Nur Tuhan

Monday, 17 December 2007

Album: Pelita Hidup IV
Munsyid: Hijjaz

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku

Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur murni
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Sayang ibu

Sunday, 16 December 2007

along: "ibu, susah lah nak jadi baik. along tau along banyak sekali dosa terhadap ibu."

ibu: "ibu pun tau memang susah nak jadi baik. kalau senang, memang semua orang dalam dunia ni baik"

along: "maafkan along eh bu? along sayang ibu!"

ibu: "sayang ibu abih nak tinggalkan ibu..?"

1 Syawal 1428H

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

To understand or not to understand

Saturday, 15 December 2007

The heart feels very very heavy at this point of time.
When the mind is full of thoughts.
It's just the enlightenment which is much needed.
But seems that the night doesnt want to end with a light heart.
I don't like unsettling feelings before closing my eyes to rest.
It's too teary a night.
It's just uncomfortable.


Maybe I think too much.
Or too concerned.
Or disappointed with myself.
Or a spur moment of failure.

It's just hard to understand isn't it?
Of what is felt deep inside?
What's to share when one doesn't even get it?

It's just at the wrong time isn't it?
Just like a ticking bomb, waiting to explode.
Of which I pray it doesn't.
Maybe at this moment, you too do not understand.
Because you can't seem to empathise.
Because you're not in my shoes.
Perhaps, you were never in my shoes.

Except for You i place my trust...
I'll try to stay strong...
Even if I might crumble...
Aameen Ya Rabbal 'Aalamiin.


When shallow breather arrives, it always remind me the end of time.
But thank You for still letting me see the world, still...

Maybe it's time for seclusion.
Can't handle it no more.

xx Sometimes it's better to be invisible but active. Rather than visible but latent.


http://widzgeek.blogspot.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

TamPines

Friday, 14 December 2007

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 11 comments  

Logo operator lutsinar

Thursday, 13 December 2007

Assalamu'alaikum wrt wb!



geli kan ada logo operator di talifon tu?

sebenarnya boleh sembunyikan/hilangkan/tukar. untuk pemilik hp nokia yang hendak mencuba. tapi dalam bahasa inggeris

http://www.n95users.com/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Derma

Wednesday, 12 December 2007

Adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.

Lelaki: Assalamu'alaikum!

Seorang budak pun membuka pintu.

Lelaki: Saya sedang memungut derma. Adik nak derma tak?

Budak: Derma ape bang?

Lelaki: Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?

Budak: Nanti jap, saya ambil atuk saya.

Lelaki: ?????

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Eid ul Adha

Tuesday, 11 December 2007

Assalamu'alaikum wrt wb.

Ya ikhwah, tak lama lagi eid ul adha akan menjelang. Memandangkan ini eid ul adha yang terakhir sebelum ana berangkat, dan kalau ana masih hidup lagi, tahun ini ana akan bersama kambing-kambing di masjid al-iman. Macam romantic gitu eh bersama-sama kambing :D


(Pemotong daging yang terhebat seantara dunia!)

Ingat lagi tak antum? Rasa macam begitu cepat masa berlalu kan, tapi sedar atau tidak sudah hampir setahun berlalu. Kenangan di Masjid Asy Syafaah masih lagi segar diingatan.

Nahnu bertiga, ana, hanif dan rabbany tiba di masjid jam 11 lebih malam. Disusuli wan yang tiba lebih kurang jam 12.

Bila sampai saja, kumpulan belia di sana sedang di pertengahan taklimat. Tugas-tugas diagihkan. Kerana nahnu asyik tangkap kambing pada tahun-tahun lepas, kasi chan lah budak-budak baru bergusti kali ini. Nahnu pun setuju dengan tugas menyiat kulit kambing.


(*ehem*ehem* Yours Truly~)

Seronok kan kongsi nasi sebungkus. Tapi pedas lah. Hampir jam satu, nahnu pun naik ke atas mencari tempat untuk tidur. Esok hendak kerja keras kan.

Alangkah terkejutnya apabila nahnu dikejutkan pada jam 2 pagi! Katanya ada kambing yang sedang nazak. Kan belia masjid ramai? Awat pendekar bujang lapok yang bertauliah ni pula yang diganggu? Chis bedebah. Baru nak tidur nyenyak mimpikan bidadari dari syurga. Bukannya selalu tidur di masjid :P

Ingat dorang bedek je, nahnu pun tidur lah balik hehe. Sekali dorang kejut lagi. Ikutkan hati nak je sembelih dorang. Tapi tak sampai hati. Memandangkan nahnu yang paling tua dan hensem antara mereka, nahnu ikutkan je lah.


(rabbany, sama lah! Adik-beradik ke? :D )

Sampai dibawah je, kambing dah sedia untuk disembelih. Ramai pula belia-belia yang berkerumun di situ. Jakun agaknya. Tu pun lagi nak kejut nahnu. Geram betul rasa.

