Menyelongkar Rahsia Rumahtangga Sakinah: Sesi Bersama Dr Danial Zainal Abidin

Sunday, 24 June 2007

Ahad 15hb Julai 2007
8.30 pagi - 12.00 tgh
Masjid Al Iman Audirorium


Membina Rumahtangga yang berkekalan dan diberkati dalam zaman ini bukanlahlah satu yang mudah. Walaupun masyarakat bertambah maju dalam pelbagai aspek kehidupan namun statistik menunjukkan bahawa perceraian di kalangan keluarga Muslim juga meningkat ke paras yang membimbangkan. Gejala perceraian ini bukan sahaja fenomena yang berlaku di kalangan pasangan muda, mereka yang berpendidikan rendah atau berpendapatan rendah, malah ianya juga berlaku di kalangan mereka yang sudah lanjut umur, berpendidikan tinggi dan juga di kalangan mereka yang mempunyai pegangan agama yang kuat.

Maka itu apakah sebenarnya rahsia pemantapan sesebuah keluarga Muslim? Bagaimanakah kita dapat memupuk serta menyebarkannya supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh keluarga-keluarga lain. Apakah virus-virus kehidupan berumah tangga yang patut kita serangi dan bagaimana kita dapat menyuntik ubat ‘immunisasi’ terhadapnya ?

Sesi ini bukan sahaja untuk yang telah berumahtangga tetapi juga bagi mereka yang ingin membina rumahtangga yang diberkati. Marilah kita bersama Dr Danial Zainal Abidin, doctor dan pakar motivasi, dalam upaya untuk menyelongkar Rahsia Rumahtangga Sakinah


Biodata Penceramah
Dr Danial bin Zainal Abidin adalah anak kepada Hj Zainal Abidin bin Hassan dan Hjh Che Su binti Hj Jamaluddin, berasal dari Sungai Ara Pulau Pinang. Dilahirkan pada bulan Julai 1955. beliau merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. Asil perkongsian hidup dengan Puan Arba’ai binti Hj Mahbar (Dr) dan Puan Siti Salmiyah Binti Hj Hashim, beliau dikurniakan lapan orang cahaya mata.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Jelutong. Selepas mendapat gred satu dalam pepweriksaan MCE, beliau memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free di Pulau Pinang sebelum ke Universitri Iskandariah, Mesih, bagi elanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di sana. Kesempatan belajar di Mesir digunakan bagi mendalami bahasa Arab dan menimba ilmu agama daripada ulama berwibawa di sana. Antaranya, ulama hadis terkenal iaitu Syeikh Muhammad Najib al-Muthii. Pada tahun 1981, beliau mempeoleh ijazah M.B.Ch.B dalam bidang perubatan moden.

Bermula pada tahun1993, beliau diberi peluang menyampaikan ilmu di Radio Malaysia Pulau Pinang. Hari ini beliau mengendalikan slot Rangsang Minda dan Islam Moden di Radio Malaysia Pulau Pinang.

Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Pengerusi Kariah Sungai Ara dan jawatan ini dipegang sehingga tahun 2000. Di samping itu, beliau juga merupakan pengurus dan pengamal perubatan di sebuah klinik swasta di Pulau Pinang sejak tahun 1987.

Bermula bulan September 2001, beliau menjadi pengurus urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd. Syarikat ini memfokuskan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan khususnya dalam bidang perbandingan agama, motivasi, Islam dan sains serta Islam zaman kontemporari. Melalui syarikat ini, khidmat beliau dimanfaatkan oleh Petronas Cari Gali, Telekom Malaysia, IKIM, Majlis-majlis Agama Islam Negeri, Persatuan Islam KLIA dan TNB, Universiti Sains Malaysia dan lain-lain.

Dalam bidang penulisan, beliau sudah menulis buku-buku yang bertajuk Konsep Perubatan Islam, The Misunderstood Religion, Bahan Dakwah untuk Remaja Moden, Kit Kombat Islam, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad saw, Empayar Minda Muslim dan 7 Formula Individu Cemerlang.

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 00:48  

0 comments:

Post a Comment