Wahai Musafir Yang Sedang Lalu

Monday, 10 September 2007

Jalan ini masih panjang, rantau masih jauh
Dengan Al-Quran di tangan kanan & kain kafan di tangan kiri, teruskanlah perjalanan ini
Berjalan dan melihat ke muka, menggunakan sisa umur yang masih ada
Entah bila akan sampai ke tempat perhentian engkau tidak tahu, aku pun tidak
Di tengah laut lepas dan luas, pencalang ramping itu telah jauh ke tengah
Awan menyerang kiri dan kanan, gelombang mengganas dan badai menghampas
Pencalang ramping itu naik turun mengikut amukan air
Jurumudi mendapat ujian
Berpirau melawan arus, pesan seorang pemimpin dijadikan pedoman di dalam hati
Kemudi dan pemimpin bertanggungjawab atas keselamatan pelayaran ini
Kini kita telah jauh ke tengah
Pelabuhan tempat bertolak tiada kelihatan lagi, sedang ranah tanah belum juga nampak

(Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna)

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:00 0 comments  

Jauh

Sunday, 9 September 2007

Hendak berangkat ke negeri Melaka,
Jauh belayar meniaga papan.
Kita jauh bukannya lama,
Rindu tak apa bersedih jangan.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 18:30 2 comments  

Berita Gembira

Saturday, 8 September 2007

Sekembali Rosyam dari sekolah, dia terus menghampiri papanya.

Rosyam: "Papa, saya ada berita gembira buat Papa!"

Papa: "Wow.. berita gembira apa tu?"

Rosyam: "Papa ingat tak wang hadiah RM 1000 yang Papa janjikan kalau saya lulus periksa?"

Papa: "Tentu papa ingat."

Rosyam: "Kalau begitu, Papa boleh simpan wang itu."

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 11:00 0 comments  

Rasa Bersyukur

Friday, 7 September 2007

AKU TAK SELALU MENDAPATKAN APA YANG KUSUKAI, OLEH KARENA ITU AKU SELALU MENYUKAI APAPUN YANG AKU DAPATKAN.

Kata-Kata Diatas merupakan wujud syukur. Syukur merupakan kualitas hati yang terpenting. Dengan bersyukur kita akan senantiasa diliputi rasa damai, tentram dan bahagia. Sebaliknya, perasaan tak bersyukur akan senantiasa membebani kita. Kita akan selalu merasa kurang dan tak bahagia.

Beberapa hal yang sering membuat kita tak bersyukur. Kita sering memfokuskan diri pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa yang kita miliki. Katakanlah anda telah memiliki sebuah rumah, kendaraan, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik. Tapi anda masih merasa kurang.

Pikiran anda dipenuhi berbagai target dan keinginan. Anda begitu terobsesi oleh rumah yang besar dan indah, mobil mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak uang. Bila tak mendapatkannya kita terus memikirkannya. Tapi anehnya, walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati kesenangan sesaat. Kita tetap tak puas, kita ingin yang lebih lagi. Jadi, betapapun banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi "KAYA" dalam arti yang sesungguhnya.

Orang yang ''kaya'' bukanlah orang yang memiliki banyak hal, tetapi orang yang dapat menikmati apapun yang mereka miliki.

Coba lihat keadaan di sekeliling Anda, pikirkan yang Anda miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan nikmatnya hidup. Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat baik atasan, pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda. Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.

Seorang pengarang pernah mengatakan, ''Menikahlah dengan orang yang Anda cintai, setelah itu cintailah orang yang Anda nikahi.'' Ini perwujudan rasa syukur.

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki. Karena itu bersyukur merupakan kualitas hati yang tertinggi. Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di laut karena kapalnya karam, namun tetap berbahagia. Ketika ditanya kenapa demikian, ia menjawab, ''Saya mempunyai dua anak laki-laki. Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di tanah seberang. Kalau berhasil selamat, saya sangat bahagia karena dapat berjumpa dengan anak kedua saya. Tetapi kalaupun mati tenggelam, saya juga akan berbahagia karena saya akan berjumpa dengan anak pertama saya di surga.''