Dah selesai sembelih dan digantung kambing itu, giliran kami lah menyiat. Satu-satu belia lesap. Padahal tadi boleh buat dua pasukan bola sepak siap dengan pengadil dan penonton. Tau-tau semua cabut. Tinggalah nahnu berempat, seekor kambing, dan bunyi cengkerik -_-"


(Seeeeekill ar hanif! *tabik spring*)


(wan, kambing tu dah mati lah. potong macam serial killer seh :P )


(buat kerja apa pun, gaya mesti ada. yeah! :D )

Alhamdulillah, tugas itu dapat juga diselesaikan. Pada mulanya, memang ana rasa geram amat sangat dengan sikap belia masjid itu. Rasa tak puas hati betul. Dah lah kene siat, kene potong pulak. Dahtu nak kene simpan dalam peti sejuk lagi! Tapi ana sedar, mungkin itulah pengorbanan kecil dari ana. Bila datang kesusahan, yang lain semua berpaling tadah. Tinggalah ikhwah yang tersayang disisi. Nahnu sanggup berkorban, untuk tetap teguh bersama. Dan bila yang lain nyenyak tidur, nahnu berkorban untuk menguruskan kan daging kambing tu. Yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan apa yang ana tidak suka itu, mungkin baik bagi ana. Allah maha mengetahui, dan ana tidak.

Ya ikhwah, ana uhibbukum fillah abadan abada!

http://www.flickr.com/photos/80866545@N00/sets/72157603445639687/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 2 comments  

My joy

Monday, 10 December 2007

My joy –

My Hunger –

My Shelter –

My Friend –

My Food for the journey –

My journey’s End –

You are my breath,

My hope,

My companion,

My craving,

My abundant wealth.

Without You — my Life, my Love –

I would never have wandered across these endless countries.

You have poured out so much grace for me,

Done me so many favors, given me so many gifts –

I look everywhere for Your love –

Then suddenly I am filled with it.

O Captain of my Heart

Radiant Eye of Yearning in my breast,

I will never be free from You

As long as I live.

Be satisfied with me, Love,

And I am satisfied.

Rabi’a al Basri

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

What Does Your Name Mean?

Sunday, 9 December 2007

What Hairil Means

H is for Heavenly

A is for Ambitious

I is for Industrious

R is for Relaxing

I is for Ideal

L is for Luscious

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 3 comments  

Pertunangan Mengikut Syariat Islam

Saturday, 8 December 2007

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata- mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah s. a. w pernah bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."

Rasulullah s. a. w bersabda lagi yang bermaksud:

"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai- bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah- buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s. a. w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s. a. w yang bermaksud:

"Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya." Sabda Rasulullah s. a. w lagi yang bermaksud:

"Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya."

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

"Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya."

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s. a. w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

"Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham."

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah s. a. w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan."

Rasulullah s. a. w bersabda lagi yang bermaksud:

"Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Cinta & Gila

Friday, 7 December 2007

Terlalu cinta kepada wanita yang bernama Laila, maka menjadi Laila Majnun.

Terlalu cinta kepada jejaka bernama Romeo, Romeo lari dapat kekasih baru. Maka jadi gila sasau, lupa tuhan dan terus minum racun.

Terlalu cinta kepada kekasih hati, maruah serahkan. Kekasih lari, dalam perut berisi- Alamak! Tipah tertipu lagi - fikir punya fikir jadi gila.

Terlalu cinta kepada kekasih yang dah sehati sejiwa, mau menikah tidak dapat restu orang tua, nak nikah lari takut. Maka menung sana, menung sana – tak ingat jodoh ditangan Allah - kemudian jadi gila sasau…orang tegur tak jawab, berkurung dalam bilik, sekejap ketawa sekejap menangis.

Terlalu cinta kepada seseorang perempuan, tapi perempuan tak layan dan tak nak. Maka jadi gila, ungut perempuan tu, upah orang pukul kekasih perempuan tu.

Terlalu cinta kepada suami, tiba-tiba suami main kayu tiga dan kahwin lagi. Maka menjadi tekanan, dan akhirnya menjadi gila.

Terlalu cinta dengan pangkat, tiba-tiba dipecat, akhirnya sedih berpanjangan, lalu dapat tekanan jiwa dan gilalah jugak.

Terlalu cinta kepada kepada harta, maka siang malam yang dikejarnya harta. Nak bagi zakat atau sedekah kedekut. Tiba-tiba Allah tarik segala hartanya, jadi bankrupt.

Maka jadi gila sebab malu pada kawan-kawan dan lepas tu kawan-kawan lari, hutang keliling pinggang, bini kat rumah asyik beleterlah pulak.

Bagi orang yang beriman yang mengunakan akal pikiran yang sewajarnya, cinta kepada alam dan isinya kenalah seboleh-bolehnya. Tetapi jangan melebihi cinta kepada Allah SWT. Orang yang beriman menyintai Allah lebih daripada segalanya. Itulah cinta yang sebenar-cinta yang hakiki, cinta yang satu, tiada tandingnya. Ini dapat mengelakkan daripada menjadi gila kerana cinta, kerana walaupun kita kehilangan apa yang kita cintai kita masih ada cinta lain, iaitu cinta kepada kekasih yang kekal selama-lamanya, ALLAH SWT.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Damba Kasih

Thursday, 6 December 2007

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku

Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Atas Nama Cinta

Wednesday, 5 December 2007



Pengarang: Isa Kamari

"Muncul Maria Hertogh dengan nama Islamnya Nadra binti Ma`arof. Tanpa dimintanya, gadis manis ini menjadi rebutan dua dunia - dunia Islam dan dunia Barat. Nadra yang telah mengecapi iman dengan keluarga angkatnya, telah dituntut untuk kembali menjadi Maria oleh ibu kandungnya sendiri. Cinta Nadra mula berputik dengan pemuda yang baru dikahwininya dirampas oleh Mahkamah penjajah. NAdra dipaksa untuk kembali ke belanda.

