti-klimaks ya.
Banyak sangat soalan-soalan yang datang bertubi-tubi sejak dua menjak ni.
1. Hairil! Mana blog?!
2. Hairil! Blog mana?!
3. Hairil! Bila nak kahwin?!
Hehe.
Kalau ana nak terangkan aspek teknikalnya, ana yakin mesti ramai yang tergaruk-garuk kepala macam monyet. Tapi tak apalah, cute juga kan monyet. Jadi ni lah kisahnya...
"Pada suatu masa dahulu... *flashback*"
Pendekkan cerita, selama ni ana sebenarnya guna sistem blog wordpress. Dan host di server ana, dari rumah.
Ada server ni seronok. Macam-macam yang boleh dibuat. Lazimnya, server ni boleh disewa. Tapi almaklum lah benda kalau sewa atau bayar, mesti ada "terms and conditions" nya kan. Tak boleh itu, tak boleh ini.
Untuk yang "adventurous" macam *cough*cough* ana ni, buat je lah server sendiri. Bukannya susah, lagipun server dengan kompiter ni takde lah beza sangat. Server tu dasarnya kompiter juga, cuma fungsinya je yang meneybabkan ia dinamakan server.
Server sendiri bermaksud bebas untuk melakukan aaaaaapa saja. Kalau perasan, dulu msn dengan yahooIm ana online 24/7. Blog ana pun unik, ada fungsi-fungsi yang tidak didapati di mana-mana. Alamatnya pun lain kan. Kalau ana nak hantar file pada sesiapa, ana hanya perlu upload ke webhost, dan bagi linknya. Muat turun jelah bila-bila masa.
Tetapi bila serve dari rumah, tertakluk lah dengan kelajuan internet sendiri. Ada juga masa yang server tidak dapat diakses kerana internet terlalu "crowded". Dan kalau ana sedang muat turun fail-fail yang besar, pun sama lah juga.
Kalau kompiter on je, mesti mak marah kan? Hehe...
Jadi sejak dah off, bil elektrik pun berkurangan sebanyak $50. Ana hampir dicekik oleh ummi kerana dia hairan kenapa bil elektrik selalu tinggi. Ana minta duit berlebihan tu untuk tabung kahwin dia tak kasi pula kui3. Ikutkan hati nak juga on balik server tu, tapi lup sama ummi punya pasal kan, anything for you lah!
Kalau antum guna Windows Live Messenger atau YahooIM versi terkini, ada fungsi "offline messaging" kan? Niat ana dulu ada server tu supaya senantiasa "contactable". Tapi kini dengan adanya fungsi tersebut, sama lah juga datangnya.
Blog pula, terpaksa lah berhijrah ke blogspot. Ni pun kerana terpaksa dan kesuntukkan masa.
Atas mengemaskini blog ni dengan artikel-artikel "kopi dan pasta" yang terkini, ana juga akan mengimport artikel-artikel dari blog lama ke sini untuk diarkib. Jadi kalau rasa macam dah pernah baca, baca lagi! Kalau antum sedang baca blog ini sekarang, ternyata antum banyak masa kan? Hehe..
Masih belum sempurna lagi blog ni. Links-links pun masih kosong seh.
Oh jawapan untuk soalan ketiga, mungkin tak lama lagi? Mungkin lama lagi? Mungkin tidak? Wallahu'alam :D