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59 0 comments  

Jika

Thursday, 6 September 2007

"Jika rezeki itu sudah ditentukan pembagiannya, alangkah baiknya jika manusia tidak berambisi mengejarnya. Jika harta dikumpulkan untuk ditinggal juga, mengapa manusia bakhil dengan benda yang akan ia tinggal. Jika dunia dianggap barang berharga, nilai pahala Allah lebih tinggi dan lebih mulia jika tubuh di cipta untuk menjemput kematian, alangkah indahnya terbunuh di jalan-Nya"

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 11:59 1 comments  

ikan fugu, lukisan & jimson

Wednesday, 5 September 2007



Rabiah menyeluruhi badan nenek Maneesha yang agak terdedah itu. Kesan
bedsore jelas pada belakang badan orang tua malang tersebut. Rabiah tahu kesakitan akibat berbaring terlalu lama itu boleh membawa kepada ulser decubitus. Rabiah juga melihat rambut nenek Maneesha banyak yang gugur, mungkin juga kerana direntap dari belakang.

‘Binatang itu menarik rambut orang tua ini.’ seru hati Rabiah. Rasa geram membuak dalam diri. ‘Memang tidak syak lagi dia mendera nenek Maneesha. Kalau tidak masakan keadaan orang tua ini sebegini teruk.’

Rabiah duduk perlahan-lahandi sisi nenek Maneesha yang kelihatan dalam keadaan ketakutan. Dia menghidupkan rakaman pada pemain MP3, menyemat pada poket baju kurungnya. Rabiah sedar nenek Maneesha sebenarnya dalam keadaan terkejut dan trauma. Bukan sekali dia mendengar Raveena menempik-nempik kepada nenek Maneesha di malam hari. Kesan tersebut tentulah mendalam.

“Nek, nama saya Rabiah…yang datang pagi tadi, ingat tak?”


Mereka kembali!

Dalam lingkugngan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.

Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa.

Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson membawa anda ke lokasi kes forensik di Sungai Congkak; kes kecurian catan di dewan pameran Dubai; dan kes penderaan warga emas hartawan.

Detektif Indigo sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pembaca akan teruja dengan setiap kes dan cara penyelesaiannya yang tersendiri.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59 0 comments  

Firdaus - Cinta dan Harapan

Tuesday, 4 September 2007

Album : Cinta dan Harapan

Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59 0 comments  

hah!

Monday, 3 September 2007

bloss to spiderman_pink: "of course la guys don't take pics in the toilet. i imagine their toilets are filthy. hahaha..."



spiderman_pink to bloss: :O bersihnya!!! lol

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 00:15 2 comments  

Percaya atau tidak?

Sunday, 2 September 2007

Cinta itu suatu kurniaan dan nikmat dari Allah. Dia berhak dan Maha Berkuasa untuk menarik balik ia daripada sesiapa dan bila-bila masa sahaja jika Dia hendak.

Kerana itu, cinta bukan syarat untuk menikah. Kerana selepas menikah pun Dia berhak dan Maha Berkuasa untuk memberi kurniaan dan nikmat itu pada pasangan suami isteri biarpun mereka tidak mengenal antara satu sama lain sekalipun.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 00:29 3 comments  

Didik Anak

Saturday, 1 September 2007

Oleh Dr. Fadzilah Kamsah

Masa saya kecil-kecil dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen nasi yg dia makan. Dan pagi-pagi sebelum ke sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dalam cawan yang dia dah minum sebelum tu. Seperti biasa, mesti ada sikit belen. tapi taklah setiap masa. Secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat gitu.

Sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni masih berjalan. Antara belen makanan mak atau abah. Tapi kalo belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak.

Jadi satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni pada mak. Akhirnya mak dedahkan bahawa memang sengaja dia buat gitu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri. Arwah tok pompuan kami sebelah abah. Mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat pada mak bapak. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya, nak menjawab balik memang tak nak walaupon kita tau yang kita betul. Dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya. Mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib lah, mereka-mereka ini akan Allah (SWT) cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib. Kalau ada lebih dari sorang anak, suruh seorang azan dan sorang qiamat. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat. Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya sendiri memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali. Tak percaya cuba buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali maghrib. Dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. Dan jugak kesan solat jemaah walau hanya bagi waktu maghrib.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:11 0 comments  

Mencuba Sesuatu Yang Positif.

Friday, 31 August 2007

Setiap orang pernah merasakan suatu kekecewaan, kegagalan, dan frust. Kadang-kadang semuanya datang sekaligus, dan kita merasa dunia ini hancur. Segera sesudah itu kita melihat sesuatu dari sisi negatif. Segala sesuatunya terlihat berantakan.