Atas nama cinta Nadra mengecap iman. Atas nama cinta dua ibu berebut kasih. Atas nama cinta, kuasa dan percaturan politik penjajah merampas Nadra. Atas nama cinta, kesucian agama islam dan maruah bangsa harus dibela... Bangsa yang dijajah sudah tidak takut lagi atas nama cinta.."

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Terlajak

Tuesday, 4 December 2007

"Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya"

"Terlajak komen di blogspot masih boleh tekan delete lagi
Terlajak komen di wordpress buruk padahnya"

Siapa makan cili, dia terasa pedas. Jangan ingat guna nama samaran je susah nak cam *wink*wink*

Alfu 'afwan wa 'afwan jiddan!

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 5 comments  

keeping it to yourself

Monday, 3 December 2007

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

sometimes most of the time, you cannot and should not, express or reveal what you feel or think or dream.

even nice ones.

you may get into trouble.

http://withinmyneurons.blogspot.com/

spiderman_pink: tu sebab blog ni nampak macam tak dikemas kini :D

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Eid ul Milad ya habibati!

Sunday, 2 December 2007


Amy Lia bint Abu Bakar
7 Dzul-Qa’edah 1419H


Selamat Hari Lahir
Munsyid: Saujana

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 4 comments  

Procrastination

Saturday, 1 December 2007

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 4 comments  

Are You a Good Driver?

Friday, 30 November 2007

You Passed Your Driver's Test

Congratulations, you got 10/10 correct.
You're a good driver - at least, when you want to be.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 4 comments  

Kerana Manisnya Epal

Thursday, 29 November 2007

Pertemuan dua hati oleh Allah melalui sebiji epal....

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai.

Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Dia berasal dari keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya.

Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai."

Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati kesekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui sebuah ladang epal

"Syukurlah akhirnya saya menemui ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemuinya."

Abu Salleh terus memasukki ladang epal itu dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah, berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga. Beliau ialah seorang yang kuat beribadat dan disegani oleh penduduk di kawasan itu.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya memakannya," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah.

Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa ketika lalu tersenyum. Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh memaafkan saudara dengan satu syarat."

"Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan memenuhinya."

"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun!"

Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama dua belas tahun dengan penuh amanah dan tanggong jawab. Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.

Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah epal yang saya makan itu."

Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur lalu dia berkata, "Saya akan mengenakan satu lagi syarat ke atas saudara."

"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan."

"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya. Tetapi biarlah saya berterus terang tentang keadaan puteri saya itu."

"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."

Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan di antara Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malamperkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya menoleh ke arahnya. Wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah.

"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"

Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana kakinya tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."

Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Allah! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"

Hasil perkawinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang menghidupkan Agama!

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 3 comments  

Sekudus Pinangan

Wednesday, 28 November 2007

Oleh: Dini Syarif

Udara nyaman dihela puas. Seharian terperuk di dalam teratak usang memang merimaskan. Rumah setingkat dari kombinasi binaan batu dan papan itu terletak jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan, berdiri rendah di celah penempatan yang masih dara. Kondisi persekitarannya aman diselimuti kehijauan alam dan bisikan unggas. Cukup mendamaikan. Kelihatan beberapa lembaga berkerudung gigih membersih sekangkang kera halaman. Sebahagian lagi sibuk merapikan batas yang padat berjenis sayuran segar.

Rembesan peluh amat melekitkan kulit. Terik mentari seolah-olah menembus lapisan pakaian yang lencun. Nis mencapai tuala kecil separa terlilit di leher lalu mengusap lembut wajahnya, membuang sisa-sisa peluh sambil menapak perlahan-lahan menuju buaian di bawah wakaf untuk melepas lelah. Sudah hampir tiga jam sekumpulan perempuan itu bergotong-royong. Nis membuang pandang pada sekeliling kawasan. Mindanya terawang-awang dipuput kenangan lalu, melayang melewati hikayat si penjerat.

“Kenapa Nis diam? Ada problem ke?”

Bebola matanya menengok pada gelas yang masih bersisa, sambil tangan ligat bermain straw mengaduk ais. Zamri yang duduk bertentang langsung tidak dipedulikan.

“Nis…Saya tengah cakap dengan awak ni…” Zamri makin bosan bertanya. Lain sekali fiil Nis malam ini, tidak seperti selalu. “Period ke apa?” sangkanya sendiri.

“Saya tak sedap hatilah. Bukan ke tak elok kita makan semeja macam ni?” Suara Nis terserlah jengkel. Ekor matanya melirik kiri dan kanan. Alangkah bagus kalau dia tidak menumpang kereta Zamri sekembali dari majlis ilmu di masjid tadi…

Zamri tersengih sekilas. Pandangannya menjamah keserian paras buah hatinya. “Nis, kita tak buat apa-apa pun. Saya ajak awak makan je. Tempat ni ramai orang, bukannya kita berdua-duaan. Lagipun kita kan dah nak bertunang bulan depan…”

“Tapi…”

“Nis, takkan saya nak buat benda tak elok. Awak tak percaya saya ke? Awak rasa berdosa ke kita keluar makan macam ni? Niat saya baik... Nak belanja awak je…”

“Bukan…” Nis serba salah. “Tapi…”

Perbualan keduanya terhenti apabila pelayan membawa dua pinggan berisi nasi ayam garing untuk disajikan. Aromanya begitu memikat selera. Zamri mencapai sudu dan garfu dari dalam raga biru di tengah-tengah meja langsung dihulurkan kepada Nis.

“Sudahlah tu. Kita makan dulu, lepas tu saya hantar awak balik. Tak baik tau gaduh depan rezeki, nanti nasi nangis. Lagipun, takkan la awak nak tengok saya kelaparan.” Zamri menggedik. Ah, perempuan lurus ini terlalu mudah untuk dikalahkan!

