nasihat abang

Tuesday, 26 June 2007

"Abang, yang selalu dengan abang tu, isteri abang ke?"

"A'ah. Baru jugak kahwin."

"Oh. Mesti best kan?"

"Haha. Mestilah. Adik tu, kalau ada rezeki, jangan lengahkan perkahwinan."

"Eh, adik baru 14 lah abang. Tapi bedek lah kalau adik cakap adik tanak kahwin heheeeee."

"Bagus lah kalau ada cita-cita tu. Tapi jangan pulak asik berangan aje."

"Umur abang berapa?"

"25."

"Abih isteri abang?"

"20."

"Wah. 25 dah kahwin? Ikut sunnah eh?"

"Haha. Pandai lah adik ni. Mmm, adik kalau nak kahwin, biar 25 tahun. Selain dari ikut sunnah, masa tu lah kita masih bertenaga. Tak terlalu muda, tak terlalu tua. Pasangan kita pula biar jarak umur 5 tahun, kerana orang perempuan ni sebenarnya lebih matang dari umur mereka. Kalau kita cari yang sama umur dengan kita, besar kemungkinan dia akan lebih matang dari kita. Nanti kita rasa tak selesa."

"Oh... Insha Allah."

"Mari, kita solat 2 raka'at lepas tu sambung tawaf."

"Jom!"

Allahumma ameen ya Allah!

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 00:08  

0 comments:

Post a Comment