Air Mata Ibu
Friday, 27 July 2007
Ana takkan pernah memahami perasaan seorang ummi. Tak semua perkara yang mampu difahami dengan teori sahaja. Ada perkara yang harus dilalui, kerana tiada perkataan yang dapat menerangkan ia.
Cubalah beritakan pada ana tentang melahirkan anak. Paling dekat pun ana dapat bayangkan jika ada benda besar yang cuba keluar dari hidung. Jadi kelakar lah pula. Oh dan waktu kecil dahulu, ana pernah cuba try masukkan sebiji batu dalam hidung. Bila dah tersumbat, tau pula cari ummi. Ya, sakit, itu ana pasti. Cuma susah nak rasa kesakitan itu, melainkan ana yang rasa sendiri.
Pengorbanan ummi, tak usah lah kata. Masakan ada kata-kata hikmah seperti "seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum mampu menjaga seorang ibu".
Kalau nak dibandingkan anak dahulu dengan anak sekarang, tak adil juga. Anak dulu, kini sudah digelar ummi. Dan dia telah mendidik anak sekarang atas pengalaman dia sendiri sebagai anak dulu. Belum dikira peredaran zaman. Tidak, bukan menyalahkan ummi, tapi bersyukur kerana jikalau kami hidup seperti zaman ummi dulu, dah lama pengsan kot. Faham? Kalau tak faham tak apa. Kan dah kata tak semua perkara yang mampu difahami begitu sahaja.
Ummi mampu senyum, tapi dibalik tabir itu, sungguh. Wallahu'alam.
Tapi, yang paling penting sekali pada ana, ana sangat sayang sekali ummi. Sangat. Cuma ana pun kekok juga menunjukkannya. Cukuplah ummi tahu yang ana selalu mendoakan ummi. Moga dilembutkan hati ini untuk ummi, Ya Allah.
Ana sebagai wakil seluruh anak-anak seantara dunia, ingin mengatakan yang kami sangat sayang dan cintakanmu, wanita yang bergelar ummi.
Terimalah.
Siti Nurhaliza - Air Mata Ibu
Apakah sebenarnya
Terbuku di kalbumu
Apakah erti linang air mata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisaku rungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditanggung hati ibu
Namun ku percaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda
Duhai ibu
Mungkin kalau dinikahkan anak-anak perempuan dengan cepat dan sendiri jadi ummi, baru mereka akan faham. Mesej dibawakan oleh KKMNHH (Komiti Kempen Mempercepatkan Nikah he he)
4 comments:
aiseh bedah.
tak seberapa je ni :(
may your lovelies be better than me! Allahumma Ameen!
We can never thank them enough.
I guess we could at least dua for them at least once a day.
It takes less than ten seconds to recite a dua for our parents.
Now compare this 10-sec effort to the 9 months of sleepless nights, back pain, headaches and only mothers know what...
insha Allah bro. insha Allah D:
untungnyer ur ummi.
may my children be as you - in appreciating their ummi :)