Nis tersipu-sipu. Demi kau Zamri, apa sahaja. Butir bicara kau benar belaka!

“Ok. Tapi Zamri jangan merajuk dengan saya pasal tadi ye…” Lirihnya manja.

Zamri mengukir senyum, menampakkan lekuk di pipi kiri.

Tampan sungguh lesung pipitmu wahai satriaku! Siapa pun pasti terpesona melihat rupamu nan rupawan. Kau penakluk idaman yang bisa merajai naluriah. Susuk gagah dan kekar. Sekali pandang persis hero yang ghairah beraksi di layar perak, dan akulah heroinmu!

Memandang pada lahiriah Zamri, padan sudah bagi Nis untuk berbangga-bangga kerana berjaya memenangi hatinya. Tapi bukan itu yang menggoda batin Nis untuk menerima cinta lelaki itu. Nis sebenarnya terpaut pada keluhuran pekerti Zamri. Amat berbudi bahasa. Apalagi mersik suara Zamri acapkali didengar melalui corong bunyi menjelang solat fardu datang menjengah. Zamri bertugas sebagai muazzin dan kadangkala mengimamkan sembahyang di masjid kampus tempat Nis menekuni ilmu. Usai solat, Zamri lazimnya menyampai tazkirah yang sarat inti sari ilmiah juga maklumat terkini.

Bapa Zamri, Dr. Ridhuan ialah pensyarah yang berpengalaman mengajar Nis selama dua semester. Dr. Ridhuan tertawan dengan peribadi sopan Nis, lebih-lebih lagi dengan kecenderungan Nis untuk mendalami pelbagai cabang ilmu Islam. Iltizam yang ditonjolkan membuka hasrat Dr. Ridhuan untuk bermenantukan pelajarnya itu, lalu anak bujangnya diperkenalkan dengan Nis.

Pertemuan pertama di banglo Dr. Ridhuan cukup menggamit memori. Suasana kekeluargaan yang tampak kaya dengan nilai-nilai tarbiah menarik minat Nis untuk setia memanjangkan silaturrahim, apatah lagi Nis berazam untuk menyubur sanubari dengan kefahaman yang sahih tentang agama, lantaran ketandusan peluang untuk menyemainya suatu masa dahulu. Hubungan merpati dua sejoli ini akhirnya direstui orang tua Nis juga, dengan harapan keduanya bakal bersatu menyambung sunnah.

Sehinggalah malam durjana itu…

Zamri hakikatnya musang berbulu ayam! Alim-alim kucing. Penuh kepura-puraan di depan darah daging sendiri. Tanpa pengetahuan Nis, binatang itu secara senyap-senyap membubuh pil tidur ke dalam minumannya. Rasa pening menerjah Nis dan kesudahannya dia tewas di dalam pelukan syahwat Zamri. Gadis yang terlelap itu diangkut ke hotel di ibu kota, lalu tubuhnya diratah sewenang-wenangnya tanpa rela.

Dia menangis semahunya. Zamri dengan niat memujuk kononnya sedia untuk bertanggungjawab jika terdapat zuriat yang tertempel di rahim Nis, kemudian berjanji akan menikahinya sesegera mungkin. Langsung pasangan muda itu berzina lagi dan seterusnya beberapa kali sehinggalah Zamri curang lalu meninggalkannya sendiri terpinga-pinga. Tindakan jahil itu mencoret sejarah hina apabila Nis mengandungkan anak hasil hubungan seks haram bersama jantan laknat itu.

Nis terasa bahunya ditepuk dari belakang. Tepukan yang perlahan, namun sudah cukup kuat untuk mengejutkannya dari lamunan kenangan.

“Nisa’ termenung apa tadi? Sampai Ummi bagi salam pun Nisa’ tak perasan.” Ummi Ros tersenyum mesra. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Nisa’.

Ummi Ros rupanya…

“Hmm, takde ape-apelah Ummi. Nisa’ rindu ibu di kampung….” Nisa’ pantas mengesat air mata yang terburai dengan hujung tudung, cuba untuk menyembunyi tangis.

“Rindukan mak rupanya. Agaknya apa khabar mak Nisa’ ye? Mesti dia pun tengah rindu Nisa’.” Bicara wanita penyayang itu, sengaja bermain dengan emosi Nisa’. Ummi Ros kenal benar dengan dia yang amat sensitif apabila ditanyakan tentang ibunya.

Titisan mutiara jernih berguguran tanpa dapat diseka, terasa hangat menampar pipinya yang gebu. Apakah kecintaanmu terhadapku masih mekar seperti dahulu?

“Nis mengandungkan anak haram Zamri!” Teriak Nis sambil meraung, bersujud di kaki kedua orang tuanya. Ibunya terlongo lalu mencucurkan tangis. Ayahnya turut terkesima langsung bungkam. Dengan mendadak ayah rebah sambil memegang kuat dadanya menahan sakit. Sesak nafasnya begitu menyeksakan. Lelaki yang berusia lewat separuh abad itu menderitai sakit jantung di tahap kronik dan kini nazak menanti mati. Perkhabaran buruk mengejut dari anak tunggalnya itu benar-benar merentap jiwa.

“Abang!” Sa’adah memangku Mokhtar yang terkulai layu. Tangannya tanpa henti mengurut dada suaminya. Air mata tambah melaju, dibiarkan tanpa diseka lagi.