Sekarang cuba anda melihat dari sudut lain untuk bangkit kembali. Bertindaklah. Lakukan sesuatu yang positif. Walaupun itu mungkin hanya menyapu halaman, atau membersihkan tompokan file-file tua dari komputer anda.

Lakukan tindakan, di mana anda adalah yang mengusai hidup anda, bukan orang lain atau situasi dan anda akan merasa terfokus secara positif. Tindakan kecil dapat mengubah sikap anda secara ajaib.

Cubalah menolong seseorang. Lakukanlah sesuatu untuk orang lain. Cubalah melayani orang lain. Semakin kecil orang itu, semakin baik, tidak mengira sesiapa. Lalu cubalah anda keluar ruangan sejenak, dan perhatikan apa yang dapat anda kerjakan bagi orang lain. Orang lain tercipta untuk memperbaiki hidup anda. Sekarang giliran andalah memperbaiki hidup anda, juga orang lain.

Hitunglah keuntungan anda. Banyak hal baik dalam hidup

Anda, dan sering anda lupa bersyukur. Hargai dan bersyukurlah atas tempat tinggal anda, atas kesihatan anda, atas keluarga anda, atas pengalaman hidup anda, atas rakan2 anda, atas ketrampilan anda, pengetahuan anda, dan hidup yang anda miliki.

Temukan jalan baru. Arahkan kembali energi negatif dan rasa frust anda pada sesuatu yang dapat membangunkan anda untuk berbuat lebih baik.

Positif atau negatif, semuanya cuma ada dalam fikiran. Ubah sikap anda, dan melajulah.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:45 0 comments  

Meningkatkan Konsentrasi

Thursday, 30 August 2007

Kemampuan berkonsentrasi pasti membawa keuntungan. Kemampuan ini menghasilkan penguasaan atas situasi, meningkatkan keefisienan, dan memungkinkan Anda memecahkan masalah Anda. Milton Wright berkata, "Ukuran bagi seorang manusia adalah sejauh mana ia dapat berkonsentrasi." Sebelumnya, Emerson menulis, "Konsentrasi adalah rahsia kejayaan dalam politik, perang, perdagangan, singkatnya dalam semua pengurusan urusan manusia."

Bila Anda merasa daya konsentrasi Anda lemah, cobalah beberapa saranan dari Robert J. Lumsden yang dituliskan dalam bukunya 23 Langkah Menuju kejayaan dan Prestasi :

- Pertama, lakukan segala yang dapat Anda kerjakan untuk mencegah masuknya gangguan. Belajar di dalam ruang duduk di mana radio atau TV dihidupkan atau orang lain tengah berbicara, tidak akan membantu. Bekerjalah sendiri dan usahakan agar ruangan memiliki ventilasi, cahaya, dan kehangatan yang memadai. Sewaktu memulai, tolak godaan untuk bermimpi tentang masa lalu atau masa datang. Jangan biarkan mata Anda menatap berkeliling, tetapi jaga agar tetap menatap ke arah pekerjaan Anda. Anda terbantu dengan menuliskan catatan atau menggambar sketsa yang relevan dengan subjek yang Anda hadapi.

- Salah satu musuh dari konsentrasi adalah kebosanan. Perhatian Anda tidak melayang ke mana-mana selama menonton film atau sewaktu membaca novel yang mencekam. Kebosanana mungkin menyelinap masuk apabila Anda bekerja terlalu lama. Oleh kerana itu, batasi waktu belajar selama satu jam; kemudian ambil isitrahat selama sepuluh menit dan kerjakan sesuatu yang berbeda.

- Anda akan terbantu dengan menetapkan batas waktu. Berikan diri Anda jumlah kerja yang pantas untuk dikerjakan dalam satu jam, satu minggu, satu bulan. Dengan memberikan cabaran kepada diri Anda, Anda telah mendapatkan bantuan untuk emosi Anda, dan rasa harga diri akan terus mendorong Anda.

- Musuh terakhir dari konsentrasi adalah sikap mengalah. Jangan pernah berfikir negatif seperti - Saya tidak akan pernah menguasainya. Otak Anda lebih mampu dan cakap darpiada yang Anda kira. Jangan takut untuk meregangkannya. Otak akan bangkit kerana tuntutan yang lebih berat. Percayalah akan kekuatan Anda sendiri. Hampiri pekerjaan dengan tekad.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 22:20 0 comments  

Tujuh Keajaiban Dunia

Wednesday, 29 August 2007

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramida

2) Taj Mahal

3) Tembok Besar Cina

4) Menara Pisa

5) Kuil Angkor

6) Menara Eiffel

7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak."