Nis lantas bersila di sisi kanan ayahnya langsung mencapai jemari kasar milik ayahnya. “Ayah… Ampunkan Nis, ayah! Ampunkan Nis, ayah…” Nis mengucup tangan ayahnya berkali-kali. Kemudian tapak tangan itu diletak erat di pipinya. “Jangan ayah… Jangan tinggalkan kami… Ayah!” Nis merintih dan memekik sepenuh perasaan.

Mokhtar semakin nazak, namun di penghujung nafas masih tegar berpesan…

“A…Adah jaga… Nis… Nis… ja…ga m…mak…” Bicaranya tersekat-sekat. Sa’adah dan Nis serentak memeluk kejap tubuh Mokhtar. Detik perpisahan nampaknya kian menghampiri. Mata Mokhtar terkebil-kebil, mengalun syahadatain. “As…sy…hadu al…alla…i…ilaha…ilallah…” diteruskan hingga ke akhir kalimah sedaya mampu. Lalu mata dipejam lena selama-lamanya.

Sa’adah terpaksa menempuh dua ujian yang maha berat. Dia terlalu teguh mendepani bentangan onak dan duri. Wanita tua itu tinggal sebatang kara, sedangkan Nis pula berhempas-pulas meneruskan kehidupan sebagai siswi, biarpun diri dibebani episod lalu. Tekad dipacak sedaya mungkin demi membela ibu. Walaupun begitu, langit tidak kekal terang. Ketenteraman hidup ibu dan anak itu akhirnya diragut hasil caci maki dan celaan orang kampung. Masyarakat senang sekali untuk tidak berlaku adil, terus-menerus menghukum mengalahkan Tuhan.

Sa’adah tetap cekal mendukung umpatan dan hinaan yang menujah anak tersayang. Si celopar menuduh Sa’adah tidak reti mendidik anak, ada yang bercabul menuduh Mokhtar lelaki dayus. Hukuman demi hukuman yang dijatuhkan ke atas keluarganya meluluhkan perasaan Nis. Ibu dan arwah ayah tidak bersalah. Nis nekad mengubah hala, asalkan nama Mokhtar dan Sa’adah murni dari tercemar.

“Jom masuk dalam. Dah nak masuk Zohor ni.” Ummi Ros menyentuh lembut bahu Nisa’. Nisa’ tersedar dari menung langsung bangkit menggeliat. Dia mengorak langkah berkecil-kecil, lalu berpapasan dengan Hana dan Intan.

“Kenapa Kak Nisa’ nampak sedih je?” Hana menegur manja. “Ada masalah ke?” Sengaja dia menduga. Intan pula sekadar mengangguk seraya menggaru kepala.

Nisa’ senyum, berusaha untuk membuang muram.

“Takde la, akak rasa macam nak buat satu benda…”

“Apa dia?” Hana dan Intan bertanya serentak.

Nisa’ tunduk menengok tanah. “Hmm, ada la…Rahsia…”

Hana kian galak bertanya. “Ala, cakaplah kak. Kot-kot kami boleh tolong…”

“Betul ke Hana nak tolong akak?” Nada Nisa’ sedikit gembira.

“InsyaAllah… Kami ok je. Kalau benda tak salah kami sanggup tolong. Kan Intan?” Hana menyiku Intan. Intan menyengguk lagi sambil tersengih lebar.

“Salah tak kalau akak nak cubit perut korang!” Jari Nisa’ hinggap mencubit lembut perut kedua-dua gadis itu lalu melarikan diri. Hana dan Intan tergelak geli kemudian berkejar-kejaran di padang menghijau Raudhatus Sakinah. Ummi Ros sekadar memerhati gembira. Persaudaraan yang membunga di Raudhatus Sakinah lestari mewangi, malah lebih akrab dari hubungan sedarah. Nisa’ menganggap Hana dan Intan seperti adiknya sendiri. Ummi Ros pula berperanan sebagai ibu buat gadis-gadis malang itu. Gadis-gadis yang didatangkan mehnah dunia, lalu ingin kembali ke pangkuan Tuhan.

Raudhatus Sakinah menempatkan sekitar 20 orang pelatih, terdiri dari remaja puteri yang dirundung musibah lantaran nyalaan nafsu membakari maruah diri. Mungkin juga angkara manusia iblis berjantina lelaki. Penzina, ibu mengandung luar nikah, perempuan simpanan, wanita yang nyaris murtad, mangsa rogol dan sumbang mahram – pelbagai wajah disatukan di bawah bumbung, sebantal nyenyak dan setalam hidang. Lindungan sepenuhnya ditebarkan, naungan kasih dicurahkan demi mempertahankan tunjang akidah gadis-gadis yang tergugat anutannya.

Wanita-wanita ini dididik dalam suasana yang tenang, diperkaya dengan unsur famili bahagia demi mencetus keharmonian dalam kehidupan saban hari. Mereka diajar dan dilatih mengurus rumah tangga dengan teratur. Sepaling istimewa, hidangan tarbiah peneguh rohani. Setiap detik tidak sunyi dengan suapan ilmu-ilmu ukhrawi demi mendekat diri dengan syariat Islam. Amal ibadah digiatkan semata-mata kepatuhan hakiki di sisi Ilahi. Sembahyang berjemaah, solat nawafil, tadarus Al-Quran, puasa sunat, qiyamullail, berzikir menjadi rutin yang payah untuk diabaikan.

Sehabis sembahyang berjemaah, semuanya sibuk mengerjakan solat sunat baada Isyak. Selepas itu Ummi Ros yang masih bertelekung mara bagi mengumumkan informasi penting. Dia berdehem beberapa kali sebelum mula berbicara.

“Anak-anak… Pagi ni kita akan qiyamullail macam biasa. Tapi kali ni kita ada imam jemputan…” Ummi Ros membelek kertas yang tercatit maklumat itu.

Masing-masing diam menadah telinga. “Ustaz tu dijemput khas dari UKM Bangi. Lepas qiyam dan solat Subuh kita ada kuliah Subuh.” Ummi Ros menyambung.

Keadaan hingar-bingar. Ingatkan Ustazah, rupanya Ustaz!

Terdengar suara sumbang diiring hilai tawa. “Hensem tak Ummi?”

Ummi Ros mencebik. “Ish, tak serik-serik! Bila cakap pasal lelaki je bukan main syok. Yang selalu ngantuk masa qiyam pun terus semangat.” Fuh, sindiran Ummi Ros memang pedas! Bagi yang terkena, muka merah padam jadinya. Membisu serta-merta, manakala setengah lagi tergelak girang.

“Ummi gurau je…” Ummi Ros ingin memupus rajuk. “Kalau tanya Ummi, memang tak hensem la…” Cakap Ummi Ros tergantung. Masing-masing terlopong.

“Sebab yang hensem suami Ummi je la, Haji Rahim”

Ketawa berderai lagi, melenyapkan kelengangan malam.

“Dah dah…Lepas bertadarus, Ummi nak semua tidur. Esok bangun awal, pukul 4.00 pagi semua dah siap bertelekung dan bentang sejadah. Boleh tak anak-anak?”

“Baik Ummi!” Mereka membalas beramai-ramai. Sayang benar gadis-gadis itu kepada Ummi Ros. Masakan, terlalu besar bakti wanita bertudung labuh itu. Tika gadis-gadis itu dibuang saudara dan dicela umat setempat, Ummi Ros mendepa tangan seluas-luasnya menyambut mesra kehadiran mereka. Engkau memang altruistik!

Nisa’ bangkit mencapai mushaf Al-Quran dari rak di pojok bilik. Halaman dibelek satu persatu, lantas dia memilih untuk mengalunkan Surah An-Nuur. Bacaan meluncur lancar dari bibir yang mungil, sampai ke ayat suci yang ketiga.

“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak tidak dikahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik…” (Maksud ayat 3, surah An-Nur)

Air mata Nisa’ meleleh bertalu-talu membasahi Al-Quran. Kalbunya ditusuk sembilu duka. Dia berkira-kira, apakah benar penzina hanya layak dinikahi penzina? Jika itu satu kenyataan, aku rela membujang sampai ke akhir hayat! Masihkah ada ruang bagiku untuk dilamar lelaki yang mentaati Tuhannya? Aku terlalu menginginkan suami penyejuk pandang. Teman setia yang mampu menggarap agar terbinanya bait Muslim. Mungkinkah?

Nisa’ menyudahkan bacaannya di situ. Mushaf ditutup. Dia berdiri mencapai sejadah, solat taubat ditunaikan. Pasrahnya disandarkan kukuh di riba Maha Penentu. Lenanya malam itu dalam tangisan sambil berteman Al-Quran di tangan.

“Bangunlah Nisa’... Imam dah sampai. Dah nak mula qiyam pun ni.” Nisa’ membuka mata. Bergaung suara imam nyaring mengalun Al-Fatihah. Nisa’ bingkas bangkit menuju bilik air untuk berwuduk. Sesudah bertelekung, dia bersigap menyertai makmum di saf paling belakang. Imam tidak berkeputusan melagui kalamullah. Bacaan Ar-Rahman terdengar melayut-layut, berselang seli dengan esak tangis.

Usai solat Subuh berjemaah, imam berpaling ke belakang.

Astaghfirullah! Jantung berdetak deras. “Itu...”

Matanya berkerdip dua tiga kali. “Itu... Ikram!”

Ikram melempar senyum. Penglihatan keduanya bertaut sejeda lantas terlerai. Nyaris-nyaris tawanya terhambur melihat Nisa’ tercengang, namun ditahannya untuk menghindar wasangka. Ikram terbatuk kecil sebelum mula berceramah berdegar-degar. Lega dan syukur terlindung di hati. “Betullah Nisa’ ada di sini.”

Nisa’ masih enggan percaya. Dia menampar pipinya kuat. Aduh, sakit! Dia tidak bermimpi juga bukan di alam fantasi. Itulah Ikram yang dahulu pernah tergila-gilakannya. Ikram yang dibencinya dulu. Ikram yang pernah diherdiknya sesuka hati.
Kad Aidilfitri berwarna merah kesumba itu disiat-siat langsung dibaling ke parit.

“Aku cakap aku tak suka kau! Kau tak faham bahasa ke?” Nisa’ membengis. Mahu sahaja dia membaham Ikram.

“Laa... Aku bagi kau kad raya je pun...” Ikram longlai melindung diri.
Kemarahan Nisa’ membuak-buak. “Jangan banyak alasan la! Jantan miang... Apasal kau suka kacau aku?”

“Aku ikhlas nak kawan dengan kau...”

“Boleh blah la kau! Perangai buruk. Sembahyang pun malas, puasa pun tak... Kurang ajar pulak tu... Jangan berangan la!”

Ikram menunduk. Lidah kau jauh lebih tajam dari belati! “Tapi aku pun nak insaf… Kalau kau couple dengan aku, boleh kau ajar aku agama.” Balas Ikram perlahan.