Si pensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,

1) Dapat melihat,

2) Dapat mendengar,

3) Dapat menyentuh,

4) Dapat menyayangi,

Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,

5) Dapat merasakan,

6) Dapat tertawa,

7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59 1 comments  

Yang Paling Cepat

Tuesday, 28 August 2007

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.

Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, "Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.

"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua. "Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh.

Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. "Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu". Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.

Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. "Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair'. "APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.

"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu, "Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 22:33 0 comments  

Surat-Surat Perempuan Johor

Monday, 27 August 2007




Ya Allah,

Terasa tidak kuat aku menanggung ujian demi ujian-Mu ini.

Aku menulis surat ini untuk berbicara kepada-Mu. Tidak ada lagi yang ingin kupinta daripada-Mu, melainkan supaya Engkau menggolongkan aku ke dalam mereka yang diberi kekuatan untuk menjadi ikhlas, beriman dan beramal seperti yang Engkau firmankan dalam surah al-Hujarat ayat 15:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudiannya mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, mereka itulah orang-orang yang benar.

Golongan yang beriman dan beramal ya Allah, itulah pintaku. Gentar sungguh aku andai dua kalimah syahadah yang diucapkan itu hanya menjadi suatu iman kosong, tidak disambut iltizam dengan amal.

Ya Allah, sungguh-sungguh aku redhai segala ujian yang Engkau hadapkan buatku selama ini. Anehnya nikmat menanggung ujian-Mu ini, kurasakan semakin hari semakin dekat diri ini dengan-Mu.

....

Tak pernah aku kesali semua itu Tuhanku kerana aku menyedari setiap manusia sudah ditentukan setiap jalan dan iradatnya, maka aku redhai sekali lagi dan lagi apa yang telah Engkau tentukan untukku. Cinta sumber sefala cinta yang aku dambakan sekarang.


Daripada,

Hamba-Mu yang kerdil

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59 0 comments  

Rendah Diri Kerana Kekurangan Diri?

Sunday, 26 August 2007

Kita semua mengetahui bahwa sesungguhnya manusia itu tidak sempurna, segalanya memiliki kelebihan dan kekurangan. Maka, sebaiknya perbedaan yang ada janganlah jadi pertentangan diantara kita, bahkan justru sebaliknya; perbedaan itu diciptakan untuk saling melengkapi.

Dan, janganlah kita terlalu mengasihani diri sendiri; jika kita memiliki suatu kekurangan, maka janganlah kita menganggap diri kita ini lemah, anggaplah kita ini hanya sedikit berbeda dari yang lainnya. Karena setiap orang juga pada dasarnya berbeda dan memiliki kelemahan atau kekurangan.

Fokuskanlah diri pada hal-hal yang mampu kita lakukan, bukan pada kekurangan kita. Fokuskan pada kelebihan kita dan bangunlah kekuatan untuk meraih kejayaan. Janganlah terlalu merenungi diri, mengasihani atau bahkan mengurung diri dari kenyataan hidup, kerana hal itu tidak akan membantu sama sekali.

Bertindaklah dan jangan takut berbuat kesalahan, kerana dengan bertindak bererti kita sudah mengatasi kelemahan diri kita dan membangkitkan potensi terbaik diri kita. Hal tersebut sangat berguna bagi kita untuk meraih hal-hal terbaik dalam hidup ini.

Bersyukurlah atas keadaan kita. Tuhan maha tahu atas diri kita, dan kita sebaliknya tidak dapat mengetahui apa yang direncanakan-Nya.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 21:24 0 comments  

Imbauan Untuk Merantau

Saturday, 25 August 2007

Ciri orang yang berakal dan berbudaya adalah tidak akan tetap tinggal kekal di suatu tempat. Meninggalkan tempat tinggalnya untuk mengembara itulah sebahagian daripada istirehatnya.

Pergilah dengan penuh keyakinan! Nescaya engkau akan temui pengganti yang telah engkau tinggalkan. Bekerja keraslah kerana hidup akan terasa nikmat setelah bekerja keras.

Apabila aku melihat air yang bertakung, ia akan mengeluarkan bau yang busuk. Andaikan saja ia mengalir, air itu akan terlihat bening dan bersih. Sebaliknya, jika engkau biarkan air itu bertakung, ia akan menjadi kotor.