“Hei! Kau tak malu ke? Apahal aku pulak yang nak ajar kau agama… Pergi la belajar sendiri! Jangan kacau aku lagi!” Jeritan Nisa’ bagai halilintar, menyambar emosinya sampai hangus rentung. Sekumpulan siswa dan siswi yang sedang menjamah juadah petang di kafetaria tersentak. Berpuluh pasang mata kini sedang tertumpu ke arah mereka yang benar-benar mencuri perhatian awam.

Ikram akur lantas mengayunkan langkah. Rentetan dari keaiban itu, Ikram membawa dirinya yang terluka jauh dari institusi itu. Dengar-dengar dia berpindah ke universiti lain. Ah! Peduli apa aku. Lamarannya sudah aku tolak tepi. Apa guna memadu asmara dengan lelaki yang jahil murakab.

Tapi... Kenapa Ikram nampak lain sekarang? Sangat berlainan…

Kuliah Subuh tamat. Ikram yang berjubah putih safa menutup majlis dengan tasbih kafarah lalu berangkat keluar dari rumah itu. Penemannya turut berdiri lalu ikut membuntutinya. Barangkali pergi berehat seketika di pangkin di kawasan laman.

Soksek-soksek mula bertimbulan. ”Hensemlah ustaz tu...”

”Dah. Jangan nak menggatal! Tu aku punya ha...”

”Sorang tu macho, sorang lagi comel la...”

Tolonglah... Ikram pernah gagal dalam merebut cintaku. Nisa’ tersengih sendirian. Ikram yang dilihat sebentar tadi memang mengagumkan, tetapi apakan daya. Jangan-jangan sudah berpunya. Argh! Melepas... Usah berangan lagi.

Nisa’ melupuskan mimpian yang ligat berlegar di benak. Dia menapak lembab menuju dapur. Hari ini tiba gilirannya untuk menyiapkan makan pagi bagi segenap ahli rumah. Ummi Ros muncul di dapur dengan mendadak. Kelihatan dia tercungap-cungap.

“Nisa’, tolong masak sedap-sedap ye. Lepas tu tolong hidang pada ustaz dua orang kat luar tu...”

Gulp! Aku yang kena hidang? Matilah aku...

“Tapi Ummi, saya sibuk ni. Takpe... Biar saya masak, lepas tu nanti Maria tolong hidang.” Nisa’ beralasan tidak konkrit. Janganlah aku yang kena hidang...

“Takde tapi tapi...Cepat sikit ye....” Ummi Ros meninggalkan Nisa’ terpinga-pinga.

Adusss... Macam mana ni... Nisa’ mencari saran serata minda. Mundar-mandir sambil memegang sudip. Tiba-tiba sahaja timbul dalam fikiran – Pinjam purdah Rohana!

Dari jauhan terdengar ketiga-tiga sakan berborak. Nisa’ berjalan lambat-lambat sambil menatang dulang keluli dengan penuh hati-hati.

”Hai, cantiknya purdah Nisa’...” Ummi Ros terseringai penuh sinis.

Ikram menjeling Nisa’. Fadlan di sebelah ikut memandang. Terketar-ketar Nisa’ semasa menyaji sarapan buat kedua tetamu yang berkopiah itu. Hampir sahaja dia menangis! Ikram yang menyedari kerisauan Nisa’ geli hati langsung mengalih pandang.

Selesai menghidang, Nisa’ ingin bergegas pulang ke dapur. Hajatnya tersekat apabila lengannya disentak. Nisa’ beristighfar berkali-kali.

”Nisa’ nak pergi mana tu. Duduk sini dulu... Teman Ummi ye... Kejap je...”

Nisa’ menghadam hasrat Ummi Ros tanpa sekelumit soal. Dia duduk perlahan-lahan, tepat membelakangkan Ikram. Sekadar pegun memerhati sandal yang tersarung di kaki. Beberapa ketika, telefon selular milik Fadlan menjerit-jerit minta diangkat. Dia memohon izin untuk menerima panggilan lantas bangun dan berjalan menuju ke tanah lapang. Dua yang lain meneruskan santapan manakala Nisa masih bisu menghadap tiang berkarat di sisi kanannya.

Sekonyong-konyong bunyi nada dering kedengaran lagi. Ummi Ros menggeledah tas tangannya lalu mencapai telefon bimbit. Punat dipicit lalu bertali-tali borak dan sembang. Ummi Ros yang pada asalnya duduk terburu-buru bangun lalu seraya menapak menghala ke kereta miliknya di parkiran.

Nisa’ bangkit berundur dari duduknya, langsung Ikram menyapa Nisa’.

”Nisa’... Tunggu kejap...” Ikram menyeru agak kuat.

Nisa’ menoleh bertentang Ikram. Tidak duduk, tidak pula pergi.

Ikram mendeham, berikhtiar menggenggam kekuatan. ”Apa khabar Nisa’?”

”Alhamdulillah, sihat...” Reaksinya tidak acuh.

”Alhamdulillah...Moga kekal sihat...” Ikram kekontangan idea.

Kedua-duanya buntu sesaat. Nisa’ mula berlangkah. Ikram yang kecuakan, gelisah ditolak mentah-mentah buat kali yang ketiga spontan berdiri tegas. Perawan itu lantas beralih hala di hadapannya. Kedua-duanya saling berpandangan.

”Nisa, saya nak kahwini awak...”

Nisa’ ternganga di sebalik purdah berona hijau bemban. Apa?

”Saya ikhlas... Saya nak memperisterikan awak.” Ikram mengulang dalam suara optimis. ”Saya berjanji akan jadi suami soleh yang mendidik isteri dan anak-anak...”
Nisa’ seakan tidak percaya. Dia menggetil lengannya kuat. Aduh, sakit! Dia tidak berkhayal juga bukan mabuk cinta. Ikram yang dahulu pernah diusir jauh-jauh meminangnya sementelahan waktu ini dia asyik mengharap kasih kudus yang halal.

”Tolonglah Nisa’... Saya ikhlas ni...” Rayunya tulus.

Tubir mata Nisa’ mula sarat langsung merekah. Tangisan berhamburan. Kalamnya kelu namun masih berdaya upaya untuk berbalas kata.

”Nisa’...Dah pernah berzina...” Ujarnya tersedan-sedan. Nada terengah-engah lalu dia diam sejeda mengela nafas. Ikram tenang menanti butir perkataan.

“Ikram sanggup ke... Nisa’ kotor...” Sedunya kian ketara. “Nisa’ berdosa! Nisa’ perempuan kotor...” Nisa’ separa menjerit menahan sebal. Emosinya makin menggila menatap takdir yang menghiris pedih. Hampir sahaja dia berteriak panjang.

Ikram meraup mukanya yang semakin berminyak. Ketayap di kepala ditanggalkan seketika lalu dirapikan kedudukannya. Dia berkeluh-kesah. Sayu menerjah kalbu. Wajah menyayukan itu ditenung sejenak sebelum bicaranya dilanjutkan.

“Khairunnisa’...”

Nisa’ yang tertunduk mengangkat muka perlahan-lahan. Matanya berair.

“Pernah tak Nisa’ dengar ayat ni...” Basmallah dilafazkan.

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri.” (Maksud ayat 222, surah Al-Baqarah)

Nisa’ mafhum benar dengan kalimatullah agung itu. Tidak mungkin dia melupai dalil naqli yang seringkali diperdengarkan sepanjang menghuni pusat perlindungan itu. Bahkan, dia sendiri mengekhatkan untaian hikmah itu cantik berseni lalu digantung di bahagian dewan solat Raudhatus Sakinah. Sebagai pemupuk taubat nasuha, telahnya.

”Allah Maha Penerima Taubat…” Ikram mula bertazkirah.

”Tidak ada dosa yang tidak diampunkan selain syirik…”

Butir bicara Kau benar belaka! Hujah Ikram berlandaskan nas yang jelas terang diterima pakai. Janji Allah Ta’ala mustahil sekali dimungkiri.

”Khairunnisa’ ialah sebaik-baik perempuan…”

Nisa’ laju menyelang sambil menyeluruti wajah mulus Ikram. Wujud ketenteraman di balik kulitnya yang putih bersih.

”Itu antara Nisa’ dengan Allah. Sudi ke Ikram menerima diri Nisa’…” Dia berniat menguji sukma Ikram, biarpun sebenarnya dia begitu teruja dilamar Ikram yang jadi idam-idaman. Dadanya penuh debaran menunggu jawapan yang mungkin keramat.

Ikram melempar pandang ke teratak tua itu.

”Pernikahan adalah keterikatan antara dua nurani yang saling mengasihi lantaran mendamba rahmat Allah Azzawajalla semata-mata. Kedua-dua jiwa murni ini amat berperanan sebagai suami dan isteri, melengkapi satu sama yang lain. Kalbu keduanya saling menyampai dan menerima. Andai ada apa-apa kelemahan, ditelan dengan penuh rela. Sebarang kekuatan dikongsi erat. Dua-duanya halus dan tulus mengukuhkan bait Muslim yang dicipta, asalkan nantiasa bertoleransi dan saling memaafkan. Tiap mehnah dikira tarbiah pengukuh cinta...” Ikram bersyarah lembut.

Aku terpaut dengan keindahan bahasamu. Bukan, dengan keikhlasanmu.

”Jadi... Ikram maafkan Nisa’?”

”Masakan tidak! Nisa’ menjadi asbab Ikram mengenal diri. Nisa’ jadi penggalak untuk Ikram menuntut ilmu agama... Dengan hidayah Allah, Ikram dapat sambung pengajian agama. Terima kasih Nisa’.” Ikram terseringai.

Nisa’ tersenyum. Aku heroinmu dan engkau heroku. Ikram, aku sudi untuk dimandat sebagai ratu hatimu!

”Nisa’...Izinkan Ikram menikahi Nisa’...”

Itu sudah pasti. Aku merelakannya. Aku tidak sanggup kehilangan teman hidup yang mithali. Dia ikhwah yang aku yakini mampu memimpinku bahu ke bahu menuju gerbang kebahagiaan di dunia jua akhirat. Engkau calon pilihan Ilahi, Ikram!

”Kalau nak pinang Nisa’, kena tanya ibu Nisa’ dulu.” Nisa’ berseloroh.

Ikram yang kaget serta-merta mengeluarkan telefon seluar dari poketnya lantas mendail sembilan angka nombor untuk menghubungi Sa’adah. Nisa’ tertawa kecil.

Angin berhembus lunak mengelus-elus, menyuasanai romantis. Burung-burung berterbangan merata-rata sambil berkicauan riang. Petala langit tampak nilakandi menyaksikan puspa hati meminang mestika. Sebening tarian cinta. Lebih romantik dari epik Romeo dan Juliet, namun tidak sebanding riwayat cinta Ummahatul Mukminin di sisi Muhammad Sallallahualaihiwassalam.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 3 comments