Singa hutan dapat menerkam mangsanya, setelah ia tinggalkan sarangnya. Dan anak panah yang tajam tidak akan mengenai sasarannya, jika tidak beranjak dari busurnya.

Andaikan mentari berhenti selamanya di tengah langit, nescaya seluruh umat dari hujung barat sampai hujung timur akan terasa bosan kepadanya.

Emas bagaikan debu, sebelum dilombong menjadi emas. Dan pohon cendana yang masih tertanam di tempatnya tidak ubah seperti pohon-pohon untuk kayu bakar.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, kau akan temui darjat mulia di tempat yang baru, dan kau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

- Imam Syafi'i

Ya Allah, terasa bodohnya aku mahu jadi golongan pintar tapi tidak berusaha mencari ilmu.

Ya Allah, semakin lama aku disini, semakin lemah, semakin lesu rasanya.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk bangun dari kelemahan dan kebodohan aku ini.

Ya Allah, aku telah redha dengan ketentuanMu. Berikan ku petunjuk dan mempermudahkanlah segala urusan dan jalan untukku nanti.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 10:00 3 comments  

Du'a Istikhara

Friday, 24 August 2007




Allâhumma inni astakhiruka bi ilmika wa astaqdiruka biqudratika wa as’aluka min fadlikal-azimi, fa innaka taqdiru walâ aqdiru wa ta'lamu walâ a'lamu wa anta allamul ghuyâbi. Allâhumma in kunta ta'lamu anna hâdhal amra khayrun li fi dini wa ma-ashi wa aqibati amri faqdir-hu li wa yassir-hu li thumma barik li fihi wa in kunta ta'lamu anna hâdhal amra shari-un li fi dini wa maâshi wa aqibati amri fasrifhu anni wasrifni anhu waqdir liyal-khayra haythu kâna thumma ardini bihi.


Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59 0 comments  

Ebda3 Band - Shabab

Thursday, 23 August 2007



نحن الفجـــر الزاهي نحن النـور امتد نحن الغيـــث الآتي يروي ظمأ الغــد
نحن شـبـــاب الدين وبنا الحق اعتـد وعزائمنـــا تمضي نحو ركاب المجــد

الـله بــعـلـيــــاه للـعـزة هـــاديـــنـــا والديــن يـنـاديـنــــا لاشـيء يـثـنـيـنا
الدنـــيـــــــا تــتـهادى ترنــو لأيـادينـا لشــبـــــاب يـهــديها أنـوارا ويـقــيـنـا

مـــدّ أخــيّ الكـف نمضي صفـاً صفـا نـنـشــــر دين الـله فـوق الـدنيـا رفـّـا
بالحكمة والحسنى ولـسان قـد عفــا إســـلام نـعــلـيــه وظــلام يــتـخـفـى

هــيــــا نـمـضـي وفداً نحو الله نسيـر مـا فـينـــــا من عـاصٍ ما فـينا تـقصيــر
أرواح تـتــــــآخـى لا طــبــع شـريـــــر وســلام نـبـنـيـه يـهـفـو لـلـتـحـريــــــر

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 22:01 0 comments  

Bahagia

Wednesday, 22 August 2007

Manusia bahagia bila ia bisa membuka mata. Untuk menyadari bahwa ia memiliki banyak hal yang berarti. Manusia bisa bahagia bila ia mau membuka mata hati. Untuk menyadari, betapa ia dicintai. Manusia bisa bahagia, bila ia mau membuka diri. Agar orang lain bisa mencintainya dengan tulus.

Manusia tidak bahagia karena tidak mau membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mau menerima dan mensyukuri yang ada.

Manusia buta, karena egois dan hanya memikirkan diri, tidak sadar bahwa ia begitu dicintai, tidak sadar bahwa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih, dan tidak mau sadar karena serakah.

Ada teman yang begitu mencintai, namun tidak diindahkan, karena memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinomorsatukan.

Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat dan no. satu dalam satu hal, belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.

Kebahagiaan bersumber dari dalam diri sendiri, jikalau berharap dari orang lain, siaplah ditinggalkan, siaplah dikhianati. Kita akan bahagia bila bisa menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mau mencintai orang lain, dan mau menerima orang lain.

Percayalah kepada Tuhan, dan bersyukurlah kepadanya, bahwa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati, Ia akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita butuhkan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusaha dan bahagialah karena kita dicintai begitu banyak orang.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:59 0 comments